Trip to Bario Part 2

Seperti yang dijanjikan, kami bangun awal pada hari tersebut dan ambil taxi untuk terus ke Miri Airport. Kalau tanya dalam hati apa perasaaan time ni, memang nervous. Macam-macam yang dipikirkan. Maklumlah, first time masuk dalam waiting list. 50% boleh fly and 50% lagi memikirkan apa nak buat selama 5 hari di Miri. Dua-dua posibilities pun harus Cik Pora pikirkan.

Tiba di airport pada jam 8 pagi dan kami terus beratur di kaunter MASwings. Mujurlah hanya beberapa orang sahaja yang tengah beratur. Seorang makcik yang beratur di hadapan aku tanya ke mana destinasi? Bario. Wah itu kampung saya itu. Saya juga mahu ke Bario. Menetap di sana. Kemudian aku berborak santai sambil melihat passenger lain yang harus kena timbang berat badan dan juga barangan mereka.

Paling unik, tandas duduk (squad) yang dibawa oleh seorang passenger turut ditimbang. 2pcs tau. Terus terdetik dalam hati, ini kalau tak dapat naik flight sebab berat mangkuk tandas ni, memang sampai bila-bila aku ingat. Sambil duk beratur, beberapa lagi passenger lain turut berborak dengan kami berdua. Soalan lazim dari mereka, kerja ke di Bario?

Bila kami jawab bercuti, mereka terus mengangguk dan tersenyum. Mungkin jarang-jarang kot orang datang bercuti. Dalam duk bersapa mesra tu, tibalah giliran kami yang dinanti-nanti. Nervous uols! Kami hulurkan MyKad dan terus letak bag di tempat penimbang. Dan, tak sampai 5 minute, kami dapat tiket ke Bario kami yang akan depart pada jam 10.25am.

Alhamdulillah, nampaknya rejeki kami berdua ke Bario memang dah tertulis. Cuma macam-macam pancaroba pulak. Time ni, terus buat aku hargai semua possibilities pun. Kami kire beruntung. Sebab there will always be waiting list untuk mereka yang nak naik flight ke Bario. Hanya ada 2 flights sehari dan maximum passengers adalah 14 orang untuk 1 flight.

Jika cuaca baik, semua flights akan terbang ikut schedule. Jika cloudy, flight will cancel. Jika dah fly, cuaca tak cantik untuk landing, flight terpaksa patah balik. Time ni, akan kacau semua schedule dan terpaksa masuk waiting list. Untuk mereka keluar dari Bario, MASwings merupakan main mode of transportation. Jadi, buat mereka yang selalu complaint traffic jam la, KTM lambat la, sila bersyukur yang at least, kite masih boleh kemana-mana dengan lebih mudah. Reminder to myself 🙂

Tips : MASWings mengenakan charge RM1 untuk setiap KG excess baggage kepada penumpang. Namun, tetap akan ada maximum limit sebab kapal memang tak boleh bawak berat-berat.

Jam 10.25am, kami dikehendaki menaiki plane jenis ATR xxxx. Nervous? Sumpah ya. First time dalam hidup naik flight chopper gini. Nak feeling macam anak kerabat ke nak feeling cam askar ni? Sis confused. Untuk sedapkan hati, kena fefeling naik privte jet. Masuk je dalam airplane, memang hanya ada beberap a seats sajok. aku mencari no. seat.

Dalam duk cari seat sendiri, suara mestilah paling speaker masjid. Misi mencari seat terhenti bila seorang dari passenger bagitahu, ini FREE seat. Duduk je mana pun. Wahhh! Apa lagi, duduk belakang cockpit la. Bila lagi. Tapi cockpit nie tiada pintu. So, segala aktiviti pilot memang Cik Pora nampak. Biarlah rahsia katanyaaaa… Jom layan gambar sekitar penerbangan bersama MASwings 🙂

Bye-bye Miri

Hi Surihati Mr.Pilot

Oh cenggitu bawak kapal terbang rupanya

The passengers

Indahnya Sarawak

Tiada flight attendance yang akan terangkan semua ini untuk anda

Bawa saya elok-elok okay

Trek apakah ini?

Kampung Bario

Perjalanan ke Bario mengambil masa selama 50 minit. Since tiada steward/ stewardess, bila kami selamat landing di Bario, kami disambut dengan ucapan WELCOME TO BARIO dari passenger yang lain. Alahai comelnya orang-orang Bario. Rasa terharu sangat sebab semua orang welcome kami. Airport Bario kelihatan sederhana tapi cukup untuk menyambut kami. Bukan senang tau nak datang sini, ahaks!

Alhamdulillah sampai sudah di tanah Bario

Selamat datang ke Bario Highlands

Balai Ketibaan yang sempoi

Mana nak cari prepaid kad public phone?

Sambil menunggu bagasi, aku sempat Whatsapp Lucy, host kami di Bario untuk menjemput kami di airport. Lian, anak Lucy muncul dan membawa kami ke Labang Longhouse yang hanya terletak di belakang airport sahaja. Sebenarnya, kalau aku tak message Lucy pun, dia memang tahu samada aku dah sampai ataupun tidak. Lucy boleh nampak flight kami dari balcony beliau.

Jeremy dah sampai

Our first glance 🙂 So peaceful

Tiba di Labang Longhouse, kami disambut mesra oleh Lucy dan Uncle David (Lucy’s husband). Rasa bertuah sangat bila dapat jumpa Lucy ni sebab waktu mula-mula aku research pasal accomodation in Bario, Google terus hantar aku ke Labang Longhouse Bario. Bila contact melalui phone, beliau layan segala macam soalan aku. Biasalah, bila dah last minute trip gini, semuanya benda nak kena tanya pada penduduk tetap di sini.

Syukurlah Lucy memang seorang yang sangat knowledgeable dan friendly dalam melayan persoalan sis! Beruntungkan kami? Kami dibawa masuk ke dalam rumah panjang yang sangat besar. 2 tingkat. Kami dibawa ke tingkat atas dan Lucy tunjukkan bilik kami. Tapi bilik tak siap lagi, so beliau ajak lepak dulu di balcony yang menjadi tempat untuk tetamu makan. Dari balcony beliau memang boleh nampak flight dan yang paling penting suasana kampung Bario yang tenang habissss.

Klinik kesihatan Bario

 Pasar dan gerai untuk lepak di Bario

Welcome to Labang Guesthouse

 Gambar portrait untuk tatapan anda

Sambil duk layan view, borak-borak tu, kami dihidangkan dengan nenas Bario. Okay, kalau sebelum ni aku rasa benda paling heaven adalah makan ice cream Haagen Daz sambil layan view Hollywood. Tapi sekarang, takkan boleh lawan kenikmatan nenas Bario yang sangat sedap. Serious talk, aku bukanlah penggemar nenas.

Dapur Labang Guesthouse

Ruang lepak

Rindunya bunyi typewriter. Dulu ayah selalu guna untuk type surat. Now semua dah komputer kan?

Siapa nak tengok milky way malam nie?

Tapi, bila instructor aku maklumkan nenas boleh buat perut kempis bak Miss Universe. Terus cuba jadi pencinta nenas. Itu pun still trying so hard. Namun, bila mula kenal dengan nenas Bario, sumpah takde reason tak makan nenas. Nenas kat sini memang juicy, manis dan takde lidas tu. Memang kenikmatan teragung sampai sepinggan tu, Cik Pora and Farah je yang habiskan.

Tahukah anda Bario terkenal dengan nenas-nya yang sedappppppp sangat?

Yumsssss! Serious tak tipu. Sedap dan juicy

Kalau kat Body Shop berapa dorang jual? Sini FREE je

Ikan sungai, freshhh!

The map

First time tinggal di rumah panjang. New experience. Palin best kalau catwalk dalam kesejukan

Kamar kami berdua

Sementara tunggu waktu makan tengahari, Lucy sempat cerita tentang sejarah disebalik gambar di dinding beliau

Suatu ketika dahulu, masyarakat Kelabit hanya berpakaian begini

Pandai ke korang baca tu?

Change plan. Yet to confirm plan. End up ke Bario jugak. Lucy baik sangat, keluarkan semua koleksi baju beliau untuk pastikan kami tidak sejuk. Mother to us during our stay in Bario

Kehadiran kami di rumah tersebut turut dimeriahkan dengan tetamu lain yang baru tiba di Bario melalui 2nd flight (tengahari). Bila dak-dak KL berkumpul di rumah panjang, memang riuh sekampung. Time makan tengahari paling happy dan muhibbah. Habis semua makanan terhidang kami tanya, ini dari mana, ini apa, ini masak macamane. Full of curiosity.

Bukan apa, sayur hanya petik dari belakang rumah, ikan pulak tangkap kat sungai berdekatan, buah-buahan yang ada dikutip dari ladang. FRESH and SUPER DELICIOUS. Jakun terus kiteorang semua. Selain kesedapan segala makanan yang terhidang, Uncle David juga turut memeriahkan jamuan makan tengahari dengan jenaka beliau. Lawak dia memang lawak kelas atasan sangat. Buat yang RAM slow macam Cik Pora ni, please lah pergi upgrade dulu RAM kasi power kat Lowyat. Muah!

  Ikan Sultan – sedap manis

 Sayur batang pisang kah?

 Okay ini adalah favorite kami semua. Yes, kami semua. This is the best. Simple je tapi serious sedap nikmat kebabom!

 

Selesai makan tengahari, Lucy beritahu yang beliau akan bawa kami jalan-jalan kampung pada jam 3.30pm. Jom kita lihat apa yang menarik di Bario. Kami berjalan kaki dari Labang Longhouse dan menelesuri jalan utama yang membawa kami menuju ke Balai Raya Utama. Cuaca time tu, toksah cakap lah. Memang panas. Nasib baik Lucy ada spare topi yang bergantungan di dinding rumah beliau. Bolehlah Cik Pora pinjam. Semua pun pinjam kekdahnyaaaa. Macam balik rumah mak angkat pulak. Sebenarnya, salah satu hobi Uncle David adalah mengumpul topi. Palin comel bila Uncle David cakap, I collect all hats, including Muslim kopiah. You don’t believe me? I’ll show you. Betul-betul ye dia ade simpan kopiah. Bukan 1 tapi 2 ye. Hebat!

Kami meneruskan perjalanan untuk explore perkampungan Bario yang boleh tahan panas di kala siang hari bertemankan ceritera Lucy. Beliau yang memang lahir dan membesar di Bario banyak berkongsi tentang hasil bumi Bario yang sangat unik. Wild orchid yang tumbuh meliar di tepi-tepi hutan. Pelbagai pokok-pokok yang tumbuh di kiri dan kanan jalan turut diperkenalkan kepada kami. Seriously, buatkan aku rindu suasana aku time kecik-kecik di Taman Selayang. Ada je hasil bumi yang aku jadikan benda nak main. Oh memories.

 Rombongan WonderWomen sangat

Tanah di sini nampak lain sikit kan? Mungkin ini faktor kesuburan tanaman gamaknya

 Pokok ini memang unik habis

 Biji-biji ini boleh buat manik untuk rantai dan gelang ye

 Bunga favorite mak-mak = Orchid (Liar)

 Menjual chicken wing

 Kalau tadi warna hitam, ini warna kuning ye

Habis berkelana di sekitar jalan kampung, Lucy brought us to Pejabat Daerah Bario untuk ketahui lebih lanjut tentang sistem pentadbiran di sini. Time tulah kalau nak kenal borang BR1M, borang Nikah kahwin segala. Di sinilah tempatnya. Semuanya lengkap walaupun kecil sahaja tempatnya.

 Mari kita masuk dan lihat apa di dalam

 Haaa mana satu korang nak?

 Peta Sarawak
Feeling habis Cik Pora kalau dapat bunga

Jom kita ke kebun nenas Lucy

Itu diaaa, yang diminati dan digilai ramai

Kesian Lucy, ada orang ambil buah nenas di kebun beliau

Tinggal hanya beberapa sahaja

Dan yang kecil-kecil sahaja 🙁

Meow yang tinggal di Bario (rejeki)

 

Kami meneruskan perjalanan menuju ke balai raya untuk ke muzium. Sebelum keberangkatan aku ke Bario, ada juga aku tanyakan tentang Internet di sana. The only coverage yang ada di sini hanyalah Celcom. Untuk Internet pulak, anda hanya boleh dapatkan di Balai Raya sahaja. WIFI Percuma di sini hanya wujud pada tahun 2001.

Sebelum ini, semua communication melalui email adalah sesuatu yang amat sukar untuk penduduk di Bario. Menurut Lucy, yang merupakan bekas pengetua sekolah, setiap kali ada meeting di pusat bandar, selalunya email tersebut hanya beliau dapat beberapa hari sebelum atau selepas tarikh meeting tersebut. Bila beliau alami sendiri situasi macamtu, jadi beliau berusaha sedaya upaya untuk dapatkan akses Internet di Bario.

Nampaknya usaha Lucy dan penduduk di situ mendatangkan hasil apabila line Internet tiba di Bario. Aku dah try line Internet Bario, memang laju tau. Bersidai jugaklah kat balai raya tu. Biasalah Gen Y kan, dapat Internet umpama dapat nasi. Semasa kami di Balai yang juga terletak berdekatan dengan muzium, hari dah petang.

So, nak masuk muzium tu kena dapatkan kunci dari person in charge. Konsep kat sini, satu kampung pun kenal each other. Yelah, kepadatan penduduk di sini hanyalah 5,000 orang. Masih ramai di antara mereka yang tinggal di rumah panjang. Jadi, ini merupakan antara faktor membuatkan mereka kenal each other dan yang penting, mesti related to each other 🙂

 Ke Muzium Bario kita

 Posing di tangga dahulu

 Batu Lawi

 Random. Ukiran indah

Di sini terletaknya eBario, wifi laju tau

Garam Bario

Kreativiti tidak pernah kenal usia

Masih aktif berniaga di pasar Bario

Kami tak dapat masuk pun muzium tu, jadi kami berlalu terus ke destinasi seterusnya iaitu tugu memori tragedi hitam yang menimpa kaum Kelabit iaitu tragedi kapal terbang terhempas di Long Seridan, Bario sekitar tahun 1991. Walaupun ianya sudah lama berlalu, namun bagi masyarakat Kelabit ini adalah peristiwa hitam yang paling meninggalkan kesan kepada mereka. Majoriti yang menjadi mangsa dalam kejadian ini merupakan ketua kampung yang sememangnya penting dalam masyarakat di sini.

Biarpun mereka tidak dikebumikan di sini, namun nama mereka terpahat di sini sebagai memori dan peristiwa penting dalam sejarah penduduk di Bario. Untuk pengetahuan korang, ketika tragedi ini, terdapat 6 orang yang terselamat. Disebabkan tragedi ini juga, airfield Bario telah bertukar sebanyak 3 kali. Dan yang lapangan yang terbaru adalah tempat yang digunakan sewaktu kami landing.

What a sad story

Bacaaa dulu

Remember this shape? It’s sape 🙂

Berkubanglah dikau di sana

Kami meneruskan perjalanan menuju ke Scottish Aviation Twin Pioneer wreck rosak akibat pendaratan yang tidak begitu baik. Since dah macam-macam inisiatif dorang buat untuk baiki pesawat nie, jadi solution terbaik adalah biarkan sahaja bangkai pesawat ini di satu tempat. Merasalah Cik Pora melawat dan masuk ke dalam pesawat ini. Fefeling kat Iceland ke tidak?

  Pesawat yang rosak kini tinggal bangkai sahaja

Begini rupanya

Sesekali ber#selfie bersama plane wreck

Okay, kami chow dulu

Indahnya suasana kampung begini

Dalam tidak sedar, kiteorang sebenarnya dah berjalan jauh giler tau. Since hari pun makin menggelap, Lucy hubungi anak beliau untuk jemput kami menaiki 4WD. Fuh, bila dah naik kereta tu, memang terasa jauh jugak sis jalan ni. Bye-bye lemak yang degil.

Okay, Lian dah jemput kiteorang untuk pulang

Kami sampai di rumah panjang, mandi dan bersiap-siap untuk dinner beramai-ramai. Walaupun hanya aku dan Farah sahaja Muslim di sini, namun, kami tidak pernah rasa terasing. Sebelum makan, bacaan doa berjemaah itu harus. Makanan yang disajikan berasaskan hasil tumbuhan yang meliar di kawasan rumah mereka. Memang fresh habis. Semua makanan jadi sedap.

Info – Lucy gunakan kitchen utensils yang berlainan untuk Muslim guest. Memang beliau takkan campur dengan guest yang lain. Better for us kan?

Malam tu, suhu turun sehingga 11c. Untunglaaaah kami dibekalkan dengan baju sejuk Lucy, kalau tak, kejunglah weols berdua dalam bilik. Tak sangka, di Malaysia, kita masih boleh nikmati suhu serendah 11 ni. Siap pergi dapur tengok termometer hokey. Pandai Cik Pora baca termometer yang pasti!

5 thoughts on “Trip to Bario Part 2

  1. We embarked on a 2-days trip to Bario in Mar-2016 to experience the beauty and serenity for ourselves. On hindsight, we strongly recommend any future visitors to spend at least 3-4 days in Bario to truly appreciate and experience its wonders.

  2. ok.

    -bario. memang nampak best kan? tenang je. mesti sejuk gila. kemudian, best pulak tengok balik ketibaan tu. simple gila. hehehe.

    – potret orag dulu-dulu tu. fuh! mereka memang pakai macam tu ye? kalaulah orang sekarang masih berpakaian macam tu. adeh!

    – gambar kamu selfie di kapal terbang rosak tu. nampak kering je muka. mungkin sebab sejuk sangat kan? 🙂

  3. what a wonnderful life kekdahnye…..peaceful sangat kat sana. u mmg bold kan pergi ke tempat2 camni..i nk ke bandung pun research kemain!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *