New Zealand Open Trip November 2017

Mungkin ramai dah sedia maklum yang Sapora Azahar tidak pernah ‘move on’ dari trip ke New Zealand 2 tahun lepas. Dan apabila ter-throwback pulak gambar-gambar semasa di NZ dahulu, terus rasa rindu sangat nak berada di bumi yang penuh dengan keindahan alam ini. New Zealand memang indah. Tak caya? Cuba korang tengok gambar-gambar kat bawah, semua ni yang sempat Cik Pora snap suatu ketika semasa di bumi Kia Ora :

NZDSC00312-0461

NZDSC00414-0441

NZDSC00568-0471

NZDSC00575-0481
NZDSC09916-0511

NZDSC09917-0501

NZDSC09908-0491

Letops tak? Itu zaman Cik Pora open trip hanya kepada 2 orang sahaja. Ahaaa… Bukan apa, segan nak bawak ramai-ramai. Tapi memang meriah habis bila kami travel berempat dahulu. Dan disebabkan masih banyak lagi tempat yang belum Cik Pora terokai, dengan segala hormatnya (gituuu), Cik Pora memang excited untuk umumkan yang bahawasanya saya akan open trip kali ini untuk anda semua yang memang teringin sangat nak ke sana.

Bukan apa, dah alang-alang nak ke sana, apa salahnya jika saya pergi secara berjemaah. Dari segi pemandangan yang bakal kita nikmati, Insyallah tiada yang kurang apabila New Zealand sudah berada di depan mata. Dari segi budget pulak, itulah antara sebab saya nak pergi secara berkumpulan. Jimat dan meriah. Selain itu, saya juga teringin nak bawa konsep ‘camping’ macam saya di Ladakh sebelum ini ke New Zealand. Bila lagi kan, bangun pagi, bukak je pintu khemah nampak tasik terbentang indah ye dak? At least sekali je kite try!

NZ Promo 2017_3

Apa yang BEST-nya trip Cik Pora?

  • Saya akan drive sendiri, so kita bebas untuk ke mana sahaja yang kita rasa cantik untuk bergambar dan stop.
  • Untuk yang selalu baca blog saya, mereka pun tahu, saya jadikan itinerary hanya sebagai basic plan, tapi bila sudah berada di sana nanti, ada je last minute plan and attractions yang suggest by locals akan saya terjah 🙂
  • First time saya nak try combine-kan accommodations as in apartments, hostel, hotel and camping. Sesekali kita merasa tengok view yang cantik bila bangun pagi dan kekadang kita juga perlukan rehat di atas tilam empuk, untuk recharge energy. Percayalah, tilam kat sini sumpah empukkkk! Termasuk hotel di Auckland *jika transit di Auckland 🙂
  • Kita sama-sama masak untuk breakfast, lunch and dinner. Dengan cara macamni, kite boleh jimat
  • Queenstown – That’s where I left my heart. So saya memang allocate 2 days dekat sini and everyone akan rasa apa yang saya rasa jugak
  • Flexible in terms of flight (exclude in the budget) – Tapi saya suggest kita ambil MAS. Timing and baggage allowance TERBAIK.
  • Small group – Yes, we go in a small group. Quality not quantity.

Date –

APRIL 2017 – FULL

NOVEMBER 2017 – Available (8days 7 nights) **few seats left** DATE : 22-29 November 2017 

Yang memang dah lama pendam mengidam segala nak berjalan ke New Zealand, jom lah kita. Korang boleh contact saya di 0193637240 atau email poo.britney@gmail.com untuk keterangan lanjut.

 

 

 

14 thoughts to “New Zealand Open Trip November 2017”

  1. Kalau ke New Zealand dalam kedaan ekonomi x menentu ni berapa bajet keseluruhan mana tau sampai sana duit x cukup minta advance cik pora retak pulak otak cik pora nanti nak pikir mana nak bagi ke idak

    1. Hahah Cheeky! Insyallah gigih lagi if nak join tu..
      The thing is the currency naik lately. tapi tak byk sgt la.
      Still can afford 🙂

  2. Salam cik pora….
    Saya dan isteri akan ke new zealand dari 9 -19 oktober 2017. Kami akan sampai airport chc pukul 10 mlm 10 oktober dan akan ke auckland dari chc pada 17hb kul 8 mlm. Semua tiket ni dah beli. Kami perlukan transport dan penginapan dari 10 hingga 17hb oktober. Ada ke trip cik pora pada tarikh2 tersebut?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *