Jom Jalan-Jalan : Trip ke Bali Part 3

Blame me, I’m the slowest blogger on earth! And I owe you an overrated explanation, BUSY *psst* . What a reason kan? Tapi hakikatnya….itulah penyebab utama tiada new entry dari Cik Pora untuk bulan January yang baru sahaja bermula. Busy apa tu uols? Dah kata kaki berjalan tak reti duk diam kan…So haruslah busy berjalan explore segenap pelosok Malaysia. Disebabkan Tahun 2014 adalah tahun melawat Malaysia, jadi saya mulakan Januari saya dengan destinasi paling letops kat Malaysia. Nak tahu kat mana? Ha, kena tunggu la next-next-next post. Untuk kali nie, meh kita sambung stori-mori Bali kite ye. Layanzzzzz!

Pagi tu, seperti biasa kami bangun dan terus bersarapan. Aktiviti hari ni adalah bermain dengan air. Seperti biasa, our ‘loyal friend’ dah menanti di lobby untuk menjemput weols ke tempat berhibur sakan iaitu Benoa. Sebenarnya, dari hotel kami, tempat ini tersangatlah dekat dengan kawasan untuk melakukan aktiviti sukan air. Jadinya, bila semua dah ready to go, it’s time for SUMMER SPLASH! Kami sememangnya bertuah sangat sebab sepanjang kami kat sana, hari memang panas membahang ye. Dengar-dengar 2 days before kami sampai, hujan mencurah-curah di bumi Bali. Syukur time kami datang, semuanya baik-baik aja.

Tibanya kami di Benoa, kami disambut oleh pekerja water activities di situ. Ternyata cara bisnes dorang memang lain dari yang lain. Akan ada seorang pekerja yang datang dan membawa kite untuk duduk di table yang disediakan. Kat situ, korang jangan nak fefeling order Bakso pulak. Memang akan ada menu, tapi bukan menu makanan, ianya adalah menu aktiviti di situ. Ha, keles tak? Itulah cara mereka yang membuatkan kiteorang rasa mudah untuk berurusan dalam memilih aktiviti yang kiteorang idam-idamkan…



Bukak je menu, memang boleh terliur lah tengok macam-macam benda boleh buat kat Bali dengan harga yang slightly cheaper than Malaysia. Walawehhhh! Namun, poket Dora Explorer kali ni sangatlah menipis. Jadinya, kiteorang hanya pilih benda yang betul-betul kiteorang nak buat je. Simpan sahaja impian yang lain itu untuk masa akan datang. Wah, gitchewwww! Sooo…selepas berunding bersama-sama dalam menentukan aktiviti yang dipilih, kami akhirnya bersepakat untuk buat SEAWALKING, FLYING FISH dan juga TURTLE ISLAND. Ha semuanya dapat pakej dalam Rp700k. Murah ke mahal? Entahlah, itu je yang berjaya kami bargain. CHING!

Menu activities


Tengah serious nak bargain harga paling letops!

 

Pakcik pon tak bangun lagi uols


View in Benoa Beach


PD look-a-like?


Bila semua pembayaran dah buat, kami dibawa menaiki boat untuk ke satu tempat di tengah-tengah laut. Sebelum itu jugak, lupa nak bagitau, korang kenelah pakai baju ala-ala nak gi diving and pilihlah kasut yang sesuai dengan size uols ye. Sampai sahaja di boat lagi satu tu, kami perlu duduk untuk dengar briefing dari tuan tanah. Especially on how to equalize your ears to avoid ear pain. Ha, senang ajok! Picit hidung korang dan keluarkan udara tu kat telinga. Ala-ala hembusan bayu gitu. Cakap macam senang kan? Tapi disebabkan benda camtu lah, ianya mampu menghalang anda untuk turun ke bawah dan buat seawalking.

Beach boy in Benoa


Rakan-rakan dalam boat


Penghulu boat katanyaaaa


Posing kasih sayang


 

Itulah yang terjadi kat sorang budak kecik di mana ayah and mak die dah syok sampai bawah. Tetiba die duk sangkut sebab sakit telinga kaw-kaw. Last-last mak die je buat. Yang ayah die temankan die kat atas boat since die memang dah tak nak buat. Bila jadi camtu, kiteorang pon macam down jugak ye. Alamak! Susah jugak ek kalau gini. Dah lah first time nak try ni. Bayar mahal jugak tau. Ratus-ratus ribu rupiah…Rugi mak aiiiiii!


Kesian budak nie
 
Beach boy tengah jalankan tugas yang bombastic


Tup tup budak nie sakit telinga


Gas oksigen


Tetap ada barang sembahyang even atas boat


Yang ini pun naik balik
 

Dalam duk nervous-nervous tu, tetiba je orang boat tu panggil kiteorang since turn weols dah sampai. Nasib baik ada kakak Norzi yang sudi jadi orang pertama untuk turun. Aku pulak no.2. Huisshhhh! Memang nebes abis nie. Mintak-mintaklah telinga aku tak buat hal. Elok je aku duk sarung benda alah macam Astronaut nie, terus terasa cam dalam akuarium. Datang je beach boy yang bawak aku ke bawah, terus meks mengucap panjang-panjang. Hish! Takut sungguh time tu…

Elok pulak si beach boy ni bawak aku turun bapaklah laju. Aku terus buat diving sign, ‘Something problem’. Ha aku suka betul cara buat sign nie. Ala-ala menari gitu… So aku memang gunakan sign ni dengan lenggang lengguk gitu. Then die stop, aku cakap telinga aku sakit. Die suruh aku masukkan tangan aku dalam topi tu. Eh, boleh rupanya masuk tangan dalam nie. Aku ingatkan, bila aku masuk je tangan air confirm terus masuk jugak dalam kaca tu. Rupanya takkkkk! LOL! Cik Pong katanya… So, kalau korang try benda alah nie, boleh je masuk jari korang untuk kepit hidung bagi equalize gitu.

Dan akhirnya, aku sampai jugak kat pasir untuk buat seawalker. Bawah tu nanti, akan ada diver yang standby bagi roti kat korang. Die akan jaga korang tengok-tengok apa yang patut. Ada jugak tali yang korang kene pegang. Dekat tali tu, korang dapatlah tengok batu karang yang secoit je tu ha…Air memang kelabu jugak, mungkin monsoon season kan. Kekdahnya, korang tak boleh pon berjalan sebarangan ye...Korang kene duduk setempat je. Jangan mengada nak main redah sajok. Kiranya aktiviti nie hanyalah sekadar nama sahaja. No walking-walking ye. Nanti kene marah ngan diver. Itu sahaj review yang aku boleh bagi. Masa berada dalam tu pon aku rasa kejap sangat. Tak sempat meks nak berjalan ala-ala Neil Armstrong. CIS!

Norzi tengah bagi ‘anak ikan’ makan


Candid katanyaaaa


Our playground


Spongebob in action!

Naik sahaja dari buat ‘seastatic’ nie, kami naik semula ke pantai untuk next activity. Yang ini aku suka. Sebab kiteorang boleh terbang tinggi gitu. Memang release gilerrrrrr! Otak korang rasa tenang-setenangnya. Kalah buat yoga tau. Memang fevret! Tapi seperti biasalah, kejap sajok. Since semua benda pon kejap-kejap je, tibalah masa untuk aktiviti terakhir kami di Benoa iaitu Turtle Island. Kami perlu menaiki glass boat yang katanya boleh nampak ikan dari atas boat. So kat tempat kaki kiteorang, die letak glass boleh tengok laut dan ikan-ikan. Siap bagi roti lagi so ikan akan datang la kat boat kami. CHING! Non ado ikan ye.

So, kami teruskan perjalanan ke Turtle Island. Masuk-masuk je kene bayar ye. Tak ingat dah berapa. Dalam ni, bersepah gile turtle. Kalau kat tempat lain, berkejar-kejar orang KL nak tengok turtle, kat sini, korang nak cium ke, dukung ke, buatlah sesuka hatimu, jangan lambung-lambung sudah…Semuanya boleh! Masuk sini jugak, bukan setakat penyu tau, macam-macam binatang ada. But mostly reptilia la. Sapa yang memang suka benda-benda eksotik, ini memang tempat korang beraksi bersama. Kalau korang teringin nak pegang BATMAN, ha, kat sini, korang boleh lah try. Menurut kata kawan aku, itu adalah binatang paling geli uols!

 
Glass boat


Dah sampai Turtle Farm


Disambut oleh…


Ha keles tak turtle kat sini?


Macam sama je


Ni turtle paling legend tau
 

Habis je tour dalam mini zoo ni, kiteorang mula bergerak menuju pulang ke pantai tadi. Dengan berakhirnya tour ni, maka say goodbye lah kami kepada aktiviti watersport di Benoa. Turun je boat, terus berpusu masuk dalam van Yanto. Tak kuasa nak berpanas-panasan di sini lagi. Tapi paling best, first time pergi pulau tak sunburn pon. Memang awesome lah kalau gini. Nak berjemur lama-lama pun tak de hal 🙂

Sebelum memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya, kami pulang dulu ke hotel. Biasalah bila dah main dengan air laut nie, badan confirm melekit-lekit. So, kiteorang kene jugak bilas dengan air bersih. Habis bersiap, kami teruskan lagi journey hu-ha kami ke Pantai Padang, salah satu lokasi filem Eat.Love.Pray. Memang cantik kawasan nie. Kalau nak masuk tu, korang kena lalu ala-ala jalan sempit gua gitu. Cumanya, bila sesuatu tempat tu dah dikomersialkan, memang berlambaklah manusia yang bersidai di bawah pancaran matahari. Kiteorang? Hanya mampu layan aje view yang ado tanpa buat apa-apa. Takkan nak berbikini kot? Kan….

Hey, jangan marah ye… Saya nak masuk dulu
Yes, let’s go to the beach

 

Lihatlah manusia bergelimpangan


Fefeling Koh Samui tak?


The view


Orang-orang yang memenuhkan suasana


Candid for this guy —->


Batu-batuan yang ado


Ombak die sesuai untuk surfing


Tak lama pun kami lepak kat situ. Kiteorang terus bergerak pulak ke Great Ocean Road-look-a-like…Ha…Betulkah sama? Actually, Uluwatu nie die terletak berdekatan dengan cliff. So, bila ombak tu menghempas batu-batu kat tepi tu, aku terus rasa macam GOR pulak. Even jauh lagi nak sama, namun, 10% tu tetap adooooo… Kiteorang sampai Uluwatu ni a bit lambat. Biasalah, timing kiteorang banyak lari time kat Bali. Heheheh…So bila sampai lambat tu, nak posing-posing kat tepi cliff pun susah since nak kejarkan Kecak Dance.

Borak-borak abang Salleh


Ke sana untuk membuang


Speaking about Kecak Dance, tak tahulah macamane nak cakap ye. Punyalah full and pack manusia dalam ni hai. Dahlah penuh bagai, harga tiket masuk pun quite pricey untuk menyaksikan sesuatu yang aku rasakan biasa-biasa sajok. Since kiteorang dah lambat kan, so kami dapat duduk tempat nun jauh di atas sana. Aku tak tahulah dari pukul berapa dorang ni tunggu untuk dapat spot yang letops. Yang pasti, kalau korang lambat, dapatlah duduk kat lantai dan memang dekat giler dengan performers. Api-api pon dekat jugak. So careful la yok 🙂

The cliff


Cantik kan?


Lihatlah nun jauh di sana…


But memang cantik la view kat sini


Kalau nak datang, I would love to go here again


Kecak dance admission ticket


Ramai kan?
 
Kecak…kecak…kecakkkkkk



Berkecak lagi dekat 1 jam
 
And this view *jaw-dropping*


Lama jugak ye nak nunggu performance nie habis. Tapi apa yang aku suka ialah dapat tengok sunset yang lawa sangat from atas tempat aku duduk. Lawaaaaaaaa sangat! Time tu, terasa romantik pulak Bali nie. Aiyoooo, cliche tak? But memang lawa tauuu. Kalau korang tak masuk kecak dance nie pun, still boleh lepak tepi cliff and layan sunset. Tak rugi apa pun. Right?

Okay, dah berkecak-kecak tu, kami terus balik semula ke pangkuan Benoa tercinta. Tapi, kiteorang ajak Yanto lepak makan malam dulu. Perut lapar giler kan. Seperti biasa request dari kiteorang – Halal, Sedap and Murah. Hahahah! Nasiblah Yanto ni memang dah tahu nak makan kat mana, so die berhenti time on the way kiteorang balik hotel. Ya ampun, sedap bangat Ayam Penyet kat sini. Sambal die marvelllessssss tahap gaban punya. Harga memang kalah semua Nasi Ayam Penyet kat KL. Nie memang betul-betul ada power.


Sambal cobek akak letoppppppsss!
 

Habis bergossip sakan dengan Yanto, kiteorang naik semula kereta untuk pulang ke hotel. Elok je sampai di perkarangan hotel, Yanto buat announcement di mana today adalah last day beliau bawak kiteorang jalan-jalan. Dia akan pulang ke kampung untuk upacara turun tanah anak dia. So, abang die pulak yang akan bawak kiteorang tauuuu. Semua macammmmm alaaaaaaa…. Kenapa camtu? Tapi, takpe. Tak kenal maka tak cinta kan? Abang Yanto pun sporting jugak uols. Okaylah, nanti meks sambung lagi next post ye. Chao chin chao!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *