Kangen sama saya? Ahakss! Lamaaaaa sungguh tidak bersidang di sini. Kan? Saya juga kangen bangat sama kamu semua. Serious. Tiada update di sini bukan bermaksud saya hilang, akan tetapi tuntutan kerja mencemburui masa saya di sini. Namun, disebabkan tuntutan itu jugalah, saya berkesempatan fly ke Jakarta baru-baru ini atas urusan business trip. At least kannn…Jom kita layan cerita dan review tentang penginapan saya di Jakarta. Dan airlines yang bertanggungjawab membawa aku dan rakan sekerja haruslah Malaysia Airlines.
Touched down di Jakarta, terpaksa pulak menunggu lama di kaunter pungutan bagasi. Habis pungut, kita cari pulak nama kita di ruangan menunggu. Tapi, takde tau. Nasib baik ada jumpa seorang lelaki yang memakai coat dengan name tag Holiday Inn. Terus serbu and tanya segala tentang airport transfer kami. In the end, ada berlaku kesilapan teknikal yang menyebabkan mereka typo error my name. Due to that, kiteorang dapat naik Alphard besar yang sungguh selesa, rezeki Kak Pora fefeling.
Sampai di Holiday Inn Jakarta Kemayoran, kami disambut mesra oleh bellboy yang bekerja. Kalau anda memang familiar dengan Jakarta, korang mesti dah biasa kene scan segala barang untuk masuk ke sesebuah premis kan? Same goes to Holiday Inn. Setibanya di reception, harus berikan passport untuk registration dan card credit sebagai deposit.
Dapat kunci, terus ke bilik dan bukak pintu… WALAAAA! Deluxe room untuk Safura seorang, rasa-rasa? Besar dan grand habis. Mewahnyaaa kehidupan. Mana taknya, kalau aku yang travel, haruslah aku duduk hostel sahaja. Jadi, feeling tu lain sangat bile dapat bilik cenggini. Letak barang kat, lari terus ke tingkap nak tengok view. Walaupun gelap gelita, tapi boleh nampak swimming pool tau. Aaaaaaa! Bestnyaaaa. Then, check pulak toilet. Fuh! Ni sexy. Transparent glass uols. Tengah shower, orang kat katil boleh nampak kite? Rasa? Hahahah!
Kite letak dulu bag kat situ and kita layan apa yang ade depan mata. Jom!
Tengok pun dah tahu empuk sekali
Kite close up sikit, barulah nyaman
Tempat bersidang
Bestnya kalau ade table gini kat rumah, boleh hupdate blog selalu *ceh*
Lihatlah glass pada toilet itu, nikmatilahhhhh. Tapi jangan over nikmati, nanti ketombit
Dari dalam washroom, bolehlah intai-intai sikit apa ada kat luar ahaks!
Excited sesorang tema-nya
Jakun
Tak perlu angkut segala-gala
Siapa yang ada perangai macam aku, bila nak check out, collect segala ni masuk dalam bag? Angkat tangan!
Segala facilities yang disediakan oleh Holiday Inn Jakarta Kemayoran membuatkan aku rasa diriku begitu berharga. Mampu? Bukan apa, hotel moden ini memang menawarkan keselesaan untuk tetamu especially insan macam aku yang datang ke sini untuk bekerja keras gitu. Sempat jugak landing atas katil yang empuk dan lena dibuai mimpi selama beberapa minit. Yang penting lighting die pakai control button sajok. Untuk yang ada masalah suka terang benderang macam aku, memang mudah. Umpama stadium dah aku buat bilik nie.
Menu untuk in room
Yayyyy! Sempat meng-iron
Tergantung indah, tak sempat pakai tau 🙁
Peti keselamatan
Selipar hotel
Semua lengkap
Apa-apa pun, lokasi hotel ini sangat strategic jika anda dari airport kerana ianya adalah aliran yang tidak macet. Hanya ambil masa 30 minit sahaja. Jika korang buat business trip, this is the best place to stay. Peaceful from the hustle bustle of Jakarta traffic. This sophisticated hotel makes you feel like home. Dan paling best, wifi room die, quite fast in speed. So, sempat jugak duk update stori-mori pada kaum keluarga dan sahabat handai di Kuala Lumpur.
Overall, walaupun it was very short trip and bilik tu aku guna like few hours je, aku tetap puas hati dengan hotel ni. Layanan yang diberikan kepada staff memang awesome. Siap boleh pinjam telekung sembahyang dihantar terus ke kamar indah sapora. Gitu. Tapi palin aku suka tetap kamar mandi die, sebab boleh connect sound dari TV. Kekdahnya, mandi sambil tengok TV. Kalau nak focus beriya, pasang muzik then siap boleh buat zumba dalam bilik air tu. Tapi terpikir jugak, kalau tengah-tengah mandi, ada pulak iklan Sundel Bolong, berlari keluar bilik lah jawabnya. Suzannnnaaaa, ngapain kamuk? Larik pakai towel, itupun kalau sempat haahah!
DETAILS HOTEL HOLIDAY INN JAKARTA KEMAYORAN
Holiday Inn Jakarta Kemayoran
Jl. Griya Utama Blok B No. 1, Kemayoran, Daerah Khusus Ibukota Jakarta, Indonesia
+62 21 29568800
Untuk yang nak book hotel nie, korang boleh tengok best price dekat www.booking.com atau pun www.agoda.com . Bagi pemegang kad Intercontinental Hotel Group, anda boleh gunakan reward card anda untuk collect points. YAY!