Itinerary, Budget and Tips to Leh, India

 

Yang dinanti-nanti telah pun tiba. Ramai yang bertanya tentang itinerary, budget dan tips ke Ladakh, India. Dengan ini saya seikhlas hati menyumbangkan informasi yang mungkin memberikan anda sedikit idea untuk ke sana suatu hari nanti. Ini adalah berdasarkan pengalaman dan cara saya travel ye.

Sejujurnya, saya tidak begitu rekemen tour guide yang saya gunakan. Jadi, saya harap anda semua boleh research dan jika anda jumpa yang bersesuaian, bolehlah drop comment kat bawah nanti 🙂
Itinerary

Rough budget Cik Pora adalah seperti berikut :

 No. Items RM
1 International Flight (KUL-DEL) 1300.00
2 Domestic Flight (DEL-IXL) 1000.00
3 Tour and guide 1300.00++
4 Delhi Hotel – Hotel City Centre 90.00
5 Ashoka Guest House 10-12 100.00
6 Padma Ladakh Hotel 13-14 100.00
7 Padma Ladakh Hotel 15-16
8 Duit poket & shopping 500.00

GRAND Total – RM 4390.00

Tips yang boleh saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya di Ladakh :-

1. Flight tiket – Tiada direct flight from Kuala Lumpur ke Ladakh. Anda harus transit Either di New Delhi or Mumbai. Domestic flight yang ada – Jet Airways, GoAir, SpiceJet dan sila lah book as early as you can. Jimat dan better. Learn from my girls lesson ye. Korang boleh juga buat road trip dari Srinagar, tapi korang kena allocate more than 7 days ye. Dan cara tu jugak lagi better untuk acclimatized. Slowly naik ke kawasan yang tinggi.

2. Untuk tour guide, aku sarankan ambil yang pandai berbahasa Inggeris. Banyak ilmu yang korang akan dapat. Dan paling penting yang tahu bawak kereta lalu jalan yang bengkang-bengkok segala.

3. Accute Mountain Sickness or nama glamernya AMS – Fuhhh! Bila nak cerita pasal ni, aku memang tarik napas siap-siap. Please makan ubat. Rasa sakit or tak rasa pun, please makan. No matter what, please berjaga-jaga especially untuk yang datang menaiki flight. High altitude ni jangan buat main-main. Okay? Susah nak jumpa pil ni di Malaysia mahupun Delhi. Anda boleh dapatkan di Leh sahaja. Beli tauu. Satu lagi, buat yang datang menaiki flight, at least 2 hari perlu berehat sepenuhnya. Jangan buat macam kami. And no matter how fit you are, don’t underestimate AMS.

4. Mata wang yang digunakan di Ladakh adalah India Rupees. Untuk makanan, kebanyakkan di sini adalah vegetarian. Jika yakin, makan. Jika tidak, bawaklah bekalan ye. Di Leh City ada sahaja Muslim restaurant, tapi kedainya tidak begitu proper. Hanya seperti warung. Boleh cari tepi Jama Mosque.

5. Tidur dalam khemah, please try at least once. Walaupun cuaca die mencabar, but memang worth it. Sebab khemah dorang ada katil. Selesaaa angat 🙂

6. Best time to visit – Summer time (June-August), tapi itu peak season tau. To me, September pun dah terbaik. Shoulder time. Tak ramai orang sangat. Tapi tetap kena pakai thermal sebab cuaca di Ladakh bukan kite boleh predict sebab semakin kite naik ke kawasan lebih tinggi, ia akan jadi sejuk. So, bawak sajok thermal.

7. Hiking ke gunung-gunung berdekatan? Boleh je. Siap-siap bagitahu guide anda tentang activity hiking anda.

8. Yang nak bermotosikal, memang ramai je yang buat cenggini. Please check weather sebab banyak jalan yang ditutup kalau winter. Dan anda boleh rent the bike dekat bandar Leh sahaja.

9. Tso Moriri, this is my favorite place. Memang semua di Leh sangat cantik cuma di sini terlebih indah pulak rasa. Mungkin sebab journey yang lebih sesuai untuk keadaan badan umat Malaya dan yang penting view meletops yang hanya disajikan ketika di sini. Sangat bermakna tau.

10. Bawak passport anda ke mana sahaja kerana dalam process mendapatkan permit, anda harus serahkan passport and auntuk verification. Carry good amount of cash, tiada service credit card. ATM hanya ada di Leh City.

Since ada satu lagi destinasi di Ladakh yang saya tak sempat nak discover, Insyallah, saya ada plan nak repeat Ladakh. Kalau ada rezeki, kita pergi in group ke. Or nak lagi adventure, teringin betul nak naik motor time kat sana. Mungkin dalam bulan August or September 2017. Interested? Jom plan 🙂 Email me at poo.britney@gmail.com

 

12 thoughts to “Itinerary, Budget and Tips to Leh, India”

  1. Salam cik poora!!

    I dah baca semua journey you ke Leh. Memang seronok tengok gambar-gambar yang cantik dan I terhibur dengan cara you ceritakan pengalaman you kat sana. Macam I pun ada kat situ. I wish to be there one day. Thank you for sharing your experience. Nak join next trip blh? hehe.

    1. Wasalam 🙂
      Teroma kasih banyak-banyak.

      Sure jom lah join. Nantikan ye announcement dari saya!

  2. Hai Cik Poora…

    Sy baca your blog pasal Leh last Thursday … on Saturday grab tiket ke Delhi gara2 terpengaruh dengan Cik Poora… hahaha…nasib baik AA buat promo… tp last mint jgk la grab…

    Salam kenal,

    Rina

  3. Baru bace trip to ladakh. haish rasa kiciwa since dah beli ke delhi next year in feb. boleh dapatkan contact tour kat delhi tu tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *