10 Sebab Kenapa Anda Perlu ke Rainforest Music Festival 2017?

Bila sebut tentang Rainforest World Music Festival (RWMF), pasti ramai terbayangkan suasana menyaksikan konsert di dalam hutan belantara. Ya, itulah yang selalu bermain di fikiran Cik Pora sejak aku mengetahui tentang RWMF.

Sebenarnya memang dari dulu lagi Cik Pora teringin nak experience RWMF yang sememangnya sinonim dengan festival muzik SEDUNIA yang berjaya menarik ribuan peminat muzik dari dalam dan luar negara. Yelah, ramai yang berkampung di Sarawak hanya untuk RWMF berhari-hari dan rutin ni pun sudah berlanjutan dekat bertahun-bertahun.

Dan apabila Cik Pora menang Media Pass for RWMF menerusi Best Instagram di #tsdayout (anjuran Tourism Selangor) pada tahun lepas, apa lagi, umpama mimpi jadi kenyataan untuk merasai pengalaman berada di RWMF. Memang excited habis okay! Jadi, Cik Pora nak bercerita tentang pengalaman Cik Pora sendiri semasa berada di RWMF 2016 dan kenapa anda patut ke RWMF pada tahun ini?

1. Festival Muzik Terbesar di Malaysia untuk semua lapisan umur
Festival muzik rainforest ini selalunya akan berlangsung selama 3 hari di Sarawak Cultural Village, Kuching. Dan ianya telah pun masuk tahun yang ke-20 penganjurannya. Festival muzik terbesar ini berjaya menarik ribuan pengikut muzik bergenre ‘World Music’ dari serata dunia. Dianggarkan seramai ribuan orang yang akan berkampung beramai-ramai berkongsi minat terhadap muzik yang sama. Apa yang bestnya ialah, semua jenis lapisan umur pun boleh join festival ini. Kalau ada anak-anak kecil yang teringin nak dengar music dari orang Maori Australia, tak perlu fly sampai ke Aussie pun, di sini sudah memadai.

Ready to enjoy #RWMF?

Pentas utama di RWMF

Concert spotlight

2. Harga Tiket festival yang berbaloi-baloi
3 FULL days music activities for only RM343.20? Antara muzik festival yang berbaloi-baloi jika dibandingkan dengan festival muzik yang popular seperti Coachella, Tomorrowland, Rock in Rio dan lain-lain. Dengan harga tiket RM343.20 (RM114,40/ day), anda dapat akses untuk muzik workshop yang membolehkan anda belajar tentang alat muzik dari luar negara, gerak tari unik budaya lain, up and close session dengan pemuzik yang ada, serta RWMF main highlight iaitu concert di sebelah malam. Semuanya hanya dengan RM343.20.

3. Workshop Muzik dari Performers 
Apa yang menarik tentang RWMF yang pastinya lain daripada festival lain adalah sesi workshop yang sangat BEST. Kenapa Cik Pora kata BEST, sebab di sini korang boleh belajar macam-macam jenis alat muzik dan tarian yang berlainan budaya. Macam last year, Cik Pora dapat belajar bermain alat muzik Sarawak iaitu Sape. 2x pergi workshop tu sebab suka sangat dengan alunan melodi Sape yang sangat mengasyikkan. Serious tak tipu! Selain dari alat muzik, Cik Pora sempat jugak enjoy dance session untuk Bollywood dan juga gerak tari orang Lithuania. Yang paling syok tu, bila kite dapat menari beramai-ramai. Memang FUN habis!

Jom menari

Tarian tradisional Sarawak

Alena Murang, Malaysia sedang ajar lagu tradisional masyarakat Kelabit, Liling

Sape’ class – BEST

4. Arts Bazaar
Buat anda yang sukakan barangan-barangan cenderamata unik daripada Sarawak, anda juga boleh dapatkannya di sini. Cenderamata seperti rantai, topi, manik, mutiara, beg mengkuang semua pun ada dijual untuk semua pengunjung. Jadi buat anda yang tak sempat nak dress up according to the Rainforest theme, korang boleh shop til drop kat sini. Harga pun memang berpatutan 🙂

Batik Sarawak

Beg mengkuang

Sape’ anyone?

5. Pelbagai jenis makanan unik
Tak kira dari mana pun anda datang, asalkan anda berada di Malaysia, MAKANAN harus jadi agenda utama! Tidak ketinggalan juga untuk RWMF ini, di mana korang juga boleh enjoy macam-macam makanan tradisional Sarawak dan Western di food bazaar yang disediakan. Harga pun mampu milik. Yang wajib anda try, AYAM PANSUH.

Bukan lemang, tapi ayam pansuh

6. Shuttle dari Sarawak Cultural Village ke Bandar Kuching
Buat anda yang nak take a break dan jalan-jalan ke bandar Kuching, anda boleh ambil shuttle dari Sarawak Cultural Village dengan menaiki bus yang disediakan terus ke bandar Kuching. Hanya RM20/ adult dan RM12/ kids (ONE WAY). Boleh jalan-jalan sambil borong Kek Lapis 🙂

Shuttle yang disediakan

7. Sunset di Damai yang mendamaikan
Selepas seharian berada di Sarawak Cultural Village untuk workshop dan pelbagai aktiviti lain, korang boleh take a break sementara menunggu concert dengan lepak by the beach dan layan sunset terindah. Memang cantik!

Ah-mazing sunset

8. Crowd RWMF yang sporting and FUN!
When you put people with the same interest in 1 venue, you never believe how unite they could be. Itulah yang Cik Pora nampak semasa di RWMF, sentiasa friendly dan tak segan untuk tegur each other. Semua terus jadi macam satu family. Makan sama-sama, main hujan sama-sama dan tak lupa juga main lumpur sesama ye. Hahah! Di sini, juga Cik Pora kenal dengan beberapa teman baru dari pelbagai negara yang memang sporting habis. Siap lepak layan concert sekali. Memang crowd RWMF sangat BEST!

The crowd

Sporting and FUN!

9. ‘Enjoy’ muzik dari seluruh dunia di 3 pentas berbeza!
Dengarkan alunan muzik dari negara seperti Syria, Australia, Cuba, Lithuania, China dan banyak lagi daripada 3 pentas yang berbeza. Ada yang kata, muzik melambangkan bangsa dan budaya itu sendiri. Bila berada di sini, Cik Pora seakan setuju dengan statement tersebut.

Contohnya, persembahan dari Broukar yang datang jauh dari negara Syria, muzik yang mereka persembahkan memang ala-ala lagu padang pasir sangat. Siap didatangkan sekali dengan Sufi Whirling Dancer. Bila tengok performance dorang, automatic rasa macam berada di padang pasir. Sama macam apabila performer dari Australia, Naygayiw Gigi yang datang lengkap dengan costume mereka. Terus rasa nak keluar statement, Hello, I’m in Australia lah. Memang enjoy habis!

Naygayiw Gigi dari Australia


Téada, Ireland

Krar Collective, Ethiopia

Broukar dengan alat muzik mereka yang sangat unik serta penari sufi

Dol Arastra Bengkulu, Indonesia

10. RWMF – Bukan tipikal muzik festival!

 Terpesona dengan RWMF vibes

Cik Pora dah berkesempatan pergi ke banyak konsert dan muzik festival di seluruh Malaysia dan ada juga di beberapa negara Asia yang lain, namun keunikan yang ada pada RWMF sememangnya amat berbeza dari event yang lain. The venue itself, sememangnya menghidupkan suasana seperti berada di dalam hutan belantara. Memang seronok dan unik!

Dari segi program dan aturcara yang dijalankan, workshop merupakan aktiviti yang paling Cik Pora suka. Bila lagi kita nak belajar bermain alat muzik dengan kekangan masa di bandar. So sementara berada di sini, Cik Pora secara tidak langsung sempat belajar pelbagai jenis alat muzik yang unik yang tak pernah Cik Pora tahu pun. Yang penting, kita akan belajar bersama dengan mereka yang berbeza bangsa, warna kulit, namun, minat kami semua sama 🙂

Bukan itu sahaja, world music itu sendiri mempunyai peminat yang sangat ‘niche’. Tak semua layan muzik macamtu. Mungkin apabila kita sudah selalu didedahkan dengan muzik mainstream, apa salahnya jika kita lengkapkan halwa telinga dengan alunan melodi berbeza dari seluruh dunia pulak. Macam pengalaman Cik Pora sendiri yang seumur hidup tak pernah dengar tentang muzik dari negara Ethiopia dan bila Krar Collective perform melodi muzik mereka secara LIVE, I was like, hey, bestnyaaaaaa muzik dorang. Terus Cik Pora research tentang negara tersebut. Kekadang, dari muzik sesebuah negara itu, kita akan mula belajar mengenai sesuatu budaya. And it’s true.

Selepas performance, korang juga boleh ada ambil gambar dengan setiap performer yang ada

Actually banyak lagi sebab anda semua perlu experience RWMF walaupun sekali. Tambah pulak untuk tahun ini, mereka akan menyambut ulangtahun yang ke-20. Yang pasti senarai performers tahun ini lagi gempak. So apa tunggu lagi, mark your calendar from 14-17 July 2017 untuk enjoy festival muzik terbesar di Malaysia. Untuk tahun ini, korang oleh tengok line-up performers seperti di bawah :

  • 1511 O Maliao Maliao Dance Troupe (Malaysia)
  • Abavuki (South Africa)
  • Achanak(U.K. / India)
  • At Adau (Sarawak, Malaysia)
  • Ba Cissoko (Guinea)
  • BELEM (Belgium)
  • Ilu Leto (Sarawak, Malaysia)
  • Pareaso (Korea)
  • Svara Samsara (Indonesia) dan ramai lagi!

Dapatkan tiket anda sekarang di Ticketcharge. Klik sini

*Special thanks to Tourism Selangor and Sarawak Tourism Board for my 1st RWMF experience. Thanks to Malaysia Airlines for the contest held during RWMF 2016 that brought me to Bario, Sarawak. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *