Travel Gear : GoPro vs Sony Action Cam

First of all, post ini tidak dibayar oleh mana-mana jenama terkemuka di Malaysia mahupun seantero dunia. Ini adalah berdasarkan pengalaman seorang gegadis yang tidak reti duduk diam duk nak travel ke sana ke sini. Tidak lain tidak bukan, CIK PORA. Hey hey! Apa khabar semua? Lamanya kita tidak bersua muka. Last bersua pun pada tahun 2015, sekarang dah 2016. Setahun! Lamaaaaaa sungguh. *Porapa*

Anyway ke manakah anda semua tahun 2016? Yelah kata tahun 2016, adalah tahun menjelajah donia? Walaupun currency kita tidak berapa cantik, namun jangan sesekali padamkan angan-angan itu. Jelajah tetap jelajah. itulah semangat yang perlu dipupuk. Apa-apa pun, nak travel nie, dah standby ke ticket, itinerary, accommodation, DUIT POKET segala? What about gadget yang dibawa untuk merakamkan saat indah anda semua?

Statement kat atas tu, aku gurau je. Sebab ada certain orang objective untuk dia travel adalah dengan memberitahu rakan-rakan di media sosial, ada jugak yang upload bersama dengan tips. Yang nie aku paling suke. Informative. Kalau Cik Pora pulak? Errrr, korang pergi jelah stalk Instagram tu. And tengoklah tahap kemalasan nak mengupdate segala gambar. Itulah saya yang penuh kekurangan!

Okay back to the story, sepanjang aku duk berjalan ke sana sini, aku memang akan pastikan semua gadget aku dibawa untuk merakamkan moment indah mahupun pahit. Ini penting kerana aku masa yang aku spend hanyalah sekali. Sekiranya aku ditakdirkan pergi ke tempat yang sama 2-3 kali pun, namun moment yang sama takkan berulang. Oleh itu, aku akan pastikan semua gadgets ada back up setiap satu moment. Dan apakah gadget yang aku gunakan untuk merakamkan semua itu?

Haruslah Action Camera yang sememangnya bukan sahaja trending di kalangan dak-dak hipster, namun ianya sangat berguna buat mereka yang suka rekodkan aktiviti adventure anda seperti diving, skiing, paragliding or rempit-ing. It’s tiny, waterproof and easy to use. Just one click button, you are able to record your favorite moment anywhere anytime. Filming your underwater? Flying without wings? Katakan sahaja. Action camera pasti ada dibawa untuk kita rekodkan sesuatu yang kalau dulu nya agak limited untuk dirakam. Thanks to technology!

As for me, I used GoPro Hero +3 when I was in Australia for 10 days. Aku beli a day before aku depart. Test sikit-sikit then terus guna kat sana. No preview. Aku amik yang low-end punya. Excited habis. Record segala benda dengan keredhaan yang tinggi di mana yakinnya aku gambar dan video akan awesome. Balik je Malaysia, transfer segala benda then preview video terus CEDEH. No sound! Because I record all videos with GoPro casing. Oh my. Wastednyaaa.

 

gopro_chdhn_302_hero3_silver_edition_camera_1003322GoPro Hero 3 

Lesson learned! Aku start untuk jadi pengguna GoPro yang pro. Ke mana sahaja aku pergi, kan kubawa GoPro ke mana sahaja. Namun, ketika balik dari L.A, aku telah diperkenalkan dengan sebuah lagi gadget yang seangkatan dengan GoPro iaitu Sony Action Cam Pro. When talk about Sony, me myself memang ada ONG kalau bersama dengan Sony. Tiada yang lebih memahami saya melainkan Sony. Because, diri aku sendiri sukakan benda yang simple that comes with good quality outcome. So, Sonyyyy!

445efedd388eea1ae4426528a531d787SONY ACTION CAMERA with WiFi

Bila aku mencuba menggunakan Sony Action Cam tersebut aku jadi teruja habis apabila gambar hasil tangkapan tersebut jadi macam SUPER WOWWW! This is something that I look for. Datang pulak dengan waterproof casing yang confirm boleh dengar sound sekali, uish ini memang someting yang GoPro aku tak offer. So haruslah aku tanya macam-macam dekat photographer tersebut. Termasuklah soalan kenapa bukan GoPro.

collage1

GoPro vs Sony Action Cam. Hari yang terang gitu

Nampaknya pengalaman beliau hampir sama dengan aku. Mungkin ada sesuatu benda yang hebat pada brand sahaja. Tahniah! Tetapi untuk aku yang sangat mementingkan kualiti, aku terus research habis pasal Sony Action Cam anddddd guess what, masa trip ke Europe tempoh hari, kebanyakkan gambar #selfie aku, aku guna je Sony Action Cam.

Apart from #selfie sakan, aku juga turut menggunakan Sony Action Cam aku untuk ber-video. Part ni palin hebat. Tak perlu tukar atau cabut casing tersebut untuk guna monopod. Even camne sekali pun, suara korang pasti akan direkodkan. Memang takde masalah ‘video bisu’ seperti yang terjadi pada aku ketika di Australia dulu. Serik habis aku!

Masa aku gunakan GoPro, pernah jugak aku tanya pada tokei kedai GoPro, kalau mahu casing boleh rakam sound sekali acane? Kekdahnya, semua benda tambahan pada GoPro, korang kena beli. Haiyooo, mahal tau! Aku terus batalkan sahaja niat di hati. Nasib baik Sony Action Cam datang sebagai penyelamat.

Bagi features yang ada pada Sony Action Cam ini pula, memang aku boleh katakan sangat straightforward. Button die pun sesuai sangat untuk jemari halus gebus segala. Selalunya Action Cam macamni akan memerlukan anda untuk download apps dorang. Since aku memang pengguna PlayMemories apps, so memang dah terbiasa pun. Semua gambar yang korang ambil dengan apps ini, akan di-save dalam phone korang.

Tiada lagi issue screencapture gambar kalau ambil dengan GoPro. Familiar much? Itulah yang aku alami selama ini dengan GoPro. Oopsss, harus diingatkan, GoPro aku adalah versi Hero+3. So, memang ‘screencapture’ and ‘redha sajok, balik nanti tengok balik’ adalah sejenis lumrah alam yang aku tempuh selama ini. Ahaaaa, drama habis! Namun kini, aku memang berpuas hati dengan camera Sony Action Cam. Kalau ada duit lebih sikit, korang beli sajok sekali dengan remote. Mudah kerja korang. Untuk aku yang ber-budget krik-krik, camera sahaja pun sudah memadai. Work within limitation.

collage2

GoPro vs Sony – Both pun guna monopod. Tapi kelihatan GoPro punya gambar sedikit malap

 

collage3

GoPro vs Sony – Contrast and brightness agak berbeza kan?

***Semua gambar adalah original. Tiada yang plastic spastic (editing)***

One thought to “Travel Gear : GoPro vs Sony Action Cam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *