Tempat-tempat Menarik Untuk Layan Sunrise

Everytime kalau Cik Pora travel, antara benda paling excited dan wajib ada dalam itinerary adalah aktiviti layan sunrise atau sunset. Tak kira di mana berada, feeling bila dapat bangun seawal mungkin untuk layan sunrise adalah satu feeling yang paling bermakna. Bukan apa, bagi Cik Pora, inilah masa untuk kita lebih dekat dengan Maha Pencipta dan alam.

Jadi tanpa membuang masa lagi, meh aku compilekan gambar dan list port favorite aku untuk layan sunrise sepanjang sakan duk travel sana sini. *terimalahhhhh*

1. Koh Lipe, Thailand
Before it went boom, sempat jugak Cik Pora terjah Koh Lipe yang suatu ketika dahulu pernah digelar Maldives of Thailand. I love Koh Lipe, not because of the beach but the vibes, so much fun! Dan yang paling aku ingat tentang Koh Lipe haruslah koleksi anjing yang terlalu banyak di sana.

Sampaikan di suatu pagi yang tenang, dengan membawa impian mahu nikmati sunrise pertama di Koh Lipe, aku melangkah laju menuju ke pantai walaupun teman-teman yang lain sedang sibuk ‘bersilat dengkur’ lena dibuai mimpi. Layan sesorang sambil nikmati keindahan bumi Koh Lipe. Bila toleh belakang je, ingatkan memang betul-betul lone ranger, rupanya…. seekor anjing setia berdiri tercegat duk layan sesama. Oh anjing, indah sungguh memori kita di Koh Lipe ๐Ÿ™‚

IMG_20121111_073830 IMG_20121111_073944

2. Punthuk Setumbu, Yogjakarta
“Apa yang kamu lakukan ke saya itu jahat”, sounds familiar? Ha, buat pencinta Rangga dan Cinta, anda pasti tahu spot sunrise ini. Anda harus bangun seawal jam 4pagi dan hiking a bit untuk sampai ke port keindahan alam ini.

Apa yang menarik? Bila anda berada di atas Punthuk Setumbu tu, korang akan nampak awan yang mengelilingi Borobodur apabila matahari memancarkan cahayanya, wow, everything is so magical. Tapi korang kena pandai cari port nak tunggu ye. Remember, yang cantik tak datang dengan senang. Eh?

DSC05439

3. Cappadocia, Turkey
One of a kind experience, catch sunrise with hot air balloon. Yes, memang ini antara moment sunrise yang paling aku takkan lupa. Walaupun kene bangun pagi-pagi, tak sempat nak mandi dan hampir tersalah naik van pun, aku tetap rasa naik hot air balloon in Cappadocia memang BEST!

Bila hot air balloon kau dah take off dan mula membawa kau terbang tinggi ke awan, time tu kau akan rasa macam aaaaaaaaaa! Nak jerit sebab happy sangat. I’m flying like a bird. Dan apabila tour guide kami bagitahu, matahari dah keluar, lagi excited semua dalam ‘bakul’ tu. Hahah! Bagi aku, Cappadocia Hot Air Balloon, not only about the sunrise but the feeling… Priceless!

DSC07706

4. Queenstown, New Zealand
Buat pertama kali dalam hidup, aku rasa macam tak percaya bila aku nampak sunrise di Queenstown, New Zealand. Memang magical. Kuasa Allah yang sangat indah. Ini adalah kerana aku dapat menikmati suluhan mentari tepat ke bukit The Remarkables yang tersergam indah. Speechless. Bila tengok balik, seakan mentari sedang melukis corak di atas permukaan The Remarkable dan tasik di sekitarnya.

DSC_0560

5. Kampung Komodo, Flores
Kalau ada award the best sunrise spot seantero dunia, I would definitely award itย to Kampung Komodo, Flores. Terlalu indah sampaikan aku duduk di jeti dan non-stop click button camera aku. Seakan tak percaya yang aku direzekikan menyaksikan kejadian alam terindah di bumi ini. Terlalu magikal sunrise di Kampung Komodo.

Sehingga hari ini aku masih ingat feeling die. Fuh keren bangat sih! Memang tak rugi lah datang jauh-jauh dari Kuala Lumpur untuk berada di sini. Tidor di rumah Pak Alyas dan tido pakai sunglasses duk tahan asap kayu api yang melintasi bilik kami. Semua pengalaman di situ sangat berbaloi.

DSC01278

What’s you favorite sunrise? Share with me ๐Ÿ™‚

One thought to “Tempat-tempat Menarik Untuk Layan Sunrise”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *