Jom Jalan-Jalan : Trip ke Bali Part 2

Betul ke kita di tahun 2014 nie? Aiyoooo! Macam tak percaya jer kan? Terlalu pantas masa sekarang berlalu. Tak sempat nak pejam mata, dah 2014….ha yang tu memang CHING! Lulzzzz…Anyway, jomlah para sahabat sekalian kite menyambung cerita mekss ketika berjalan ke Bali baru-baru ini. Diharapkan korang semua siap sedia mainkan lagu Goyang Bali as background music sambil membaca entry kali nie. Yuk layan dong sekalian!
 
Untuk hari ke-2 kami di bumi Bali, kami mulakan dengan breakfast di Ibis Style Hotel. My favorite haruslah Coco Crunch. Toksah cite panjanglah kenapa suka sangat makan benda ni kalau kat hotel. Kalau kat rumah, never ever ya. Namun dengan Coco Crunch, berjaya jugak tahan perut sampai ke tengahari uols. Itu sudah cukup baik. Katanya, harinie adalah hari yang betul-betul punya nak lenjan sehari suntuk untuk menjelajah tempat-tempat popular di Bali. Come on Cik Pora!
 
Kemudiannya, kami menunggu Yanto di lobby hotel. Agak lama jugak Yanto tunggu aku dan yang lain di lobby tu. Al-maklumlah, aku tak penah pun tengok muka Yanto nie. Kami hanya berhubung melalui email sajok time nak buat booking. Padahal, die ade je tunggu dengan kereta die depan hotel. Aku je tak berani nak tegur sebab takut salah orang (haa…ala-ala blind date tak?). Die pun mungkin tak berani nak tegur since aku sorang je time tu. Dah katanya kami berempat kan…So masing-masing non yakin.
 
Sampailah aku lepak balik ngan kawan-kawan aku, time tulah Yanto terus angkat tangan. Kiranya die pun yakinlah yang itu aku, die adalah die. Ha keles tak? LOL. Masuk-masuk je kereta, semua duk riuh sekampung. Kiranya sesi orientasi bersama jejaka paling popular di kalangan orang Malaysia la nie, sapa lagi kalau bukan Yanto kan…So taknak buang masa, kami terus ke destinasi pertama iaitu ke Gunung Kintamani. 
 
While waiting for Diva Micheal Ang

Kita breakfast dulu


Nie bukan van hantar laptop Mac yeee…Ini van Yanto
 
Tempat ni sangatlah terkenal dengan permandangan yang ada umpphhhh! Ianya jugak terletak 2 jam dari Benoa, tempat kami menginap. Untuk ke sana, kami perlu melalui highway yang merentasi lautan kat situ. Temanya, jambatan nie baru sahaja dibina pada 2012 dan dibina oleh orang-orang Bali sendiri. Ha…bersatu padu tak dorang nie?
 
On the way ke Kintamani, kami dibawa ke beberapa tempat khas sebelum sampai ke Kintamani. Antaranya ialah, kedai lukisan, kedai silver dan kawasan kopi luwak. Kami hanya pilih silver dan kopi luwak ajok. Tapi paling aku suka ialah ladang kopi luwak tu. Memang tempat nie ala-ala korang pergi area dusun-dusun kat Malaysia gitu. Sejuk mata memandang, panas badan membahang. Yang penting sini unik sikit sebabnya…. kat sini ada musang bertahi jutaan rupiah.
 
Jalan jem


Okay dah sampai dah kat Kedai Silver


Kita park dulu


Belilah silver kalau mampu wehhh


Macam-macam bentuk ada


Ayuh parking dan berjalan ke ladang kopi luwak
 
Ha itulah title yang aku mampu bagi kat musang bertuah nie. Kopi Luwak…Sebut je nama mungkin ramai yang agak familiar dan ada jugak yang agak blur…Actually aku dapat tahu tentang kopi luwak ni pon dari rancangan popular Kak Oprah. Menurut beliau, ini adalah kopi dari najis musang luwak itu sendiri. Dan yang paling pelik ialah, kopi ini merupakan kopi yang paling mahal di dunia. Keles kau musang, najis uols pon ade price tag gitu. How I wish I can be like you…Nama kite pon lebih kurang…poobritney! Lulzzzzz
 
Koleksi gaya-gaya nak ber-kopi luwak :
 
Macam-macam Aznil


Whatever lah korang!
 
Michael Ang pegang luwak
Yanto-ness
 
For me, sila jangan skip tempat kopi luwak nie. Kalau kedai Silver and Lukisan tu nak skip takde hal. Sebab Malaysia pun ado silver, siap gold lagi. Kalau pasal lukisan, merata-rata ada. Memang terbaik cantik menarik! But Kopi Luwak nya moment korang jangan skip. Enjoy every moment kat sini since kawasan die boleh buat fefeling Dusun sendiri gitu. Macam resort pun ade. Tapi part yang aku suka ialah boleh rasa semua jenis minuman yang ade kat situ. Hahahah! Itulah yang paling best pon.
 
Rempah ratus


Pose kepit gitchuuu!


Yanto – our friend

 

Menu minuman


Tester


Ha dengar betul-betul ni kopi apa yeeee
Buah nie rasa tomato 


Hellooo Musang!

 

Malu pulak haii
 
Bila dah habis urusan dengan kopi luwak, kami sambung semula journey to Gunung Kintamani. Dan selepas beberapa kali terlentok, sambung bual, perah otak dengan pantun Yanto….Sampai jugak kami di Gunung Kintamani. Bayaran tiket dikenakan ye…Bila dah sampai tu, kereta kami berhenti di sebuah restoran di mana letaknya tempat ala-ala lookout point. Duduk je kat situ, kami terus diberikan menu. Nak tak nak, order je lah apa-apa minuman pun termasuklah pisang goreng chocolate. For me, rasa die biasa aje. Kalau turn back time, meks tak nak order pon.
 
Let’s lepak at Warong


Dorang tengah kejar kiteorang untuk jual benda


Ha…kejar kat van je tau…Dalam restaurant cannot
View dari tempat duduk kami
 
Posing ala-ala Tok Ti dulu


Teh botol, Kintamani

 

Sila layannn


Cantik tapi bawah tu cam tanah kena lava gunung berapi


Goreng Pisang Hmmmm 🙁
 
Apa yang kiteorang buat kat Kintamani nie? Kami hanya ambil gambar, lepak-lepak, pok pek sana sini, bergelak sakan dan tengok telatah orang. Tapi aku agak tertarik dengan cerita yang Yanto bagitahu kat kami. Kan si Kintamani nie adalah sejenis gunung berapi, so dari situ boleh nampak tau tempat yang terjejas dek letusan gunung itu sendiri.
 
Jadi, Yanto relate-kan gunung ni dengan apa yang berlaku di Jogjakarta beberapa tahun lepas. Katanya, yang memusnahkan kawasan sekitar itu bukanlah lava tersebut. Tetapi abu hasil dari letusan tersebut. Ianya boleh mencapai 600 celcius yaaa…Mampu? Bila ada angin, abu itu hanya akan berlegar di langit sahaja.
 
Namun, apabila berhentinya aliran angin, ianya terus jatuh ke bumi dan menghentam sesiapa sahaja tanpa mengira mangsa. Nak lari pun tak sempat tau. Time tu terus imagine kalau jadi kat diri aku, entah camanalah kan. Lari atas treadmill pon termengah-mengah, inikan pulak…Nauzubillah. 
 
Dan beliau jugak ade cakap yang ade 2 orang volunteers kat sana, nak test lah haba yang dibawa oleh abu tersebut dengan membina ala-ala rumah kebal sedalam 6 meter di bawah tanah. Jadi, ketika meletusnya abu tersebut, tiada siapa pun yang survive even sedalam 6 meter pon. Quite sad kan?
 
Kekdahnya, lama jugak kami lepak kat atas tu sebelum ke Tegalalang. Kintamani nie terletak tak jauh pun dari Tegalalang tu. Tapi ingat tau, masuk je Tegalalang ni korang perlu bayar untuk tiket uols. Bayaran yang dikenakan adalah 5000Rp/pax. Masuk je sini, memang lawa dan unik cara tanaman padi mereka. Berbukit bukau kekdahnya. Natural gitu. Menendang-nendang padi huma laaa kirenya. Cuma, satu je yang menjadi kekicapan aku. PANAS lahaiiii…
 
Kedai-kedai yang ada di Tegalalang
Bukan duk sidai kain nie, tapi jual hasil seni mereka


Angry Bird loves Bali ke?


Isn’t it so lovely to see all the paintings?


And sawah padi


Dengan pokok-pokok kelapa gitchu


Suasana nie memang cantik
Okay last-last
 
Tak lama pun kiteorang lepak kat situ. Habis je ambil gambar terus cari Yanto dan bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Pasar Seni Sukawati. Wey, meks suke pasar nie. Murah-murah tapi kene bargain kaw-kaw. Sebenarnya kan, before aku datang sini, ada yang kata Sukawati tu mahal, Krishna murah. Ada pulak cakap Sukawati murah dan Krishna mahal. Sebenarnya sapa mahal sapa murah nie?
 
Bagi aku, susah sebenarnya nak bagitahu mana yang murah and mahal. Kalau korang memang tak suka ber-bargain, better terus ke Krishna. Tapi, kalau korang ni memang dilahirkan dengan greatest bargain skill, better go to Sukawati. Memang kalah harga semua tempat. Serious tak tipu!
 
Macam ada satu lukisan cantik sebesar A3 kan, kiteorang dapat dalam 25-30.000rp. Memang nak nangis penjual yang dapat customer cam kiteorang nie. Tawar selagi boleh. Tapi, nak buat camne kan, kiteorang pun non bawak banyak duit. Cuma, fefeling orang kaya tu harus ada uols. Jutaan rupiah korang bawak sekalipon, tak pandai jadi pembeli yang bijak, non hado jugak kan. So jadilah macam kiteorang yang memang sejujurnya datang Bali dengan budget paling sendat.
 
Pasar Seni Sukawati
 
Tawar jangan tak tawar


Selipar dalam RM15 sajok
 
Habis je bershopping di Sukawati, kini tibalah masa untuk berjimba di Jimbaran pulak. Kekdahnya tempat ni femes dengan makan seafood tepi pantai sambil layan wow-inducing sunset. Kalau datang sini, korang jangan nak fefeling pakai dress pendek-pendek siap selit bunga kemboja tepi telinga ye. Angin kat sini mampu membuatkan rambut rebonding jadi rambut Kak Limah. So, dress well and enjoice Jimbaran. 
 
Kami turun ke restoran Ombak apa entah pada pukul 5.30pm camtu. Asalnya Yanto cakap hanya order air ajok sebab nak makan seafood kat tempat lain. Jadi, duduklah kami chop meja paling depan dengan pantai untuk menikmati juadah minum petang dengan kuaci-bawak-ke-mana-saja-pon. Jagung pon ado jual. Rp20k setongkol. Rasanya? Penuh seasoning…hihihi…Lama jugak duk layan suasana kat Jimbaran nie. Sampailah beautiful sunset berlabuh menutup tirai siang pada hari tersebut. Cantikkkkkkkkk sangat sunset kat sini. So far, this is the best sunset pernah aku tengok.
 
Still empty…Kiteorang antara yang 1st sampai


Laut terbentang di sana
 
Dari hujung sana penuh deretan kedai
Pasir putih tepi pantai


Norzi


The menu


Fanta and fantai


Straight-forward gitu

 

Sharing is caring
Early sunset


And here you go


Ombak.Sunset.Tenang
 
And bila dah habis layan sunset, kiteorang pon apa lagi, nak chow sebab nak gerak makan seafood pulak la kan. Akan tetapi, Yanto cakap stay ajok kat sini untuk makan seafood. Tak sure pulak aku kenapa kan…So, nak tak nak, jamahlah kami makanan yang ade di Jimbaran. Since aku sangatlah allergic dengan makanan laut, hanya ikan dan telur TERBANG sahaja yang menjadi juadah buat aku. Kenapa terbang?
 
Ha….time waiter tu nak hantar telur dadar kat meja kiteorang, elok je sampai kat table, tengok-tengok hanya pinggan ajok yang ada. Telur dah terbang sebab angin tepi laut ni terlalu kuat. So, korang boleh bayangkan tak betapa kuatnya angin kat Jimbaran nie? Sedangkan telur pun boleh terbang tau…Isk…Isk… Buat teman-teman yang lain, dorang memang enjoy habis dengan udang dan sotong. MERIAH memang meriah. Tapi harga die lagi meriah. Untuk kami berempat, cas yang dikenakan ialah Rp545k. Ha mampu???? 
 
Waiter ni funny
 
Bagi aku yang selalunya travel on budget, aku tak rasa tempat nie berbaloi untuk makan pon. Mengikut kata Supir Pak Adi kami (nanti meks cite kenapa tetiba ada supir lain pulak), banyak lagi tempat makan seafood kat Bali yang sedap dan murah. Dah kata Jimbaran nie tempat tourist, so memang semua benda pon mahal hokey!  Takpela, kita pon bukan selalu datang sini, so buat yang nak ke Jimbaran, mungkin korang boleh tanya tempat makan seafood yang sedap, murah dan HALAL.
 
Bila dah habis makan tu, kami didendangkan pulak dengan tarian tradisional BALI. Ada jugak performer yang datang meja ke meja untuk menghiburkan tetamu uols. Di sebelah table kiteorang, ada sorang minah salleh ni duk layan seaview sesorang. Nasiblah dekat table kiteorang memang ada Michael Ang yang peramah sakan. So, die pon tegur minah nie. Terus kiteorang ajak die join. And paling best, die ni asal dari New Zealand (ehem…ehem…) dan travel alone to a lot of countries. Meks paling excited yaaa…Macam-macam aku tanya…Hahaha! 
 
Siap gabungan orchestra di tepi pantai
 
Anyway, nama die Jo. Die ni cikgu Sejarah uols kalau kat NZ. So die banyak mengembara ke Europe. Dan baru je nak mula explore Asia. Soalan cepumas dari Verangan Ambassador Cuti-Cuti Malaysia haruslah : Kenapa tak singgah Malaysia? Bila nak datang? Haaa…Mampu? Lulzzzz. Tapi memang kiteorang rasa happy jumpa die. Meriah satu Jimbaran dengar kiteorang gelak duk ajar die term-term lawak. Remember Joe, when you see someone do something sweet to you, please say : Paling Manis, not palin palin masin yaaaa.
 
Okaylah, lepas bertukar-tukar contact number, kami pun beredar dari Jimbaran. It’s time to go back and rest well. Tomorrow kiteorang nak buat activity dalam air pulak. Seawalker katanyaaaa….Kalau nak tahu tips-tips yang perlu korang tahu sebelum buat seawalker tu, korang kena stay tuned! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *