Travel ke Flores, Indonesia : Part 2

Ibuk-ibuk, bapak-bapak, YUK kita sambung sinetron kisah Cik Pora ke Flores!

Bangun pagi dan kami dihidangkan dengan pisang goreng dan secawan teh untuk santapan pagi. Sempat jugak berborak dengan penduduk kampung yang bertandang ke rumah Pak Alyas, macam-macam cerita kiteorang borak sambil ditemani anak-anak Komodo yang sakan tak berbaju. Yakin! Habis bersembang, kami terus menuju ke boat dan bergerak ke Padar.

DSC00533-0441Selamat siang dari Kampung Komodo

DSC00544-0471Jom kite jengah boat orang sebelah

Kalau korang pernah nonton filem Pirate’s of the Caribbean, memang korang akan faham perasaan apabila melihat view-view pulau yang tiada penghuni tapi cantik bangat. Sepanjang perjalanan, tak sekali pun berselisih dengan mana-mana hidupan di muka bumi. Hanya kami sahaja yang menempuh pelayaran ini dengan sebuah boat ikan. Gituu!

Aku memang taknak berkelip mata walau sesaat, kalau boleh-lah, sebab terlalu cantik. Macam korang ni explorer yang baru sahaja mengharungi lautan luas dan akhirnya berjumpa bentuk muka bumi berbukit bukau dihiasi dengan persisir pantai yang bersih untuk berlabuh. Dan tiba-nya kami di pulau itu, kami labuhkan boat kecil dan hanya aku, Kak Mah, Pak Alyas dan anak lelaki beliau, Irfan yang bersedia untuk mendaki puncak Padar ini. Yeehaaaa!

Pada ketika itu, hanya kami sahaja yang berada di sekitar Pulau Padar untuk memulakan pendakian. Menurut Pak Alyas, track di sini lagi better compared to Gili Laba semalam. Sebab ianya agak menegak manakala di sini agak landai. Aku dan Irfan gigih mendaki bersama disebabkan keadaan Kak Mah, ratu pancit yang sentiasa give up untuk mendaki.

p/s : Hiking untuk viewpoint Padar ini mudah sahaja. Jangan korang risau. Apa yang penting ialah kasut yang selesa, air mineral, topi and sunblock. That’s what you need babeyhhh!

DSC00558-0501Mereka sahaja yang sunbathing katanyaaa

DSC00555-0491Million dollar view

DSC00548-0481Musim aku pergi nie, boleh dikatakan hujung musim hujan. Itulah sebab bukit semua menghijau. Rezeki kami sepanjang di sini cuaca sangatlah terbaik

Kalau semalam, ramai orang bagi kata-kata semangat. Untuk kali nie, hanya Pak Alyas aja yang sungguh-sungguh memastikan Simah sampai jugak ke atas. Yang aku salute ialah adik Irfan nie, kecik je. Tapi gigih mendaki siap bawakkan air kami sampai ke atas lagi. Aku agak mendaki tu adalah dalam 20-30 minit sahaja. Semakin korang naik, korang akan menikmati view yang memang sangat unik. Seakan dalam zaman purba kala dan masih belum develope lagi. Padar please stay as it is. Jangan pernah berubah. Super please 🙂

DSC00994-0671Boat berlabuh, puncak di sana… Teruskan dahulu perjalanan, harungi batu segala

DSC00564-0521       Jom mulakan

DSC00568-0541Kak Mah kelihatan merah di sebalik hijau nya daun

DSC00574-0551And the view, oh wow!

DSC00585-0571Lukisan alam yang terbentang indah

DSC00705-0621And to this magnificent view, subhanallah!

DSC00692-0611Elok pulak group China and Japan tiba sewaktu kami sudah siap enjoy di Padar

DSC00628-0601Looking at this, makes me hoping that each and everyone of us should preserve this place. I want my kids to see this place as I did. Padar, promise?

DSC00592-0581In love in love…

DSC00734-0651Langit, laut dan bukit semuanya dalam satu moment

DSC00965-0661Elok kami nak turun, group baru pulak naik

DSC01002-0691Indah sekali pantai ini

DSC00998-0681Hanya Irfan sahaja tersenyum, yang lain dah moncong sakan sebab panas and penat

Kami bersantai di atas agak lama sebelum memulakan journey turun terus ke bawah. Panas nya cuaca kat sini, rasa cam nak berendam sahaja dalam air. Tapi, Pak Alyas kata kalau nak mandi, kita mandi sahaja di Pulau Lawang. Jadi, sementara on the way ke Pulau Lawang, kami sempat menjamu selera di dalam boat. Ini hari isteri Pak Alyas masakkan tempe goreng and sayur. Fuhhh! Sedap gile tempe goreng die. Siap aku mintak resepi tepung sekali babe. Memang lain sungguh rasa tempe die.

Elok selesai makan, kami pun tiba di Pantai Lawang. Katanya pantai ini persis Pink Beach yang sangat pink suatu ketika dahulu. Namun, kerana ramai yang duk angkut pulang pasir kat Pink Beach, pantai itu semakin hilang auranya. Dan kini, Pantai Lawang pulak dijadikan pengganti. Memang pasirnya sangat pink jika dibandingkan dengan Pink Beach. Memang keren bangat. Duduknya bersantai kami di sini tanpa sebarang kacau bilau. Oh nyaman!

Dari Pantai Lawang, kami terus ke Pink Beach, di sini mula kelihatan ramai pengunjung yang tiba untuk bermandi-manda. Asalnya nak snorkeling, tapi cuaca panas bak ang! So, apa yang kami buat hanyalah try semula drone yang telah crash di Gili Laba. Try punya try, boleh hidup uols. Apa lagi, terus set date dengan orang kat area situ untuk cuba pulak bermain drone di padang Kampung Komodo. Keluar terus ayat purba kala kami, “Jangan lupa kumpulkan orang kampung petang nanti untuk bersama-sama masuk di dalam video drone kami”. Gituu ayat Cik Pong habis! Enjoy sahaja gambar di bawah, no caption needed 🙂

DSC01023-0701 DSC01044-0711 DSC01096-0721 DSC01154-0731 DSC01159-0741 DSC01160-0751

Usai sudah aktiviti di Pink Beach, kami bergerak pula ke Kalong iaitu tempat habitat Kelelawar di sekitar paya bakau. Sebenarnya, dari mula tadi Pak Alyas duk habaq pasal kelelawar nie dan aku ingatkan ia adalah sejenis burung yang duduk di area paya bakau.

Jadi, aku cam krik-krik je lah. Akan tetapi, bila dah sampai, dari jauh dah bunyi hingar bingar segala. Bila tengok atas pokok, nampak macam hitam je. Tapi bila makin dekat, fuiyoooo! Ada batman la yang terbang-terbang… Dan untuk kesekian kalinya baru aku paham apakah itu kelelawar sebenarnya. Kalau dalam bahasa kita, KELAWAR la uols.

DSC01182-0761Seakan berlabuh ke dunia baru yang penuh dengan misteri, GITUUU!

DSC01191-0771Hanya pakcik ini sahaja yang berani untuk mendekati haiwan unik ini, baju KELAWAR

Anyway, aku seakan ternganga seketika apabila melihat kelawar yang berterbangan bebas di siang hari di luar alam yang luas terbentang ini. Lazimnya, kelawar hanya stay dalam gua dan aku selalu streotype yang dorang nie tak boleh kena cahaya. Ternyata sangkaan aku salah! Kelawar boleh je hidup terang or gelap cuma yang membezakan, mereka lebih aktif di waktu malam berbanding kita, manusia.

DSC01211-0781Bertuah sungguh kau KELAWAR, dapat tengok view cenggini hari-hari

Aku memang dalam keadaan tak percaya yang luas sungguh bumi Allah sehinggakan aku lupa untuk memahami alam dengan lebih dekat. Duk lah percaya apa yang TV tu tayang kat kite. Sekarang bila ada di depan mata, terus rasa cam ketinggalan habis. Like what I said, travel is a SCHOOL of LIFE. And it’s true!

Habis bermadah mesra dengan KELAWAR, kini tibalah masa untuk pulang ke Kampung Komodo. Lebih selesa berehat sahaja di rumah walaupun letrik tiada. Mungkin badan yang capek ini masih belum cukup rehat. Oleh yang demikian, untuk mereka yang ingin bersosial di kepualauan Flores, diharapkan anda siap sedia minda dan fizikal anda. Jika tidak, ke-capek-kan bangat!

Sampai di rumah, kami berehat-rehat sambil bersembang dengan kaum keluarga Pak Alyas. Macam-macam stori yang kami dapat dari Pak Alyas, ternyata ia memberikan kami satu lagi angle kehidupan yang sangat berbeza dengan kehidupan kita di Kuala Lumpur. Kalau selama ini, kebanyakkan dari kita hanya bekerja di Malaysia untuk mencari sesuap nasi. Namun, di sini, kerana kesempitan hidup di negara sendiri, mereka harus merantau.

Dan ini jugak berlaku di dalam keluarga Pak Alyas di mana adik beliau yang bekerja di luar negara (Australia & NZ) meninggal dunia di sana. Demi mencari sesuap nasi di negara orang. Mereka seakan tidak percaya dan masih tidak tahu exact reason mengapa detik hitam itu berlaku. Bila aku pikirkan, seringkali kita dengar kejadian warga Indo di negara kita ditimpa kemalangan dan kita seakan diam sahaja. Namun, bila dengar pula dari side keluarga mangsa, korang akan rasa lain. Dan itulah yang terjadi pada aku. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin.

DSC01226-0791Lepak-lepak rumahtangga bersama Sofi

DSC01232-0801Cucu keturunan Komodo

DSC01234-0811Main masak-masak dengan kayu api

Petang itu, seperti yang dijanjikan, kami semua pergi ke padang untuk bermain drone. Elok kami sampai, memang orang kampung ada melakukan aktiviti riadah mereka di situ. Umpama Angelina Jolie & Missy Elliot (Kak Mah lah) turun ke kampung itu, kami diserbu peminat. Chingnyaaa Pora kalau bercerita. Anyway, apabila kami mula menerbangkan drone, semua pun excited, namun semakin jauh aku mengawalnya, akhirnya drone hilang entah ke mana hahah!

Berlari seluruh kampung untuk mengejar drone kami yang jatuh entah di mana. Dah kalau seluruh kampung berlari, aku dan Kak Mah terdiam tegak tanpa sebarang respons. Bukan risaukan drone yang sudah crashed tetapi aku seakan blur… Kehidupan apakah yang sedang aku lalui ini? Aku sedang berdepan dengan tahun 2016 dan masih wujud kehidupan bangsa kita yang sangat prihatin dan sangat muafakat begini? Oh I miss my 90s era in Malaysia. We were like this once upon a time 🙁

IMG_5566Ketika cuba terbangkan

IMG_5568Selepas jatuh dalam air, berderet orang mengejar kami

Tersedar akan situasi yang sangat berbeza ini, kami segera berlari untuk mencari Pak Alyas. Di lorong-lorong kecil kampung itu, mereka berkumpul sambil berjalan menuju kepada kami. Semua warga kampung termasuk kanak-kanan sudah pun mengerumuni kami. Disapa mesra dengan skrip Upin & Ipin dan turut diajukan bermacam soalan tentang drone kepada kami. Satu persatu soalan kami jawab seakan tidak penat. Aku tak pernah merasa hidup di kampung sejak aku lahir, tetapi jika inilah feeling bila kita ada kampung, aku memang jatuh cinta.

Kami pulang ke homestay Pak Alyas kerana hari sudah mulai Maghrib. Elektrik pun dah ada. So apa lagi, berduyun-duyun duk charge segala barangan elektronik yang ado. Kalau tadi, anak-anak Pak Alyas ada yang berjoget, menangis, berlari-lari… Namun, apabila dapat menonton Upin & Ipin di TV, terus senyap sunyi. Pak Alyas dan anak2 mereka di ruang tamu untuk menonton animasi tersebut, manakala isteri dan anak perempuan beliau sibuk memasak di dapur. Kami berdua? Selit-selit sikit masuk group budak-budak tengok Upin & Ipin. Nak gak merasa muda…

IMG_5576Semua keras duk layan Upin Ipin, suka bangat!

For the first time in my life, baru aku dapat tengok full 15 minutes cerita tu. BEST weyyyy! Eh memang bangga la dengan Les Copaque yang dapat hasilkan cartoon gini. Aku pun jadi cam dorang, nganga je tengok. Pastu, aku garu kepala rasa bersalah sebab patutnya perempuan kene tolong mak-mak masak kat dapur. Ini tidak, duklah join kaum lelaki dan kanak-kanak kat depan. Apa lah nak jadi!

Dinner siap dan kami dihidangkan dengan ayam goreng. Makan bersama-sama dengan keluarga Pak Alyas sambil berborak panjang. Habis makan, sambung gossip pulak dengan isteri Pak Alyas. Memang ramah habis orang-orang Komodo. Tak terasa diri ini asing di kampung halaman orang. Oh ya, Pak Alyas ada jugak kongsikan tentang kisah lagenda Komodo yang sangat unik. Aku teruja habis nak ke Komodo National Park esok. Tak tahu kenapa. Padahal aku tahu Komodo boleh gigit. Gigit je ke Pora?

IMG_5579Nasi dan Indomee, makanan tradisi. Namun, tempe jugak dihati

Ahaaaa… Inilah beruntungnya bila kau tak research apa pun pasal Komodo ye. Bila dah bertemu mata ke mata bersama Komodo dan balik Malaysia baru Google camane dia ratah mangsa, terus aku cam takut gile. Anyway, esok-esoklah kita sambung ye. Ini malam, kita kene tidor dulu. Yang bestnya, tido malam tu, masing-masing duk lah pakai sunglasses sebab asap kayu api melintasi bilik kami. Pedihnya mata tu, kalah potong bawang weyyyy. Kalau ada spotcheck memalam kat bilik kiteorang, memang ramai akan cakap, buang tebiat ke hape budak-budak Sg. Gadut, Malaysia nie?

5 thoughts to “Travel ke Flores, Indonesia : Part 2”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *