Journey to Leh, India : Part 4 (Leh – Tso Moriri)

Bangun pagi, celik mata di Ashoka Guesthouse dan bersyukur ke hadrat Ilahi, kesihatan kami bertambah baik. Hilang segala mual, loya fening bagai. Macam magic. Ada jugak penyakit yang macamni dalam dunia fana ini. Naik bukit sakit, turun bukit okay. Kuasa Allah. Apa-apa pun, harini kami harus check out Ashoka Guesthouse untuk menuju ke destinasi seterusnya iaitu Tso Moriri.

IMG_6529Raspberry jam and bread, for breakfast. Then telan ubat AMS

Sebelum check out, kami settle dulu pembayaran bilik dengan owner Ashoka. Sempat tanya, adakah perjalanan ke Tso Moriri sama macam Pangong Lake semalam. Mereka jawab, it’s still far but the road better than Pangong Lake. Phewww! Lap peluh di dahi gitu. Bukan apa, sehingga kini pun masih terbayang akan kisah semalam yang pasti terpahat sampai bila-bila.

IMG_6533Cik Pora dan bagasi orange nyaaaa

Let bygone be bygone, gituuu! Hari ini kami dah ready untuk explore new destination dan siap-siap dah makan ubat AMS. Langkah berjaga-jaga uols. Kita aturkan bag dan tunggu Brother Dorjey tiba. Sempat jugak Kak Zee ‘pau’ sebijik buah epal muda dari owner. Petik dari pokok yeeee. Mampu? Fresh krup krap gituu… Brother Dorjey datang dan kami pun menelusuri jalan ke Tso Moriri dengan hati yang tenang dan pernafasan yang dikira sama taraf dengan orang sini sudehhh…

IMG_6535Me and wife owner – Padma

IMG_6549Nak apple

IMG_6541Yayy! Thank you uncle, so nice of you.

IMG_6546Dapatlah kami, tapi muda sangat

IMG_6542Cucu owner, suka die main bendera Malaysia kita

IndiaIndiaDSC07244-6901-6711Mari kita keluar dari Ashoka Guesthouse

IndiaIndiaDSC07241-6871-6681Syukur, kami dah beransur pulih 🙂

Perjalanan mengambil masa 5 jam. Sebelum keluar dari pekan Leh, kami mintak pilot kami untuk berhenti dan cari ubat AMS tu. Maklumlah, stock PERCUMA dah nak habis. So, kite kena cari jugak sebagai langkah berjaga-jaga. Nampaknya hasil pencarian tidak berjaya. Mereka semua takde stock ubat AMS mahupun ubat muntah. Penat Kesang dan Brother Dorjey duk singgah sana sini. Dah takde tu, perjalanan kami harus diteruskan dan apabila kami tiba di Upshi, kami berhenti untuk mencari sarapan. Apa yang aku perhatikan di sini sangat berbeza dengan beberapa culture negara lain.

IndiaIndiaDSC07247-6931-6741La la la… Mari kita jenjalan

IndiaIndiaDSC07251-6971-6781Mencari ubat AMS

IndiaIndiaDSC07253-6991-6801Dalam banyak-banyak ni, semua pun tiada

IndiaIndiaDSC07254-7001-6811Kesang tengah gigih mencari. USAHA die

IndiaIndiaDSC07255-7011-6821Ala teringat zaman duduk Selayang, aku selalu beli gula-gula ni. 5pcs 10 sen jeee

IndiaIndiaDSC07256-7021-6831Sampai masuk klinik pun tetap takde

IndiaIndiaDSC07257-7031-6841Ha ini lorong pergi klinik tuu

IndiaIndiaDSC07259-7051-6861Oh di sini letaknya

IndiaIndiaDSC07260-7061-6871Yang nak ke sekolah

Lazimnya, tour agent tak akan makan semeja dengan kita. Dan mereka tak akan minta kita bayarkan tau. Dorang akan tunjukkan kedai, tuliskan menu, siapkan order, then hilang terus dari mata. Bila kita dah habis makan, mereka akan muncul. Sesuatu yang aku rasa sangat menghormati ‘moment-moment’ pengunjung. Tapi kami okay je if nak makan or lepak sekali. Boleh borak-borak. Pagi tu kami berhenti di Upshi. Die tanya samada kami samada nak sarapan atau tak. Kami jawab tak kot. So, dieorang pun makan adik beradik. Sementara dorang makan, kami duklah posing sana sini. Then, habis posing duduk sebelah dorang. Mungkin tak biasa semeja dengan guest kot, so dorang memang terus terdiam dari duk sakan borak. Sopan je masing-masing makan. Haih, bagusnyaaa attitude orang di sini. Terlalu lemah lembut sehinggakan aku pulak malu dengan dorang.

DCIM103GOPROG0398213.

                         Di bawah lindungan tiak Kak Mah

DCIM103GOPROG0408220.

3 ladis take Ladakh… Aummm!

Kami masuk ke dalam van danmari kite teruskan perjalanan. Harini permukaan jalan lebih rata dan kami dihidangkan dengan gunung-ganang yang ternyata berbeza dengan apa yang kami lihat sebelum ini. Indah! Aku perhatikan di kiri dan kanan. Depan dan belakang. Terkadang warna gunung di sini berubah. Ada yang berwarna hijau, merah, orange… Dan yang paling unik aku tengok, siap ada pattern unifrom army – berceloreng. Masyallah, dunia begini wujud sebenarnya.

Dalam duk mengelamun tu, kami berhenti pula di Hot Spring area untuk lunch dan sightseeing. Kami dibawa ke sebuah restoran yang penuh dengan tourists. Simple je kedai makan ni. Cuma yang meletop-nya ialah view through glass diewww. Fuh! Mengancam. Ini kalau kat Kuala Lumpur, order Fresh Orange pun mau RM30 die charge sebab dorang jual view.

IndiaIndiaDSC07378-8241-8051Kedai di luar nampak biasa-biasa je kan?

IndiaIndiaDSC07379-8251-8061Cer korang tengok dalaman die? Fuhhhh! View yang priceless

Kami cari port yang selesa dan terus bersandar memerhatikan view sekeliling. Kesang selaku translator kami gigih pergi tanya owner kedai tentang menu dan air yang ada. Die siap tulis dalam English dan beri pada kami. Kami order pun melalui beliau sahaja. Alahai sweeetnyaaa awak ni. Ikhlas menjaga kami. Kami order Maggie, Nasi Goreng Vege dan Chappati. Food sampai 10 minit kemudian. Rasa? Sedap lah uolssss! Bila bayar? Terkejut tau. Bukan apa…. Sebab harga sumpah murah. Nasi Goreng RM2.50 tapi besar macam size jumbo. Total 3 orang makan, plus view persis Switzerland, kalau convert dalam RM8. Taknak ke masuk dalam bucketlist? *sisracunsikit*

 

DCIM103GOPROG0418237.

Menunggu makanan sis-sis sampai

Bila perut dah kenyang, hati pun girang. Kesang menunjukkan kolam air panas yang berada di tepi kaki gunung glaciers. Kecil sahaja tapi kalau dah dalam cuaca sejuk gini, korang mesti cam fefeling nak rasa jugak haba air panas tu. Awas, kalau melecur, kita tak tahuuuu. Kami meneruskan perjalanan ke Tso Moriri sebelum berhenti di post police.

IndiaIndiaDSC07392-8381-8191Moh kite

IndiaIndiaDSC07393-8391-8201Apa yang ada di sini?

IndiaIndiaDSC07388-8341-8151Tadaaa… Air panas. Macam lecak je kan?

IndiaIndiaDSC07394-8401-8211Bukan kolam tau… Imagine kalau orang yang tak tahu, terus celup kaki. Hadoi!

IndiaIndiaDSC07419-8641-8451Sis move on dulu

IndiaIndiaDSC07433-8781-8591Super long clouds

 

Oh ya, untuk setiap destinasi di luar Leh City, anda memang memerlukan permit lawatan. Oleh yang demikian, kalau anda cari tour guide di sini, make sure, die quote harga sekali pakej dengan permit yeeee. Maklumlah, kawasan ini berada di dalam kawalan tentera. Setiap mereka yang keluar masuk harus melaporkan diri kepada pihak berkuasa. Berlainan dengan kes kami.

Ada issue di mana, police ingat kami adalah orang local. Kekadang bila pikir balik, takkan sampai India, nama Cik Pora tukar jadi Priyasapoora, Simah jadi Nandinishima and Kak Zee jadi Tilageshnorzie? Rasaya betul lah aku tulis nama tu. Disebabkan, kemusykilan yang berlaku, lepas Brother Dorjey dan Kesang hantar surat permit, mereka datang semula ke van dan escort kami bertiga ke pos kawalan.

Korang janganlah imagine balai diorang proper tau. Die tepi sungai je. Pos kawalan batu-bata, ada telefon Telekom zaman 90an dan katil sebijik kat dalam office die. Simpleeee jee tau. So, kes sekarang, abang long Tso Moriri nak tahu kenapa permit yang kami apply adalah untuk local tourist, bukan International tourist. Die memang tegas habis. Yang dua beradik duk explain, yang kami bertiga kejung. Sejukkk tauuu. Duduk kat luar kena tahan kat pos kawalan camtu. Pastu, tak tahu apa penyelesaiannya.

Bila kami explain, die terus call someone. Takkan tak bagi masuk Tso Moriri bang long? penat ni menempuh perjalanan jauh. Lama jugak kekdahnya die nak settlekan masalah kami. Lama-lama tu, die bagi jugak approval berserta dengan note di tepi signature beliau. Kami tak paham pun apa die tulis. Tapi kalau dah Brother Dorjey ajak naik van tu, kau paham-paham sudah. Maksudnya, lepas lettewww.. Yahooo!

IMG_6593

Anak ini juga kena tunggu permit beliau. Ajak bergambar terus senyum. Dik, kalau dah besar, belajar rajin-rajin and ubah cara hidup tapi janji jangan ubah kampung halaman ye 🙂

Perjalanan disambung dengan melalui pelbagai lagi view menarik sehinggalah kami menemui sebuah lake yang terbentang luas. Subhanallah cantik! Ianya turut dinikmati oleh kuda Tibet yang hidup liar di kawasan ini. Seakan dalam movie cerita lama-lama tau, aku macam tak percaya dah sampai tempat seindah ini. Terus mintak Brother Dorjey stop sebentar untuk bergambar di tepi tasik ini. Mungkin bila hari dah petang, lighting kat lake ni buatkan aku rasa syahdu. Kalau dapat adapt pernafasan oksigen orang sini, dah lama aku lari-lari. Tapi, kite kan baru nak sihat. Jalan pun fefeling gitu. Haih, Ladakh, awak ni suka buat kite rasa nak repeat tauuu…

IndiaIndiaDSC07478-9231-9041#selfie at unknown lake

IndiaIndiaDSC07443-8881-8691Majestic view en route to Tso Moriri

IndiaIndiaDSC07455-9001-8811*speechless*

IndiaIndiaDSC07483-9271-9081Indah? Memang sangat indah

IndiaIndiaDSC07451-8961-8771Kiang, kuda liar Tibet yang banyak sangat

Beberapa kilometer sebelum sampai di Tso Moriri, ternyata view yang di hadapan kami semuanya indah dikelilingi tasik yang berwarna biru dan air sungai yang mengalir di tepi bukit. Radio Brother Dorjey dah berhari-hari duk main lagu Tibetan. Irama mereka sangat sesuai untuk mood naik gunung. Lagu paling melekat time aku kat sana… Lagu ‘Losar’. Siap record, cari kat Youtube. Mampu? Harap-harap tu bukan lagu sembahyang sudahlahhhh!

IndiaIndiaDSC07458-9031-8841Let’s move it move it

IndiaIndiaDSC07486-9301-9111Our snow capped mountain

IndiaIndiaDSC07488-9321-9131Jalan yang tidak rata, sikit lagi nak sampai

IndiaIndiaDSC07497-9411-9221Kibarkan Jalur Gemilang kite di Tso Moriri

IndiaIndiaDSC07509-9531-9341Hampir sampai

Kami tiba di Tso Moriri, selepas menempuh perjalanan yang jauh. Masyallah, memang Tso Moriri seindah namanya… Penempatan kat sini adalah betul-betul dihadapan lake dan gunung. Kalau selama ni aku duk pongpang kata New Zealand tu indah, view kat sini lagi awesome!   Dan yang pasti expenses kat sini murah saja jika dibandingkan dengan tempat lain di donia ini. Bayangkan, di sini, kami dapat view paling virgin dan paling dekat dengan gunung dan lake….Dengan harga paling mampu milik.

Tips : Kena bagi passport pada askar yang mengawal di pintu masuk Tso Moriri. Declare berapa camera sekali ye :)

Dan disebabkan kami inginkan experience yang baharu. Di Tso Moriri, buat pertama kalinya, kami tido di dalam campsite. Campsite kami adalah di hujung sekali. Indahnyaa tempat ni. Bila turun tu, terus kami cammmmmm aaaaaaaaaaa…. BESTNYAAAA! Cuaca agak sejuk sewaktu kami tiba sekitar jam 5petang. Dah settle bilik kami, sempat jugak kami tanya pada Brother Dorjey dan Kesang, mana korang tido? Sebab campsite ni macam full.

Mereka jawab dalam van sahaja. Alahai, terus berharap owner campsite ni bagi dorang tempat tido. Kalau tak, mau beku masing-masing. Sebab cuaca di sini sejuk sangat berbanding dengan di Leh. Kami masuk ke dalam khemah, kemas barang-barang, siapkan semua baju sejuk dan mandi siap-siap. Better buat sementara cuaca tak berapa nak sejuk tau. Kalau dah sejuk nanti, memang kejonggg!

IndiaIndiaDSC07513-9571-9381Woohoooo! Sampai jugak akhirnya after longggggg journey

IndiaIndiaDSC07529-9731-9541

Nomadic Life Camp – Bila dah balik Malaysia baru aku tahu yang crew and cast filem 3 Idiots pernah stay di sini untuk shooting. Tapi dibatalkan disebabkan oleh cuaca yang tidak mengizinkan. Mereka datang kembali pada tahun berikutnya, di Pangong Lake untuk shoot last scene tersebut. (Boleh tengok video – https://www.youtube.com/watch?v=cI7B_tuRTNQ)

IndiaIndiaDSC07521-9651-9461Khemah yang tersusun indah

IndiaIndiaDSC07527-9711-9521Ruang khemah yang sungguh selesa

IndiaIndiaDSC07532-9761-9571Mentari melabuhkan tirai di Tso Moriri

Khemah kami tiada heater. Memang tido peluk-peluk la malam ni haha! Sewaktu tengah jakun-jakun duk bergambar sakan dalam khemah, tetiba zip khemah dibuka. Memang terkejut tau. Owner camp bukak untuk bagitahu yang dinner will be ready at 7.30pm. Huntungglaaa bukak camtu je. Kami bertiga tak sempat nak jalan-jalan pun sebab cuaca memang sejuk kat sini. Bila dah sejuk gini, duk dalam selimut jelah kekdahnya.

IndiaIndiaDSC07571-10151-9961Buat kesayangan saya yang sentiasa mendoakan kami di sini. I love you sayangness!

IndiaIndiaDSC07583-10271-10081Shadow in Tso Moriri

About Tso Moriri-

  • Ianya terletak di ketinggian 15000 kaki di bawah paras laut. Menjadikan ianya lebih tinggi daripada Pangong Lake.
  • Perjalanan mengambil masa 5 jam ++
  • Untuk memasuki Tso Moriri, anda memerlukan Inner Permit. Boleh minta tour guide untuk buatkan siap-siap.
  • Peak season ialah May-August. September dah start sejuk. So kalau korang travel peak season, please book your accomodation in advance. Sini a bit limited in terms of place to stay. Buat yang nak pergi from Jan-March, jangan verangan. Sini memang akan dilitupi salji tebal.
  • Katanya nama asal Tso Moriri adalah berasal daripada seorang lelaki dan seekor kuda liar yang aku lupa. Die setia dengan tuan die yang bernama Moriri.

Tepat jam 7.30pm, kami keluar dari khemah dan hari pun sudah gelap. Terus menuju ke dewan makan yang terletak di khemah sebelah. Nasib tak jauh mana. Berlari mencicit sebab angin yang bertiup, seolah-olah macam tengah simbah ais Atlas tau. Masuk khemah, nasib baik warm sikit. So duduk lah kami di meja makan yang panjang macam dewan makan asrama. Di sebelah kami, sekeluarga dari Swiss. Pada mulanya mereka tak tegur sangat kami.

Tapi bila mak die datang join dinner, tanya kami dari mana, bila jawab je Malaysia, terus dorang friendly habis. Katanya pernah datang Malaysia dan mereka suka sangat dengan negara kita. Syukurlah! Tak lama kemudian, mereka ditemani oleh tour guide mereka yang bijak berbahasa Inggeris. Fuhhhh! Bila dah borak tu, memang macam-macam la kami tanya. Maklumlah, tour guide kami tak sempat habis pengajian bahasa. So, bila dapat borak dengan local people yang friendly camni, inilah masa paling emas buat kami. Bertalu-talu soalan ditanya.

Dalam duk borak, makanan pun dah siap dihidang secara buffet. Ambil food, terus jamah sambil layan cerita tour guide yang dikenali sebagai Stanzin. Beliau berasal dari Zanskar (yang pada mulanya aku ingat perkampungan Islam kat sini namanya Zanskar, patutnya Turtuk). Pernah mendaki Everest sekali dan bagi beliau gunung yang paling susah dan berbahaya pernah beliau daki bukanlah Everest. Akan tetapi Mount Nunkun yang terletak di Ladakh. Fuhhh! Die jugak ada beritahu lokasi kami bermalam, Tso Moriri ini hanyalah 100m sahaja ke negara Tibet. Memang dekat gile. Terus cammm .. Ala nak pergi. Tapi Stanzin kata, die pun tak boleh pergi. Sebab di sana, kawasan dikawal ketat. Dalam duk borak tu, kiteorang pun sibuklah pongpang pasal kes semalam duk muntah monggek kena AMS.

Die siap cakap, itu normal. Patutnya rehat 4 hari. Anak mat saleh Swiss tu siap cakap, we rest for 4 days. Okay, shame on you Cik Pora and the geng. Kita rehat berapa jam je kan? Patutlah terkena but nasib baik mild sahaja. Stanzin siap cakap semalam 4 orang Russian maut disebabkan AMS. Mereka pergi hiking without any guide. Alahai, cedehnya. Tapi nak buat camane, kita yang mengalami AMS takkan tahu itu adalah AMS sampailah doctor sahkan. Dan itulah hakikatnyaaa…

Sempat jugak die cakap yang kami perlu minum Ginger Water untuk heal the AMS symptom. Apa lagi, die pun buat speciaal request pada owner campsite untuk Ginger Water. Dengan Mat Saleh Swiss itu pun minum sekali. Tapi moment best bila Mak kepada family tu tanya Stanzin, where’s your name card? Stanzin cakap takde. And die terus bagi kertas. Write your phone number and give it to them. So next time, when they come here, you can be their guide. Maybe die tengok kami hunger for information and stories. But it’s true.

Stanzin mula-mula segan. Yelah, kita yang Asian For Asian je paham kan uols! Kita kan memang pemalu. So, die pun mintak kami tuliskan phone number kami in case kalau sampai di Leh nanti, nak beliau temankan berjalan ke mana-mana. He’s free on the day yang kami ada di Leh City. Terbaiklah! Tak lama lepas tu, Ginger Water pun sampai. Sumpah bila minum tu, rasa nyaman je. Memang aku bantai lah dua tiga gelas. Regardless the taste whatsoever, we drink for our benefit jugak kan. We feel so good after that.

Kami meminta diri untuk pulang ke bilik sebab malam tu, angin memang kencang habis. Kalau yang dah biasa camping tu, korang mesti tahu keadaan khemah bila dalam cuaca yang buruk kan. Macam nak tercabut tau bumbung khemah . Dan itulah yang terjadi kepada kami. Angin pada malam tu, memang kuat habis. Bila dah start tarik selimut, lagilah. Tiang-tiang tu pun macam nak terbang. Semua diam je dalam bilik. Sebab takut sangat. Tempat orang kan. Dah lah semua disconnect from dunia luar. Hidup tanpa Wifi, tak tahu apa forecast segala. Sejujurnya, memang takut lah tido dalam cuaca macamtu. Ibu cakap, kalau takut, baca ayat Kursi. Dalam hati, memang tak putus-putus mengingati Allah. Terus buatkan aku terpikir, mungkin dikurniakan cuaca begini untuk kami mengingati Yang Maha Esa, sentiasa. Insyallah.

Malam tu aku sempat pesan dengan Kak Zee dan Kak Mah. Kita kene bangun tengah malam. Untuk tengok Milkyway tau. So, kalau terjaga, kite duduklah kat luar. Kire bintang. Tinggi tak cita-cita Cik Pora dan rakan-rakan beliau? Haaaa… Die tak tahu sejuk kat luar tu macamane pulak. Tapi, ianya tercapai uols. Tetiba je aku terjaga dalam 2.30am sebab bunyi khemah macam nak runtuh. Alhamdulillah tak runtuh ye. Aku kejut Kak Mah, bangun cepat babe. Kita tengok bintang. Aku yang mula-mula bangun, then bukak zip khemah dan terus nampak bintang. Takdelah banyak mana.

But still… Ada jelah bintangnya. Kak Mah bangun, tengok jugak. Disiplin tau. kejut sekali terus tengok bintang kat luar khemah. Dan last sekali, Kak Mah kejut Kak Zee. Die pun bangun dari katil dan terus keluar khemah jugak. Tapi time die bangun…. Aku dah sedap landing atas katil. Sejuk gile dan cam ngantuk je nak keluar. Terus aku cakap masuklah babe, sejuk hahaha! Dan dorang pun zip balik khemah and naik atas katil. Tak bersuara pun tau. Sekali tengok macam robot pun ade. Ikut je cakap. Mungkin time tu otak beku kot. Dan bila pikir balik, effort kalau nak bangun dalam cuaca freezing cold ni, lagi berat rasanya daripada nak pergi office bila kita dah demotivated. Tapi, demi impian nak tengok bintang, sanggup bangun tanpa bersuara. Ahaks!

Kami tersedar apabila khemah jadi terang. Wahhh dah siang. Nyenyak jugak tido malam tadi lepas tengok bintang. Pergi toilet (attached to the camp yeeee), bukak paip, sumpah rasa macam ais baru keluar dari paip. Sejukkkkkk! Takpelaa, kita abaikan sajok. Kami berjalan menuju ke khemah. Nampaknya umat-umat yang lain dah settle breakfast, tinggallah 3 Anak Dara Malaya yang baru nak masuk dewan makan. Lambai-lambai kat kenalan baru sikit dan kita duduk feeling VIP. Ha itulah yang kite belajar dari VIP pun kan, datang lambat sikit. Ahaks!

IMG_6600Ada je sebaldi air panas diberikan, tapi tak sampai 5 minit air pun sejuk dah

Semua makanan sudah terhidang di atas meja. Ada cheese (super fresh, homemade ye), butter (ni pun buat sendiri), milk, cereal, eggs, fruits, fruit jam, tea, coffee, water… Ya Allah, rezeki sangat di pagi Hari Raya Haji ini. Semua makanan ni memang makanan ruji aku kat rumah. So, semua benda pun aku ‘sapu’. Suka buat aku rindu Sg Gadut dalam keadaan macamni tau. Dah lah pagi-pagi raya ni. Yang 2 lagi dara tak berapa enjoy sangat sebab selalunya pagi-pagi dorang makan kuih akok dengan nasi lauk ikan tongkol. So, mereka makan light-light je. Rezeki lah untuk Cik Pora nampaknyaaa.. Memang sapu bersih sekali dengan portion kengkawan.

IndiaIndiaDSC07590-10341-10151Miss Pooja, Miss Naina and Miss Priya

IndiaIndiaDSC07591-10351-10161Meet my new friend, Stanzin from Zanskar

IndiaIndiaDSC07601-10451-10261Mari ke dining tent untuk santapan pagi

IndiaIndiaDSC07594-10381-10191Breakfast in the camp – Cereal

IndiaIndiaDSC07595-10391-10201Toast

IndiaIndiaDSC07596-10401-10211Eggs and honey

Since kami cam nak relax-relax fefeling Breakfast with Tiffany, aku dan yang lain, makan pun pelan-pelan je. No rushing pun. Siap buat perangai mintak Ginger Water. Mintak dekat owner terus. Pening gak die nak melayan. Tapi mereka ni sangat baik dan ikhlas. Siap bawak masuk flask senyap-senyap then bisik, GINGER WATER. Yelah kalau umat lain dengar, apa pulak kata mereka? Bila yang lain dah berlalu, kami pun sempat borak dengan owner Nomadic Life Campsite -Padma *memang nama Padma kalau kat Tibet ni sebaris dengan nama Danish dan Daniel di Malaysia ke*

Die ni memang muka Tibet habis. Bila tengok muka die, aku mesti terbayang, die ni berlakon cerita 2012. Die memang peramah dan sangat sporting. Aku suruh die menari tarian traditional die in exchange kiteorang pun tunjukkan tarian kiteorang. Die siap offer kalau-kalau nak tambah apa-apa lagi makanan or minuman. FREE tau! Time duk borak tu, tiba-tiba Auntie Swiss muncul untuk say goodbye to us. Diikuti Stanzin pulak yang mengucapkan selamat tinggal dan sempat pesan please singgah port orang Nomad yang terletak 10 minit je dari campsite. Itu adalah the real Nomad people yang masih wujud di Ladakh.

Terasa diihargai. Terlalu indah memori di Tso Moriri bersama dengan mereka yang saya kenal tak sampai 24 jam. Owner campsite sempat bagi phone number kalau nak datang lagi, just contact die direct dan die boleh arrangekan tour ke sini. Wah lagi mudah! Kami ucapkan selamat tinggal kepada mereka semua yang memberikan 5 star hospitality. Terpahat memori palin manis kami di Tso Moriri. Walaupun ianya diakui sendiri oleh owner Padma yang teman aku memang mirip orang Tibet versi Tibetan Muslimah la, tapi takkanlah sampai begitu sekali layanan mereka. Masih terbayang keikhlasan dan hormatnya mereka pada kami. Pora bagi 5 bintang!

IndiaIndiaDSC07600-10441-10251 The owner – Padma

IndiaIndiaDSC07597-10411-10221     The assistant

IndiaIndiaDSC07598-10421-10231Memory – Tapi Kak Mah taknak memori ke?

 

Brother Dorjey dan Kesang sudah pun menunggu kami di hadapan khemah. Barang-barang kami diangkat oleh pekerja Nomadia Life Camp. Kami ucapkan selamat tinggal kepada mereka semua. Sedeh tau hati kita wak. Berat nak tinggalkan tempat yang indah begini. Haih, marilah kita. Brother Dorjey membawa kami keluar dari kawasan Tso Moriri tetapi sempat buat beberapa stop di tempat yang kami request untuk berhenti. Termasuklah tempat orang-orang Nomad yang Stanzin pesan tadi.

Tapi bukan rezeki kami. Nama pun orang Nomad. Dorang dah pergi berlalu meninggalkan kawasan tersebut. Batu-batu yang mereka bina untuk khemah masih ada lagi. Yang tinggal hanyalah kuda-kuda liar Tibet sahaja. Bila aku tengok kawasan ni, aku umpama di bawa ke mesin masa zaman-zaman batu pulak.  Feeling die, kau akan rasa macam tak caya masih wujud lagi kaum Nomad ini pada tahun 2016. Yang kalau dulu kau hanya dengar cerita dari orang lama-lama. Now, ianya ada di depan mata sendiri. Katanya, mereka ini adalah pelarian dari Tibet. Mereka tiada tempat tinggal dan pekerjaan. Jadi, mereka hidup secara nomad ini dengan menternak Pashmina Goat and Yak. Kambing yang mereka ternak boleh dijadikan wool untuk the infamous Pashmina from Kashmir. While the yak, it used for cheese and milk. Dari situ, mereka menjana pendapatan untuk membeli beras dan gandum.

IndiaIndiaDSC07633-10771-10581Singgah juga di tasik Tso Moriri

IndiaIndiaDSC07634-10781-10591Signature di Tso Moriri

IndiaIndiaDSC07653-10971-10781Sungai di tepi gunung

IndiaIndiaDSC07658-11021-10831Sihat-sihat belaka

IndiaIndiaDSC07644-10881-10691Kiang yang hidup liar

IndiaIndiaDSC07664-11081-10891Tapak khemah orang nomad. Yang tinggal hanyalah batu-bata dan kuda sahaja

IndiaIndiaDSC07666-11101-10911Oh dan juga yak

IndiaIndiaDSC07636-10801-10611Luasnya donia ini

IndiaIndiaDSC07668-11121-10931Approaching village nearby

IndiaIndiaDSC07677-11211-11021Bukak tingkap dan kita layannnn

IMG_6636

Tso Moriri, apa yang terpahat di dalam hati ini adalah sesuatu yang sangat unikk. Takkan boleh lupa betapa indahnya tempat ini. In Shaa Allah, jika ada rezeki, saya akan kembali ke sini. Janji jangan pernah berubah, itu saja yang saya pinta

IMG_6644Kami jumpa makcik ni sewaktu toilet break. Panggil die untuk ambil gambar terus die posing manja gini. Alahai, nampak keikhlasan mereka dari wajah indah ini. Semoga makcik sihat-sihat belaka deh!

IMG_6647Makanan wajib di sini – Nasi Goreng Vege

IMG_6648Kakkkk, kireee…

Perjalanan diteruskan dan kami berhenti di sebuah sekolah yang dipanggil sekolah 3 Idiots – Druk White Lotus School. Bagi yang pernah menonton filem box-office ini, korang mesti kenal sekolah yang Aamir Khan mengajar time scene last tu. Sekolah inilah digunakan untuk shooting filem tersebut. Siap ada cafe tau. Kami duk lah jalan-jalan sekitar sekolah tapi tak nampak pulak student dia. Yang ada hanya cafe yang tutup. Tengok signboard bila cafe ini akan dibuka tapi Kesang kata kena tunggu 20 minit. Ramai jugak yang datang ke situ dan tunggu secara berjemaah. Namun, kecundang semua. Sebab harini cafe tak bukak. Mampu? Penat je kite tunggu. So, apa kami buat… Kiteorang masuk souvenirs shop untuk beli souvenir buat kenang-kenangan sahaja.

IndiaIndiaDSC07700-11441-11251                                                                                      Yeahhhh! All is well

 

IndiaIndiaDSC07705-11491-11301Penat sis melangkah ke cafe ini, tapi korang tutup pulak

IndiaIndiaDSC07714-11581-11391So, mari ke padang, kite buat hal sikit. Anyway, sekolah ada di belakang padang ni je. Pernah berlaku banjir pada tahun 2011. Cepat-cepat mereka baik-pulih balik.

IndiaIndiaDSC07720-11641-11451                                                                                           Dan ada monastery juga

Kami meneruskan perjalanan menuju ke Leh City dan kali ini kami akan bertukar hotel. Saja tukar angin uols. Kali ini kami akan tido di Padma Guesthouse. Mula-mula kami macam taknak stay kat situ sebab lokasi die agak ke dalam. Tapi yang bestnya apabila, Brother Dorjey dan Kesang siap bagitahu yang mereka akan check dulu bilik, okay atau tidak. Kau mampu? Macam bouncer okay. Kiteorang cam cengang jap. Dah kenapa caring semacam sampaikan bilik kiteorang okay atau tidak pun die nak checkkan. Bila diorang check bilik semua okay, die terus buat tanda good. Hahah! Barulah kiteorang boleh masuk bilik macam diva-diva sebab yang tukang angkut bag pun tak bagi kiteorang angkat barang.

Alahai, adik beradik ni. Memang ikhlas dalam menjaga kami bertiga. Tadi bila kami ada request for toilet break, standard lah ada proper toilet and ada jugak open toilet. Hahah! Tapi Kesang ni die akan tetap carikkan toilet dan tempat yang selamat. Kalau dah takde sangat, open toilet pun dia cari yang proper. Kalau toilet terbaik, dia mesti teman sampai korang habis urusan. Mungkin dia tahu, kita tak biasa dengan tempat ni kan. Jadi, hospitality yang die bagi nie buatkan aku rasa safe je. Bukan tu je, setiap kali kami singgah makan, die akan tuliskan menu-menu tu dalam kertas lain supaya kami paham. Walaupun kekadang kedai tu ada menu. Dan kalau nk mintak air panas, dia lah yang ke dapur macam anak tokei. Too kind for us. Dan bersyukur sangat bila kami dapat pilot camni. The best uols!

Sampai di Padma, kami rindu akan Wifi. Sempat merasa 30minit sebelum segalanya hilang secara tiba-tiba. Memang terus disconnected. Bila tanya pada owner Padma Guesthouse, mereka kata 1 Ladakh memang takde Internet. Kau ghase??? Memang kami terus pandang each other. Sempat bagitahu lokasi terakhir kat family. Dan sempat facetime kejap je. Takpelah, sometimes bile disconnected ni, kita akan tend to appreciate our moment. So, mari kite rehat-rehat dalam bilik, panaskan Brahims dan dinner kat cafe hotel. Esok pagi call time kami pukul 8am untuk ke next destination dan check out from this hotel. Ada breakfast yang disediakan. Okay bersambung lagi nanti 🙂

IMG_6652Welcome to Padma

IMG_6650Nasib baik dapat tingkat bawah uols

IMG_6653Menuju puncak, seret bag sat

IMG_6654Bila masing-masing dapat wifi, hilang roh-roh Ladakh

IMG_6660Dari katil Cik Pora

IMG_6667Bila wifi dah tiada, mulalah menghargai yang oldskool

6 thoughts to “Journey to Leh, India : Part 4 (Leh – Tso Moriri)”

  1. lagi lagi lagi….beshnye….. i tak pnh rasa travel camni…. takde courage kot. siyes mmg lawa….
    bab toilet tu mmg prob skit la kan….seronoknya pergi tgk tempat orang…

  2. kak pora, campsite kita kat tsomoriri berselahan jer..saya datang awal sehari..kalau tak boleh jumpa..hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *