Journey to Leh, India : Part 2 (New Delhi-Leh)

Bersambung dari post sebelumnya

10 Sept 2016 – Setibanya di Terminal 3, Airport Indira Gandhi, New Delhi, maka berpisahlah kami seketika. Both of them terus ke Terminal 2 dan akan ambil flight sejam lewat menggunakan GoAir. Manakala aku? Aching-aching solo trip ke Leh katanya. Kenapa berpisah di airport? Nak dijadikan cerita, actually, aku dah beli tiket domestic ini lebih awal disebabkan harga yang semakin mencanak naik. Aku tak berani nak ambil risk especially kalau flight sold out. So, aku ajak dorang beli sekali namun, mereka hanya proceed beli tiket 2 hari sebelum kami berlepas ke New Delhi. Mungkin dalam fikiran waktu itu, harga pasti akan turun. Akan tetapi, bukan makin turun malah makin naik. Dan makin berganda. Nak taknak, mereka memang kena naik flight lain. Other alternative – GoAir. Timing Go Air dan Jet Airways memang berbeza. Nak taknak, berpisahlah kami.

Ni Cik Pora nak bagi review sikit pasal Jet Airways. I’m impressed with their service on flight. Their flight attendant yang berwajah exotic buat kerja sangat ikhlas. Senyum je melayan kerenah memasing. Makanan superb. Walaupun sejam je flight. Tapi rasa macam naik 8jam punya service. Chocolates sampai 2 ye. Sangat berpatutan dengan harga. Sesekali sambil makan tu, jenguk la tepi tingkap. Kot-kot GoAir melintas pecut flight kite. Bolehlah jerit-jerit… Makan apa tu Kak Mah ngan Kak Zee? Makan angin kah? Ahaks! Jangan marah tauuu. Satu lagi nak comment, please jangan ambil seat no.15. Choose left side but please 22 onwards. View memang meletops. Korang akan rasa macam sedeh sangat bila dapat tengok view yang terindah ini. Subhanallah, terlalu indah. Sampaikan aku mmg betul-betul nak nangis. Cuma takde kawan la kan hahaha, nangis pun forever alone. Cane ni?

IMG_6261Yayyyyy! Makan timeee

IMG_6269Sambil layan view

IMG_6275Wow! Dah nak sampai

Safely landed in Leh Airport – Kushok Bakula Rimpochee. Dan aku masih lagi jaw-dropping. Alahai kenapa cantik sangat view di sekeliling aku ni? Berpusing-pusing aku sambil bawak bag. Menghayati habis. Macam che pong tau! Aku bergegas naik shuttle yang disediakan untuk sampai ke immigration counter. Kecil je airport tapi memang sistematik. Semuanya teratur. Aku masuk ke dalam airport, ambil bag, ambil borang visa, isi habis and terus lepak dalam tu dekat sejam lebih sementara menanti ketibaan 2 orang minachi GoAir ituuuu.
IMG_6287                                                                           Mari naik shuttle Jet Airways

IMG_6298Aktiviti menunggu 2 sahabat dari Kochi *gurau jew* yang flight delay

Dalam duk lepak tu, macam-macam ragam dan bentuk manusia yang aku dapat lihat. Memang meriah. Tapi kita layan jelah kan. Hidup kan pelbagai. Ada yang datang untuk jumpa sami Buddha. Turun je flight ada orang kalungkan shawl putih. Nak jugak aku tanya ni trip apa ni? Sebab aku turun flight tadi, takde pulak yang datang sarungkan shawl. Padahal dalam ramai-ramai kat sini, aku je yang macam perlukan shawl atas kepala. Haipppp PORAAA! Dah solo-solo camni, kau jangan buat onar Pora. Hati-hati dalam tingkah laku.

Akhirnya bila 2 sahabat aku tiba, kami sama-sama terus melangkah keluar mencari siapakah gerangan yang akan menjemput kami di airport. Nampak je signage daripada seorang lelaki, kami pun tersenyum happy. Yayyy! Terus pass bag and masuk dalam van. Beliau perkenalkan diri sebagai Jimit. Asal dari Ladakh. Sempat juga berkenalan dan berdiskusi tentang hotel kami. Menurut boss beliau (hasil panggilan telepon Jimit), hotel yang kami book iaitu Ashoka Guesthouse, semuanya dah fully booked. Yang tinggal hanya Nandata xxxx. Tapiii aku memang dah siap-siap book dari Malaysia tau. Peliknya kalau die cakap dah sold out.

IMG_6305Terima kasih, saya memang berbesar hati dapat ke sini

IMG_6360Walaupunnnn gambar pagar jewww. Tetap menawan ye.

Padahal aku yang book, bukan agency die. Aku tetap explain kat die yang aku nak jugak stay kat Ashoka. Die tetap lawan cakap yang semua pun dah fully booked. Eh… ,mcm dalam court badminton pulak. Smash-smash kite… Last-last dah macam malas nak sembang panjang-panjang, aku cakap je, I dah bayar duit kat Ashoka Guesthouse tu. Kalau you boleh refund-kan, I okay jeee…*pakai sunglass terus* Die pon cammm okay lahhh. Takleh buat apa, mengalah! Ha… Itulah nak lawan dengan attorney Sapora lagi. Ini menuntut di Universiti Sungai Gadut hokey.. Kekadang dengan mereka ni anda perlu bijak dalam diam. Tak perlu marah-marah, just hit the point.

 

Van pun terus meluncur laju ke Ashoka, check in dan masuk bilik. Adalah penting bila tiba sahaja di Ladakah, kite perlu tidor dan berehat dulu untuk beberapa hari bagi memberi laluan kepada process aclimitization. Ini point paling penting especially untuk anda yang datang straight naik flight dari tanah rendah ke bumi high altitude ini. No more excuse. Just follow the advice. Rest. Take the AMS pill. Or else, jadilah macam kami. Walaupun kiteorang duk tido dalam bilik berjam-jam tapi stillll…. Ujian hebat buat kami bertiga. Takpe, nanti akan saya ceritakan tentang pengalaman itu.

 

Tips : Baca ni untuk anda yang plan nak ke Ladakh. Tips untuk mengatasi Accute Mountain Sickness di Ladakh – http://www.lehladakhindia.com/acclimatization/

IndiaIndiaDSC06625-0711-0521Drama lah korang, tapi view letops

IndiaIndiaDSC06628-0741-0551Gurun di sana

IndiaIndiaDSC06629-0751-0561Alaaaa, cantiknya hotel ni. Teringat semasa saya di Swiss

IndiaIndiaDSC06633-0791-0601Eh hotel Ashoka kita pun tak kurang letops ye

IndiaIndiaDSC06634-0801-0611                                               Van Jimit dah berhenti, turunnn
IndiaIndiaDSC06635-0811-0621                                                           Segar bugar bunganya

IndiaIndiaDSC06636-0821-0631                                                                           A for Apple

IndiaIndiaDSC06639-0851-0661                                                                Mentari di bumi Ladakh

IndiaIndiaDSC06641-0871-0681                                                                Bagasi-bagasi kami

IndiaIndiaDSC06642-0881-0691                                                      Masala Tea sebagai welcome drink
IndiaIndiaDSC06645-0911-0721                                                   Tu hotel sebelah kami, kire jiran. Tapi kosong jew

IndiaIndiaDSC06647-0931-0741                                                                                Jom ke bilik

Untuk hari pertama di bumi Leh, kami menyesuaikan diri dengan udara di sini dan cuba untuk berehat sebaik mungkin. Tido cukup, minum air segala dan macam-macam lagi. Tepat jam 4.30pm, pilot kami datang dan terus membawa kami ke Leh Palace. Memang dah janji nak tengok-tengok Leh city. So destinasi pertama, kita ke Leh Palace. Bayaran yang dikenakan ialah 200Rupees per pax. Habis bayar, terus masuk. Baru melangkah, aku terus keluar. Dah kenapa? Okay dengan keadaan oksigen yang makin menipis ini, aku terus jadi macam lemas bila masuk sahaja ke dalam gua. Kekdahnya, perangai tak boleh berada dalam keadaan sempit ni memang dah aku sedar sejak stay in the cave di Cappadocia.

IndiaIndiaDSC06648-0941-0751Hi awa!

IndiaIndiaDSC06651-0971-0781Semua pun ada kat Leh City

IndiaIndiaDSC06678-1241-1051Mula memasuki Leh Palace

IndiaIndiaDSC06692-1381-1191Pelan-pelan kita daki

IndiaIndiaDSC06707-1531-1341Tadaaaaaa

IndiaIndiaDSC06710-1561-1371Keles tau… Ada QR code. Hado? Takde ye koyak-koyak tiket

IndiaIndiaDSC06711-1571-1381Abam scan pakai phone jap

IndiaIndiaDSC06724-1701-1511Bawah tu ada masjid 🙂

IndiaIndiaDSC06739-1851-1661Cuaca time ni memang sejuk. Terkadang buat aku teringat Cappadocia la tempat ni

IndiaIndiaDSC06745-1911-1721Kalau korang ke area Tibet dan Nepal, memang korang akan notice prayer flag ni. Merata-rata tempat ada. Ini adalah Buddha prayer flag dengan pelbagai warna. Di setiap kain berwarna itu, ada tertulis perkataan mereka. Dan nampak macam kecik-kecik kan? Kalau nak tahu, semua tulisan itu adalah hand inked and hand printed. Yang penting, jangan korang gi cabut pulak fefeling bawak balik… Buat souvenirs. Ingat tau!

IMG_6338Okay mata dah merah tahan sejukk!

IndiaIndiaDSC06763-2091-1901Oh yaaaa… bergambar bersama Jimit dulu. Die ni manih. Kalau dalam kereta, panas sikit je, die mesti turunkan car sun shade tu. Tapi ni jelah gambar last kiteorang. Lepas tu dah tak jumpa dah die ni. Tapi sempat pinjam simcard die sampai habis trip.

Bagi mengelak sebarang insiden berlaku, aku terus keluar balik dan biarkan the girls explore the cave by themselves. Takpelah dalam keadaan macamni, jangan sesekali push yourself and take risk. Bahaya. Balik dari Leh, kami ke Shanti Stupa, Buddhist pagoda-style monument on a hilltop in Ananda hill. Tapi kami hanya jejalan sekitar Shanti Stupa je. Tak mampu la nak panjat-panjat padahal larat je. Cuma menjaga pernafasan yang kian luluh. Nampak tak drama kami? hahahah! Tak lama di situ, kami ke Orange Sky Restaurant untuk dinner. Waktu kami sampai, hari pun dah gelap. Memang sejuk gile cuaca kat Leh ni, but kena tahan sikit sebab dahlapar gileeee. Habis bersantap di Orange Sky Restaurant, singgah pulak beli karpet dengan lelaki Pakistan bernama Sajat. Ahaks! Baik gile die nie, cakap pelbagai bahasa.

Tips : Kalau makan kat Orange Restaurant ni, die ada sediakan unggun api di tengah-tengah taman menghijau. Memang cantik tau. Terasa macam kau berada kat tengah-tengah hutan musim sejuk penuh dengan dak dak hipsthurrr!

IndiaIndiaDSC06774-2201-2011                                                                 Mari kita pulang

IndiaIndiaDSC06776-2221-2031                                                     Leh City anyone?

IndiaIndiaDSC06782-2281-2091                                                           Pintu gerbang

IndiaIndiaDSC06787-2331-2141                                                                                      Rindunyaaaa tempat ni

IndiaIndiaDSC06811-2571-2381                                                                          Ananda Hill untuk ke Shanti Stupa

IndiaIndiaDSC06818-2641-2451                                                                                      Kita bagi die jalan dulu

IndiaIndiaDSC06836-2821-2631                                     View yang menuju ke Nubra Valley. Di bawah tu terdapat banyak sekolah

IndiaIndiaDSC06878-3241-3051Kalau nak ke toilet, kat sini ada

IndiaIndiaDSC06890-3361-3171Time tengah tengok view kat sini, kedengaran orang-orang di kafe sedang menyanyi lagu Hindustan. Dah lah cuaca makin sejuk time tu. Memang best!

IndiaIndiaDSC06910-3561-3371Mana Shah Rukh Khan ai?

IndiaIndiaDSC06923-3691-3501Dinner pertama di Leh

IndiaIndiaDSC06915-3611-3421Look at the sky —- tone colors yang indah

IndiaIndiaDSC06934-3801-3611Plan asal duduk kat unggun api. Duduk tak sampai 1 minit, lariiiii. Sejuk ke tulang sum sum

IndiaIndiaDSC06937-3831-36413 gegadis dari Sungai Koyan, Sungai Gadut dan Sungai Sendat (yang tudung purple)

IndiaIndiaDSC06938-3841-3651Wel Come – Kau akan encounter spelling ni di mana-mana. Even kat batu, gunung dan signboard. Biarlah yang penting kita paham

IndiaIndiaDSC06941-3871-3681Chai and Masala Tea sebagai peneman sejati.

IndiaIndiaDSC06943-3891-3701Receipt dinner kami

Sewaktu kami sedang makan, kami dimaklumkan yang Jimit tidak akan membawa kami mengelilingi Leh selepas malam tu. Ada supir lain yang akan membawa kami dan yang paling tak best ialah beliau tidak pandai berbahasa Inggeris. *tepuk dahi*. Nak je cakap, awat tak habaq awal-awal, boleh aku ambil short course bahasa Hindi. Setakat belajar Kuch Kuch Hota Hai, Kiya hua?….Mana cukup.  Eh chop, why me? Patutnya, dia kenelah suruh driver tu ambil short course bahasa omputih kan? Aku siap cakap pada agency – Tolonglah bagi kami driver yang boleh cakap bahasa inggeris. At least, bila mintak nak pergi toilet nanti takde lah die bawak pergi kem askar pulak. Manalah tahu, lost in translation.

Namun, takde pilihan. Kami perlu jugak accept pertukaran supir dari Jimit ke Dorjey (new pilot), dengan solution, Dorjey akan membawa adik beliau iaitu Kesang, yang katanya boleh berbahasa Inggeris menemani beliau. At least, adik beliau akan membantu Dorjey, kalau-kalau Cik Pora slang Englishhh terokkk nanti. Kau mampu? Pergi Ladakh bawak translator? Macam ada bisnes kencang je kat sana. Bisnes ketuk batu? Ahaks! Takpela Abe Dorjey, nasiblah kita. Asalkan Abe Dorjey tahu jalan sudahlah. Itu pun dah memadai buat kami bertiga.

IndiaIndiaDSC06919-3651-3461Macam-macam boleh beli kat sini. Duit kepok atau tak? Tepuk la poket korang!

IMG_6392Sajat, lelaki berbahasa macam-macam. Katanya otak mereka laju memproses. Pandai kira-kira segala. Takpela. Rezeki Sajat. Rezeki Sapora? Dapatlah shawl hadiah harijadi 🙂

Balik ke Ashoka dan terus bersihkan diri. Tadi Jimit dan Dorjey hantar kami dan diorang siap-siap pesan call time esok pukul 8am ye. Perjalanan esok adalah ke tasik yang pernah Aamir Khan dan Kareena Kapoor jejak untuk penggambaran filem box-office 3 Idiots. Nampaknya, impian kami 3 Idiots ni pun hampir tercapai nak jejak kaki kat sana. Tapi betul-betul dalam keadaan idiot kot. Haaaa… Korang kena nantikan cerita seterusnya, bagaiman Cik Pora dihantar ke hospital kerajaan kerana keadaan yang makin teruk. Must read sebab ia memang penuh dengan dramarina dan suspenda. Eh cam tak sesuai je? Lantaklahhh!

x  to be continued  x

One thought to “Journey to Leh, India : Part 2 (New Delhi-Leh)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *