Travel ke Flores, Indonesia : Part 1

Assalammualaikum,
Salam pembuka bicara 2016, sememangnya sudah lama aku mendiamkan diri di sini. Kekdahnya, busy dengan tuntutan hidup yang memerlukan duit untuk kita teruskan hidup. Itulah lumrah dunia katanyaaaa. Ching! Anyway, kita tak nak cerita pasal hasil sepencarian nie semua, yang aku nak cerita ialah pengembaraan terbaru aku yang paling aku sukeeeeee sangat iaitu ke bumi Nusa Tenggara Timur. Yes you read it right!

Sebenarnya since last year lagi aku teringin sangat nak pergi ke Flores. Keindahan tempat nie dapat aku lihat ketika aku sedang mencari info tentang Timor Leste. Namun, ianya terus membawa aku suatu tempat yang sangat indah baik di dlm gambar mahupun di depan mata. Terus aku pasang angan-angan untuk ke Flores dan study sehabis baik untuk pastikan aku sampai ke sana suatu hari nanti. Pasti ye!

flores-mapInilah map Nusa Tenggara

Aku seakan tak sabar, apabila aku tahu route die sangat mudah untuk ditempuh. So jangan buang masa, harus pergi jugak ke sini. Sedang elok aku study, berjumpa pulak instagram seorang gadis. Beliau dah pernah datang ke sini, so apa lagi, segala jenis soalan semua aku tanya sahaja pada beliau. Sebabnya bila aku cari di Internet, semuanya buat trip overland yang makan masa beberapa hari dari Lombok dan juga Bali. Terima kasih Tong!

Disebabkan, aku hanya ada 6 hari sahaja, jadi aku mengambil cara yang paling pantas walaupun agak pricey iaitu menaiki kapal terbang dari Bali terus ke Labuan Bajo.

Jadi route yang aku ambil ialah : KL – Bali – Labuan Bajo – Bali – KL (Total flight tix = RM 686 sahaja).

Dan pada 3 March, bermulalah journey aku dari KL ke Bali menaiki Malindo Air dengan 30kg baggage (percuma), entertainment untuk 3 jam perjalanan dan makanan jugak. Berbaloi habis naik Malindo Air ni. Apabila tiba sahaja di Bali, kami ambil taksi (Rp 150,000) sehala dan ada juga aku chit chat dengan driver taksi tersebut bertanyakan tentang Sim Kad yang paling bagus untuk digunakan di Labuan Bajo, bukan Bali. Terus beliau bawa aku untuk beli dengan harga Rp250,000 dengan 4.5Gb Data Internet.

Habis beli simcard, kami terus dibawa ke hotel Dedy Beach INN yang terletak di area Kartika Plaza Kuta. Aku pelik giler dengan teksi ni, harga yang dicaj tak masuk akal dengan jarak hotel nie. Aku rasa 5 minit pun dah sampai, tapi kenapalah mencekik darah sekali rate anda ini? Namun, apakan daya, itu adalah normal. Akan tetapi, kalau anda bijak, pakejkan sekali dengan tour, free airport transfer or di hujung cerita ini, aku ade ketemu dengan satu tour agent yang hantar aku ke airport dengan harga Rp 100,000 sahaja. Siap singgah Krishna bagai. Ahaks! Murah bangat.

IMG_5506Walaopun murah, tapi selesa okay!

Baiklah, sampai sahaja di hotel terus terkejut sebab hotel terletak betul-betul sebelah LippoMall. Harga bilik kami hanyalah RM75 semalam. Kau rasa?? Murah sangat dah tu, dengan location yang sangat strategik di samping dengan keadaan bilik begini, terus membuatkan aku rasa hotel ini sangat berbaloi. Namun sayangnya, kami hanya tido beberapa jam sahaja di sini. Sempat jugaklah pergi mencari tempat makan halal di PujaSera ketika aircond di bilik asal kami diperbaiki. Namun, selepas habis dinner, kami perlu tukar bilik dan terus bersiap-siap untuk tidur.

Tapi sebelum aku tidur, sempat aku text Pak Alyas yang akan menjadi tour guide kami di Flores. Alangkah terkejutnya beliau kerana ingat kami akan ke Flores pada tanggal 4 April, bukannya 3 Maret. Beliau masih lagi berada di Komodo dan untuk ke Labuan Bajo, beliau perlukan masa selama 3 jam dan waktu sudah pun lewat untuk bertolak. Aduhai, kesian pula pada Pak Alyas. Aku pun sengal giler, boleh pulak yakin dah nak gerak esok baru bagitahu sekarang. Kekdahnya, Pak Alyas tertukar tarikh aku dengan orang lain. Waduh waduh, pusing sekali gini.

Apa-apa pun cara orang pulau menyelesaikan masalah sangat gentle habis. Die terus bagitahu aku esok tunggu sahaja di Airport Komodo, kalau dia tak sempat, adik beliau akan menjemput kami berdua tepat jam 9.20 pagi. Lega terus. Bila dah lega, apa lagi tidor dan esok kita akan fly ke my dream destination Flores (oops fly dulu ke Labuan Bajo ye).

Check out hotel, tunggu airport transfer (ambil sahaja dari hotel ni, paling murah sekitar Bali iaitu Rp75,000 sahaja) dan tepat jam 7 pagi kami terus beransur pergi ke airport untuk Domestic yang jauh sedikit dari International. Make sure bagitahu clear habis pada driver. Kalau die salah hantar, nak catwalk jauh jugak ye. Satu lagi tips nak bagitahu, untuk domestic flight, die agak pelik sikit. Korang perlu berada di airport 30 minit sebelum waktu fly. Kalau macam kiteorang pukul 8am, so dalam 7.30am tu okay lagi.

Haaa… Berani tak ambil risiko? Tapi itulah hakikatnya. Okay yang tu biasa-biasa je. Yang paling takleh nak digest bila di suruh keluarkan semua air yang ade dalam check-in baggage dan bawak air itu semua secara hand carry sahaja. Aku terus cam… Seriously. Bukak balik bag, keluar segala air mineral yang aku ambil kat hotel tadi. Then, terus masuk gate untuk berlepas. Since kiteorang ade bawak drone, battery segala pun kene bukak time kiteorang melepasi kastam.

Sejurus sampai sahaja, kami terus menunggu di boarding room Lion Air. Kapal kecil yang membawa kami ke Labuan Bajo ini menggunakan kipas dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam 20minit. Seat dalam kapal terbang adalah macam couple seat. Aku dan Kak Mah terpisah gitu. Namun, dekat dihati. Kapal terbang ini terbang rendah. Oleh yang demikian, view di sebelah kiri adalah tersangat magnificient. Seakan tak percayaaaaaaa yang aku dapat saksikan Bali,Lombok dan juga Flores daripada udara sekaligus. Memang oh-som sekali Om!

IMG_5520Lion Air memang terkenal dengan delay mereka. Namun, Allah permudahkan urusan kami, tiada masalah dengan Lion Air

IMG_5524Bacalah… Semua religions pun ada

Aku duduknya di sebelah seorang cowok. Die duduk di tepi window. Kak Mah suruh aku tukar je tempat duduk kat die, sebab aku duk lah permisi permisi untuk ambil gambar. Tapi, orang kita kan bagus. Dorang jenis sabar sajok. Aku memang nak lahirkan hasrat untuk tukar tempat namun setelah berborak, beliau cakap yang die sebenarnya orang Labuan Bajo yang bekerja selama 15 tahun di Kalimantan. Dan untuk sekian kalinya, die baru pertama kali mahu pulang ke Labuan Bajo. 15 tahun yeeee. Maksudnya, sudah 15 tahun die tidak lihat bumi Labuan Bajo. Oleh yang demikian, batalkan sahaja hasrat nak tukar tempat.

DSC00006-0461Pemandangan Lombok dari udara

Dia seorang guru Biologi. Hebat. Dan sangat suka dengan orang Malaysia. Dia ingat aku masih kuliah. Awet muda beb! Tapi, soalan wajib orang-orang di sana pasti diajukan untuk aku iaitu, Sudah menikah? Kenapa masih belum? Harus tahu yang orang Indonesia baik-baik. Kamu nikah sahaja dengan orang Indonesia. Aku hanya jawab dalam keadaan tersipu-sipu sahaja. Kekdahnya bukan mahu yeeeee… Cuma itu satu reply yang palin bersopan aku pernah bagi.

Landed in Bandar Udara Komodo tepat pada waktu yang ditetapkan. Airport mereka kecil sahaja tapi efektif habis pekerja mereka buat kerja. Memudahkan mana yang boleh dipermudah kekdahnya. Keluar sahaja dari pintu airport, aku terus diserbu umpama Happy Pola baru nak sembah ratu Labuan Bajo. Ramai sungguh pria-pria yang mengelilingi diri ku ini. Aku tunduk malu sahaja berjalan sebab sekali imbas tadi, aku tak nampak pun nama aku. Terus ke tepi dan menolak habis segala layanan untuk ambil pakej mereka secara sopan. Ching habis! Duduk tepi dan tiba-tiba datang seorang pakcik ke arah kami. Kamu berdua dari Malaysia? Ya pakcik, kami orang Malaysia. Terus beliau kenalkan diri, saya Pak Alyas.

Terus happy gile, akhirnya ketemu jugak Pak Alyas yang aku duk borak dalam Whatsapp selama nie. Dibawanya kami ke dalam kereta sambil diceritakan yang beliau gigih dari Komodo datang jugak untuk menjemput kami. Kecelaruan yang berlaku atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan diceritakan kepada kami. Memang beliau tersilap. Nasib baik die check ipad semalam. Kalau tidak, memang takde rezeki lah kami bertemu. Disebabkan itu jugak, banyak benda yang berlaku sepanjang trip kami. Oleh yang demikian, korang harus beritahu secara detail tentang trip anda supaya tidak berlaku macam kiteorang.

DSC00010-0471Jom kita explore

DSC00011-0481Labuan Bajo

Kami berhenti di pelabuhan untuk letak barang-barang kami di boat. Boat ni pun last minute dapat. Kekdahnya sekarang ni boat sangat susah untuk booking sebab Labuan Bajo semakin populer, so makin ramailah umat manusia bertapak di sini. Kerana Pak Alyas percaya pada kami, duit deposit tidak diperlukan. Namun, untuk anda-anda yang nak gunakan service beliau adalah disarankan untuk berikan duit deposit supaya beliau dapat lock kapal tersebut khas untuk anda.

Selesai letak barang, beliau suruh kami jalan-jalan sekitar pelabuhan sementara beliau pergi membeli barang untuk bekalan makanan kami. Oh ya, bestnya trip Live On Board ni ialah, penginapan, guide, driver boat, makan minum semuanya termasuk dalam paket. Paket uols. Kacuk Indon teruk dah nie. Ahaks! Apa2 pun, memang lumayan lah, sebab malas aku nak pikir makan segala. Yelah, takkan tengah-tengah laut timbul pulak Drive thru Nasi Kak Wok, memang tidaklahhhh! So, pakej tersebut memang sangat sesuai untuk journey yang berbeza ini.

DSC00017-0491Pelabohan Labuan Bajo

DSC00024-0511Yeehaaa! Sampai jugak

DSC00033-0521Selangkah sahaja lagi, ewahhh!

DSC00037-0531Pengangkutan kami sepanjang trip di Flores, kapal ni konsep dia Santorini. Kau hado?

DSC00039-0541Hidup berkeluarga dilarang FRAGILE

DSC00048-0561Inilah nasi paling nikmat di dunia. Sedap giler!

DSC00052-0571Bukit savanna sudah kelihatan

Selesai beli barang, kami terus berlayar menuju ke destinasi pertama iaitu Pulau Kanawa. Dalam perjalanan, Pak Alyas ada bekalkan kami nasi lauk. Ayam goreng dengan masak lemak sayur ubi. Terkeluar selera Padang pulak haritu. Habis sepinggan nasi. Memang sedap betul makan atas boat, dengan angin meniup kencang, aching-aching kenyang cepat sebab sambil makan, dapat layan pemandangan yang awesome di sepanjang perjalanan. Kak Mah yang duk pong-pang mabuk laut katanya pun, bila dapat makan atas boat, hilang terus segala propaganza mabuk muntah monggek die. Alhamdulillah, tiada istilah mabuk laut kot jikalau pemandangan di sini sudah cukup mendamaikan.

DSC00055-0581Dia je mampu duduk gitu

Perjalanan yang jauh itu akhirnya terhenti apabila kami semakin mendekati jeti panjang milik Pulau Kanawa. Oh Kanawa, nama kau ada iras-iras Okinawa, namun kau ku rasa lebih indah dan hot hot hot like Miami sangat. Untuk penggemar pulau, harus aku katakan, ini adalah surga anda. Air biru, atap rumbia, jeti yang panjang dan pasir putih yang terbentang uols. Paling penting, tak ramai orang langsung. Umpama macam private island. Ya ampun, rezeki betul dapat ke sini ketika tiada manusia yang memenuhi kawasan nie. Seriously, aku rasa dah setaraf Maldives view and suasananya, tabik spring habis.

DSC00061-0591                                                                                     Jom jerit… KANAWAAAAA

DSC00065-0601                                                                                         Langit dan lautan

DSC00066-0611                                                                                          Boat berhenti di jeti

DSC00070-0621Atap dieeee… Macam Maldives

DSC00099-0681Sudah sampaikah kita?

Sesungguhnya aku turut mengagumi kebersihan pulau ini. Woi, malu woi. Indonesia ada pulau cantik dan bersih macamni. Kita pun kena lah ade kesedaran jugak woi. Sebelum terlambat, jadilah generasi yang berbeza dari sebelumnya. Ha keles tak kata-kata kesedaran dari Presiden Belia Benci Sampah 1M4U, ahaks! Lama jugak aku lepak berposing sakan di jeti. Bila lagi nak dapat peluang gini, kalau kat tempat lain, pasti ada sahaja kelibat manusia yang akan ‘photobomb’ di mana-mana. Katanya pulau ini sudah dibeli oleh orang barat. Dan bila aku mendengar sahaja, aku terus macam sedih. Sampai bila-bila pun kita akan dijajah ke?

DSC00072-0631Baca sekali lafaz

DSC00081-0651Jeti ituuuu, letops!

DSC00094-0661Dari arah sini pulak

DSC00165-0711Moh kita masuk

DSC00098-0671Sunyi sepi

DSC00101-0691Di bawah pohon cemara ada Kak Jaclyn

DSC00139-0701Nyaman sekali dong

Pulau ini sangat cantik dan tenang. Aku rasa, pulau nie macam Maldives tau. Ditambah pula dengan pemandangan bukit savanna yang sangat-sangat indah, oh kau memang terindah. Indonesia, bertuah sungguh kau ada tempat macamnie. Dah lah murah, memang meks jelessss. Aku berjalan-jalan di sekitar pulau dan duduk setelah penat di bawah pohon dipenuhi dengan lantern. Ini adalah satu landmark paling popular di sini. Ramai jugak yang berposing di bawah pepohon ini di samping dapat berteduh dari merancakkan lagi KETIBAS yang sedang berpeluh riang.

DSC00175-0721Can I stay?

DSC00201-0731Boat dan jeti

DSC00235-0741Moh kita pulang anak-anak

Kami pulang semula ke jeti dan terus menaiki boat. Laut kat sini luas, umpama tiada penghujung. Ada ketika kau akan berjumpa dengan pelbagai bentuk bukit dan batu-batu yang ada. Terbaik! Kami berhenti di pulau seterusnya iaitu Pulau Sembilan. Sewaktu kami turun, memang takde orang langsung pulau nie. Seriously aku rasa macam pengembara habis bila berada di Flores ini. Aku turun dan menurut Pak Alyas di sini banyak jelly fish yang mempunyai 3 warna.  Di sekitar pesisir pulau ini, ianya dipenuhi dengan corals sahaja. Tiada pasir yang menghiasi pantai di sini. Oleh itu, memang diwajibkan korang memakai selipar, jangan nak duk yakin berkaki ayam. Kalau luka terkena coral yang dah mengeras, mau luka kaki satgi.

DSC00257-0751Hello Pulau Sembilan

DSC00264-0761Terus masuk ke dalam air tuuu

DSC00268-0771Antara jelly fish yang kami jumpa

DSC00275-0781Red corals

Pak Alyas cakap, harus mandi dan snorkeling di sini. Pastu aku tanya, abis kalau jelly fish sengat, kan beracun? Enggakkk. Gatal-gatal sedikit je. Cuci pakai air hilang. Hahah! Aku terus cam cakap, takpelah pak. Tak berani pulak aku nak ambil risk bergatal-gatal. Baru first day, jadi adalah lebih baik jika aku hanya lepak di tepi sambil memerhatikan Pak Alyas dan Rizky (anak angkat Pak Alyas yang berusia 14 tahun) beramah mesra bersama jelly fish.

Pak Alyas sedang sibuk mengambil gambar di dalam air manakala aku, Kak Mah dan Rizky duk sibuk menangkap seekor jelly fish untuk dilihat dengan lebih dekat. Berwarna-warna aku tengok si jellyfish nie. Kalah pulak jelly fish yang aku jumpa di Perhentian sebelum ini. Memang ada gaya sungguh warna-warna yang ada pada badan mereka. Ditambah pula dengan kejernihan air di Pulau Sembilan ini, memang lagi mudah untuk kita identify jelly fish yang sedang kembang kuncop dalam air. Walaaaaweyyy!

DSC00278-0791Pak Alyas dan jelly fish

DSC00292-0801Rizky pun tak takut nak ber-MESSRAAAA

DSC00298-0811Bye bye kawan Spongebob

Anyway, kami tak lama pun disitu, boat terus dipandu ke Manta Point. Di sini, kita dapat melihat Ikan pari manta (Manta birostris). Ianya spesis Ikan Pari namun ianya tidak berbahaya jikan dibandingkan dengan ikan pari yang telah membunuh personaliti popular Crocodile Hunter, Steve Irwin. Memang aku tak pernah tahu akan kewujudan ikan pari manta ray ini. Kalau diver, moment terindah mereka adalah berenang bersama dengan manta. Besar dan tidak beracun. Namun, ikan ini amat pemalu jika bertemu dengan manusia. Itu menurut kata Rizky lah. Dan mulutnya besar sekali uols. Sekali ngap sahaja.

DSC00338-0821Manta Point adalah di tengah-tengah laut. So berenanglah anda segigihnya

DSC00340-0831Look! It’s Manta Ray

Habis bercanda di Manta Point, kami menuju ke tempat yang memang dah lama menjadi idaman aku, iaitu GILI LABA. Di sini, kami akan memanjat bukit savana yang sangat-sangat indah. Biarlah bapa banyak ‘sangat’ sekalipun, ianya tak dapat aku gambarkan dengan view yang dihidangkan kepada aku apabila aku mulakan pendakian. Namun, ketika kami sampai, aku dan Kak Mah tak terus naik ke bukit. Kami rehat dulu menunggu matahari sedikit melabuhkan tirai, then baru naik.

DSC00344-0841Oh my favorite place 🙂

DSC00365-0851Pemandangan dari Gili Laba sebelum kami naik ke atas

Ada juga beberapa boat yang lain tiba bersama kami untuk turut menyaksikan sunset di Gili Laba. Since semua pun tunggu moment terindah ini, sama-sama pun duduk bersantai di dalam boat. Memang kelihatan boat mereka pun ada toilet dan cabin untuk tido. Letops! Terasa bosan, apa lagi, kami pun terus mencuba untuk menerbangkan drone yang dibawakan khas dari Kuala Lumpur. Kak Mah cuba mengendalikan, akan tetapi terus jatuh ke dalam air.

Time tu, cedeh pun ade, tapi nak buat camne kan. First time mencuba, kita redha sajok. Yang berlari selamatkan drone kami adalah abang-abang boat yang sangat prihatin. Kiteorang cam blur tak tahu nak buat apa. Sejurus selepas menyelamatkan drone, tiba pulak tuan-tuan patroli yang datang buat spotcheck. Ditanya dari mana kalian datang, Kuala Lumpur jawabku. Dia marah bermain drone di sini kerana segala aktiviti harus minta permission.

Tapi aku bagitahu die, benda ni saya record untuk saya bagitahu seluruh dunia bahawa Gili Laba ini cantik jika direkod dari atas. Tempat ini pasti akan popular jika saya berjaya merekodkan setiap pelosok sudut Gili Laba dan akan saya share di social media. Bukankah itu bagus? Agak terdiam di situ namun segera mereka ubah cerita tentang permission. Jawab aku lagi, jangan risau encik-encik patroli, drone pun dah rosak. So, better kita semua aman-aman sahaja. Mereka teruskan berborak dengan semua pilot boat tentang sesuatu yang kami tak paham.

Aku terus carik tempat untuk berteduh dan kemudian Pak Alyas muncul dan terangkan kepada kami bahawa ada sesuatu yang berlaku menyebabkan kami harus membayar wang masuk ke taman nasional secara double. Aduhai, nasib badan! Ini semua adalah kerana last minute arrangement serta salah paham yang berlaku antara kami. Memang terdiam jugak la kiteorang sebab perlu membayar sehingga Rp 400,000 seorang. Luluh poket kami yang semakin menipis. Nak tak nak, kami perlu bayar, jika tak bayar, kami harus pulang ke Labuan Bajo esok pagi yang mengambil masa lebih kurang 3jam sehala. Hawau punya patrolpam.

Kita lupakan sebentar adegan drama sinetron ‘Jangan Derhaka Sama Patroli’ di persisir pantai. Sekarang, kite harus menongkah arus, pandang ke depan dan teruskan pendakian bukit yang agak mencabar buat Kak Mah. Beliau memang hangin giler dengan aku, sebabnya kene mendaki pulak woi. Sudah agak lama aku tak travel dengan Kak Mah. So ini ala-ala reunion sempena dengan birthday dia. Namun, dia paling tasuke trip ini sebab combination pulau dan bukit yang memerlukan beliau untuk bersusah-susah sedikit pada hari sambutan kelahiran beliau. Ampun maaf dipinta hahaha!

Tapi apakan daya, beliau bersahabat dengan gadis giler ini yang konsep hidupnya adalah, slumber..tempuh sajok segala yang ada di depan mata. No plan, just go! Disebabkan itulah aku jadi agak serba salah bila dah sampai sini melihatkan Kak Mah yang give up habis untuk naik ke bukit Gili Laba ini. Namun, yang paling best ialah kebanyakkan abang-abang boat yang turut serta mendaki memberikan beliau kata-kata semangat untuk teruskan jugak. Kak Mah, one day, you will understand why I brought you to Flores on your birthday. Takkan nak cliche celebs birthday tiup lilin kat restoran memahal sampai umur 45 babe? Okay carutan dikesan… *larikkkk*

Walau ‘semerah’ mana muka Kak Mah pada ketika itu, hidup untuk melihat pemandangan indah harus diteruskan. Jangan mudah menyerah kata abang boat yang ada. Apabila tiba sahaja di puncak, memang segala pepelohan jantan, pondan, pengkid yang keluar melimpah ruah aku tolak tepi. Subhanallah. Ini adalah disebabkan view sangat nyaman dan tenang pernah aku lihat. Wujud rupanya tempat yang selalu aku imagine dalam angan-angan aku. Tak sangka, ianya wujud. Wujud di depan mata aku sendiri. Di kala itu, hanya mata dan akal fikiran yang dapat memahami perasaan apabila berdepan dengan pemandangan indah ini. Tuhan, terima kasih di atas impian yang telah termakbul. Sesungguhnya, aku insanmu yang ingin melihat keindahan dunia di mana-mana.

DSC00369-0861Geng-geng mendaki

DSC00379-0871I’m saying hello to this view

DSC00404
And this one tooo!

DSC00408-0891Berehat sebentar untuk posing

DSC00414-0901Dan ini juga

DSC00437-0911Phewwww! Sampai sudah di atas puncak Gili Laba. Inilah pemandangan yang terindah hasil pepelohan riang tadi

DSC00498Sunset yang sangat sekejap sahaja

DSC00502Bye bye Gili Laba

Kami menunggu di puncak sehingga berakhirnya matahari terbenam. Selesai urusan di atas, kami turun semula ke bawah menuju terus ke boat. Asalnya, kami akan tidur di dalam boat di Gili Laba. Namun, menurut adik Pak Alyas (yang turut membawa tamu), apabila malam tiba, badai akan mengganas. Jadi adalah lebih selamat jika kami pulang sahaja ke homestay di Kampung Komodo. Terus aku khabarkan kepada Pak Alyas dan kami pun terus meredah kegelapan laut malam yang sangat gelita. Hanya boat kami sahaja yang gigih menelusuri malam pada ketika itu. Aku dah Kak Mah baring rapat-rapat sebab first time berada dalam kegelapan malam di tengah lautan ini.

Dan moment paling indah adalah apabila kami baringkan badan. Mata terus terpandang pada langit yang penuh dengan bintang-bintang. Seumur hidup aku, tak pernah sekali pun aku lihat bintang yang sangat banyak di langit. Aku macam tak nak berkelip mata sebab nak rakam setiap saat yang aku spent untuk melihat langit yang sangat cantik. Subhanallah, indahnya bumi ini. Mengapa aku tidak ke sini dari dulu lagi? Kenapa aku tak tahu akan kewujudan tempat ini lebih awal? Dan… soalan demi soalan berkumandang di seluruh kepala aku.

Tapi, bila aku berfikir balik, why bother to ask? Ini adalah rancangan Yang Maha Esa. Dan ketika ini, aku tak perlu tanyakan pelbagai soalan. Apa yang paling penting, enjoy sahaja moment di depan mata ini. Sedang ligat duk layan bintang yang riang bergemerlapan di langit, Pak Alyas kejutkan kami dengan 2 bungkus Instant Mee perasa Soto. Ya Ampunnnn… Sedapnya duk makan panas-panas sambil duduk atas boat nie. Terus hilang rasa takut mengharungi gelap malam lautan yang luas ini.

M35Gigih Google gambar langit yang persis dengan moment aku di Flores tempoh hari

Apa yang aku salute pastinya, Pak Alyas dan pembantu beliau yang arif dengan arah menuju ke Komodo Village dalam keadaan gelap tiada lampu. Kau mampu? Tepuk dahi kalau aku yang kena bawak boat. Kekadang terpikir, mana tahu rezeki terus muncul di Perth ke? Yelah, dah gelap-gelap gini, mana kita nampak apa-apa kan? Tapi itu semua khayalan semata. Kami tiba di jeti Kampung Komodo selepas 1 jam meredah laut.

Disambut oleh isteri Pak Alyas, kami berjalan dari jeti menuju ke rumah Homestay Pak Alyas. Rumahnya berbentuk rumah panjang. Dan menurut Pak Alyas, semua rumah di Kampung Komodo memang design cenggitu. Sebab zaman dahulu, Komodo ini selalu duduk bawah rumah orang. So, bahaya la kekdahnya kalau kau buat rumah bawah. Memang duduk mengopi sekali la ngan komodo petang-petang. Ngeri okay!

Setibanya di rumah Pak Alyas, satu family sambut mesra habis kedatangan kami. Yeehaaa! Pak Alyas suruh kami pilih bilik. Haruslah yang ade kipas. Panas panas uols. Dapat je bilik terus bukak segala barang untuk bersiap-siap membersihkan diri setelah sehari suntuk bermandi peluh. Aku dan Kak Mah promise pergi toilet sesama. Bukan apa, ni kan rumah orang, so aku perlukan teman dalam mengharungi hidup, CHING! On the way ke toilet, kami lalu dapur.

Dapat aku lihat isteri dan anak perempuan Pak Alyas, Sofi sedang memasak di atas dapur kayu api. Fuh oldskool habis. Memang susah betul aku nak tengok orang masak guna kayu api pada tahun 2016. Tapi aku dapat tengok secara live uols. Bertuah! Kami berborak sedikit dan seterusnya sambung hajat masuk ke dalam toilet bersama-sama woi. Aku dapat agak, dorang mesti pelik giler tengok perangai budak KL yang masuk toilet sama-sama.

Waktu mula-mula masuk, kiteorang berdua tercengang…. Mana paip? Jamban dan kolam sahaja yang ada dalam tandas nie. Lampu pun malap. So, semua benda pun carik dalam samar-samar. Aku dan Kak Mah tutup mata seakan tak percaya yang kami sedang melalui apa yang kami lalui sekarang. Bila bukak je mata balik, terus keadaan jadi macam hitam putih acah-acah filem zaman P.Ramlee. Bertalu-talu soalan, macamane nak mandi, gosok gigi, terkucil, terBAB segala? Yang kiteorang buat sekarang ialah termenung sambil memikirkan solution kepada semua permasalahan.

Kekdahnya, dorang memang takde air paip tau. Mungkin dorang tadah air dan simpan untuk tetamu. Aduhai. Terus kami batalkan sahaja niat untuk mandi. Adalah lebih afdal sekiranya kami menggunakan air itu sebaiknya dan berkongsi juga untuk yang lain. Ingat sikit, insan yang tadah air dan bawak naik ke atas rumah terus ke bilik air ini adalah seorang wanita yang sudah separuh abad. Segala usaha beliau bagi memberikan keselesaan kepada kami berdua ternyata besar. Dan biarlah apa yang berlaku dalam bilik air pada malam itu merupakan moment paling lawak yang pastinya menimbulkan rasa pelik kepada mereka yang melihat kami. Hahahah!

Malam tu, kami rasa bersalah sangat kerana tolak pelawaan untuk makan malam. Sumpah kiteorang salah giler sebab ibuk dah siapkan makanan kami. Susah-susah siapkan, tapi in the end kiteorang tido sebab tak larat sangat. Kami terjaga apabila letrik terputus pada jam 3pagi. Kami terkejut sebab tetiba peluh dan tangisan bayi, cucu Pak Alyas. Kalau kat KL, takde je letrik, memang ada je kata-kata yang menghawaukan pihak tertentu. Ada je yang jadi mangsa nak tuding.

Tapi, apabila pagi tiba, Pak Alyas bagitahu kami yang letrik hanya ada pada jam 6 petang sehingga jam 3 pagi setiap hari. Hebat pengorbanan penduduk kat sini. Mereka adalah insan yang dipilih untuk hidup berjaya dalam limitation yang diluar kuasa mereka. Aku terus rasa bersyukurnya hidup aku di KL namun, aku tetap jugak berasa selama ini aku duklah complaint panas lah, susah lah… Teruknya rasa diri. Sedangkan insan-insan di depan mata aku, tidak sepatah pun complaint akan semua benda itu walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan semua itu sepanjang masa. SAYA SALUTE ANDA WARGA KOMODO.

Bersambung…

Spoiler alert – Apabila kami menakluki pulau yang seakan suasana purba kala.

19 thoughts on “Travel ke Flores, Indonesia : Part 1

  1. Sis, boleh dapat contact number Pak Ilyas tu x? Planning nak pergi end of this year..survey agent semua harga mahal betul.. 🙂

  2. hi good day! i’m going to bali flores next month. how can i contact you? alot Q to ask hehe anddddd contact no Pak Alyas . appreciate if you can share tqtq 🙂

  3. Hi, just found your blog and love it so much. I’m planning to travel to Flores next year. Can you share the itenary and Pak Alyas contact no. ? Thanks : )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *