Jom Jalan-Jalan : Trip ke Bali Part 1

Sebelum 2013 berakhir, aku dan rakan-rakan sempat lagi beli tiket untuk ke Bali. Kekdahnya trip nie adalah untuk merealisasikan impian Norzi (officemate aku) untuk menjejakkan kaki ke sana. Elok pulak kiteorang berempat semuanya memang FREE time tu, so apa lagi, panjangkan langkah untuk terbang ke Bali. Untuk aku pulak, pernah jugaklah aku memasang impian untuk berjalan ke sana. Cuma aku tak tahu apa yang sebenarnya ada kat Bali nie ha. Selain pantai and sunset yang cantik (cliche tak?), tak banyak tempat yang aku tahu uols. Cik pong kannn….

Dah kata pun ad-hoc uols, segala-galanya dibuat dalam tempoh yang terhad gitu. Namun, sempat jugaklah kiteorang book segala benda especially SUPIR. Ini memang penting ye terutamanya bila korang dalam tight budget and travel more than 3pax. Kalau cakap pasal travel ke Bali, bukan tak ada yang arrange trip dorang sendiri. Aku rasa memang ramai. Terutamanya mat saleh yang menetap lama-lama kat sana. Dorang kebanyakkannya explore sendiri dengan motorsikal. Alahai, bestnyaaaaaaaaa….Teringat moment kat Phuket 🙂


Akan tetapi, hasrat itu haruslah aku kuburkan sajok sebaik sahaja mengenangkan budget ciput dan penyakit MALAS nak research. Akhirnya, kami decide untuk hire supir sahaja. Elok pulak time mencari supir tu, ada orang recommend ambil supir yang sangat popular di kalangan pengunjung Malaysia ke Bali iaitu, Yanto. Memang terbaik yuk! Tak nyesal pon guna servis die nie. Harga sangatlah berpatutan especially bila kami nie berempat so bolehlah kongsi bayar kan. Dan lagi satu, Yanto sendiri yang akan arrange itinerary according to days you stay.


Macam kiteorang, since pergi 5 hari, segala bagai tempat-tempat wajib pergi akan dibawa oleh Yanto sendiri. Die yang akan susun setiap aktiviti dari 9am till 9pm. Semuanya padat dan mantap gitu. Yang perlu korang sediakan ialah duit dan badan yang sihat untuk buat segala aktiviti. For us personally, Yanto memang lawak habis. Macam-macam pantun, teka-teki segala die lontarkan supaya minda anak Malaysia macam kami nie teruji sikit. Chewahhhh!


Tips : Aku memang recommend lah service die ni sebab harga sangat berpatutan dan terbaek! Ianya termasuk airport transfer. Amacam, okay tak? Untuk yang nak contact beliau, silalah email or visit his blog :


Email – yantohood99@yahoo.co.id

Blog – www.lovebali99.blogspot.com

Okaylah, tak mahu cerita pepanjang pasal SUPIR. Let’s move to stori-mori pulak ye….Zassss!


Flight yang membawa kami ke Denpasar bertolak pada pukul 6.05pm dan sampai 3 jam kemudian di Bali pada pukul 10pm. Urusan immigration sangatlah lama kat sini disebabkan ramai hanj. Signboard untuk korang tunggu di kaunter yang betul pon takde. Sudahnya, kami tunggu di kaunter VISA yang sepatutnya rakyat Malaysia tak perlu pun lalu kat sini. Bukan kiteorang aje, ramai uols. Dah settle kat situ, beratur pulak kami ke kaunter scan barang. Kat sini, tak lah lama sangat cuma lembssss. So total spent kat immigration ajok ialah – 1jam 30minit.


Pheww! Kiteorang target memang supir ni dah balik lah kot. Keluar je pintu, cam biasa. Mode fefeling artist cari nama itu harus, betul tak? Dalam mencari-cari tu, nampak sudah nama aku. Yay!!!! Terima kasih Pak Ajis yang sudi tunggu kami. Sorrylah lambat. Bukan salah weols tau hihihi… So naik je kereta, kami mintak beliau bawak kami ke restoran HALAL. Malam tu, aku order Mihun Goreng sajok. Kekdahnya, malas nak makan berat-berat sebab lepas nie nak tidor kan. Habis makan, kami terus menyusuri area Benoa di mana letaknya Ibis Styles Hotel.


Segala urusan hotel – Ibis Style Benoa telah kami lakukan di Kuala Lumpur. Bilik yang kami dapat macam apartment sekali dengan kitchen and hall. Melangkah masuk je, terus jaw dropping. CANTIKKKKKKKK! Hotel nie walaweh letops ye. Terus terasa nak jadi orang-orang kaya tau. Mana taknya, hotel die baru 3 stars, tapi terasa nikmat 5stars tauuuu. Ni barulah terasa holiday anak-anak Tan Sri Non Hado. Bagi yang memang nak peace gitu, better stay dekat Benoa, Seminyak or Nusa Dua. Kalau stay di Kuta tu, serabut sikit katanya. Ramai sangat orang pun. Bila di area sini, lagi quiet dan relax gitu. Dan bila dah ada experience lepak kat Benoa, memang betul tau, sangat best!


Lokasi hotel kami nie memang dekat dengan tempat nak main watersports di Benoa. Selain tu, barang-barang cam beachwear kan, sangatlah murah kat sini. Rasa nak nangis bila harga maxi dress RM8. Korang rasa???? Ha, hanya dapat kat Benoa je tau. Kalau gi Kuta, lagi mahal uols. Tak caya sudah. Kiteorang dah terkena. Temanya, kat sini tak ramai sangat orang datang compared to Kuta, so harga pon boleh bawak bincang. Meksss borong teroookkkkk! Suka sangat kat sini,even baru dapat tahu pon last day. Sad kan? So sapa-sapa nak gi, can checkidaut ye.


Settle kemas barang dalam bilik, sucikan diri sikit-sikit. Terus tido. Esoknya kami perlu bangun awal untuk breakfast dan dah janji dengan Yanto pada pukul 9am. Yeehaaa! Nite nite! Sementara tunggu weols hupdate yang lain, silalah layan non-berkeping-keping gambar kat bawah :

 

Tergelak Pak Ajis bila kiteorang suruh die pose


Bali Halal Restaurant


The menu


Sedap but sikit je
 
1204 gitu


Our room for 5 days
 
Besarrr tauuuu
Tadaaaaa!


2 thoughts to “Jom Jalan-Jalan : Trip ke Bali Part 1”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *