Stadium Astro: Aplikasi Terhebat Untuk UEFA EURO 2016™ bermula pada harga RM6* sahaja!

Stadium Astro: Aplikasi Terhebat Untuk UEFA EURO 2016 bermula pada harga RM6* sahaja!

Who’s excited for EUFA EURO 2016? Angkat tangan! Walaupun ada yang tidak berkesempatan untuk ke France menonton secara LIVE *chewah*, tapi ASTRO, selaku Penyiar Rasmi UEFA EURO 2016 akan membawakan liputan yang lengkap dan komprehensif untuk acara sukan terbesar dunia, Kejohanan Bola Sepak Eropah.

Jika anda tidak berkesempatan menonton di televisyen, jangan risau. Anda akan menontonnya di mana-mana sahaja anda berada kerana Astro akan membawakan kesemua 51 perlawanan SECARA LANGSUNG, melangkaui skrin TV anda iaitu menerusi aplikasi Astro on the Go dan aplikasi terkini Stadium Astro yang membolehkan para peminat sukan terlibat secara digital dengan kejohanan yang berlangsung. Semuanya hanya di hujung jari sahaja.

Lee Choong Khay, Ketua Perniagaan Sukan Astro berkata, “Astro terus komited dalam menyampaikan liputan menyeluruh perlawanan UEFA EURO 2016™ di aplikasi inovatif pada telefon bimbit dan semua skrin yang ada bagi memastikan setiap detik dapat dibawakan terus kepada peminat-peminat sukan di mana sahaja mereka berada hanya dengan Astro on the Go.

Pada masa yang sama juga, aplikasi Stadium Astro kami yang serba baharu akan bertindak sebagai peneman setia kepada peminat UEFA EURO 2016, yang mana ia bakal membawakan sorotan perlawanan rasmi dari pelbagai sudut kamera, analisis menyeluruh pemain, rakaman ulang tayang, liputan berita terkini, kandungan video yang mempunyai permintaan tinggi (on demand) dan banyak lagi. Dengan adanya aplikasi Astro on the Go dan Stadium Astro ini, rakyat Malaysia berpeluang untuk merasai pengalaman hebat Kejohanan Bola Sepak Eropah hanya dengan menontonnya menerusi platform digital Astro”.

Dan bagi peminat setia bola sepak yang ingin menyaksikan kesemua perlawanan UEFA EURO 2016 di Astro atau aplikasi Astro on the Go pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, anda semua boleh berbuat demikian menerusi pembelian ‘Pas Sukan’ (Sports Pass).

Astro

Tapi kalau kami bukan pelanggan Astro, macam mana kami nak menonton UEFA? Good news to you! Tak semestinya anda perlu menjadi pelanggan Astro untuk menikmati tawaran ini. Anda hanya perlu melanggan ‘Pas Sukan’ dengan harga RM104.95* menerusi aplikasi Astro on the Go. Bagi yang ingin menonton perlawanan terpilih sahaja, anda boleh berbuat demikian dengan melanggan pada harga RM6* untuk setiap perlawanan. Bagi peminat perlawana yang lain pula, anda boleh menonton 12 perlawanan secara langsung dengan PERCUMA di Astro Arena menerusi aplikasi Astro on the Go. Semua langganan boleh dibuat melalui android Astro on the Go atau layari www.astroonthego.com.

Semasa event berlangsung, pihak Astro ada juga ada membuat pengumuman tentang aplikasi Stadium Astro yang kini tampil dengan wajah baru merupakan destinasi yang paling hebat dan komprehensif untuk peminat UEFA EURO 2016. Anda kini boleh dapatkan berita-berita terkini, jadual dan keputusan perlawanan beserta statistik lengkap, profil kumpulan dan pemain pada bila-bila masa sahaja.

Dan apa yang paling istimewanyaaaaa… untuk pemegang ‘Pas Sukan’ yang melanggan aplikasi Stadium Astro di telefon bimbit, anda turut berpeluang menyaksikan setiap perlawanan dari pelbagai sudut kamera dan analisis perbandingan untuk setiap kumpulan dan pemain. Best kan? Bukan itu sahaja. Korang juga boleh imbas kembali gol-gol terbaik dari para pemain, peluang-peluang sepakan keemasan dari pelbagai sudut dan banyak lagi sorotan-sorotan menarik akan dibawakan khas untuk peminat yang ada di luar sana.

Mutil-angle highlightsMulti-angle highlights

Matchcenter_Lineups_Live_Euro2016Keputusan penuh dengan senarai nama pemain

NewsRuangan berita

Stadium Astro Euro 2016 home (1)Info perlawanan

Bagi mereka yang suka buat analisis tentang statistik kumpulan pilihan, aplikasi Stadium Astro dengan fungsi terkini yang membolehkan perbandingan dibuat di antara kumpulan dan pemain terlibat. Fungsi analisis seperti menerusi sepakan yang dibuat para pemain, ketangkasan dan kekemasan permainan pemain, jarak sepakan dari pelbagai sudut, kad-kad pengadil yang dilayangkan kepada pemain dan banyak lagi. Dengan adanya ciri-ciri menarik yang diperkenalkan di Stadium Astro ini, aplikasi ini dijangka menjadi pilihan utama peminat bola sepak terutamanya kepada mereka yang aktif di Stadium Astro Fantasy League. Memang best kan?

06_teams_players_team_stats(1)Statistic terbaik untuk anda

Player comparisonComparison pemain yang ada

DSC04487Hosts of the day

DSC04503We got to experience the apps 🙂

DSC04511Tadaaaa… Excited kan?

Jadi, jangan lupa untuk mark your calendar as UEFA EURO 2016 bakal membuka tirainya pada 11 Jun 2016 dengan perlawanan pembukaan di antara tuan rumah Perancis bertemu dengan Romania di Stade de France pada jam 3.00 pagi waktu Malaysia. Jangan lepaskan peluang menontonnya secara langsung menerusi Astro dan Astro on the Go, dan dapatkan berita-berita terkini kumpulan pilihan anda, analisis dan sorotan perlawanan dari pelbagai sudut kamera menerusi aplikasi Stadium Astro. Hanya RM6* (untuk bukan pelanggan Astro) bagi setiap perlawanan menerusi Astro on the Go.

Untuk melanggan, jom kita lihat bagaimana caranya :

Lampiran: Astro on the Go

i. Untuk pembelian Pas Sukan Astro menerusi:

Peranti Android
Langkah 1: Muat turun dan lancarkan aplikasi Astro on the Go atau layari www.astroonthego.com

Langkah 2: Log masuk menggunakan ID Astro atau Daftar masuk menggunakan ID Astro (untuk pengguna baru)

Langkah 3: Terus ke “Store

Langkah 4: Pilih pakej “Pas Sukan UEFA EURO” dan beli.

 

Langkah 5: Setelah pembelian dibuat, anda akan dapat melihat perlawanan akan datang di tab Acara ‘Live’ dan 2 saluran Euro 2016 di tab Sukan dan Saluran.

 

ii. Untuk membeli perlawanan secara individu (Langgan perlawanan individu dengan harga RM6* setiap perlawanan)

Peranti Android Web @ www.Astroonthego.com
Langkah 1: Muat turun aplikasi AOTG

 

Langkah 2: Log masuk menggunakan ID Astro atau Daftar masuk menggunakan ID Astro (untuk pengguna baru)

 

Langkah 3: Terus ke “Store

 

Langkah 4: Pada kategori Acara ‘Live’, pilih perlawanan yang anda ingin beli.

 

Langkah 5: Setelah pembelian selesai, anda boleh melihat perlawanan akan datang di tab Acara ‘Live’

Step 1: Layari www.astroonthego.com

 

Step 2: Terus ke “Store”

 

Step 3: Pada kategori Acara ‘Live’, pilih perlawanan yang anda ingin beli.

 

 

Step 4: Setelah pembelian selesai, anda boleh melihat perlawanan akan datang di Acara ‘Live’

iii. Untuk menonton perlawanan secara percuma di Astro Arena

Aplikasi Mudah Alih dan Web @ www.astroonthego.com
Step 1: Muat turun dan lancarkan aplikasi Astro on the Go atau layari www.astroonthego.com

 

Step 2: Log masuk menggunakan ID Astro atau Daftar masuk menggunakan ID Astro (untuk pengguna baru)

 

Step 3: Pada tab Sukan atau Saluran, pilih Astro Arena

 

2 thoughts to “Stadium Astro: Aplikasi Terhebat Untuk UEFA EURO 2016™ bermula pada harga RM6* sahaja!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *