People Who Made My Trip

Have you ever wonder kenapa setiap daripada kita mempunyai pelbagai cerita berbeza when it comes to travel? Selain daripada budget dan style travel tersendiri, journey kita juga dipengaruhi dengan orang yang kita pergi. But, I’m not talking about friends, family or strangers who made a journey together. It’s not fair for those yang selalu do solo trip. Akan tetapi, this post is dedicated to those who made our trip, a trip to remembered and who are they?

Definitely mereka adalah yang kita gelar, tour guide, pak supir, abang boat, malin gunung, receptionist hotel/ hostel ataupun host Airbnb/ macam-macam lagi. . Mereka adalah real ambassador untuk satu-satu tempat yang kita lawati itu sebenarnya. Betul ke tidok? Dan disebabkan itu, aku nak buat special post tentang mereka yang telah menjadikan trip aku sebelum-sebelum ini satu pengalaman yang sangat berbeza. I would like to thank them for making my trip such a memorable moment.

1. Hery (Bandung)
Bandung adalah negara pertama yang aku travel bersama keluarga. Punyalah suka kat Bandung sampai 3x aku datang dalam setahun. Kau ghase? Dan ketiga-tiga trip itu aku gunakan service Hery sebagai pilot aku. Dia memang paham sangat dah dengan perangai kami yang macam-macam. Semuanya kerana keterujaan kami dengan shopping kain yang berbakul-bakul. Uish, can’t imagine betapa gigihnya datang Bandung untuk shopping semata. Those days katanyaaaa….

Back to Hery, die juga yang banyak membantu aku mengangkat barang, tawar macam-macam harga untuk aku. Sampaikan aku naik segan dah ngan dia. Baik dan jujur orangnya. Dulu time aku datang, die bekerja bawah orang. Pernah jugak aku cakap, kenapa tak mau kerja sendiri, jawabnya tengah usaha. Dan siapa sangka sekarang beliau sendiri telah mempunyai company sendiri uols. Hebat kan? Dari angan-angan, usaha sikit dan kini jadi kenyataan. Alhamdulillah, rezeki. Memang die bagus. Kalau ada yang ke Bandung, jangan segan silu buzz die. Cakap Sapora Azahar nye customer, confirm servis tiptop #ching

To contact him, Whatsapp +62 852 22257752 (Hery RU Tour)

 

12439459_1009708742412216_1626382815231010767_n

2. Paknil (Aussie)
Siapa tak kenal dengan Chef Aznil di Malaysia Hall Melbourne? Kalau anda yang pernah ke sana pasti tahu betapa baik nya insan ini. Tak pernah mengenali satu sama lain semasa di Malaysia. Namun kunjungan aku dan Shima ke sana, diberikan layanan seperti keluarga sendiri. Jika sebelum ini, aku selalu dengar orang gi bercuti nak visit family dorang lah, kawan dorang lah. Like you know, I have cousin in Melbourne. My cat migrated to Sydney bla..bla…bla..

Untuk aku, memang tak pernah ada situation macam ni. Mungkin sebab family aku takdelah besar mana pun. Namun, aku diberi kesempatan merasai pengalaman sebegitu ketika di Melbourne. Seperti seorang abang yang menerima lawatan dari adik-adik. Beliau memang ada ketika kami cuak gile tak jumpa jalan balik MH Melbourne dek kerana GPS yang menggila. Uishhh, experience sangat. Memang jasa dan segala bantuan PakNil akan kami kenang sampai bila-bila. Thanks Paknil, even 2nd time pergi Melbourne pun, gigih abang kami yang sorang ni bawak nasi lemak untuk makan mengadap Flinders Station. Nak nangis rasanya dapat nasi lemak di Australia.

P/s: Paknil dah balik Malaysia. Now die dah bukak restoran Western di Ipoh tau – Paknil’s BBQ & Grill. Korang semua boleh pakat-pakat datang untuk merasa Western Platter die yang awesome and murah giler! Serious wajib try and kalau yang nak ke Australia, boleh juga dapatkan khidmat nasihat beliau. Sambil makan, sambil kongsi ilmu.

DSC09015

 

3. Yanto (Bali)
Bali trip aku dan rakan-rakan memang awesome. Selain view di Bali yang sangat cantik, kami juga dihiburkan dengan Yanto yang sangat kreatif dan pandai melawak. Ade je cerita yang best-best beliau habaq mai. Ada macam-macam kata kiasan yang beliau ajar. Sumpah kalau aku ingat balik, memang gelak. Bukan tu je, Yanto jugaklah yang bagitahu kat aku tentang cara orang Indonesia yang sukakan short form.

Sampai sekarang aku ingat. Kan mudah hidup yang telah dipermudahkan? Memang favorite mereka adalah short form segala. Thanks Yanto for the awesome trip we had in Bali. And to be frank, beliau antara yang menawarkan servis tour mampu milik di Bali. Dan yang paling best, Yanto tahu kedai Ayam Penyet Halal yang serious da bomb. Sedap tak ingat!

Contact :  Avriel Yantohood (Facebook)

DSC07833

 

4. Uteh (Gunung Irau)
I’m not a mountain person. When I decided to go hiking, memang cepat-cepat tulis dalam diary tarikh keramat itu. Takkan lupa sampai bebila pun tau. Uteh, seorang guide yang banyak memberikan semangat untuk teruskan juga plan ber-hiking ke Mossy Forest walaupun pada asalnya trip ke sana sudah pun cancel. New experience. Bagi aku, sapa yang dah sebati dalam arena turun naik gunung nie adalah mereka yang hebat luar dan dalam kerana mampu push themselves to the limit.

Dan sepanjang journey menakluki Gunung Irau ini, beliau dan rakan-rakan telah menjadikan trip ini  satu trip yang paling bermakna dalam hidup kitaorang semua. Ilmu baru yang dikutip takkan aku dapat di mana-mana sepanjang 11 tahun di sekolah (even bukak tutup khemah tu setiap tahun pun cikgu ajar, aku sumpah tak reti). Melalui mereka, aku belajar yang stamina kita mungkin lain-lain, namun semangat dalam hati kita, apabila kita ada teamwork yang agung, kita akan jadi SATU.

p/s : Mossy Forest idaman semua sudah pun dibuka semula. Kalau korang masih mencari guide yang sesuai, cepat-cepat contact Uteh – ORL Nature. Google je.

DSC08063

 

5. Bosniac Girl
The only guide that I forgot her name. Seriously payah giler aku nak recall nama die. Aduhai, mungkin factor usia ni Pora. Walaopun, aku lupa nama beliau, namun, wajah dan cerita beliau tentang kesengsaraan dan semangat orang Bosnia tak pernah luntur dari ingatan kertu ini. She made my trip in Sarajevo became so meaningful. Her experience is real. Her spirit for her country is infinite. She conveyed everything in 1 trip for FREE. Make sure korang yang ke Sarajevo, follow her trip tau. Memang best!

DSC06574

 

6. Jitho (Yogjakarta)
Referred by teman blogger iaitu saudara Reef. Memang aku happy gile dengan servis yang ditawarkan oleh Trip Javanesia especially jejaka bernama Jitho,. Ahaks! Die ni lah yang memeriahkan sambutan birthday aku di Yogjakarta. Paling excited macam birthday die. Hahah! Namun yang paling best, die juga dianugerahkan dengan bakat mengambil gambar. Jadi, semua gambar aku di Yogja  memang awesome. Takdelah malu sangat nak update katanyaaaa. Beliau jugak yang telah membawa kami ke Dieng, memang last minute plan but kiteorang enjoy sangat. Dan beliau jugak yang gigih drive dalam kabus tebal demi memberikan aku satu pengalaman memanjat bukit di subuh hari. Terima kasih Jitho, trip Yogjakarta saya jadi awesome!

Contact – Facebook Trip Javanesia

DSC00295

 

7. Amy (Boracay)
Mabuhay! Semasa mula-mula AirAsia membuka laluan ke Kalibo, Cik Pora ter-excited siap booking terus ke sana walaupun info tak berapa banyak. Kami bertemu dengan Amy, pekerja di sebuah hotel tempat kami mencari penginapan terakhir di sana. Beliau banyak membantu kami dalam mencari bilik yang available, tapi tak berjaya. Namun, di sebalik itu, persahabatan kami terjalin apabila die masakkan kami seafood secara PERCUMA makan kat hotel die and belanja ice cream bagai.

Terharu habis dengan hospitality yang Amy bagi pada kiteorang. Sambil makan tu, sambil memanjatkan kesyukuran. Walaupun berada di bumi asing ini, Allah tetap hantarkan seseorang buat kami yang laparkan makanan Halal. Syukur. Selain itu, die nie jugaklah jadi perantara kami untuk beli souvenirs bagai. Huntunglah terus ada kawan dari Boracay. Thanks Amy, walaupun dah lost contact dengan die, but jasa die tetap aku ingat sampai bila-bila.

DSC01468

8. Cambodia
First time ke Cambodia and berjumpa dengan seorang pemandu pelancong yang sangat bersopan santun dan tidak lokek berkongsi info tentang Kemboja iaitu Salim. Seorang Muslim berbangsa Khmer yang menetap di Siam Reap. Walaupun orang Khmer, tapi Bahasa Melayu die memang tip top. Memang mudah sangat nak berkomunikasi. Dengan tuk -tuk beliau, kami meneroka segenap sudut Siam Reap yang sangat unik.

Yang paling penting, belakang tuk-tuk die mesti ada air mineral sejuk untuk pastikan kiteorang sentiasa cool habis. Anyway, die nie punya sopan, sampaikan die pakai spek hitam sebab ada masalah pada penglihatan pun, die mintak maaf kat kiteorang. Betapa bagus adab beliau dan muka beliau pun ala-ala Jep Sepah gitu.. Die ni banyak tolong kami especially time nak book tiket bus ke Bangkok. Oh my, tetiba #throwback camna adventure nya trip aku lintas sempadan itu. Masih di ingatan.

DSC07056

 

9. Jim a.k.a Harun Salim Bachik
Kalau aku lihat wajah guide kami ke Damnoen Saduak Floating market, pasti aku teringat akan wajah arwah Harun Salim Bachik. Tapi versi serious sikit. Die lah yang rajin melayan kerenah kami semua ketika di sana. Time naik gajah, paling riuh sebab takutlah, sebab tinggi lah dan macam-macam lagi. Tapi dielah tukang cool down kan kiteorang untuk yakin beramas mesra dengan gajah. Morale support gitu. Die ni memang bagus, walaupun setiap kali aku pandang muka die, aku gelak kaw. Walaupun sesekali die confused, dah kenapa si Pora ni?

DSC093701

 

10. Pak Alyas

Kalau mereka yang ada membaca kisah semasa aku di Flores, memang nama Pak Alyas adalah nama yang tidak asing lagi dalam blog ni. Beliau merupakan orang yang banyak menjadikan trip aku di sana lebih happening dan different. Beliau bukan sahaja bertanggungjawab untuk bawa kami visit all main attractions tetapi beliau juga turut memberikan kami peluang untuk merasai kehidupan di kampung Komodo itu sendiri. Kalau di Internet, information tentang Flores tak banyak dari orang kita, tapi dengan segala ilmu dan pengetahuan yang diperoleh dari Pak Alyas, membolehkan aku berkongsi dengan kalian semua. Semoga korang boleh merancang trip untuk ke sini dengan lebih lancar, Insyallah.

Contact Pak Alyas – +62 821 45252757 / indahnesia.trip@gmail.com

DSC01709

Macam aku cakap sebelum ini, walaupun aku tak pernah ada saudara rapat yang menetap di luar negara, akan tetapi sepanjang aku travel ni, tanpa sedar aku dikurniakan dengan ‘saudara sesama manusia’ di seantero dunia. Mereka berikan aku satu pengalaman yang tak mungkin orang lain dapat. Mereka kongsikan ilmu dan bakat dorang melalui journey aku. They are my families now. And they are around the the world!

So, what’s your story with ’real ambassador’ of the country you visited”?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *