Special Edition Selangor Meets Sarawak #tsdayout : Part 3

Sambungan dari Part 2 : Special Edition Selangor Meets Sarawak #tsdayout

Hari kedua di Sarawak. Selepas bersiap-siap, kami semua keluar bilik dan terus menuju ke restaurant di dalam hotel untuk breakfast. Pagi-pagi memang kena recharge dengan pelbagai juadah yang ada. Namun yang pasti, hanya hotel ini sahaja yang menyajikan laksa sarawak yang marvelous di pagi hari. Korang rasa? Meriah ke tidak trip kali nie? Sedang elok lah dengan tema trip kali ini dimana Cik Pora, anak Selangor bertemu dengan simbol makanan Sarawak. Gituu. Barulah Special Edition yang betul-betul special!


Aktiviti pagi ini ialah melawat Orang Utan di Semenggoh. Menurut kata tour guide kami, Orang Utan ini 95% hampir sama dengan manusia. Oleh itu, dia pun ade mood jugak nak keluar untuk tunjukkan diri. Bukan setiap hari dia nak orang tengok dia. 2 hari yang lepas, ramai pengunjung yang pulang dengan hati yang luluh gitu. Jadi, bak kata tour guide kami, jangan letakkan harapan setinggi Gunung Santubong. Kekdahnya nanti, hancur luluh perasaan tidak ketemu dengan Orang Utan yang diidamkan.

Jom kitaaaa

Bas bertolak dari hotel dan tiba di destinasi sejam kemudian. Setibanya di Semenggoh, kami dikehendaki menaiki van transfer untuk masuk ke dalam kawasan pembiakan dan pemeliharaan Orang Utan tersebut. Suasana dalam tu… Ala-ala FRIM sangat. Tenang dan nyaman. Setibanya di tempat yang ingin dituju, kami dikehendaki berkumpul sebelum memulakan trekking. 

Tunggu turn naik van

Bayaran untuk orang ramai


Harus diingatkan, anda perlulah berada dalam silent mode gitu. Ini adalah bagi menjaga hati Orang Utan… Eh? Taklahhh… Ini bagi memudahkan ranger hutan untuk panggil Orang Utan tersebut ketika waktu makan mereka. Ada dua kali waktu makan dalam sehari. Oleh itu, inilah masa yang digunakan untuk Orang Utan memunculkan diri mereka di khalayak ramai. Kalau korang duk bising-bising, Orang Utan memang malu nak keluar. 

Baca dan hadam

Sudah sampei di tempat untuk mulakan trekking tahap beginner sahaja

Sekali lagi, diingatkan supaya diam. Letak jari di mulut.

Selepas turun dari van transfer, anda dikehendaki untuk trekking masuk hutan selama 5 minit sahaja. Trek nya tidak se-adventure mana. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat tak kira usia. Apa yang menarik di tempat ini, anda akan diberikan satu pengalaman yang sangat berbeza di mana ianya membuatkan anda lebih dekat dengan habitat Orang Utan tersebut. 

Laluan trekking

Disekeliling anda adalah hutan dan anda hanya akan terdengar bunyi ranger yang memanggil nama-nama Orang Utan tersebut dengan sahutan bunyi tarzan. Tiada kandang atau pagar yang dibina bagi membataskan connection antara kita dan Orang Utan. Gituuuu… Barisan penonton memang gigih menanti kehadiran Ritchie, King of Jungle. Ternyata, masing-masing tidak putus asa biarpun terpaksa menunggu beberapa minit lamanya… VIP habis kawww Ritchie.

Tempat menanti

Dan terus menanti

Tak tahu nak buat apa? Pandang sahaja ke atas… Dan nikmati alam terbentang luas

Dan teruskan menunggu

 Apabila suasana semakin sepi dan hanya kedengaran bunyi sahutan tarzan sahaja, kelihatan pokok-pokok bergerak kencang seakan ada ‘benda’ berpaut-pautan… Hati semakin excited. Mana taknya, yang dinanti akhirnyaaaaa… Muncul tiba…. Setelah semakin hampir, maka muncullah 3 ekor Orang Utan, sepasang suami isteri bersama satu anak… Awwww keluarga bahagia. Mereka terus diberikan makan oleh ranger tersebut dan kami semua seakan terpegun dengan telatah Orang Utan tersebut. Mereka bebas di dalam dunia mereka sendiri tanpa perlu dikawal sepanjang masa. Ini adalah satu inisiatif yang sangat bernas yang membuatkan aku sedar ini adalah antara tarikan paling istimewa yang ada pada negara kita yang tidak ada pada negara lain. 

Hey hey, kiteorang excited habis tengok awak
 
Ia turut mengimbau perbualan ketika aku ditanya tentang apa yang menarik di Malaysia oleh beberapa pelancong  luar dan ada sahaja tempat yang mereka ingin counter dalam erti kata lain, negara mereka lebih hebat. Kita mengembara bukan untuk lawan negara siapa lebih hebat. Bumi ini luas, setiap tempat ada keistimewaan tersendiri dan kini secara tak langsung aku mampu menambah satu lagi tempat yang patut aku recommend pada pelancong luar. Dan yang pastinya, aku akan recommendkan Semenggoh 🙂


Tak lama kemudian, yang paling dinanti pulak tiba menyembah ratu, siapa lagi kalau bukan Ritchie. Beliau hadir memberikan kami semua satu senyuman kepuasan dan pengalaman yang tidak mungkin kami lupakan. Kami dihiburkan dengan telatah mereka yang saling tak tumpah macam manusia. Namun, jangan underestimate mereka ini. Even macamana sama pun, mereka masih haiwan. Jadi, janganlah korang over sangat eventho tempat ni ala-ala up and close session with Ritchie *bukan Richie Rachman*. 

Hi Ritchie!

Not in a good mood

Habis menonton telatah RITCHIE And the gang, ketua ranger cakap if nak tengok lagi 4 ekor, korang bolehlah menuju ke kawasan di luar sana. Apa lagi, bergegas memasing duk nak dapatkan shot terbaik di Semenggoh nie. Apa-apa pun, bila berada di sini, buat pencinta alam dan haiwan, ini adalah tempat anda. Tiada jaring-jaring menjadi pemisah antara kita dan Orang Utan. Seakan-akan alam ini milik anda. Ternyata inilah tarikan yang mungkin tak ramai tahu, tapi bila anda dah tahu, sila datang dan alamilah ia sendiri. Pasti puas hati. Serious tak tipu!

Gayut jangan tak gayut


Selain dari Orang Utan, aku juga sempat explore tempat yang dikhaskan untuk buaya. Dapatlah aku tengok seekor buaya di sini.  Tapi yang paling menarik buat aku ialah di sini juga terdapatnya tempat ala-ala one stop centre untuk anda mengenal dengan lebih dekat salasilah keluarga Ritchie dan lain lain. Siap ada surat beranak dan juga sijil kematian. Betapa bagusnya tempat pemeliharaan ini sehinggakan aku rasa ini adalah satu usaha yang brilliant untuk pengetahuan generasi kini dan akan datang. Buatnya kalau ada soalan SPM atau Amazing rce cam aku kena kat Klang tempoh hari….sapa Opah kepada Ritchie? Takkan nak hentam keromo. Inilah antara sebab mengapa pentingnya info-info begini.

 

DSC09023-878

Gallery Semanggoh yang mempamerkan info lanjut tentang Orang Utan

Lihatlah nama-nama mereka, ada yang serupa tak?

Dapat sijil Tripadvisor

Tips : Peluang untuk anda melihat Orang Utan pada musim buah ada sedikit tipis. Lazimnya musim tersebut bermula pada bulan November – Mac.

Tahukah anda?

  • Orang Utan jantan boleh mencapai berat sehingga 100kg manakala betina hanya separuh daripada jantan
  • Orang Utan akan membuat 2-3 sarang setiap hari. Pagi lain, tengahari lain, malam lain. Unik kan?
  • Sarang diperbuat daripada daun dan juga dahan-dahan/ ranting dan selalunya sarang mereka adalah terletak di atas pokok

Semua yang menanti van transfer


Selepas habis tour di Semenggoh tibalah masa untuk aktiviti yang dinanti-nanti iaitu kayaking di Semadang. Siapa tak excited untuk berkayak di Sungai Sarawak… Antara sungai yang terpanjang di Malaysia. Semestinya hati girang ini tak sabar sangat. Ketika di dalam bas, guide kami ada bagi briefing tentang Do and Don’t yang perlu anda follow. Yang paling aku ingat adalah – mulut jangan cabul and choy sangat. Kelak memakan diri sendiri ye. Oleh yang demikian, segala percakapan itu haruslah dijaga. Kita kan dirempat orang, tak kiralah excited macamane pun, kelakuan harus dipelihara ye…


Kami tiba di Bengoh Village, Semadang dan diberikan kelengkapan serta peralatan sebelum tiba di sungai. Masing-masing sakan sangat time tu. Bila dah sampai sungai, sekali lagi briefing akan diberikan oleh Alex, selaku official kayak guide kami. Selepas settle briefing, kami perlu mencari partner masing-masing dan boleh mulakan eksplorasi kayaking menelusuri Semadang selama 3 jam. Jangan tanyalah kenapa lengan hakak dah sado…

Semua dah excited, tapi yang belah kanan tu rasanya macam pemenang perasaan excited dah 🙂


Keadaan sungai pada hari tersebut sangat tenang dan tidak terlalu tinggi. Ada juga sesekali aku dan partner iaitu Raw, terbabas dan memerlukan salah seorang dari kami turun untuk tolak kayak supaya bergerak semula. Untuk yang memang pandai berkayak, anda memang akan rasa kacang je ni. Bagi yang pernah berkayak tapi lupa rentak yang diperlukan seperti aku, lebih elok jika anda dengar cakap orang yang sudah berpengalaman. Aku dikira beruntung jugaklah sebab Raw memang dah pandai berkayak. So, ikut sajok arahan dan bila dah dapat rentak berkayak, memang rasa nak drift laju-laju okay.

Persis angkatan perang barisan belakang

We’re readyyyy!

Arus yang deras, ajet-ajet cuak kat depan tu heheh!

Kami singgah di satu hentian untuk berehat dan makannnn. Kekdahnya, dari tadi aku menanti bila lah nak sampai ke kawasan untuk lunch ni. Untuk santapan tengahari kami, kami dihidangkan dengan aneka masakan dari kaum Bidayuh, di mana tukang masak adalah penduduk kampung disitu. Jadi, inilah masa untuk kami makan masakan original orang Sarawak. Sejujurnya, aku berani katakan yang masakan mereka memang unik dan sedap. Especially Manok Pansuh (Ayam yang dimasak di dalam buluh), Sayur Pucuk Manis, Gulai Ikan dan terung manis istimewa. Dulu aku ada rasa jugak masakan dari orang Sarawak, tapi takdelah se’kaw’ macamni. Yang ini memang cenggini habislah. Terima kasih Kak Sally. 

 

DSC02332

Almost there

DSC02286

Dah sampai. So, park dulu kayak kita. Lepas makan, korang rasakanlah, panas membahang

Santapan tengahari kami

DSC02394

Woot woot!

DSC02439

Yuk sambung mengayuh

Habis makan, perasaan malas nak tidur tu memang ada. Namun, hidup harus diteruskan. Bila dah kayuh masuk dalam kayak, apa lagi… Memang kene buat-buat semangat, kalau tak…. Camana nak sampai di destinasi yang dinanti. Betul tak? Ingat ada orang nak tolong tolakkan kayak ni sebab mengantuk? Kau apply je macam kehidupan, kalau kau tak usaha macamana nak sampai ke destinasi yang dituju. Jadi, kita harus teruskan dayungan kiteww sehingga next pit stop…

Bukit gajah 

Kami berhenti berehat sekali lagi di satu kawasan yang sangat tenang sungainyaaa untuk mandi manda. Seronok habis aku tengok rakan-rakan blogger dan media yang lain duk main air. Aku hanya duduk tepi jew. Ala-ala sopan pada alam. Kalau bukan kerana faktor yang tidak dapat dielakkan, mau aku terjun renang berirama segala. Tak lama kami lepak kat situ, mandi manda terus kembali mendayung sampailah di tempat penamat. Namun, hujan yang lebat menyambut di garisan penamat aktiviti kayak kami. Lebat sekali. Tapi, gigihkan sahaja. Ini anak watan Malaysia, takkan mudah mengalah. Gitu propa-nya.

Berhenti di bawah batu untuk bagi makan ikan

Blur + Penat tahap gaban. Namun, kayuh tetap kena kayuh

Dah alang-alamg kena hujan, adalah lebih afdal main hujan terus. Tetapi bila pikir balik, ada 1 hari lagi di sini dan kalau balik je Kuala Lumpur, aku terus masuk office. Adalah lebih baik kalau aku berteduh dan salin baju siap-siap, naik bas, sampai hotel dan berlari masuk bilik sebab nak shower puas-puas. Ini barulah nikmat dunia yang tak terhingga. Lepas mandi, rest sebentar dan terus turun semula ke bawah untuk dinner time.

Wajah – I can make it through the rainnnnnnnn

Tips :- Untuk yang berminat menelusuri ‘arus kehidupan’ di Sarawak (gituuu) seperti saya? Ahaa… Anda bolehlah ambil pakej istimewa harga kasih sayang dari Semadang Adventure. Untuk Semadang Discovery Kayaking (seperti yang dilakukan oleh Cik Pora), harga hanyalah RM198/ person. Untuk yang nak lebih adventure, korang boleh juga try Klasik Bamboo Rafting – RM228/person (min. 3 person per raft). Untuk yang nak lagi super power, you can try Kayaking + Caving Combo. Harga kasih sayang hanyalah RM268/person. Nak tahu info lanjut, contact :

Web – www.semadangkayak.com

Email – info@semadangkayak.com

Facebook – Semadang Kayak / Call Edward – 013 804 2118 (Book your adventure trip now!)


Dinner untuk hari ini lebih istimewa kerana kami akan dibawa makan bersama dengan boss Tourism Selangor dan Ornag besar di Sarawak Tourism Board. Malam tersebut, semua contest yang dianjurkan sepanjang trip ini akan diumumkan. Ini termasuklah dengan amazing race, best group, best instagram and lucky draw. Alhamdulillah, walaupun tidak merangkul sebarang hadiah untuk Amazing Race, akan tetapi Cik Pora berjaya merangkul anugerah Best Instagram and lucky draw yang sangat oh-some….. Terima kasih mak ayah kat kampung, sedara mara yang mendoakan kerjaya seni Siti Sapoora dan buat …. Ha, nampak tak betapa menghargainya aku kepada hadiah istimewa yang diberikan. Tidak kesabaran untuk redeem hadiah-hadiah tersebut. 

Bersama pemenang lain, penganjur and awesome people

Habis bersosial di majlis makan malam, kami semua pulang dengan muka kekenyangan dan perasaan gembira yang tidak terhingga. Aku yakin yang malam tersebut merupakan memori terindah buat kami semua. Masuk bilik, tibalah masa untuk packing sebab pagi esok kami akan check out dari hotel nie. Lepas siap segala, barulah cik pora beradu buat malam terakhir di Imprerial Hotel yang menyajikan katil yang empok dan bantal yang selesa. Letak je kepala, tak tunggu lama untuk tidor. Serious tak tipu.

4 thoughts to “Special Edition Selangor Meets Sarawak #tsdayout : Part 3”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *