Happy New Year and a lil’ throwback :)

IMG_3746

Rasa baru semalam wish Selamat Tahun Baru 2016 buat semua pembaca blog… Tup tup dah nak masuk tahun 2017. Cepat sungguh masa berlalu sekarang. Tak sedar yang bukan sahaja tahun yang bertambah, usia kita semua pun makin bertambah kan?

Takpe, kita hidup sekali. Tak kire berapa pun usia kita, tidak pernah sekali pun terlambat untuk kita tanam impian. Bukan tanam patung tau… Oopsss! Yang penting, kalau kita mahukan impian kita itu tercapai, kerja keras sikit yuk!

Oh tanpa buang masa lagi. Cik Pora nak list-kan 2016 #travelthrowback untuk dijadikan moment-moment indah bersama :

1. Flores, Indonesia
Travel pembuka 2016. Bila ditanya, why Flores Cik Pora? Island, nature and virgin. Yups, antara sebab kenapa aku memilih Flores sebagai destinasi idaman yang dah siap-siap masuk bucketlist since 2015 lagi. Aku tak pernah sangka Flores, Indonesia adalah sebuah tempat yang indah habis.

DSC00380 Gili Lawa yang memang lawa 🙂

Flores telah membuktikan kepada aku yang bumi Indonesia, iaitu jiran kita semua, sangat cantik. Kecantikan yang terpelihara gituuu! Seriously, kalau korang ke sana, terasa macam masuk zaman purba tapi cantik letops. Kalau pergi sini, bersiap-sedia untuk sunburn. Rugi sangat kalau korang ke sini tapi tak explore habis-habisan.

Safura6Gua Rangko, menakjubkan!

Moment yang paling tak boleh lupa – Tidor pakai sunglass sebab asap kayu api lalu bilik kiteorang. Mata sis pedih 🙂

 

2. Rainforest World Music Festival 2016, Sarawak
Post tertunggak sebenarnya ni. Sekalung terima kasih buat Tourism Selangor dan juga Tourism Sarawak kerana memberikan saya peluang untuk merasai festival yang giler best melalui peraduan Best Instagram anjuran mereka.

Ternyata festival ini memang antara festival yang korang kena pergi at least sekali seumur hidup kerana di sinilah tempat untuk kita belajar tentang muzik dan budaya negara lain. My favorite haruslah workshop yang mereka anjurkan. Sangat bermanfaat. Balik terus rasa berilmu 🙂

Safura2 Media pass for Rainforest Music Festival – 2016

Moment paling indahDapat mendengar bunyi alat muzik dari Syria secara LIVE yang sangat mempesonakan.

Safura3 Musician from Syria 🙂 *eh eh ada photobomb*

3. Yogyakarta 2016 Open Trip
Semua pun pasti tahu yang Cik Pora memang jatuh cinta habis dengan Yogyakarta sejak pertama kali menjejakkan kaki ke sana sempena birthday trip last year. Dan pada tahun ini sekali lagi Cik Pora repeat Yogyakarta bersama geng mak jemah yang lagi meriah.

Memang awesome habislah trip kali ini. Semua pun satu kepala dan macam keluarga apabila berada di sana. Nasib baiklah, Mas Jitho sudi layan kami yang macam-macam ragam. Tapi memang seronok! Boleh baca story Cik Pora kat sini 

IMG_5218Anak-anak Malaysia di Gumuk Pasir, Parangtitis 🙂

IMG_5350Dak dak kacamata menakluki Sikunir, Yogyakarta

Moment paling takkan boleh lupaSatu geng kena tahan sebab bag semua exceed limit. Guna timbang ikan kat pasar pun boleh buat duit kat airport

IMG_5361Tersenyum baik ya mas!

4. Ladakh – Birthday Trip 2016
It supposed to be Srinagar but end up I went to Ladakh for my birthday trip. And I enjoyed the entire trip so much. Ladakh, bukan sahaja tempatnya yang sangat indah tetapi experience kat sana yang unik.

Safura5Oh my favorite destination, take me back

Safura4 This was after I puked, walaupun masih mengalami pening, jantung macam nak pecah pun, posing tetapppp

Tak lupa juga pada orang-orang kat sana. Memang jujur dan bertanggungjawab. Ha, macam ciri-ciri bakal suami tak? Ahaks! Tapi seriously dorang memang baik hati. Friendly pun ye. Walaupun kau tak paham sepatah apa dia cakap, tapi bagi aku action dorang speak louder than everything.

DCIM103GOPROG0688651.

Bila bertemu dengan peminat dari Hyderabad, kawan-kawan Kareena Kapoora sempat selfie moment indah katanyaaaa…

DCIM103GOPROG0698659.

And finally, everyone’s ready!

Moment yang paling Cik Pora takkan pernah lupa seumur hidup – Kena Acute Mountain Sickness (AMS). It was terrible and wouldnt want to remember how painful it was. Lepas ni kalau pergi, terus telan siap-siap ubat AMS okay. Boleh baca coretan Cik Pora kat sini

IMG-20160916-EditedWajah-wajah terkena AMS 🙂

5. Bangkok (During the mourning of King’s death)

Went there for a business trip and have to respect them with Black and White theme. Luckily I managed to pack all my things in black and white. Bila sampai sana, memang semua pun dalam black and white uols! Aku salute cara mereka yang sangat bersatu padu dan hormat dengan king mereka. Macamana stylo pun, tetap dengan theme ya. Respect!

IMG_7600RIP King

Safura7 Tunggu MRT sat

6. Langkawi
More than 10 years tak jejak kaki ke Langkawi. Dan bila company kita buat company trip kat sini, haruslah Cik Pora paling excited! Nanti Cik Pora cepat-cepat siapkan blog pasal Langkawi hokey.

Safura11 Safura12 Kita bagi teaser je dulu 🙂

Memory manis – Haruslah dapat makan Laksa Ikan Sekoq yang femes ituuuu! Murah dan sedap. Ikan kita bagi kat meow. Sharing is caring.

DSC02067Lazat tak terhingga

7. My Hijab Journey
Safura1

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
No matter what I do, where I go, my hijab journey is something that I’m thankful for.

Syukur, Allah membuka hati saya untuk berhijab pada tahun 2016. To be honest, it took me quite sometime to make decision of wearing hijab. Alahai Safura. The thought of that decision appeared when I’m on the flight en route to New Zealand 3 years back.

The air pocket incident, bukan sahaja buatkan aku trauma nak naik flight, tapi ia menyedarkan aku, kita hanyalah manusia, hamba Allah yang tidak pernah ada kuasa untuk mengatur ajal maut, rezeki dan jodoh.

The 8 hours journey thought me that I am nothing. Macam-macam aku fikir. What if I die? Apa yang aku buat sepajang hidup ni? Cukup ke amal untuk bekalan akhirat nanti? It hits me over and over again. Journey itu mengajar aku untuk lebih dekat dengan Allah.

Sejak insiden tersebut, aku selalu berdoa agar Allah bukakan hati aku dan beri kekuatan untuk tetapkan niat ini. Dan selepas beberapa bulan, aku makin selesa dengan penampilan begini. Maybe aku akan cuba untuk buat satu post tentang My Hijab Story.

Safura13My 1st hijab look time datang office. Siap bertangkal RWMF2016 gituuu

Sebelum tu, please doakan saya sentiasa istiqamah dan lebih baik dari harini. Amin.

ووجدك ضالّا فهدى

And he found you lost, and guided you!
Quran (93:7)
Phewwwww! Back to the topic, to me, 2016 bukan sahaja tahun yang agak mencabar dari segi ekonomi tetapi juga tahun yang mengajar saya erti untuk lebih bersyukur apabila diri ini rasa ‘down’ habis. Before this, aku pernah tulis yang travel adalah sekolah kehidupan. Kali ini, Cik Pora nak tambah sikit, yang travel juga antara terapi terhebat. Melalui travel jugalah, kita dapat lihat kehidupan orang lain dan buatkan kita bersyukur dengan apa yang kita ada.

Okay, takmau bebel panjang-panjang. Cik Pora nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2017 yang akan tiba beberapa jam sahaja lagi. Semoga 2017 membawa kebahagiaan dan rezeki yang mencurah-curah untuk kita dapat melihat dunia. Amin.

DSC07507

One thought to “Happy New Year and a lil’ throwback :)”

  1. salam singgah..folo u starting ur trip to Melbourne yang drive berdua tu. Wah banyak dah g tahun ni. Seronoknya pergi Flores tu.. and off course I support your Hijab journey..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *