OPEN TRIP : Yogyakarta Budget Trip 2016

Untuk post kali nie aku buat summary sahaja sebab ini adalah trip kedua aku ke Jogjakarta. Most of the places yang aku pergi pada tahun lepas, ada yang aku repeat untuk kali nie. Dan sebenarnya banyak jugak tempat baru yang aku discover! Apa-apa pun, kalau korang nak baca tentang tips- tips yang lagi details, boleh refer sini ——–> Trip Yogyakarta 2015 . Dan untuk yang tasaba nak tahu tentang kisah trip OPEN TRIP Yogyakarta Cik Pora kalinie, terimalahhhhhhh :

p/s – Ampun maaf dipinta kerana lama tak hupdate 🙂

———————————————————————————————————————————–

Yayerrrrssssss! Jogjakarta…. or Yogyakarta or whatever you call. This is my favorite Indonesian city. Tak tahu lah kenapa but something about Jogja yang membuatkan I don’t mind to repeat every year pun. Last year ke sini bertiga, this year aku angkut sekampung – 8 orang terus. Ahhaha! Excited punya pasal kan. Actually, aku memang ada try buat OPEN TRIP untuk ke Jogja 3 bulan sebelum departure date. Tak sangka dapat sambutan yang luar biasa dari mereka semua. Apa lagi… Terus proceed beli tiket and aku siap-siapkan semua urusan hotel booking, supir  dan itinerary. Memang semuanya dipermudahkan untuk kami berlapan.

18 August – Berangkatlah kami seramai 8 orang ke bumi Jogja. Cadangnya dalam flight nak tido, tapi bila dah duduk dengan geng paling bising, terus cancel. Mana tak nya, kiteorang teruja habis bila dapat tahu AirAsia ada served lemang atas awan weyyyy! Terima kasih Cik Diba sebab belanja kami, ala-ala tuan rumah flight tu, buat open house atas flight. Sampai di Adisucipto International Airport, kami disambut oleh siapa lagi kalau bukan, jejaka terhangat Jawa Tengah, Mas Jitho. Memang paling happy dapat jumpa semula setelah setahun tidak ketemu (menangislah cewek-cewek dengar). Masukkan segala bagasi dalam van, kami pun lantas bergerak menuju ke destinasi pertama – Hutan Pinus. Dari Kuala Lumpur lagi kami dah plan nak pakai baju kaler sama untuk ke Hutan Pinus. Dengan suami kawan aku sekali aku suruh pakai baju putih. Layan je lah die dengan kerenah 7 gegadis ni. Yang penting bila dalam gambar, Insyallah seri nur kasih naik mencurah-curah!

3Excited!

JogjakartaIMG_5368-0481Menu paling best atas flight

G2015853                                                               Lemang oh lemang. Beraya lagi di atas awan

2Yayyyyyy! Selamat bertemu semula

1Jom naik lori kacuk van. Hanya di Indonesia. Depan lori, dalam limousine woi

Disebabkan 17 Augustus adalah Hari Kemerdekaan Indonesia, maka sambutan masih lagi berlangsung sehingga 18 Augustus. Banyak jalan yang ditutup. Dengan itu, banyak sungguh rintangan nak ke Hutan Pinus itu. Bingung jugak Mas Joko kami duk pikirkan jalan yang boleh tembus ke sana. Akhirnya, jalan kampung yang kami lalu membawa kami terus ke Hutan Pinus. Sampai di Hutan Pinus, MASUK FREE. Terus berlari. Weyyyyy, rindunya aku akan kedamaian Hutan Pinus. Sumpah rindu! Serious sukaaaaaa sangat tempat nie! Tenang dan meng-asyik-kan. Memang wajib datang!

JogjakartaDSC05107-0491Sambutan perarakan mereka best. Setiap kereta harus represent kampung sendiri. Dan berarak meriah!

Kami ber-lapan membawa haluan masing-masing dengan mengabadikan ‘selfie’ posing maut sendiri. Sempat gak aku mengintai masing-masing sakan duk melayan jiwa di dalam ketenangan Pinus ini. Banyak yang dah berubah. Dalam tempoh kurang dari setahun, macam-macam ada kat sini. Ada hammock, ada look out point and macam-macam lagi. Oh Jogjakarta, apa yang kamu lakukan ke saya ini JAHATTTT angat! Gituuuuu. Dan disebabkan itu jugalah aku try semua benda yang ada kat situ. Cer korang layan semua gambar di bawah :

JogjakartaDSC05109-0501Yayyyy!

JogjakartaDSC05119-0511Syukur, sampai juga sekali lagi di sini

JogjakartaDSC05123-0521Melangkah dengan kasut kungfu

JogjakartaDSC05125-0531Step by step

JogjakartaDSC05136-0551Sapa yang 40kg and below boleh dah

JogjakartaDSC05143-0561Gegadis Malaya

JogjakartaDSC05167-0591Berposing sakan 

JogjakartaDSC05179-0601Let’s shoot

JogjakartaDSC05208-0611Moh kite terjah yang ini pulak, tempat baru

JogjakartaDSC05209-0621Sumpah tenang

JogjakartaDSC05220-0631Berbentuk pawagam

JogjakartaDSC05252-0641Indah untuk dinikmati

JogjakartaDSC05263-0651It’s yours!

Next destination is – Candi Ratu Boko. Tiket masuk Rp110,000/pax plus dinner. Candi ini terletak di atas bukit tapi tak perlulah korang hiking beriya. Dan ianya cantik sewaktu sunset. Memang kau akan rasa, WOW! Zaman dahulu kala di Jogjakarta pasti indah. Manakala zaman sekarang pulak, semuanya pun indah sebab ianya dijaga bersih. Tak ada sampah ye. Kau akan rasa bagaikan puteri yang datang singgah di Istana Ratu Boko ini. Disambut dengan taman-taman nyaman di sini dan kemudian muncul sebuah monumen yang sangat unik. Ianya mempunyai pemandangan Gunung Merapi dan terlihat juga Candi Prambanan dan Candi Kalasan.

Sewaktu kami datang, matahari masih tegak berdiri. Orang mulai penuh dengan pelbagai gadget dan pose. Yelah tempat dah syahdu, apa lagi… Marilah kita. Tak pernah kalah, kami pun turut join the crowd. Jitho lah jadi mangsa kami untuk membantu mengabadikan kenangan di Candi Ratu Boko. Sampai ke lepas Maghrib pun masih lagi yeeee. Indah, mana boleh duduk kejap-kejap. Lepas habis berjimba, baru ingat nak makan. Terus ke restoran yang ada untuk menikmati santapan makan malam.

JogjakartaDSC05281-0671Moh kite ke Boko Sunset

JogjakartaDSC05283-0681Sebelum gelap, mari kita abadikan memori

JogjakartaDSC05286-0691Scan tiket ini

JogjakartaDSC05290-0701Dan mari kita explore

JogjakartaDSC05295-0711Taman-taman yang sangat bersih

JogjakartaDSC05300-0721Masih ada batu asli di sini

JogjakartaDSC05309-0731Tadaaaaaa

JogjakartaDSC05312-0741Monumen batu

JogjakartaDSC05315-0751Our shadows

JogjakartaDSC05318-0761Selama nie tengok dalam Internet, nganga jeeee. Dah sampai, tetap nganga

JogjakartaDSC05321-0771My playground

JogjakartaDSC05339-0781 Tema kali nie – #gengposingangkuh

JogjakartaDSC05342-0791Alhamdulillah matahari melabuhkan tirai di sebalik 

JogjakartaDSC05346-0801And to the best view… 

JogjakartaDSC05349-0811We walked towards you

JogjakartaIMG_6059-0441Just us babeyhhhh!

JogjakartaDSC05367-0821Terus menyaksikan keindahan alam secara LIVE

JogjakartaDSC05382-0831Yang terakhir di sini, punyalah kami tak nak move on dari tempat nie

JogjakartaDSC05388-0841Makan malam, kita ambil Mee Sedap. Ada 2 orang tu ambil pisang cheese. Palin kenyang

Naik van, terus check in Hotel Pop! Sengaji yang terletak tak jauh dari Kawasan Tugu. Dapat bilik tingkat 3, aircond lambat sejuk. Bilik muat-muat 2 orang tapi interior moden. Restoran kat bawah hotel ada jual nasi putih. Kalau ada bawak Ikan Bilis or Dendeng, apa lagi, makan puas-puas lah. Malam tu, aku turun lepak dengan Jitho untuk buat itinerary. Nampak tak? Kak Pora dah macam kerja dengan boss Jitho dah. Tapi no gaji lah. Terima kasih la lupa itinerary saya. Muah!

IMG_5066Hi Pop! Sengaji

IMG_50674 rooms with WiFi password

IMG_5068Terbaek untuk berdua, kalau ramai-ramai, please ambil bilik besar sikit

IMG_5070Towel

IMG_5071TV yang ado

IMG_5072Mencurah-curah air nya

Hari ke-2(19 August 2016) , kami bangun seawal 4 pagi untuk ke Punthuk Setumbu. Meriahlah geng-geng yang suka AADC2. Impian tercapai sudah. Buat aku, naik jugaklah bukit tu untuk test power lutut ni ha. Dah lama tak perform untuk hiking. So kita kasi redah sorang-sorang. Oh ya lupa nak habaq, buat yang nak kerjakan Subuh di Punthuk Setumbu, ada disediakan Mushola di entrance. So adalah dinasihatkan ambil air wudhu siap-siap dari hotel. Sebab mushola dan tempat berwudhuk di sini adalah campur. Ikut keselesaan anda okay, yang penting niat itu kerana Allah.

Naik sahaja ke atas, hari pun dah nak terang. Aku cari port lepak sambil perhatikan mereka-mereka yang di atas. Masih seperti dahulu. Ramai. Meriah. Tapi harini matahari lebih terang dan mantop! So sunrise harini mungkin lebih nyamen. Aku tunggu dan lepak sampailah matahari memancarkan cahaya itu. Asalnya nak ke Rumah Ayam (tempat Dian Sastro & Nico) tapi hajat tidak kesampaian kerana untuk ke situ harus mendaki. Trip kali nie aku bawak hakak-hakak sado, so dorang lebih prefer jalan mendatar. Sesekali duk hiking takpela. Ni dah kalau semua pun mendaki, hakak sado cakap tak best hahahha! Tapi aku nak ingatkan buat mereka yang nak ke attractions letop-letop kat sini, korang memang kena hiking. So, be prepared!

JogjakartaDSC05404-0851Punthuk Setumbu di awal pagi

JogjakartaDSC05426-0861Umpama dunia di atas awan

JogjakartaIMG_6071-0461Love gitu!

JogjakartaIMG_6073-0481Nur cahaya tercinta

JogjakartaDSC05444-0871Mentari yang menerangi kami

JogjakartaDSC05456-0881Persis peserta AF2016 tak?

JogjakartaIMG_6072-0471Okay kita nak pulang dah

Dari Punthuk Setumbu, kami singgah kedai makan untuk brunch. Habis brunch, kami bergegas ke Kalibiru. Perjalanan ambil masa 1 jam. Sampai di Kalibiru, jam pukul 11.00 almost 12pm dan elok pulak hari Jumaat. So, mereka nak close for Solat Jumaat. If nak tunggu naik Kalibiru, kami harus tunggu sehingga jam 2.30pm untuk turn kami. Mampu tak? Bukan sebab malas tapi kami kesuntukkan masa. Jadi, korang yang ada wishlist nak naik Kalibiru nie, harus sampai awal pagi dan jangan pergi hari Jumaat ye. Namun, apa yang paling penting, dah bertambah ye rumah kayu di atas pokok itu. Ada lebih kurang 5 buah dah sekarang. Hebat. Jadi, pilihan adalah di tangan anda!

JogjakartaDSC05457-0891Brunch kami, meriah babe! Memang sedapppp. Sambal lado die bisa bikin gueee panas

JogjakartaDSC05501-0901Bila kau ada papparazzi

JogjakartaDSC05511-0911Dan ditemani mereka yang gila bergambar. Happyyyyy!

JogjakartaDSC05530-0921Ke Kalibiru kite

JogjakartaDSC05539-0931Eh dah kenapa tu jahhh?

JogjakartaDSC05601-0941Cedeh jugak lah tak dapat naik, tapi no worries, tetap posing!

DCIM101GOPROGOPR6222.

Tiada rezeki kali nie

JogjakartaDSC05629-0951Look at the view 

JogjakartaDSC05634-0961And it used to be my playground last year. Tak ramai cam gini 🙁

JogjakartaDSC05650-0971Palin sukaa

JogjakartaDSC05652-0981Flawless habis memasing

Kami tiada pilihan! Gituuu. Harus bergegas ke next attraction – Mangrove. Bila sampai di sini, baru kami tahu yang ianya terletak di tepi pantai. Dan tempat ini lebih nyaman kerana tiada orang pun kat sini. Habis satu kawasan kami round. Barulah hakak-hakak kawasan! Uniknya kawasan ini adalah kerana ia terletak di kawasan penempatan nelayan. Jadi, mereka membina titi untuk memudahkan aturan langkah yang lebih selamat. Tapi yang palin menarik kat sini adalah bila mereka menggunakan konsep LOVE itu sendiri sebagai tema untuk anda explore this place. So unique! Memang aku salute dengan daya kreativiti orang-orang di sini. Chop, korang dulu kecik-kecik minum susu apa sampai boleh kreatif gini?

Apabila kami di sini, Jitho tak lepaskan peluang untuk mengambil gambar satu group. Just bagi camera, korang take turn untuk posing. Sekarang baru aku paham perasaan Che Ta bila pergi holiday bawak photographer wey. Sumpah kiteorang feeling semua. Tapi chop, Man Kajang takde la puleks. Eh? Hahah! Anyway, yang penting tempat ini berangin kencang ye. Yang nak bergaya sakan tu harus ingat, pakailah yang bersesuaian dengan keadaan di sini. Ada titi, ada angin yang kencang…. Haaa, jangan nak pakai skirt rofol-rofol puleks. Anda bukan Marilynn Monroe versi Jawa ye.

JogjakartaDSC05661-0991Wisata ini, wisata baru

JogjakartaDSC05675-1001Lihatlah wajah yang nak melalui Jalan Kebenaran punnnn….

JogjakartaDSC05682-1011Dah dah… Jala in ajaaaaa!

JogjakartaDSC05736-1021To seek for the real love. Malaysia and Indonesia, bersatu kita

JogjakartaDSC05760-1031Beautiful day to explore this place

JogjakartaDSC05773-1041Hanya buluh, terus tercipta kawasan yang indah

JogjakartaDSC05777-1051Kalau tempat ni wujud zaman aku kecik-kecik main kawen-kawen, memori aku lah paling indah

JogjakartaDSC05780-1061Haaaa, ini baru betul hahaha!

Habis berfoya- foya di Mangrove, kami meneruskan perjalanan selama 1 jam. Konsep Yogyakarta ni, semua pun 1 jam je. Aktiviti tido dalam van itu wajib. Ala-ala bila sampai, bukak mata je. Waaaa tempat baru. Dan tempat baru tersebut adalah Gumuk Pasir, Parangtritis. Memang sedang elok kalau nak main pasir petang-petang gini. Barulah tak rentung berbakul-bakul.

Kami berlapan sampai di Gumuk Pasir dan berpecah mengikut haluan masing-masing. Tapi, apabila suami kepada salah seorang peserta mengidam nak main sand boarding, semua pun bersatu semula untuk mencuba. Walaupun aku pernah pasang angan-angan untuk main sandboarding di Perth (propa tak angan -angan camtu?), tapi tetap tak kesampaian sebab takde lagi rezeki ke sana. Namun, menurut salah seorang rakan aku, Adiba yang pernah ke sana. Gumuk Pasir memang hampir sama sahaja dengan Lancelin Sand Dunes. Maka-nya, tak perlulah bazir duit ke sana kan? Ahaksss!

Dengan harga Rp100,000, korang main je kongsi-kongsi and main sampai PUAS. Kalau tak PUAS, itu masalah korang. Pergi carik ubat mudah puas. Apa-apa pun, buat aku yang memang mudah ENJOY, aku rasa aktiviti ni sumpah fun! Sebab time nilah kau nak gelakkan kawan korang yang tergolek-golek macam nangka. Macam-macam aksi korang boleh tengok. Yang terjatuh menggila, yang papan berhenti separuh, yang jerit kalah nak terbang pun hado, yang menang gaya tapi akhirnya mencium bumi pon tak dilupakan. Semuanya menjadi satu memori indah. Korang yang teringin nak ke sini, please datang ramai-ramai. Meriah sangat. Mainlah sampai puas. Kutip memori banyak-banyak kat sini. As for us, we enjoyed to the max!

JogjakartaDSC05859-1071Lepas main kawen-kawen, kita main pasir pulak. Oh dear, brings back to memory lanes

JogjakartaDSC05860-1081Gumuk Pasir bukan Gemuk Pasir

JogjakartaDSC05873-1091Hanya Rp10,000 untuk entrance fee,tapi bayar time kat pintu gerbang pantai sahaja

JogjakartaDSC05892-1101Amacam? Roger la dak dak skate korang. Ini petang kita tengok skill sapa yang ummpph!

JogjakartaDSC05951-1111Ni dak dak skate kami, belum apa-apa dah tergolek bagai. Skill terbaik!

JogjakartaDSC05954-1121Menang gayaaaa, siap GoPro

JogjakartaDSC05957-1131Tapi akhirnya, terkeluar dari board. Mampu?

JogjakartaDSC05960-1141Seorang yang tabah. Bukan yang tengah naik dan duk tepi tu. Tapi yang baju purple

JogjakartaDSC06006-1151Pom pom girl kat tepi – macam gangster ke tidak?

4acddf11-720f-4c12-9b57-b1dcefcd3926Yang terjatuhhh!

JogjakartaDSC06008-1161Menyembah bumi… Akhirnya!

JogjakartaIMG_6074-0441My favorite – Boleh jadi cover album tak?

Kita tinggalkan kisah pasir putih tepi pantai, yuk kita pulang ke hotel dan berehat. Memang habis satu bilik penuh pasir sampai atas katil. Make sure korang lompat-lompat dulu kasi semua pasir keluar dari tempat-tempat tak sepatutnya. Eh? Chop, itu consider tips jugak ke? Hahhaha! Malam tu, lepas dah penat-penat main pasir, kami pakat-pakat untuk makan Mee Ayam and Roti Bakar. Yummy Mee Ayam. Memang favorite aku. Roti Bakar tu okay, tapi manis sikit. Kalau last year yang aku pergi tu lagi better.

JogjakartaIMG_5200-0451You will always become my favorite!

Hari ke-3 (20 August 2016) di Yogjakarta, kami check out dulu Pop! Sengaji dan akan terus ke Dieng malam nanti. Sebelum kami bertolak ke Dieng, di siang hari kami akan ke beberapa tempat yang kesemuanya indah-indah belaka. Mas Jitho dah pesan dari semalam lagi. Sila pakai baju warna yang meriah dan striking habis. Bukan untuk senang die nakcari kalau kami hilang, tapi sebab die nak ambil gambar cantik-cantik buat kami semua. Memang trip paparazzi la kekdahnya.

1st destination – Gunung Merapi. Tak jauh beza dengan tahun lepas. Masih sama. Bayaran juga tidak berubah – Rp350,000 per jeep. Nasib baik Thira, rakan seperjuangan kami ada bawak penutup hidung yang hijab-friendly. Senang sikit nak pakai, ikat belakang saja. Tapi paling penting sunglasses ye. Itu jangan sesekali lupa. Nanti jadi macam aku, peristiwa Ray Ban pecah berderai di Gunung Merapi.

DCIM101GOPROG2326635.                                                                                                  Naik jeep

JogjakartaDSC06104-1201Rumah di Merapi

JogjakartaDSC06111-1221Awan tutup Gunung Merapi

JogjakartaDSC06139-1231Batu Alien

JogjakartaDSC06142-1241Hip hip hoorayyy!

JogjakartaDSC06153-1251Posing with Jalur Gemilang

JogjakartaDSC06174-1261Dan biarkan Jalur Gemilang itu menghiasi pentas Merapi

JogjakartaDSC06220-1271Meowwww, may I buy this from you?

2nd destination – Goa Pindul. Mulanya macam nak skip je sebab semua pun taknak berbasah-basahan. But too early for Timang pulak. So, kami decide untuk pergi jugak tapi hanya buat 2 activities iaitu Goa Pindul and Tubing Sg Oya. Buat aku yang dah kali ke-2 buat aktiviti ini, aku rasakan cam bosan sebab buat benda yang sama. Dah lah panas gila. Aku sunburn habis kat sini. Memang aku cam alaaaaaa 🙁  And surprisingly, the group pun kureng enjoy. Kiteorang siap pesan kat guide tu, sila skip beberapa spot, kami rushing to Timang. Habis tubing dekat pukul 3.30pm. Berkejar lah kami tukar baju and siap-siap ke Timang.

DSC06712Hetty Koes Endang naik lorry uols!

DCIM102GOPROGOPR6910.                                                                            Sumpah panas! Burn baby burn

3rd destination – My WISHLIST since last year. It’s Timang Beach. Journey to Timang memang jauh. Bukan sahaja jauh malah jalannya tidak begitu sesuai untuk van macam kami ini. Bergegar habis uols. Dalam perjalanan memang aku berdoa agar kami sempat sampai sebelum gelap. Memang tujuan aku repeat Jogja ni pun sebab nak pergi Timang. Teringat kes tak sempat ke Timang last year. Memang sedeh jugaklah. Dan this year pun memang hampir nak terlepas jugak. Mana taknya, elok sahaja matahari melabuhkan tirai, aku baru naik gondola. Dan kami harus naik berdua sebab kesuntukkan masa. Memang agak sedih di situ. Sebab timing kami sangat-sangat tight.

Mujurlah aku dan Shima tak buang masa, terus saja naik gondola. Dalam keadaan tergesa-gesa. Sampai aku lupa nak bukak spek mata Mira Filzah aku, terus je nonong naik gondola. Tak pikir apa dah time tu. Pikir nak naik and nak feeling. Kami bergilir-gilir naik dan turun. Habis turn, kene patah balik ke darat. Makin nak gelap makin mengganas air laut di sini. Kejadian kawan aku Azlina and Ain apabila pergi balik ‘dipukul’ ombak memang takkan aku lupa hahah! Lenjun. Menggigil woi. Tapi semangat tetap steady. Salute la babe!

Ada satu pasangan lagi dari group kami tak sempat naik atas sebab2 hari semakin gelap. Abang gondola refund balik Rp200,000 sebab tak dapat naik. Aku paham perasaan bila jadi macamtu. Sebab aku dah kena last year. Bukan hanya tak dapat naik gondola, nak tengok pantai Timang pun tak dapat. Memang agak cedeh jugak lah. Tapi aku berazam untuk pergi jugak Timang ni dan alhamdulillah this year aku dapat repeat Jogja sekali lagi. Tercapai sudah walaupun naik berdua. At least merasa ke Pantai Timang. Takpe Acu, Insyallah kita repeat sesama okay 🙂

JogjakartaDSC06222-1281Nak jerittt… TIMANGGGGGG!

DSC06771Timang oh Timang

GOPR7014Sunset di Timang

Habis bertimang-timang, kita singgah pulak ke tempat untuk makan lobster. Surprisingly, ianya bukan restaurant pun. Hanya sebuah rumah yang dimiliki penduduk tempatan yang menceburkan diri dalam bidang import export lobster dan makanan laut lain. Aku sempat juga berborak dengan owner die, Mas Wasiman. Die pergi ke laut dalam untuk mencari lobster, ketam, ikan semua dan buat bisnes import export ini ke serata negara Asia. Bayangkan die berani buat bisnes tu walaupun khabarnya ramai yang gagal. Usia baru sahaja 32 tahun. Tapi rezeki dia memang ke arah seafood yang mahal ini. Aku memang salute betul orang yang buat bisnes macamni. Berani ambil risiko kerana percaya akan rezeki dari Allah.

Makanan sampai dan terus kami terjah dengan bismillah. Ya ampun, sedap gile lauk yang dia masak ni. Walaupun aku tak makan seafood due to allergic, tapi aku give this a try sebab who knows kalau fresh, memang takkan ada allergic ke. And it’s proven! No alergic at all. Makanan sedap, murah dan fresh. Recommended! Sebelum balik, Wasiman siap pesan kat aku, nanti datang lagi ke Timang. Stay 2-3 hari. Kat sini, ada banyak tempat menarik. Laut yang cantik untuk snorkeling.

JogjakartaDSC06239-1291Selalunya kalau musim, memang penuh lah lobster

JogjakartaDSC06250-1301Ke dapur, kita tengok apa yang ada

JogjakartaDSC06260-1311Bergambar kenangan bersama group dari Malaysia yang turut singgah ke sini untuk menjamu selera. Ketemu lagi kita ya, Insyallah!

JogjakartaDSC06265-1321Our food is here

JogjakartaDSC06270-1331Sumpah sedap!

Pulang dari Timang, kami terus bergegas menuju ke Dieng. Perjalanan dari Timang 6 jam. Kau mampu? So on the way tu, singgah mana-mana R&R, kita siap2 gosok gigi, basuh muka dan solat untuk tido dalam van bagi menempuh perjalanan jauh bak hang itewww. Kekadang bila van Mas Jitho berhenti emergency, terjagalah satu van dan bila tengok takde apa-apa, kami sambung tido balik. Tapi, aku nak berterima kasih pada co-pilot Diba yang sanggup berjaga untuk temankan Jitho yang mungkin capek memandu. Jasamu kami kenang sampai bila-bila. Muah Acu.

Kami tiba di bumi Dieng pada jam 1.30 pagi. Oh Dieng, kau masih macam dulu. Sejuk sejuk dan sejuk. Tapi nyaman. Untuk kali nie, kami check in di Homestay Arjuna. Nasib baik ada 3 bilik yang masih available. Kalau tak, keras membeku macam ayam daging la kat luar. Yang best pasal homestay ini adalah sebab Wifi die laju dan ada disediakan towel untuk semua para pengunjung. Jika pikir balik, memang kami tak tido langsung tau. Dalam van, tido sekejap-sekejap je. Sampai Dieng, baring-baring, terus kena siap-siap untuk hiking. What a day!

Ketika di Dieng, aku memang tak bawak langsung baju sejuk. Hanya bersandarkan pada makcik last year yang ada buat sewa baju sejuk. Alangkah tak bestnya bila kedai makcik tu tak bukak dan memang takde langsung servis sewa baju sejuk di kedai lain. Alamatnya, terpaksalah bershopping fesyen musim sejuk di gerai-gerai yang ado. Kau fefeling macam pergi H&M sudah. Nasib baik semuanya mampu milik. Kalau tak, mengerekotlah kat atas tu haha!

Kami memulakan hiking secara berjemaah beramai-ramai.. Bukan jemaah kecil ye, tapi ini macam group super besar. Memang lain sungguh pengalaman last year dengan this year. Dahulu hanya aku dan Jitho je. Yang kali nie, dah macam nak tengok konsert Jom Heboh. Siap macet bagai. Kau rasa? Aiyooo, memang tak tahulah nak cakap macamane boleh macet gini. Nasib baik jalan dia semakin elok, kalau tak, memang makin jem lah kat atas tu.

30 minit selepas tu, kami pun tiba di puncak Sikunir yang menjadi idaman ramai. Sumpah makin ramai orang makin sejuk pulak angin. Tak tahan lah kalau nak berdiri je duk tunggu matahari terbit dalam keadaan sejuk begini. Memang give up habis. Aku dan Kak Mah terus cari tempat berteduh di kalangan orang-orang Jawa di sini. Kalau ikutkan hati nak je turun balik berteduh di bawah pokok. Tapi apakan daya, hari pun masih gelap lagi.

JogjakartaDSC06278-1341Pakcik nie ajak aku join

DCIM102GOPROG2507119.

Tak mampu, sejuk gileee

JogjakartaDSC06316-1351To Puncak Sikunir

JogjakartaDSC06323-1361Sunrise, terlalu indah kau menyinar. Syukur dikurniakan moment ini dalam kamu hidup saya

JogjakartaDSC06346-1371Kan dah janji, gambar pakai spek ni ada tarikh luput. Tak mampu, kalau lagi 5 tahun tengok trend Ci-Pop kita kat Sikunir

JogjakartaDSC06360-1381Dikerumuni mereka yang friendly untuk mengabadikan memori indah di Dieng bersama Jalur Gemilang

JogjakartaDSC06395-1391Thirara, kenangan bersama bumi Dieng Wonosobo

JogjakartaDSC06425-1401Kontot-kontot cabai nya

JogjakartaDSC06435-1411Please beli and try makan, sedap. Makan panas-panas, cuaca sejuk. THORBAIKKK!

JogjakartaDSC06444-1421Hey Bobo, don’t be shy. You are beautiful too. Bulu mataaaa uolsssssss!

Lama jugak kekdahnya kami berteduh sehinggalah matahari memunculkan diri dengan terang benderang. Subhanallah cantik sungguh matahari untuk hari ini. Indah. Namun cukuplah untuk simpan dalam hati. Aku memang tak larat nak snap gambar pun. Sejuk die, bukan main-main uols. But, bila kami beralih ke tempat di bawah sedikit. Dah tak sejuk tau. Memang nyaman jeee…

Terus energetic habis. Panggil jemaah-jemaah lain, kita kibar sikit jalur gemilang di atas puncak Sikunir. Ramai pulak yang datang untuk bergambar dengan kami. Dah macam reunion Upin Ipin @Sikunir uols. Malu Kak Ros. Apa-apa pun, semua yang datang hiking kat situ memang awesome! Dah macam satu family dah. Semuanya sporting.

Habis berjimba di puncak, kita turun perlahan-lahan. Adalah saya sarankan supaya berhati-hati. Beberapa gadis tergolek depan saya, tapi suara yang paling bising adalah saya. Terkejut nyah! Elok-elok jalan tetiba tergolek dok! Mana tak terkejut. Terus cover line, sebab suara yang tengok orang jatuh lagi over dari yang menyembah bumi.

Pulang ke bawah, kami terus menuju ke Batu Pandang Ratapan Angin. Kalau ikutkan nak je terus balik ke bilik. Ngantuk sangat-sangat! Tapi demi cinta akan alam sekitar dan masa macam emas 916, aku gigihkan jugak. Sebenarnya ada wishlist aku kat Batu Pandang nie. Ianya adalah Jambatan Merah Putih yang baru sahaja dibina pada May 2016. Mampu? Memang tak rugi korang ke Jogja ni, banyak benda baru yang dorang buat. Creative pulak tu. Dan paling lazat ialah, semuanya mampu milik!

Mendaki tak sampai 20 minit, tibalah di attraction yang boleh dikira baru jugak iaitu Flying Fox. Taknak la naik. Walaupun Rp25,000 sahaja. Aku lebih kepada jambatan tu. Kita naik lagi sikit. And tadaaaaaaa… Walaweh cantikkkk! Memang berbaloi aku dan 4 orang rakan aku mendaki bersama-sama. Walaupun penat mata, penat badan penat segala tapi semuanya cam waaaaaaaaa…. Cantiknya view kat sini. Persis New Zealand dah.

Kami berlima naik jambatan dan bergambar sakan. Entrance fee Batu Pandang – Rp10,000. Naik jambatan Rp30,000/pax. Kau berdirilah atas jambatan tu sampai puas. Please posing cantik-cantik okay. Korang mesti happy kat sini. So do I 🙂

JogjakartaDSC06466-1431Tiket masuk setiap sorang

JogjakartaDSC06469-1441Get ready for flying fox

JogjakartaDSC06483-1451Inilah yang dicari, Jambatan Merah Putih

DCIM102GOPROG2547204.

Kita tunggu turn sat

JogjakartaDSC06490-1461Bagi abam sado pergi dulu

DCIM102GOPROG2587441.
Yang menanti pun…

JogjakartaDSC06510-1471Kalau tak Rakan Muda, tak tahulah!

JogjakartaDSC06512-1481Moment paling sweet, betulkan tudung sahabat, walaupun gigil

JogjakartaDSC06515-1491Bila tudung semua dah okay, barulah hooorayyy!

JogjakartaDSC06518-1501Kalau kami berlima, sis solo je. Relax!

Selesai urusan di sini, kami bergegas pulang ke Malioboro. Seronok! First sebab dapat tido dalam van, kedua, sebab singgah makan di Rumah Makan Orang Jawa, ketiga, sebab nak shopping di Malioboro. Mungkin tempat lain semuanya berubah di Jogja, namun bukan di Malioboro tau. The vibe – still the same! Barang-barang juga masih murah macam dulu.

Kami allocate masa hampir 2jam untuk membeli-belah di seluruh Malioboro. 2 jam cukup ke? Of course tak cukup tau. Besar gile tempat ni and korang boleh shopping the entire Malioboro tu sebab harga dia memang mampu milik, at least bagi aku yang dari golongan kebanyakkan ini, aku masih mampu lah beli-belah di sini. But seriously, I’m in love with everything yang dijual di Malioboro. Tak kisah lah if apa-apa barang pun sebab semuanya uptodate in their own style.

Hint : Please beli bags and books. Sana murahhhhh! Kain batik pun ade but kena pandai cari. And kalau korang nak tukar duit, please go early. Petang ahad die tutup cepat.

Balik dari Malioboro, kami meneruskan perjalanan ke kedai Bakpia. Chop, bakpia tu apa benda pulak? Bakpia tu adalah sejenis kuih lambang kemegahan Yogjakarta. Kalau di Bandung, mereka ada brownies, di Jakarta, mereka ade Kek Lapis Monica dan macam-macam lagi. Di sini, kita bakpia ye. Aku try bakpia ni di Malioboro. Ada orang bagi rasa and terus aku cam, weyyy sedap gile.

Okay, rasa dia macam roti canai nye dough and ada cheese. Oh please ambil flavor cheese. Ada 2 jenis, premium and yang biasa. Beza nya – Kalau biasa tu, biasa2 jelah tapi tahan lama. Kalau Premium dia macam basah-basah tapi cepat berkulat. Kekdahnya kalau yang premium tu lagi susah nak jaga. Haih macam-macam. Baik aku amik biasa-biasa pun dah okaykan. Yang penting lambat kulat-kulat. Itu yang kita mahu.

Masa kami di kedai bakpia tu, ada Mas Jitho ingatkan yang tempat kami nak makan besar iaitu restoran Ramiten selalu fully book. And kalau tak booking awal-awal, memang mendapatlah kena tunggu berjam-jam. Restoran ni memang kami dah plan nak pergi sebagai makan besar penutup trip ni since dari Malaysia lagi. Memang excited habis nak datang sini. Jadi, kami memang kena dengar nasihat dari Jitho yang lagi expert. AbangLong Padil katanya.

JogjakartaDSC06576-1511Cara buat batik

Bila kami call House of Raminten, booking dah ditutup. Hanya walk-in customer sahaja yang dilayan. Namun, semangat dak-dak KL ni lain sikit. Kalau kat Malaysia, budak-budak ni mampu beratur berjam-jam nak dapatkan iPhone, ambik nombor berpuluh-puluh bila nak makan boat noodle, tunggu lama gile nak dapat BRIM… so setakat camni, kami okay. Barulah lambang rakyat di bawah tampuk ketabahan katanya. Akhirnya terbukti.

Kekdahnya memang lama jugak menunggu hahah! Bila kami sampai, aku terus turun and register nama under waiting list. Berduyun-duyun jugaklah orang duk menunggu. Dalam 20 minit, tibalah giliran kami. OMG tak sangka sepantas ini. Terus berlari duk cari seating area kami sebabnyaaaaa…. Nak tengok cowok-cowok pelayan restoran ini. Sumpah tak tipuuu! Muka semua persis artis weyyy Ada yang persis Amar Bahrin, Nazim Othman, Ruzaini… Ya Ampunnnn…Memang duduk situ rasa macam kau dalam studio tauuu.. Fuhhh, dugaan pentas dunia katakaoooo! Chop nak tanya… Boss Ramiten (Hamzah) ni memang buat casting dulu ke before ambil jadi waiter.

Yang waitress pun apa kurangnya. Semua pinggang kerengga.Kulit halus flawless. Neng, loh kalau ke Malaysia. Memang udah viral ya. Boleh jual macam-macam produk kat IG. Tak perlu sudah kerja di sini sebagai pengambil order kami. Malaysia kan semua boleh? Apa-apa pun, bila order food, kami semua dapat try makanan yang bermacam-macam nama. Perawan la, ayam koteka la… Memang nama-nama kreatif tau. Aku salute habis pada owner ni. Aku malas nak komen lebih-lebih pasal owner sebab aku tak berjumpa pun dengan dia. Tapi korang boleh dah Google pasal dia. Then, kau try carik kaberet die. Time tu, baru korang tahu betapa kreatifnya bisnes die. I think it’s super creative. Kalah Qu Puteh uols.

Selesai order makan, konsep kat sini, terus bayar. So, tiada istilah lepas makan nak larikk bagai. Duduk sampai subuh tapi bayar siap-siap. Makanan sampai 30 minit kemudian dan kami langsaikan sampai kenyang. Lepak-lepak kejap dan terus gerak. Tetiba nak tengok bill tadi. Total kami 9 orang makan minum bagai hanya RM60 sahaja. Murahnyaa lahai. Konsep macam Ole-Ole Bali, tapi harga makanan lagi murah daripada mamak Maulana kat Serdang. Kekdahnya, KFC yang kurang sihat tu pon mahal. Alahai, tanah tumpah darahku. Dalam diam, kau memakan aku.

JogjakartaDSC06578-1521Menu yang ado

JogjakartaDSC06579-1531Kau memang idola Cik Pora

JogjakartaDSC06582-1541Pilih jangan tak pilih

JogjakartaDSC06591-1551Ayam Koteka saya sudah sampai

JogjakartaDSC06602-1561Makan sambil hadap ini…

JogjakartaDSC06606-1571The reason why we ordered couple of times, ahaks!

JogjakartaDSC06613-0441Bye bye Hamzah, sedap pekerja kau masak!

Tips : House of Raminten Jogja ada tiga buah tempat iaitu di Jalan Magelang, di Jalan Kaliurang atas dan yang paling terkenal di Jalan FM Noto no 7 Kotabaru, Yogyakarta. Call dulu before datang ye 🙂

Kami terus pulang ke Hotel Pop Sengaji! dan bersiap-siap untuk tido. Tapi before tido kami nak habiskan dulu duit Rupiah. Mampu statement camtu? Maka, aku Simah dan tak lupa juga suami Fifi yang kaki makan itu gigih berjalan ke Circle K untuk shopping segala. Yang lain? Duk sibuk massage-massage kat bilik. Mulanya macam nak ke Malioboro, tapi kan cam jauh. Padahal dekat je. Rugi pulak tak pergi. Balik semula ke bilik, tido dan esok nak kena check out untuk pulang ke Kualalalala Lumpur.

Habis breakfast, Jitho datang jemput kami berlapan. Sempat ber-boomerang segala. Buat kenangan katanyaaa. Dalam kereta, kiteorang sempat la borak-borak untuk wrap our trip ni. Memang macam-macam cerita happening yang keluar untuk flashback. Dalam gelak-gelak tu, kiteorang tak sedar yang dah sampai pun airport. Jitho parking and masing-masing pun bawak lah bag guni masuk ke dalam perut airport. Kami ucapkan selamat tinggal kepada Jitho yang walaupun penat tapi tetap melayan kerenah kami yang pelbagai. Maaf jika ada salah silap terkurang sana sini. Yang penting kita enjoy okay!

JogjakartaIMG_5212-0461Tempe Goreng dan sambel-lado

JogjakartaIMG_5210-0441Bye bye Jogja

Ingatkan gelak tawa tu aching-aching tutuplah drama trip Jogja kali ini. Ala-ala boleh tarik nafas lega la untuk pulang ke Malaysia. Sandang bag, kita masuk terus ke dalam airport, tak perlu beratur sebab tiada bag yang kami check in. Cuma Diba and Thira saja yang perlu beratur untuk check in bag. Yang lain dengan yakinnya tak nak check in bag. Berkali-kali juga sebelum trip tu aku duk tanya, korang betul ke boleh 7kg? Hahha! Yakin uols. Masing-masing memang pakai baju yang sama dalam semua gambar kot haha.

Selepas kami masuk ke ruang menunggu, kami diharuskan untuk scan barang-barang. Cop kastam, then terus ke ruang untuk berlepas. Alangkah terkejutnya kami, bila semua penumpang AirAsia ada saringan khas iaitu- aktiviti timbang bag pakai penimbang ikan, daging ayam. Kau mampu? Sah-sah lah semua pun kena tahan. Aku paling last kena timbang. Surprisingly, bag aku lepas. Yang lain semua tak boleh sentuh pun bag dorang. Pekerja AirAsia tu letak tepi. Asingkan siap-siap. Even ada kawan aku siap cakap dia sanggup buang barang daripada kena bayar, still staff tu treat macam kawan aku ni bawak ganja.

Memang kau tak dibenarkan untuk usik pun bag kau sendiri. Sebab kau memang kena bayar no matter what. Kiteorang siap cakap, kawan kiteorang 2 orang ade check in bag, so their 7kg still ada. Kiteorang boleh je suruh die bawakkan barang-barang terlebih kilo. If by logic, kiteorang memang boleh pun buat camtu. Sebab law dah bagi 7kg kan? Tapi die tetap tak ijinkan. Even kawan kiteorang yang check in bag tu datang pun, dorang still taknak release our bags.

Aduhai, macam-macam sinetron kiteorang buat. Tinggal tak melutut paut kat kaki die je lagi. Kalau buat tu, korang tengoklah timeline FB esoknya. Viral – Seorang minah Malaysia berpaut kaki taknak lepaskan cowoknya di Jogja. Keyboard warrior pun apa lagi. Kecam lah sis. Hahah! Tapi, aku tak mampu lah buat gitu.

Aku just cakap baik-baik dan mohon untuk pihak AirAsia pikir dan memahami bahawa semalam duit Rupiah kami yang banyak-banyak tu dah aku habiskan dekat Circle K (convenient store macam 7Eleven). Sakan betul memborong. Fefeling duit juta-juta nyah! Yang laki si Fifi, bag die antara yang terberat sebab duk borong baju I Love Yogya sampai 14 helai. Die punya duit pun dah habis sebab beli sausage, kacang telur, slurpee yang dia minum 2-3 sedut sahaja, manis sangat terus buang! Semata nak celebrate sebab nak balik. Kau ghase? Mana lagi nak dapat duit Rupiah?

“Oh kalau gitu, bayar sahaja dalam RM”.

Itulah orang kata budaya menabung amalan mulia. Budaya melabur kat Circle K? Inilah padahnya. Yang aku pun? Bawak RM20 je pergi Jogja. Kalau ikutkan pergi Pavilion bawak RM20 pun tak lepas. Haih! Since takde jalan penyelesaian, memang kena rengek jugak kat Mas Joko timbang kati nie. Maka-nya, merengeklah beramai-ramai. hahah! Untunglah jugak bila merengek ni. Kami diberikan kelonggaran tapi still kena bayar RM240 untuk 3kg. Tepuk dahi kawan-kawan aku.

Semoga jika anda tergolong di antara 14 yang dapat baju I Love Jogja, please lah hargai souvenirs tersebut. Penat lelah kami merengek sampai abang tu pon nak tergelak tengok kami. Takpela, rezeki Pak Tony katanyaaa. Kami redha ajok. So, pengajaran buat yang lain, kalau jenis untung orang ramai suka belikan macam-macam untuk sedara mara segala, silalah ambil check in baggage. Jangan be so yakin taknak beli siap-siap. RM67 je pon for 20kg dari kau nak kena bayar beratus-ratus siap pakej dengan merengek bagai. Burung tiung pun surrender dengar hahah!

 

DCIM103GOPROG2657682.
Aiyooooookk tak boleh balik. Bag kene tahan woi.

JogjakartaIMG_5361-0471                        Senyum girang, apa-apa pun korang memang sporting lah! Kiteorang pun apa kurangnya. Takdehal la kalau bayar memahal haha!

Kami selamat sampai di KLIA2 tepat jam 3.15pm dan terus lepak-lepak makan dulu sebelum pulang menaiki JetBus beramai-ramai. Nampak tak kemuhibahan kami? Kekdahnya, masing-masing taknak move on lagi dengan pengalaman travel bersama ke Jogjakarta. Memang sampai ke harini pun kami takkan boleh move on dengan trip kali nie. Not only the place we travelled. But the people we went with. Just amazing!

Truth been told, I enjoyed my FIRST OPEN TRIP so much. Walaupun orang kata, travel ramai-ramai ni penuh dengan drama or ragam, but who cares. Itulah journey yang terbaik. Kalau takde drama, mana best kan? Barulah Saranghae.

Apa-apa pun, aku bersyukur sangat sebab OPEN TRIP ini dipermudahkan dan kebanyakkan tempat yang kami nak cover, masuk dalam wishlist except (for Kedai Kopi), alhamdulillah semua kami sampai. Aku jugak nak berterima kasih kepada mereka yang sudi join trip kali ni, from strangers to friends to close friends, inilah pelbagai watak untuk trip ‘Yuk Yogya’ :

collage1

Adiba – Wanita penyanyang, yang korbankan waktu tido untuk jadi co-pilot kepada Mr. Pilot, Mas Jitho kami. Paling caring. Money changer bergerak kami!

Azlina – Wanita lidah goyang… kenapa? Paling excited bila nampak restoran lidah goyang di Jogja. Paling terhibur bila tengok Hamzah owner Raminten.

Ain – Wanita ber-shawl terbang-terbang! Paling disukai Jitho sebab kalau bergambar, shawl die terbang paling tinggi. Gambar letops!

Fifie – Wanita palin suka jaga pintu van. Tak boleh duduk tempat lain selain dekat dengan pintu. Kalau duduk juga, alamatnya, muntah monggek lah

Athira – Gadis, sebab dia paling adik. Paling baik dan suka layan view dengan iPhone dia. Sangat creative. Tahu-tahu je gambar letops!

Hariz – Satu-satunya peserta lelaki, suami kepada Fifie. Badan persis Amber Chia tapi kuatnya makan. Setiap pit stop, ada je benda dia nak rasa. Duit tak pernah habis walaupun tukar duit paling sikit. Memang betul orang cakap, kahwin ni rezeki murah. Saya dah tengok hasilnya.

Shima – Siapa tak kenal dengan travel-mate saya, Kak Mah?

Hahahah! Korangggggg memang the BEST! Terima kasih sangat-sangat sebab percayakan Cik Pora untuk organize and bawak korang jejalan. Pelbagai ragam, pelbagai memori. Oh my… Putting you guys in one van, memang happening habis. Dengarnya, dah balik berminggu-minggu pun, masih ada yang tak boleh move on lagi? Hahahah! Nasiblah kita.

Insyallah, saya akan buat banyak lagi Open Trip sebegini untuk anda semua. Niat saya adalah nak travel dengan korang and sama-sama kita enjoy. Yelah, kekadang tu, kita pasang wishlist tapi takde pulak kawan-kawan yang available kan… So, inilah fungsi Open Trip. Kita put 1 destination as our wishlist and let’s go babeyhhhh!

Anyway, yang berminat tu, boleh follow IG saya @poobritney. Antara trip yang dalam perancangan :

New Zealand – April 2017
Surabaya – TBC
Jogjakarta (again? haha!) – TBC
Hokkaido – TBC

19 thoughts on “OPEN TRIP : Yogyakarta Budget Trip 2016

        1. Okay… Semua tempat yang saya pergi tu semua awak harus pergi.
          Timang is ze best.
          Hutan Pinus favorite saya 🙂

  1. Assalam sis,

    Boleh saya tau bajet keseluruhan dalam rupiah yg dah berabis kat jogja x termasuk flight ticket?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *