Aktiviti Wajib Bila Bercuti di Pulau Langkawi

Imagine diri korang stuck in one island, full of legendary stories, gorgeous beaches, wide-variety of wildlife and filled with fun things to do…. Wow! This is the best way I could describe how I felt about Langkawi. Yeah!!! Selain Penang, Langkawi adalah antara tempat yang pasti akan masuk dalam bucketlist pelancong seantero dunia. Ke mana sahaja aku pergi dan terserempak dengan orang luar, pasti mereka cakap, “Oh you’re from Malaysia? I would love to visit Langkawi one day :)”

That’s why aku teringin sangat nak pergi Langkawi dan melihat Langkawi dari setiap sudut keunikan yang terindah. Bukan apa, aku cuba untuk lari dari aktiviti shopping periuk, kain batik ataupun coklat bagai. Mana taknya, aku hidup dalam kelompok insan-insan yang dengar je aku nak gi Langkawi, terus kirim coklat Daim, periuk ajaib, kain batik pastel. Sounds familiar? Ahahhaha! Korang kena gak ke?

Don’t worry, walau camna pun aku pasti akan belikan juga segala kiriman mereka itu. Ala-ala personal shopper hakak Langkawi tau. Mana taknya, bila dapat tahu yang tahun 2016 adalah tahun terakhir untuk DUTY FREE di Langkawi, terus Cik Pora maklumkan kepada sekampung yang inilah peluang terakhir untuk borong barang dengan harga berpatutan di Langkawi. Too bad, this ‘main attraction’ has been taken away from Langkawi. Okay, back to the topic, apa aktiviti yang korang boleh buat sepanjang berada di Langkawi? Mari kite tengok checklist di bawah :

1. Island hopping
Kalau dah nama pun pulau, tak lengkap jika anda tidak melakukan aktivti island hopping. Ada pelbagai pakej yang anda boleh ambil mengikut kesesuaian budget dan tempat tarikan yang anda ingin lawati.

Bagi Cik Pora yang memang dah lama teringin nak ke Tasik Dayang Bunting, ini merupakan satu pengalaman yang paling dinanti-nanti. Naik je boat terus excited habis nak rendam kaki di dalam tasik tersebut. Di sini, anda harus mendaki sedikit ye, tapi tangga je pun. Don’t worry. Orang kata, susah-susah dulu, senang-senang kemudian, apa lagi, bila dah sampai, haruslah terjun terus ke dalam tasik.

Sejuk je air dia. So fresh. Jika aku amati dari area tasik tersebut, memang boleh nampak bentuk gunung di hadapan korang yang memang sebijik macam bentuk wanita mengandung yang sedang baring. Dan ramai juga yang percaya, barangsiapa yang minum air tasik ini, dengan izin Allah, pasti akan mengandung. Katanya khasiat air ini memang membantu dari segi kesuburan. Allahualam 🙂

Di sini, adalah diwajibkan memakai jaket keselamatan semasa anda mandi ye. Even korang perenang Olimpik sekalipun, utamakan keselamatan sebab tasik ini memang dalam dan tiada lifeguard. So, berhati-hatilah anda dalam berseronok ye. Sewa jaket keselamatan hanyalah RM5. Kalau bijak dan jimat, sila pinjam dari abang boat yang bawa korang datang ke tasik ini.

LangkawiDSC01698-0451 Dah sampai di Tasik Dayang Bunting

LangkawiDSC01716-0441Oopss tapi anda kena hiking sedikit

LangkawiDSC01730-0461Dan barulahhh…. Tadaaa!

LangkawiDSC01743-0451Terjunnn!

LangkawiDSC01737-0441Yang nak mengayuh… Silakan!

LangkawiDSC01768-0441Naik boat pulak untuk next destination

LangkawiDSC01796-0441Beras Basah

2. Cable Car and Skybridge
This is the place you MUST GO at least once in a lifetime in Langkawi. Cantik dan mampu memberikan anda ah-mazing viewwwwww yang tak hengat punya. Apa yang menarik di sini ialah apabila cable car membawa anda naik terus ke puncak Gunung Mat Cincang. Dari situ anda memang boleh nampak hampir keseluruhan Langkawi dan boleh juga nampak sebahagian Thailand tau. Memang kagum!

Since masa menunggu ketika nak naik cable car tu memerlukan kesabaran yang tinggi (ramai gile), Cik Pora harus memaksimakan peluang yang ada. Tak cukup dengan Cable Car, kita bayar RM5 untuk explore sampai ke Skybridge. Untuk yang budget marhaen RM5, korang kena hiking ye. Kalau budget have-have, korang boleh beli tiket cable car RM18. Bila dah berada di atas ni, korang boleh try berdiri di atas glass panel dan uji kegayatan anda 🙂 Ada bran?

LangkawiDSC01868-0461Setelah beratur hampir sejam

LangkawiDSC01879-0451Look at the view

LangkawiDSC01917-0471Dan bila anda tiba nun di atas

LangkawiDSC01920-0491Selepas hujan katanya

LangkawiDSC01923-0501Dari puncak Mat Cincang

LangkawiDSC01939-0481Melihat Skybridge dari jauh

LangkawiDSC01982-0451Mari kita trekking untuk ke Skybridge

LangkawiDSC01983-0461Before that, let me take a #selfie

LangkawiDSC01985-0471View pertama

LangkawiDSC01987-0481Dan stesen gondola dari Skybridge

LangkawiDSC01997-0491Rasa macam bukan di Malaysia kan?

LangkawiDSC02041-0511The edge

LangkawiDSC02044-0521Mari kita pulang

LangkawiDSC02051-0441One last time…. The view is super stunning

3. Mangrove Tour

Adventure and love nature? Mangrove tour pastinya tour yang anda harus anda lakukan. Perjalanan menaiki boat menelusuri paya bakau sememangnya memberikan pengalaman yang indah. Bagaikan berada di luar Malaysia, anda juga akan dibawa untuk trekking Gua Kelawar, Eagle feeding dan Fish Farm tour. Semasa berada di Fish Farm, ia bukan sahaja memberikan info tentang ikan-ikan yang selalu menjadi hasil tangkapan utama nelayan, tapi juga sedikit perkongsian tentang peranan nelayan yang begitu penting dalam kehidupan kita semua. Something yang betul-betul terkesan dalam hati saya 🙂

LangkawiDSC02092-0481Mari kite!

LangkawiDSC02114-0441Naik boat yang disediakan

LangkawiDSC02125-0541So green

LangkawiDSC02126-0551Bercinta dengan alam

LangkawiDSC02176-0621Laman Paksu

LangkawiDSC02196-0651Sesi beramas mesra dengan pari, ikan yang paling tidak berbahaya.

LangkawiDSC02203-0661Belangkas, yang selalu kita dengar. Tapi ini ghupenya!

LangkawiDSC02239-0531Beau

4. Makan Laksa Ikan Sekoq

Orang kata, tak sah kalau dah sampai Langkawi, tapi tak try makan laksa utara. Betul tak? Haaaa… berbeza dengan laksa di tempat lain, laksa ikan sekoq yang terletak berhampiran dengan airport Langkawi ini memang sedap ya’mat. Serious sedappp wey! Sampai sekarang aku ingat lagi, makan ramai-ramai di bawah pepohon cemara, ditemani bunyi kapal terbang dan pantai yang terbentang luas. How ah-mazing is this? Tips – Ambil kedai yang tengah-tengah. Rasa laksa die memang pure habisss!

LangkawiDSC02062-0491 Pilihan Cik Pora, haruslah gerai Laksa Pulau

LangkawiDSC02067-0501 Bapa ekoq korang nak? Mari kitaaa

LangkawiDSC02068-0511  Pasemboq made in Langkawi

LangkawiDSC02072-0521 Makan sambil layan tiupan bayu laut

5. Shopping di Haji Ismail Group

Kalau anda yang memang kaki shopping, selain jenama-jenama terkemuka seperti Gucci, Prada, Hermes mahupun Salvatore Ferragamo, pasti korang tahu lah siapa Haji Ismail ini… Gitu! Ini merupakan aktiviti wajib yang korang harus pergi jika anda memang seorang shopaholic. Macam-macam ada di kedai Haji Ismail Group ini. Periuk, belanga, pinggan mangkuk, tuala, kain batik, coklat, luggage dan juga perfume dari pelbagai jenama terkemuka. Borong jangan tak borong ye 🙂

LangkawiIMG_8529-0471 Your favorite kan?

LangkawiIMG_8536-0441 Dah borong periuk kuali segala, bag pulak tak muat… Apa lagiii

Lain-lain :
6. Telaga Tujuh

Hiking and climbing mungkin pilihan anda? Telaga Tujuh pasti menjanjikan satu pengalaman yang bermakna buat anda. Walaupun aku tak sempat ke sini, tapi dari cable car, aku boleh nampak view air terjun Telaga Tujuh yang memang sangat cantik. Air Terjun Telaga Tujuh setinggi 91 meter ini boleh didaki melalui 900 anak tangga curam sehingga bahagian pertama air terjun. Ia boleh mengambil masa antara 45 minit sehingga sejam untuk mendaki sehingga ke puncak air terjun Telaga Tujuh yang setinggi 90 meter ini. (wikipedia)

1024px-telaga-tujuh(source : langkawi-info.com)

7. Art in Paradise (3D Museum)

Buat pengunjung yang memang kaki selfie mahupun suka posing sakan, inilah tempat idaman anda! Di sini ada menempatkan lebih 200 lukisan 3D yang menjadikan muzium ini merupakan muzim 3D terbesar di Malaysia. Kesemua hasil seni lukisan ini adalah dari pelukis-pelukis Korea yang memang berbakat dalam memberikan satu mood 3D seumpama ini. Terbaik okay. Tips – Datang awal sebab anda akan habiskan lebih kurang 2-4jam dalam muzium ini. Buka kasut dan kalau boleh pakai la stokin yang bersih.

Harga tiket – Warganegara dewasa RM30/ kanak-kanak RM20

51423314471_freesize(source : Astro Awani)

 

8. Makam Mahsuri

Aku pernah jejakkan kaki di sini kira-kira 14 tahun yang lalu, ketika rombongan sekolah. Makam ikon lagenda Langkawi ini, iaitu Mahsuri terletak tidak jauh dari Pekan Kuah. Dipercayai, di sini ialah tempat di mana Mahsuri binti Pandak Mayah disemadikan buat selama-lamanya. Anda juga boleh melawat muzium yang disediakan bagi memberikan anda sedikit sebanyak tentang sejarah dan info Mahsuri.

Harga tiket – Warganegara dewasa RM7/ kanak-kanak RM3.50

mahsuri-600-4(source : asiawebdirect)

9. Borong Minyak Gamat

Selain coklat ataupun periuk-periuk belanga, perusahaan minyak gamat juga merupakan antara tarikan utama yang ada di Langkawi. Minyak gamat pun dah memang sebati dengan orang melayu kan? Tak sah kalau kat setiap rumah, untuk ada minyak gamat. Maklumlah, kalau ada luka sikit pun, pasti kite letak minyak gamat sebab memang ramai yang tahu tentang betapa mujarabnya minyak gamat ini dan hanya Langkawi satu-satunya tempat perusahaan utama minyak gamat.

LangkawiDSC02082-0451 Macam-macam jenis ada

LangkawiDSC02084-0471 Inilah dia cara buat minyak gamat. Palin mujarab!

10. Veena Thai Restaurant

Setelah sibuk berjalan ke sana ke mari, kini tibalah masa untuk kite bersantap di kedai seafood yang sedap sehingga menjilat jari. Kedai ini di-suggest oleh seorang kenalan sewaktu berada di Langkawi. Beliau yang memang bermastautin di sana memang sedap-sedap belaka. Sejujurnya aku tak sempat nak pergi sini. Tapi kalau sekali lagi aku datang Langkawi, Insyallah akan ke sini lah nampaknya.

Alamat – Persiaran Mutiara 1, Langkawi,Jalan Trimula Langkawi,07000 Langkawi,Kedah Darul Aman

F&B1  (source: fireangelism.blogspot.com)

Enjoy Langkawi!

3 thoughts to “Aktiviti Wajib Bila Bercuti di Pulau Langkawi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *