eat.travel.write.doodles 2016 in Kuala Lumpur

“Hi I’m Safura from Kuala Lumpur”, itu antara ayat yang selalu Cik Pora gunakan setiap kali perkenalkan diri. Proud to be Malaysian. But…. dalam duk bangga-bangga pun, sejauh manakah Cik Pora tahu tentang Kuala Lumpur?

Dan tak lupa juga kepada anda yang sedang membaca, berapa banyak yang anda tahu tentang sejarah Kuala Lumpur? *uish persis guru sejarah soalan Cik Pora*

Jika dulu Sg Gombak yang mengalir di sekitar Masjid Jamek itu hanya dipenuhi dengan kerbau dan rumput, namun sekarang penuh dengan pembangunan… Adakah anda akan percaya bicara hamba? *mampu fefeling Puteri Hang Li Pora*. Ahaaaa! Inilah antara ilmu yang Cik Pora perolehi apabila dijemput untuk menyertai FAM TRIP di sekitar Kuala Lumpur melalui program, EAT.TRAVEL.WRITE.DOODLE anjuran majalah travel terkemuka, Gaya Travel.

Excited? Of course! Selama ini duk sibuk baca tentang sejarah negara lain sedangkan sejarah tanah tumpahnya darah, Kuala Lumpur tercinta ini tidak berkesempatan untuk mendalaminya. Dan melalui program ini juga, tak sangka banyak info tentang Kuala Lumpur yang saya pelajari. Jadi, apalah kiranya segala ilmu dan informasi itu tidak dikongsi bersama anda. Moh kite!

Now I understand why some people get so obsessed with birds! Kami berjalan diiringi seorang guide yang banyak menerangkan tentang pelbagai jenis burung yang ada di sini. Meriah dengan segala penerangan kami akhirnya berjalan menuju ke acara kemuncak di taman burung iaitu – Bird Feeding. Yang bestnya, bukan sahaja pengunjung je yang dah standby kat situ, tapi burung-burung kat sini pun memang dah tunggu untuk sajian mereka dihidangkan. Apa kata layan gambar di bawah :

DSC09062KL Bird Park map

DSC08930Pelbagai jenis burung di sini

DSC08945Hi awa… Cantik sangat

DSC08950Type of flamingo

DSC08955White feather

DSC08959Persis patung kan?

DSC08967For the love of papaya

DSC08971Oh peacock, envy you 🙂

DSC08980Group of flamingo

DSC08998Tour guide kami di Bird Park

DSC09001Terbang bebas, bertenggek pun bebas juga

DSC09010Owl, no flash ya 🙂

Apabila masa yang dinanti sudah tiba, pekerja zoo akan datang dengan satu tong yang dipenuhi dengan ikan-ikan mentah. Dan showtimeeeee! Habis semua jenis burung dari pelusuk Taman Burung ini akan datang berkumpul di sini untuk menjamu selera. Berselera sungguh mereka ni. Seronok. Korang semua patut datang ke sini dan experience Bird Feeding okay?

Info : Jam 10 pagi dan 2petang, please standby siap -siap kat satu port untuk anda saksikan Bird Feeding secara LIVE.
DSC09014                                                                           Sedia menanti

DSC09017                                                           Masing- masing dah ambil port sendiri

DSC09027                                                                       Sama-sama kita menanti ye

DSC09037Wahhh meriah betul bird feeding kat sini!

DSC09040Ikan mentah menjadi sajian utama

DSC09047Licin habis

DSC09093Memperkenalkan grey parrot

DSC09072Jika anda ingin bergambar, boleh abadikan memori di sini

Usai urusan melihat burung-burung bersantap, tibalah masa untuk kiteorang pulak menuju ke Restoran Rebung bukan sahaja untuk bersantap, tapi kami akan menghadiri LAUNCHING of eat.travel.write.doodle with Citrawarna 2016.

Kami diraikan dengan layanan mesra Chef Ismail yang juga merupakan owner bersama untuk Restoran Rebung. Makanan yang dihidangkan memang terbaik dari segi rasa dan juga pilihan lauk pauk yang ada. Macam-macam dan sangat menyelerakan. My favorite haruslah gulai masak lemak. Sedap dan memang terangkat! Fuh teringat sedap nyaaaaaa…

Info Restoran Rebung : Kuala Lumpur Bird Park, Cascade Parking Bukit Aman, 5-2, Jalan Tanglin, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. 7am till 10pm

DSC09123Jika dulu kita semua akan memandu terus ke Bangsar untuk makan di Restoran Rebung, namun kini, ianya ternyata lebih selesa di KL Bird Park

DSC09134                                                              Deko yang masih mengekalkan konsep Malaysia

DSC09147                                                               Majlis Perasmian Citrawarna 2016

DSC09165                                                               VIP bersama dengan banner Citrawarna 2016

DSC09171                                 Chef Ismail sempat menunjukkan kami sajian yang akan dihidangkan. Itu Nasi Lemak

DSC09182                                                              Dodol, Malaysian favorite!

Selesai bersantap, kami dibawa ke Hotel Maya untuk check in penginapan selama 2 hari di sini. Tepat jam 3pm kami turun semula ke lobby hotel dan pemandu uber sudah pun menanti kami untuk di bawa ke MUD@KL. Kami akan menonton teater muzikal The Mud KL yang berkisarkan tentang sejarah Kuala Lumpur. So KL-people, tell me, how deep is your knowledge about KL? Wow! If you asked me, all this while yakinnya Safura Azahar menjawab, I’m from KL setiap kali ditanya tentang asal usul. Tapi, sejujurnya aku tidak tahu dari mana asalnya nama Kuala Lumpur dan sejarah lanjut tentang KL.

DSC09325Hotel Maya

DSC09331Room for 2

DSC09335Mewahnya barisan mandian, ahaks! Thanks Hotel Maya

Thanks to MUD KL for this brilliant initiative. Persembahan teater muzikal, Our Story of Kuala Lumpur ini sememangnya sesuatu yang aku nanti-nantikan since aku memang minat sangat menonton musical concept. Kami dibawa masuk ke panggung MUD@KL dan sejurus persembahan bermula, kami semua seakan dibawa ke zaman era Ah Lok, yang merupakan orang yang bertanggungjawab dalam membuka Kuala Lumpur.

DSC092022 shows everyday. Set your schedule

DSC09207Merchandises MUD@KL

Antara info penting yang sempat aku capture semasa persembahan tersebut :

  1. It’s all started in  January 1881 – Kejadian kebakaran besar di Kuala Lumpur
  2. Rebuilt slowly in few months when everyone is united
  3. 1897 Sultan Abdul Samad building dibina
  4. 1904 Opening of Sultan Abdul Samad building
  5. 1907 Opening of Masjid Jamek
  6. 1963 KL became capital of Malaysia

Persembahan yang berlangsung selama 1 jam 30 minit, memang cukup mempesonakan. Jalan cerita yang sangat menarik sambil diselitkan dengan elemen komedi yang bersahaja. Sound system yang terbaik. Para pelakon yang sangat berkualiti – Berlakon, menari, menyanyi dan yang paling BEST, chemistry di antara mereka. Memang memberikan hasil yang mengagumkan. Jika anda yang ingin mempelajari tentang sejarah Kuala Lumpur in a intresting way… THIS IS THE WAY!

DSC09218                                                                        Sila ambil tempat duduk anda

DSC09237  Antara pelakon yang memainkan watak utama

DSC09244 Mat, Meng dan Muthiah – watak yang mewakili 3 bangsa utama di Malaysia

DSC09246Anding AF melakonkan watak sebagai Mat (kiri)

DSC09300                                                                                      Jom kita menari

DSC09318                                                                     Thanks for the beautiful musical

DSC09321                                                                 Penghargaan Gaya Travel kepada tokei panggung MUD KL

Info tentang MUD KL di Panggung Budaya Kuala Lumpur, Jalan Raja, 50050 Kuala Lumpur. Website – mudkl.com

Harga tiket :

STANDARD @ RM80 per ticket
MYKAD @ RM50 per ticket

Kami tinggalkan MUD KL dan bergegas pula ke Masjid Jamek sebagai meeting point untuk KL Nightwalk. Melalui aktiviti ini, kami akan diberikan malumat lengkap dengan tentang sejarah dan penceritaan tentang attractions di sekitar Kuala Lumpur Walaupun aku dah expect kebanyakkan pit stop yang kami akan singgah sebenarnya merupakan antara tempat yang selalu aku lalu. Mana taknya, zaman Tuisyen Kasturi dulu, sekitar Central Market, Jalan Masjid Jamek itulah laluan setiap weekend aku. Sorang-sorang je jalan demi nak pass exam PMR dengan cemerlang. Oh memories!

Jane, merupakan tour guide yang bertanggungjawab membawa kami pada malam tersebut untuk mengenali KUALA LUMPUR dengan lebih dekat lagi. Jika tadi MUD KL, untuk menghidupkan suasana KL itu sendiri, pelbagai props digunakan. Untuk nightwalk kami pula, semua bangunan yang mejadi saksi perubahan KUALA LUMPUR masih utuh berdiri sehingga ke hari ini. Memang tak sangka. Setiap bangunan yang ada di sekitar Jalan Masjid Jamek, semuanya mempunyai cerita dan sejarah tersendiri. Seolah dibawa ke muzium yang LIVE tanpa kita semua sedari. Something so unique about my KL.

DSC09342     Meet our KL Nightwalk guide, Jane

DSC09362                                           Looks familiar? Di suatu ketika dahulu, kawasan ini adalah rumah Ah Lok

DSC09365                                                                         Beautiful night in Kuala Lumpur

DSC09375                                                                      Masjid Jamek bercahaya indah malam itu

DSC09386                                                                          Cikgu Siew from Kampung Boy

DSC09387                                   Oriental Building yang merupakan bangunan stesen radio suatu ketika dahulu

DSC09407Pasar Malam Jalan TAR

Selepas berjalan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, tibalah masa untuk kami bersantapan di sebuah cafe yang masih lagi mengekalkan senibina dari zaman dahulu sehingga sekarang iaitu Coliseum Cafe. Melangkah sahaja masuk ke dalam cafe ini terus fefeling seluar harem meks bertukar jadi skirt kembang ikan duyung Saloma dah. Sumpah feeling habis. Not only the deco, but the music and the vibes here… It was almost similar to what have been always potrayed by P.Ramlee in his film. First time here and I’m impressed 🙂

DSC09433Coliseum Cafe

DSC09437Bersama owner Coliseum Cafe

DSC09444Masih mengekalkan konsep zaman dolu kala

DSC09448Uncle ini masih lagi bekerja dari dahulu sampai sekarang di Coliseum Cafe. Long serving employee.

DSC09455Mari kita makannnn!

Masa untuk pulang semula ke Hotel Maya dan berehat mengumpul tenaga untuk aktiviti keesokan paginya iaitu melawat Rumah Terbalik. Kalau dahulu, Rumah Terbalik yang femes di Malaysia terletak di Tuaran, Sabah. Dan kini, anda tak perlu lagi untuk terbang jauh-jauh sehingga ke sana untuk melawat Rumah Terbalik! Ini kerana ianya telah pun dibina di Menara Kuala Lumpur. Dan ianya merupakan Rumah Terbalik 2 tingkat (tertinggi) pertama di Malaysia. Bukan itu sahaja, buat penggemar #selfie & photography, apa yang paling penting, Rumah terbalik kat sini boleh ambil gambar uols! Nak selfie, nak buat camera trick segala pun boleh. Memang idaman ramai sangat.

Ternyata apabila anda masuk sahaja ke dalam rumah tersebut, interior memang moden habis. Terasa macam nak tiru segala interior yang ada dalam rumah ini. Simple dan cantik. Bila korang dah berada dalam rumah terbalik, akan ada pekerja Rumah Terbalik yang memberikan anda tips-tips dan mereka juga akan membantu anda untuk mengambil gambar. Yang pasti gambar anda nampak unik. Buat yang nak experience sendiri Rumah Terbalik, anda boleh datang dan berikut adalah info yang membantu anda :

Kuala Lumpur Upside Down, Off, Jalan P Ramlee & Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia.
Ticket Price : Adult RM15 / Kids RM10

DSC09461Upside down, cantik kan?

DSC09537Jom kite!

DSC09465Di kejauhan, Kuala Lumpur Tower

DSC09468Bersama blogger dari Indonesia, Tari

DSC09485Menggapai apa itu?

DSC09488Meja makan yang terbalik

DSC09491Kita hangkat jangan tak hangkat

DSC09497Yang dalam bilik air pun

Starbucks Drive Thru Ampang
Who doesnt love the smell of coffee even you’re not a coffee drinker? Weehooo, it’s so me. Walaupun aku bukanlah penggemar coffee tapi kalau bab hangout kat Starbucks, Cik Pora ons sajok.

Dan apabila Gaya Travel bawak kami semua untuk hang out di Starbucks for Cafe Journey, all of us were so excited. Excited sebab kami akan diperkenalkan dengan ambassador Starbucks Malaysia iaitu Aishah Dahalan, malah kami turut dibawa menikmati cara minum coffee yang sebenar.

DSC09553Baru sahaja dibuka. Kami antara yang terawal dapat berada di sini

DSC09561Aisyah, the ambassador

Haaaa, kalau selama ini kita terus minum je kan? Harini Cik Pora belajar cara minum coffee yang betul. Barulah korang akan rasa kenikmatan sebenar.Okay, jom Cik Pora kongsikan cara menikmati coffee melalui step-step ini :

How To Drink  Coffee :
1. Smell the coffee (hold 3/4 of the cup)
2. Slurp (make a sound)
3. Locate which part of your tongue palette
4. Describe more about the coffee (if you’re alone, just speak to yourself)

DSC09574Tadaaaaa!

DSC09584Perfect combo

 

Bila anda minum coffee, sandwich ataupun pisang goreng, cempedak goreng segala, adalah antara snek yang sangat sesuai untuk anda pair-kan. Encik Salleharon, selaku Senior Manager Public Affairs & Digital Strategy Starbucks Malaysia turut berkongsi tentang gabungan snek lain seperti cheesecake mahupun muffin yang menghasilkan rasa yang berbeza sejurus anda minum coffee.

Sememangnya ianya terbukti selepas Cik Pora sendiri experiment dan try semua snack yang disediakan. Magic! I guess setiap snack apabila bergabung dengan coffee akan menghasilkan rasa yang berbeza. Kalau tak percaya, korang boleh datang ke Starbucks and try untuk enjoy setiap food yang mereka sediakan dengan your favorite drink 🙂

After black coffee, we’ve been served with hot cup of Sumatera coffee and Honey Waffle. I would say this is my favorite. The moment I sip the coffee with a bite of waffle… everything went so perfect. Walaopun, Cik Pora bukanlah peminum coffee. Tapi, kombinasi waffle dan coffee memang mampu mentransformasikan Teh Safura kepada Coffee Safura. Berjaya sudah.

DSC09596Hot coffee

DSC09599                                          Set kedua yang tampil dengan cheesecake, pastry, waffle and Sumatera coffee

DSC09600                                                                                       Pelbagai angle

DSC09604Mereka yang menang, tahniah!

So, kat mana Starbucks Drive-Thru, Jalan Ampang ini? Drive kereta anda terus ke Jalan Ampang, nampak sahaja Gleanegles Hospital (sebelah kiri), terus lagi sampai nampak di sebelah kanan anda ada Starbucks. U-turn di depan dan sila park kereta anda. Don’t worry, banyak car park yang disediakan untuk anda.

—————————————————————————————————————————————

banner

Thank you Gaya Travel, Tourism Malaysia, MOTAC, Starbucks dan mereka yang terlibat dengan eat.travel.write.doodle. As always, all opinions are my own. 

5 thoughts to “eat.travel.write.doodles 2016 in Kuala Lumpur”

    1. Thanks for inviting me 🙂 Great hospitality by your team.
      Yes, tak sempat nak ber-ladakhi dengan uols!

      See you jugak Insyallah.

  1. Wah kak pora seronoknya! Rugi tak dapat join. hehe

    Teringin nak tengok MUD tu. Dia show setiap malam kan? Tak pernah lagi tengok teater kat Panggung Bandaraya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *