Budget Trip ke Surabaya (Bromo) – Part 1

“Katanya Bromo itu lebih indah” – Anonymous

Mendengarkan ungkapan tersebutlah yang membuatkan aku lagi excited untuk discover wilayah ini. Promo BIG Prepaid AirAsia – FINAL CALL yang masuk ke dalam inbox aku beberapa minggu lepas memang berbaloi habis. Dengan RM121, aku bisa terbang 2 jam jauh ke Surabaya. Siapa yang tak nak beli tu, memang rugilah! Bukan selalu AirAsia nak belanja sis Pora dan rakan-rakan untuk terbang dengan harga yang murah begini. Walaupun last minute 🙂

Kami hanya ada Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk berlibur di Surabaya. Dengan masa yang agak suntuk, apakah yang boleh Cik Pora buat di sana? Jom kita layan cerita Cik Pora dan geng hakak sado ke Bromo kita. Mami Farina. Kak Aisyah. Emma adalah insan-insan yang aku kenal time kat gym. In fact, Mami tu instructor Bollywood cheq ye. Bisin nau nak berjalan sana sini. Tu yang Cik Pora bawak terus ke Surabaya. Semasa kami sampai di airport Juanda, kami dijemput oleh Novel yang merupakan guide kami sepanjang kami berada di Surabaya.

Since this trip memang short notice, I have a little time to study about activities and accommodations in Bromo and Ijen. Try untuk dapatkan service Trip Javanesia (kalau anda baca tentang trip Jogja saya, korang mesti tahu), sebulan baru reply (time aku lagi seminggu nak pergi… dan mengenakan charge yang agak tinggi. Tak boleh kurang langsung. Tak mampu la kami dengan budget yang sedeh ni. Tak apalah, rezeki awak Javanesia, semoga awak sentiasa sukses.

Bila dah jadi macamtu, aku cuba cari alternatif. Nasib baik Dwi dari Getaway Tours sudi untuk host kami. Walaupun last minute, die tetap okay. Harga yang beliau kenakan pada kami pun sangat berbaloi. Siap hotel, transport, guide, attraction fees dan tipping. Complete set! Ada hikmah rupanya disebalik apa yang berlaku.

Kami menaiki kereta dan dari airport kami teruskan perjalanan ke Bromo. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam. Tido, bangun, tido, bangun. Tak sampai-sampai jugak. Dengan hujan lebat di luar, fuhhh memang sandarkan sahaja badan di kerusi van yang empuk ini.

Hujan membasahi bumi

Singgah sahur ke ni? Eh! Jemput makan dulu. Nasi ayam penyet, sebagai ubat tidur 🙂

Aku tersedar apabila kereta pak supir mula memasuki jalan yang berliku-liku. Bukak mata, memang gelap gulita ye jalan kat sini. Sehinggalah kami berhenti di tepi jalan dan time tu, kabus pun muncul. Jam dah pukul 1.30pagi ni. Pukul berapa nak sampai Bromo ni pak? Eh sudah mau sampai ni, jawab pak supir yang pandai berbahasa Malaysia. Tunggu jeep sebentar. Kemudian kita pun bergerak ye.

Abang jeep muncul macam diseru-seru pulak. Laju betul die bawak kereta untuk guide kami ke hotel. Hotel kami di Bromo adalah Lava View Lodge Hotel. Kerennnn sih. Sampai je depan hotel, yakin terus keluar sebab dah tak sabar nak check in and bergoleh atas katil. Tapi, baru keluar je kaki, sejuk dia lain macam hokey. Menggigil lah kami berempat sementara menunggu kunci bilik. Dapat je kunci, berlari masuk bilik and bersiap-siap dengan fashion WINTER 2017 x Aura Safura Dora. Harus lengkap bergaya nak tido, kalau tidak, mereput kesejukkan la weols.

 Bilik selesa, tilam empuk habis, tapi takleh lena sangat. Kelak Bromo entah ke mana

Call time untuk bangun dan bersiap adalah pada jam 3.00pagi. Bayangkanlah kisah hidup kami pada pagi tu, memang masing-masing kalut bangun awal gile, basuh muka, tapi ada jugak yang gigih mandi dalam suhu yang mencengkam halkum ini. Tak sangguplah sis. Bila semua dah ready, kami pun turun ke bawah dan berkumpul. Bukan kami sahaja yang gigih bangun seawal ini ye. Ramai dan meriah. Macam ada pesta 3 pagi.

Fefeling Fast & Furious tak? Walaupun jeep ye

Ada yang naik motor juga ye

Tangan saya pun gigil

Sambil duk perhatikan pelbagai fesyen musim sejuk di Bromo, aku juga turut perhatikan langit yang dihiasi dengan bintang-bintang. Subhanallah, indah sungguh. Taknak kedip mata ye. Nak tengok je langit cantik ni. Sehinggalah Novel panggil kami untuk cepat-cepat naik jeep. Bila jeep bergerak, macam rasa hidup ni tak ‘out of the box’ langsung. Muat-muat jeep je. Terpaksa pulak harungi jalan padang pasir yang memang halus mulus dan gelap. Aku duk tengok je pemanduan abang jeep ni. Hebat betul. Dalam gelap pun dorang boleh siap lumba-lumba lagi dengan jeep lain. Sis clap-clap je kat belakang.

Tips : Buat yang mudah mual tu, bawak minyak angin ye.

Kami tiba di destinasi pertama iaitu – Bukit KingKong. Kenapa namanya KingKong? Adakah sebab KingKong duduk lepak sini makan nasi ayam penyet? Oh tidak ye. Nama bukit ini sebenarnya diberi sempena dengan nama Pak Kong, yang merupakan orang pertama menakluki bukit ini. Ahaaaaa… Di sinilah tempat anda dapat lihat sunrise tercantik di Bromo. Sememangnya memang indah.

Untuk ke Bukit Kingkong, anda harus berjalan sedikit dan barulah sampai di destinasi itu. Fuhhhh! memang ramai dah bersidang rupanya. Ingatkan kami paling awal. Rupanya ada lagi awal. Pukul berapa dorang ni bangun sebenarnya? Aku dan teman-teman yang lain gigih menanti di dalam cuaca sejuk sambil diterangi cahaya bintang yang menyinar di langit. Penuh bintang. Ibu cakap, kalau bintang masih banyak di langit, tempat tu masih virgin.

Tiada pencemaran, itu yang kite maukan. Semakin lama kami menanti, semakin ramai pulak manusia di sini. Kelihatan tahi bintang lalu di langit sana. Semangat aku berlari nak ambil gambar. Pastu, terus lost dalam sekumpulan manusia yang sudah pun bersedia untuk merakamkan sunrise di Bukit King Kong. Dalam jam 5.20am, matahari pun muncul menerangi bumi Bromo.

 Selamat pagi dari Bromo

 Helloooo donia

 Dipenuhi awan 🙂

 Akhirnyaaaaaa

 Cik Pora dan Bromo

 Keindahan ini bukan selalu kita lihat

Sakan bergambar

With my Kak Aishah, Om Telolet Om

Bersyukur kerana matahari terang sekali pada pagi tersebut. Rezeki kami semua dapat menyaksikan keindahan ciptaan Maha Esa. Aku sempat merakamkan beberapa shot dan terus turun ke bawah untuk saksikan pula keindahan Bromo yang dikelilingi awan. Umpama bumi di atas awan. Seriously indah. Jika ini yang diperkatakan ramai, aku memang tak nafikan. Terlalu indah.

 Bersama Novel, our guide 🙂

 Di bawah pohon, melihat Bromo di dalam awan

Sebelum turun, sempat juga borong bunga Eidelweiss, iaitu bunga abadi yang sememangnya menjadi kegemaran aku. Bunga ni tumbuh di lereng-lereng bukit dan akan kekal abadi cantik letops. Cuma kene jaga supaya tak kena air sajok. Memang berbaloi kalau borong bunga ni di Bromo mahupun di Yogyakarta.

Yang sibuk memborong bunga

Jeep lain sudah mula bergerak

Berjalan mencari jeep

Cuaca begini, asikkkk sekali.

Kami menaiki jeep dan menuju ke BROMOOOOO. Memang tasabarrrrrrrr sangat. Tapi nak habaq mai sikit, journey ke Bromo menaiki jeep memang mencabar. Ianya akan melalui lereng lereng bukit dan jalan yang kecil. Bila dah semua jeep pun bergerak sekaligus, memang jalan boleh jadi macet (traffic jem). Kat sini korang boleh tengok masing-masing duk berlumba sakan. Ingat Bromo Drift ke apa?

Kalau driver duk Bromo Drift yang kami kat belakang pulak? Untuk hilangkan rasa pening macam duduk dalam mesin basuh (sebab sempit ye), kiteorang belajar bahasa Jawaaaa. Maklumlah, kita kan berada di daerah Jawa, so kite kena belajar cara-cara mereka bercakap. Untunglah bawak Gadis Jawa dari Johor, Siti Fatimah yang sememangnya petah bertutur dalam bahasa ibunda beliau. Kekdahnya tak rugi ada kawan kacuk merata-rata ni, ahaks!

Nonton video belajar bahasa Jawa dalam jeep

Yang asyik dengan bungaaaaaa

Anak-anak spoilt, kita selfie jelah

Jangan potong jeep kiteorang tau

Singgah di tandas dulu

Toilet atas bukit

Gorengan

Tiba di padang pasir berlatarbelakangkan Gunung Bromo, kami posing tak hengat donia. Terdetik di hati, luas sungguh bumi Allah ni. Bukit, gunung, padang pasir dan terasa diri ini hanyalah picisan sahaja dikelilingi ciptaan teragung YANG MAHA ESA. Seriously, the view is majestic. Keadaan juga sangat tenang. Kelihatan jeep jeep lain yang meluncur laju di kiri dan kanan. Nampak kecik macam permainan lego je.

 Wahhhhhhhhhhhh! Sangat cantik

 Sana sini kelihatan Bromo

 Jeep nampak kecil je

 Sis Ema beraksi di Bromo

 Pose pandang kanan persis Che Ta sikit

 Yang paling tinggi

Malaysia boleh!

Mami riuh berposing

Waktu tu, aku dan yang lain memang dah excited habis ye. Berlari sana sini, melompat dan macam-macam lagi aktiviti keriangan yang kiteorang lakukan, sebab kawasan sangat luas. Inilah terjadi apabila mata selalu dijamah dengan kesesakan dan ruang yang semakin sempit dek pembangunan yang cuba mencakar langit. Nasib baik Bromo ada. Gituuuu!

Watson Nyambek berhijab lari tak cecah tanah hokey. Yang penting bendera tetap

Selesai urusan di sini, kami teruskan perjalanan untuk mendaki Bromo Crater Rim. Hanya 10 minit dari tempat tadi, dan kini kami sudah pun tiba di destinasi naik kuda. Disebabkan pakej ini tidak termasuk naik kuda, jadi kita bayar dalam RM60/pax. Kalau yang jenis fit kental tu, bolehlah trekking di atas pasir halus yang mendatar sahaja.

Masuk je jeep, belek bunga balik. Gaduh lah kome.

Tips : Pilih kuda tu ikut kondisi badan anda. Kalau agak berisi, sila ambil kuda yang lebih gagah dan perkasa. Kelak pasti peristiwa KUDA SEMPUT BERULANG. Ahaks!

Walaupun salah seorang dari kami merupakan instructor Bollywood terlincah, namun kami semua decide untuk naik kuda sahaja. Tak mampu laaa nak catwalk tengah-tengah padang pasir. Aku naik kuda dan haruslah yang paling last. Perjalanan menuju ke atas bukit tersebut memang jauh. Lama juga kekdahnya menunggang kuda ni.

 Nama kuda kita perempuan sangat, Rana okey

 Bukit menghijauuu

 Terima kasih pakcik yang sudi tumpangkan kuda awak untuk saya

 Nampak tak kepolan asap dari kawah? Haaa. Itulah destinasi kami

Mendaki bersama kuda

Bila dah nak dekat sampai tu, kite akan mendaki lereng-lereng bukit tersebut. Kuda lah yang daki. Time tu, harus pegang kuad-kuad. Kerana jalan tersebut bercmapur dengan kuda yang nak turun dan juga pejalan kaki yang gigih trekking. So, jangan sesekali korang panik. Okay?

Sejurus tiba di atas kaki Bromo, anda harus turun dari kuda. Sebab selepas ini, anda harus menaiki tangga pulak. Jumlah anak tangga adalah 250. Pengsan. Tapi ingat ye nama kuda anda. Jangan lupa pulak. Nanti tak pasal balik jalan kaki. Jauh hokey. Kite ketepikan dulu hal ehwal kuda, yuk kita, daki tangga di hadapan mata tuuuu.

Waktu kami sampai, cuaca memang indah dan terbaik. Orang pun berpusu-pusu duk nak naik tangga. Nasib baik tangga ni ada 2 way. So orang turun tak bercampur dengan yang baru nak naik. Aku mulakan langkah secara perlahan-lahan. Melangkah dengan berhati-hati. Siap bagi support pada sahabat yang berpeluh sakan lagi. Sesekali berhenti jugak ye. Tak mampu sis. Sis tak sado!

 Langit dan bukit… The colors, awesome

 Umpama bentuk muka bumi Ladakh

 Tengah pikir nak naik tangga ke tidak. Lihatlah kat belakang sana, haih!

 Ada lagi rupanyaaaa…. Siap pakai helmet lagi

 Senyuman sebelum 250 anak tangga

Bila kami berdua je yang tak naik tangga lagi, kite penuhi aktiviti dengan bergambar. Ambil mood

Yuk start menongkah

Setengah jalan, berhenti untuk rakamkan keindahan ini

Sejurus tiba, kita pandang belakang ciked

Bila tiba di puncak, sumpah aku rasa lega. Betullah orang cakap, difficult road will lead you to a beautiful place. Seriously, bila tengok view di bawah, dari atas puncak, fuhhhhhhhhhh! Menawan kalbu sungguh. Memang indah. Tak rugi kalau anda terpaksa trekking, naik kuda jauh-jauh. Serious, berbaloi. In fact, cuaca juga baik pada haritu. Rezeki kami untuk menyaksikan keagungan-Nya.

Di atas puncak bukit itu, masih ada kawah berapi yang masih aktif. Jadi, asap-asap memang masih lagi keluar dari kawah tersebut. Dan jalan di tepi kawah tersebut memang agak sempit. Hanya ada tembok kayu sahaja untuk anda pegang jika ada orang yang nak lalu jalan yang sama. Time ni, terus muncul GAYAT.

Dulu ingat fobia pada ketinggian ni dah hilang. Nampaknya muncul balik. Dengan itu, aktiviti merangkak terpaksa keluar. Aku tak mampu pergi jauh. Hanya bersandar dan menagih simpati orang yang lalu di tepi aku untuk beralah dengan meks. Nak cari teman-teman time ni pun, memang payah. Sejenis ketakutan yang terlampau.

Dalam duk ambil gambar, mata turut gigih mencari kawan-kawan. Biasalah, dalam kesusahan gini, kawan-kawan amat diperlukan. Tak gitu? Nasib baik Emma muncul sebab dia naik lambat sikit. Maka, duduklah kami berdua tersimpuh di tepi kawah. Makin lama, asap tu makin tinggi puleks. Yang aku takut tinggi, yang Emma takut meletup. Kesian betul ada hidup dalam imaginasi sendiri. Ahaks!

LIVE dari atas bukit

Salute pada yang siap duduk atas tebing itu

Tengah duk merangkak tu, aku pusing untuk turun. Terserempak pulak dengan instructor aku, dia punya bahan weols. Laaaaaa, muka masing-masing gangster, tapi gayat and penakut. Takpela. Kite redha je okay. Bahan lah sis haha! Rela sajok.

Kami turun ke bawah sedikit dengan menuruni tangga yang 250 tadi. Kekdahnya, turun lagi mudah dari naik. Siap berhenti ambil-ambil gambar lagi. Dan selepas selesai urusan ambil gambar, tibalah masa untuk pulang ke jeep. Sebelum tu, anda harus panggil nama kuda anda.

Jom kita turun

Sis Aishah hilang entah ke mana

Mana satu kuda saya?

Tips : Bila turun, anda boleh singgah di Pura yang berdekatan. Tapi ada extra charge ye.

Emma dan instructor aku turun dulu, manakala aku dan Kak Aisyah turun kemudian. Bila sampai di jeep, Emma mengadu yang die tak jumpa kuda dia. Dia terpaksa balik dengan kuda lain. Kami cam what? Tapi Emma balik kuda mana? Rupanya kuda yang membawa Emma tadi kena ‘cuti sakit’ sebab muatan berat. Jadi, terpaksalah kuda yang lebih gagah gantikan shift kuda tadi. Kiteorang gelak sampai bergegar jeep. No wonder lah kuda tu semacam je time pergi tadi. Hahahha!

Rana berlari gagah berani

Dah dah, jom balik.

Kita lupakan kisah kuda. Kami pulang semula ke hotel. Bila dah terang barulah nampak betapa cantiknya view di hotel ni. Letopsss! Kami makan pagi, masuk bilik, mandi dan terus check out. Bye-bye Bromo. Lepas ini kami akan ke Madakaripura Waterfall yang katanya lebih indah dan mempesonakan. Yuk kita.

 Makan pagi di Lava View Lodge Bromo hotel

Beraneka makanan

Recommended! Serious cantik dan bersih

Lihatlahhhh

My fav – Bunga bunga

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam ++. Sepanjang perjalanan, aku dan yang lain hanya tidur, berehat menggantikan masa-masa tidur yang memang tak cukup. Semasa kami tiba di kawasan kampung di Probolinggo iaitu di mana air terjun ini terletak, abam-abam rempit semua dah ready nak hangkut hakak-hakak Kuala Lumpur untuk siri jelajah Madakaripura.

Masyarakat Bromo

Mulakan perjalanan jom

Berdekah habis bila disuruh naik motor sama-sama. Siap pesan lagi, ada yang dah kawen anak 5 kat sini, so mari kita elakkan kontroversi. Melodi ke tidak? Hahah! Di Indonesia, naik motor dengan strangers ini dah biasa, sebab dorang ada servis ojek, tapi kat Malaysia, amat asing bila naik motor dengan orang yang tak dikenali. Selalunya kita akan disamakan dengan Mat Rempit atau Minah Rempit. Masing-masing punya perception kan. Tapi, apa-apa pun, penunggang semua harus berhati-hati okay.

 Redha je semua tengok perangai dak Jawa sorang ni (motor depan sekali barai habis)

Since motor pun dah ready, mari kitaaaaa, PROBOLINGGO MENJERIT~~ Patutlah kena naik motor, rupanya jauh jugak perjalanan ye (2km). Tiba di pintu utama, Novel buat pembayaran masuk dan berikan kami raincoat. Kekdahnya pakej ke Madakaripura ni siap sekali dengan raincoat. Jangan pakai dulu tau. Anda harus trekking dalam 30 minit menelusuri jalan kampung yang redup dan sangat tenang.

Selamat datang ke Madakaripura

Bayaran masuk

Lead ma way to Madakaripura adalah dari seorang jejaka yang menetap di sini. Beliau ni pemalu. Dah kawen dan mata pencarian beliau adalah bercucuk tanam. Pada mulanya, dia segan nak bagitahu die kerja apa. Bila aku cakap, jangan sesekali malu pada hasil rezeki kamu. Kerja sebagai petani adalah kerja mulia sebab kamu berbudi pada tanah, sediakan hasil makanan untuk manusia di muka bumi. Lagipun, kita kan asal daripada tanah 🙂

Mari ikut jalan saya

Beliau terus yakin pada kerjaya beliau. Lama jugak kami borak sampaikan tak sedar yang kami dah nak sampai. Permukaan jalan pun dah mula basah, bunyi deruan air terjun juga turut kami dengar. Makin excited weyyyyy! Kami perlu pakai raincoat siap-siap kerana akan trekking di bawah air terjun. Fuh! Bila ada anak air terjun di hadapan kami pun, kami dah excited ini kan pulak bila nampak air terjun yang sedikit besar dari yang tadi.

Jauh lagi perjalanan

 Jambatan yang baru dibina

 Air yang mengalir dari air terjun

Keseluruhannya, di sini terdapat 7 air terjun yang akan anda lihat sepanjang anda trekking and climbing. Kalau anda selalu nonton filem Jurrasic Park, korang akan tahu feeling berada dalam kawasan yang hijau dipenuhi air terjun. Nyamannnnnnnnn! Sumpah nyaman habis. Apabila anda lalu di bawah air terjun dan bila membasahi kepala anda, that’s where the fun begins. Hilang segala masalah yang ada, tapi kejap jelah, ahaks! Sepanjang kami trekking tu, rasanya, suara kami berempat jelah paling jelas pun. Tak ramai orang. Kalau terserempak, rata-ratanya hanya local people sahaja yang ada. Ternyata, Madakaripura ini masih baru dikalangan pelawat 🙂 Itu yang kita mauuu.

 Tenang bila dikelilingi warna hijau alam

Bukan nama pokok, tapi awas licin 🙂 **Thanks to my reader yang betulkan**

berselipar sajok

Tips : Kalau anda plan untuk ke sini, tak perlu beli siap-siap raincoat sebab di sepanjang jalan, akan ada local people yang menjual raincoat. Untuk camera anda, better siap-siap bawak cover supaya tak basah.

Kami berehat untuk ambil gambar sekejap je. Untunglah mamat ni pandai ambil gambar. Panjat batu pun nampak gah di mata dunia. Ahaks! Kami meneruskan perjalanan terus ke air terjun utama iaitu AIR TERJUN MADAKARIPURA. Inilah highlights trekkin trip ini. Jalan menuju ke air terjun ini agak licin dan anda harus panjat batu-batu air terjun sebelum tiba di sana. Hati-hati, kalau boleh dapatkan guide yang fit, sebab kat sini, agak bahaya.

Membaluti permukaan batu air terjun…. Ada air yang keluar dari batu. Cantik

Time ni dah start pakai raincoat

#selfie dulu

Nurcahaya ke tidak?

Bila dah sampai tu, rasa macam tak percaya yang air terjun cantik begini wujud di Indonesia. Memang rasa macam dalam mimpi. Subhanallah, ciptaan dan kebesaran Allah kali ini berbeza sekali. Aku melihat dari atas sehinggalah ke kolam air terjun itu. Simply WOW! Di permukaan batu-batu sekeliling air terjun terdapat seakan mossy yang tumbuh subur. Aaaaaaaa cantiknyaa tempat ni. Sangatttt!

Menurut Novel, tempat ini merupakan tempat di mana pemerintah di bawah kerajaan Majapahit iaitu Gajah Mada bertapa dan bersemadi secara ghaib. Kawasan ini adalah kawasan yang diberikan oleh Majapahit kepada Gajah Mada. Di sini adalah tempat yang selalu dikunjungi oleh Gajah Mada untuk bertapa dan ianya merupakan his final resting spiritually.

Kami mengambil gambar sungguh-sungguh di sini. Rezeki pulak dapat guide yang pandai main dengan angle terbaik, apa lagi, posing till pengsan lah. Memang indah habis tempat ni. Awas, kat air terjun ini korang tak boleh mandi ye. Hanya basah-basah manja sajok. Dikhuatiri airnya bisa mengalir deras. Selesai mengabadikan memori terindah di sini, kami teruskan perjalanan pulang ke pintu utama.

Untuk pulang, aku request untuk bawak motor sendiri. Mampu? Kiranya, aku bawak Mami. Guide kami hulurkan kunci motor dan inilah masa untuk vroom-vroom. Yang lain? Terpaksa tumpang abam-abam Probolinggo ye 🙂 Tiba di van, sempat hulurkan duit ringgit kepada guide kami untuk kenang-kenangan. Punyalah suka. Sampaikan kawan-kawan dorang bersorak gembira. Kalau aku tahu semua pun belum pernah lihat duit ringgit, boleh siap-siap tukar dan semua pun kena beratur untuk sesi salam raya bersama Cik Pora.

Kami meninggalkan Madakaripura Waterfall dengan memori indah dan pelbagai cerita. Haaaaaaa… Memang banyak cerita kat air terjun ni. Cuma satu nasihat Cik Pora, korang jangan happy sangat dan kalau boleh jaga setiap tutur kata anda ye. Semoga kita semua sentiasa dilindungi.Tips : Jika anda nak tukar pakaian, ada bilik mandi dan tandas yang disediakan.

Bye-bye Madakaripura, yuk segera ke Ijen pulak. Perjalanan adalah 6 jam. Jadi kita sambung aktiviti tidur dalam van. Tiba di Ijen, kami check in hotel yang cantik banget. Tapi hanya sempat tidor beberapa jam sahaja, kemudian harus bangun pada jam 12 tengah malam untuk capture Blue Fire. Bersambungggg….

Layan dulu video kami 🙂

7 thoughts to “Budget Trip ke Surabaya (Bromo) – Part 1”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *