Trip to Bario 3

Hari kedua di Bario, suhu turun sehingga 11’c malam tadi. Nak mandi pun pikir banyak kali ni. Aku tarik selimut balik, rasanya lagi syok kalau sambung tidor kan. Lama jugak duk layan jiwa dalam selimut ni ahaks, sambil tu tengok keadaan di luar tingkap. Walaupun jam dah pukul 9pagi, tapi kabus di luar memang tebal.

Aku gigihkan diri untuk bangun dan terjengket-jengket catwalk dalam rumah panjang. Mana taknya, lantai sejuk woooooo! Bila saat-saat macamni, baru aku terasa jauh jugak washroom kalau duduk rumah panjang ni. End to end katanya. Aku rasa majoriti orang dalam rumah ni semua dah bangun pagi. Yang tinggal hanyalah kami berdua masih memerap dalam bilik.

Pantas aku capai tuala di dinding dan bergegas untuk mandi. Kami makan sarapan sambil memerhatikan tetamu lain yang dah siap-siap nak explore attractions di Bario. For both of us? Oh well, we just lepak and borak-borak with Lucy. Everyday pun ada sahaja cerita yang Lucy beritahu kami. Semuanya ilmu yang tak mungkin aku dapat di tempat lain.

Uncle David, suami Lucy sememangnya berjaya menghiburkan kami setiap kali kami bersantap. Uncle David yang kini berusia 77tahun dikenali sebagai King of Jungle. Kenapa? Ahaaaa. Beliau dibesarkan dikelilingi dengan hutan dan sering kali beliau masuk ke dalam hutan sambil explore hidupan2 flora dan fauna. Beliau juga pernah menemani team National Geographic yang menjalankan penggambaran di Sarawak dan disebabkan jasa beliau itu, ada satu hidupan di dalam hutan di Sarawak dinamakan sempena nama beliau.
Hari semakin lewat dan tibalah masa untuk kami berjalan menuju ke muzium yang mengambil masa lebih kurang 10 minit. Catwalk dalam panas uols. Jika semalam, kami tak dapat masuk ke dalam muzium, tapi harini Lucy berjaya juga dapatkan kunci dan apa lagi Sis Pora lah yang tukang bukak muzium. Di hadapan muzium, ada sebuah khemah yang dorang pacak. Harini dan esok ada perasmian persatuan warga emas Bario. Comel kan dorang? Kami berlalu terus menuju ke muzium. Walaupun muzium ini kecil, namun ianya dijaga elok dan penuh dengan info tentang Bario yang sangat bermanfaat.

Buku program

Khemah yang bakal memeriahkan majlis perasmian esok

Jangan tanya mana satu kunci muzium, try je semua, mana yang boleh bukak itulah dia 🙂

Tom Harrison

Gambar ketua-ketua kampung Bario (2nd from left adalah bapa kepada Idris Jala)

Ketuk sikit

Muzium ini menempatkan semua maklumat penting dan gambar-gambar sejarah Bario. Ianya buatkan aku terpikir betapa bagusnya inisiatif ini bagi memelihara budaya dan sejarah hidup mereka especially buat generasi muda yang perlu tahu dan faham tentang asal usul kaum Kelabit itu sendiri. Di sini juga tempat untuk korang dapatkan akses Internet. Sementara duk baca tentang info di dalam muzium, sempat juga aku check email. Nampak je email dari MAS dan aku dimaklumkan bahawa MAS dah book tiket untuk kami pulang ke Miri pada esok hari. And what?? Noooooooo… Seriously no! Tak puas lagi kami nak explore bumi indah Bario ini. Alaaaaa….

Strong Wifi connection

Ini semua disebabkan miscommunication. Habis semua effect. Aku pantas menjawab email tersebut dan merayu untuk pihak MAS tukar semula flight kami kepada yang sedia ada. Tapi, kalau die reply, confirm aku tak tahu apa status flight kami. Al-maklumlah, Internet hanya ada di sini sahaja. Aku merayu di dalam email dengan harapan agar pihak MAS hubungi aku di Bario.

Since, ding dong sana sini, Lucy temankan kami berdua minum di sekitar pasar berhampiran balai Wifi tersebut. Mujurlah ada Lucy dan jugak kedai Halal di Bario, dapatlah menjamu juadah istimewa masyarakat di sini. Tak lama kemudian, masalah kami pun hampir settle. Aku gamble sahaja untuk teruskan exploration di Bario walaupun masih tiada kata putus dari pihak MAS.

Disebabkan hari semakin panas, anak Lucy, Lian datang mengambil kami di kedai makan dan bawa jalan-jalan di sekitar kampung. Tenangnya lahai keadaan di Bario ini. Tanaman-tanaman di sini semuanya subur. Ditambah pulak dengan cuaca sejuk dingin, memang semua hasil seperti padi, nenas, sayur-sayuran jadi fresh! Bukan itu sahaja, melalui tour nie, Lucy juga menunjukkan rumah-rumah ketua kampung, rumah bapa Idris Jala, rumah wayang, sekolah dan macam-macam lagi.

Jom kita jalan-jalan lihat kampung

Sekolah yang bakal melahirkan pemangkin masa depan Bario dan negara

Kelas

Sewaktu tengah sibuk tengok padi dalam kereta, tetiba bunyi kuat dari belakang. Rupanya anak-anak ini terlanggar kereta kami

Tiada apa-apa kecederaan yang serious 🙂

Pemandangan sawah padi yang terbentang indah

Tadaaaaaa

View in Bario

Habis kampung tour, kami pulang ke rumah untuk makan tengahari. Semasa di guesthouse, kami bertemu dengan tetamu baru, 3 orang jejaka yang datang dari berlainan negeri di seluruh Malaysia. Kami menjamah lauk tengahari yang penuh meja katanya. Sebenarnya kalau time makan, kiteorang memang excited, sebab time ni ada sahaja lauk pauk baru yang takpernah kami cuba, dapat kami rasa di sini. Memang terbaik.

Selepas makan, aku ajak Lucy pergi ke airport sebab nak settlekan masalah tiket kami. Kekdahnya, prosess rayu-merayu itu harus dijalankan di tepi kaunter. Elok pulak yang tengah bekerja tu, memang ada bau-bau bacang dengan Lucy, mudah lah untuk Lucy explain situation kami. The guy siap cakap yang pihak Malaysia Airlines sudah pun email mereka untuk book tiket kami. Tapi, memang flight full esok. Ini adalah berikutan majlis yang diadakan di Bario yang membawa para VIP ke sini. Nampaknya terpaksalah kami masuk dalam waiting list. Terpaksalah kami redha sajok. Tapi sempat Lucy pesan pada staff MASWings tu, I know you can do the best!

Kami berlalu dan meninggalkan airport, pergi semula ke khemah event tersebut untuk berjumpa dengan ahli-ahli DUN, YB dan penghulu kampung. Time follow Lucy ni, sumpah rasa cam anak ketua kampung teman mak jumpa orang-orang kenamaan. Ikut je Lucy. Bila suruh salam, terus je salam dan sempat berkenalan juga dengan mereka. Moment-moment gini yang buatkan aku rasa cammmm… Aaaaa bestnya! Habis beramah mesra, kami pulang semula ke guesthouse, rehat, solat dan get ready untuk Bario Salt Spring tour.

Seramai 6 orang yang follow tour ini. Kiteorang menaiki 4WD menelusuri kawasan kampung dan trekking di hutan selama beberapa minit sebelum tiba di Lubang Garam Pa’Umor di mana menjadi pusat pemprosesan garam terkenal iaitu garam Bario. Di sini ada terdapat rumah papan, alat-ala pemprosesan dan juga kolam spring water yang menjadi sumber utama. Cara mereka proses agak traditional. Mereka harus panaskan air garam tersebut selama 24 jam menggunakan tong dram dan unggun api.

Kereta meragam. So catwalk dalam panas

Fresh dari ladang

Pemandangan Gunung Murut nun jauh di sana

Pengenalan kepada hidupan tumbuh meliar di dalam hutan

Ke lubuk pemprosesan garam Bario

Selepas 24 jam dipanaskan, apa yang tinggal di permukaan tong tersebut hanyalah hampas halus yang sebenarnya adalah garam. Kemudian ianya harus dikeringkan di dalam buluh di bawah pancaran matahari dan apabila sudah siap, ianya harus dibalut. That’s why harga garam di sini agak tinggi, bukan sahaja cara pembuatannya yang masih lagi menggunakan cara traditional tetapi jenis garam yang sangat berkualiti. Sempat jugak aku beli 4pcs. Memang lain ye rasa garam Bario. Especially bila makan dengan Bario pineapple.

Kita tengok dulu keadaan kayu api tu

Mata mudah pedih bila dekat dengan kayu api ni

Penuh khasiat

Lian menunjukkan garam yang dimasukkan ke dalam buluh

Inilah hasilnya selepas dikeringkan

Siap, balut dan boleh dijual

Hanya sebuah bangsal yang membawa kandungan garam berkualiti tinggi ke seluruh dunia. Syukur atas kurniaan Tuhan ke atas sumber bumi ini

Perjalanan pulang ke kebun nenas adalah mengikuti jalan shortcut. Trek agak berlumpur dan kali ni keadaan hutan lebih tebal berbanding jalan utama semasa kami pergi tadi. Beberapa kali juga temanku, Farah jatuh ke dalam lumpur. Mujurlah ada Lian yang membantu. Walaupun jalan shortcut tapi liku-liku rintangannya umpama liku-liku hidup ye. Sejurus tiba di ladang nenas, kami berehat dan dihidangkan dengan super fresh pineapple. Kenapa super fresh? Mereka baru sahaja petik nenas ni semua dan terus potong untuk kami. Nikmat tak terkata. Tak pernah rasanya jatuh cinta dengan nenas sampai camni sekali.

Let’s do it

Penat hiking, basahkan tekak dengan nenas pulak

Indahhhh

Dak dak main lumpur

Usai urusan dengan garam, tibalah masa kami ke Jambatan Pa’ Umo dengan menaiki kereta. Sebenarnya, dari Jambatan Pa’Umo ini korang boleh trekking sejauh 45 minit terus ke Salt Spring tadi. Tapi tak sangguplah nak trekking sejauh itu dengan hari yang semakin gelap. Kami selisih dengan Timor, pekerja di salt spring tadi yang baru nak mulakan trekking mereka menuju semula ke pondok pembuatan garam tadi. Laju sungguh beliau trekking. Hari pun dah petang-petang gini, namun demi mencari rejeki, mereka tetap menuju ke sana.

Ke jambatan Pa’Umor

Air sungai nescafe O satu

Geng garam bukit

Perjalanan pulang ke Labang Guesthouse dihiasi dengan pemandangan gunung-ganang dan sunset yang berwarna pink. Terdetik dalam hati, macam-macam drama nak datang ke tempat yang indah begini. Oh Bario, please jangan buat camni pada saya. Saia memang takuad bab nak move on ni 🙂

Oh so lovely sunset

Malam tu, kami dinner beramai-ramai bersama dengan semua tetamu yang berada di guesthouse. Masing-masing berkongsi tentang aktivit yang mereka lakukan harini. Kalau kami dengan kisah salt spring, group yang lagi satu pula meriah dengan cerita hiking Prayer Mountain mereka. Katanya, kalau panjat time dah nak tengahari, panas dia memang takkan pernah mengalah. Panas habis woi. Tapi bila tiba kat atas sana, memang view letops habis.

Kekdahnya bila terpengaruh dengan rakan guesthouse gini, memang terus plan panjat Prayer Mountain sebelum Subuh ye. Mampu kah Kita tengok esok pagi camne. Namun, baik kite fokus aktiviti malam ni. Apakah yang akan kami lakukan? Semasa kami sampai pada hari pertama, ada Lucy beritahu tentang persembahan kebudayaan di rumah panjang yang boleh anda semua saksikan pada harga RM360. Since kami ada 9 orang, marilah kita share cost berjemaah. Lebih murah 🙂

Bila semua dah bersedia, yuk kita henjoyyy the night with the KELABITS. Kereta yang dipandu Lian menuju ke Rumah Panjang yang sudah dipenuhi dengan penduduk rumah tersebut. Kedatangan kami pad amalam itu diraikan seperti hari raya. Rata-rata dari mereka dah siap pakai baju tradisional ye. How awesome is that? Kami mengambil tempat duduk masing-masing. Kebanyakkan dari penduduk rumah tersebut adalah terdiri dari kaum wanita yang berusia dalam lingkungan 40-100 tahun. Mampu?

Hallluuuu semua

Aku duduk memerhatikan keadaan sekeliling rumah panjang yang sumpah panjang. Ini kalau toilet hujung sana, bilik hujung sini, memang peloh lah nak catwalk. Mereka yang tinggal di sini selalunya ada pertalian darah. Di dalam rumah panjang juga terlihat potret keluarga dari kecil hingga besar, dapur yang masih lagi menggunakan kayu api dan juga meja untuk mereka berehat-rehat di living hall.

Ucapan selamat datang dan air teh yang mereka jamu merupakan tradisi mereka apabila menyambut kedatangan tetamu. Mereka mengalu-alukan kedatangan kami semua datang dari jauh untuk sampai ke Bario. Mereka juga tahu bukan mudah untuk kami tiba di Bario, terutama apabila perlu menaiki 2 pesawat berbeza. Apabila muzik mula dimainkan memenuhi segenap sudut rumah panjang ini, mereka juga turut memulakan gerak tari. Tarian mereka ini amat unik jika dibandingkan dengan tarian masyarakat pribumi lain. Aku sempat jugak belajar step tarian yang sebenarnya agak susah. Berpusing-pusing gak kaki sis ye. Pengsan lah kalau tersadong depan masyarakat Kelabit.

Tips : Kalau zaman dulu, setipa tetamu yang datang akan dijamu dengan air tuak. Sekarang mereka hanya jamu air teh sahaja.

Turut aku lihat seorang penari yang masih lagi mengekalkan budaya letakkan subang logamberat yang tergantung di telinga beliau. Ini merupakan signature masyarakat Kelabit. Sesuatu yang sangat unik 🙂 Setiap dari kami perlu mencuba tarian Kelabit dan diakhiri dengan tarian mengelilingi rumah panjang beramai-ramai, diikuti lagu Liling. yang pernah aku dengar ketika di Rainforest Music Festival. Terus rasa henjoyy habis!

Opening by
Cik Pora nak menari dah

Wanita-wanita Kelabit, yang tengah ini sudah berusia 100 tahun 🙂

Kebanyakkan dari mereka sudah pun berusia

Spotted! Tradisi masyarakat Kelabit

Tarian keliling long house

Happy dapat menari bersama

Beautiful

Gambar shaking habis sebab still dalam barisan jugak ye

Swafoto bersama autie di Kelabit yang sangat manis

Selesai menari, kiteorang kena main game pusing piring pulak. Bila nama korang disebut, kena cepat-cepat berlari dan tangkap piring tu. Kalau tak, korang kena denda yawwww! Lama juga kekdahnya masing-masing duk kena denda dan tergelak sakan membahan orang. Namun, dalam banyak-banyak moment yang terindah adalah apabila tarian poco-poco lagu memuji Jesus dimainkan. Joget sakan teman-teman sekalian. Meriah ke tidak?

Kami pulang ke guesthouse dan get ready untuk tido. Esok kami harus bangun seawal jam 4pagi untuk hiking Prayer Mountain. Walaupun di luar bilik kami, kedengaran lagu-lagu praise and worship to Jesus dalam Bahasa Melayu. Okay,bye!

 

2 thoughts to “Trip to Bario 3”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *