Itinerary & Tips ke New Zealand (Open Trip April 2017)

“From strangers, to a group of friend, to travel mates and now we’re like one big familyyyy.”

Itulah yang terjadi untuk Open Trip ke New Zealand baru-baru ini. Tambah ahli, kurang ahli, akhirnya 8 orang sahaja yang dapat join (2 pax terpaksa cancel last minutes due to unforeseen circumstances). Travelling in 1 camper dari Christchurch sampai ke Queenstown selama 7 hari. Dan kalau dah letak 8 gegadis dalam 1 camper, apakah yang terjadi? Jom duk rapat-rapat dan kita sama-sama layan dan hadam ceritera kami ke bumi Kiwi :

Kami berlepas ke New Zealand pada 19 April 2017, di mana pesawat Malaysia Airlines membawa kami terus ke Auckland. Hanya 6 orang sahaja yang dapat grab tiket murah gileeeeeee dari MAS. Sumpah murah. In fact, time aku ke NZ 2014 yang dohulu, pun tak dapat harga gitu. Chop, berapa yang murah sangat tu Pora. Ehem… RM1900++ sahaja pergi balik untuk KL- Auckland. Murah kan? Jatuh cinta teramat dengan MAS ni. Muah!

Malaysia Airlines squad

To 10 hours flight, ching!

Untuk lagi 2 orang peserta terpaksa menaiki AirAsiaX dan kami memang dah siap-siap bagitahu yang kita jumpa terus di Auckland. Walaupun flight mereka akan tiba lambat sedikit dari kami, kami dah arrange siap-siap transport dan juga hotel. Jumpa saja di Auckland, gituuuu… Kami tiba di Auckland selepas 10 jam berehat di dalam flight. Immigration di Auckland memang awesome. Friendly dan membantu memudahkan urusan kami.

Since kami ada hanya separuh hari sahaja di Auckland, kami hanya plan untuk jalan-jalan di bandar sahaja. Untuk ke CBD  Auckland dari airport, korang boleh naik bas. Apa yang anda semua pelu lakukan adalah :

1. Beli ticket Skybus. Return or one way, up to you 🙂
2. Please beli online sebab anda akan dapat discount – https://www.skybus.co.nz
3. Skybus akan berikan anda barcode untuk anda print atau simpan siap-siap dalam phone
4. Skybus frequency adalah 15 minit sekali
5. Tunggu sahaja di hadapan arrival exit/ entry, look for red color bus
6. Naik bus, scan barcode and naik bus tersebut untuk menuju ke hotel/ attractions in Auckland city. (sila refer pada map before korang decide beli tiket)

Di city, tak banyak tempat yang kami pergi. Hanya jalan-jalan, makan kebab, jumpa kawan kepada member kiteorang yang menetap di Auckland dan terus balik ke hotel. Esoknya flight pagi, harus ke airport seawal jam 4 pagi yaawwwww! Nasib baik hotel ada sediakan shuttle NZD5 setiap 30 minit. Mudah bila naik Air New Zealand, extra legroom, breakfast provided, 23kg baggage allowance (1 bag sahaja), on time and selesa habis. Recommended!

Auckland city in the dawn

The vibes

In love with the interior

Jom melintas

Souvenirs from Auckland

Air New Zealand self-check in kiosk memang terbaik!

Hello south island!

Tragedi tertinggal iPhone dalam flight, nasib baik teringat. Mujur staff AirNZ baik hati berlari selamatkan

Sampai di Christchurch, kami ambil kereta sewa dan terus menuju ke Pak N Save untuk beli belah barang dapur. Inilah stok makanan kami sepanjang berada di New Zealand. Teruskan perjalanan menuju ke Alpaca Farm, Lake Tekapo, Lake Pukaki and Twizel. Kami bermalam di sini ramai-ramai dalam satu rumah. Memang meriah habis. Malam tu kami masak macam-macam. Thanks to Kak Ayu yang sudi jadi Chef Diraja kami sepanjang berada di NZ. Ada yang naik berat badan katanya sebab dapat makan on time dan tiada istilah berlapar nasi ye.

Tips : Lesen memandu Malaysia yang baharu boleh digunakan tanpa perlu translate sebab ada dwi bahasa. Mudah!

FREE shuttle for car rental from airport to their office. Hanya perlu call menggunakan phone yang disediakan di airport. FREE jugak.

Biasakanlah dengan semua ini. Jaga had laju anda.

View jalanraya yang aman sentosa

Sakan

Semua pun kaler-kaler dalam gambar ni, tapi paling menawan tetap yang brown tu

Alpaca yang manis

Feeding time

Candid di tepi sungai

Church of the Good Shepherd, Lake Tekapo

 Indah di Lake Tekapo

 #NZdarlings

 New Zealand dan tilam yang empok memang tak dapat dipisahkan

 Twizel

 Chef Diraja tengah pilih salmon untuk dinner malam ni. Salt Bae style ciked

Mount Cook di kejauhan

Since rumah kami tu memang jauh dari jiran-jiran, memang suara masing-masing pun hit pitch paling tinggi. Macam-macam perangai dan telatah. Lawak habis. Rasa cam contestants Malaysia’s Next Top Model duduk satu rumah then berkongsi segala cerita yang ada. Hahah! Anyway, malam tu tido nyenyak ya’amat. Heater pun banyak membantu bila tido dalam cuaca sejuk dan tilam hempokkkk. Yang penting, bangun Subuh untuk prepare Lunch Box sebagai bekalan picnic mengadap lake katanyaaaa.

Check out and terus menuju ke Wanaka. Picnic di campsite yang disediakan. Kerana team kami bising gile, kami kena sound dengan sorang uncle kiwi ni. Rasanya tadi macam dah tutup tingkap rapat-rapat. Pintu pun siap lock. terus terpikir, kiteorang ni species suara penembus kaca ke? Ahaks! Takpelah uncle apa-apa pun, kami minta maaf kalau bising sangat sampai uncle tak boleh telan salad buah kiwi. Kami tak perasan, ingatkan kami hidup dalam ‘kotak’ kalis bunyi sahaja. Rupanya duduk dalam van yang yang boleh tembus suara bak naga berapi. So, next time, duduk dalam van pun kena bisik-bisik Yusop Tayoob okay.

 Lindis Pass

 Lake view yang awesome

Kami keluar dari van dan terus bawa semua bekalan kami untuk makan fefeling kacuk New Zealand. Habis bersantai makan-makan, kami bergerak terus menuju ke Wanaka. Di sini kami berhenti untuk mencari pokok yang paling trending di laman sosial iaitu #thatwanakatree. Moment kat sini adalah bagi aku satu moment yang sangat romantis. Siap ada orang main piano mengadap pokok tersebut. Alunan melodi dari piano itu yang membuatkan tempat ni lagi syahdu. Memang layan habisssss kat sini. A must visit place in Wanaka.

Puzzling World, Wanaka

 Vojtech Pango Zamecnik – The travelling pianist

Kami meneruskan perjalanan menuju ke Kingston. Asalnya kami plan nak stay di Wanaka, akan tetapi jarak perjalanan dari Wanaka ke destinasi seterusnya iaitu Milford Sound memakan masa sejauh 6 jam. Terus aku tukar plan tido kat Kingston. Check in bilik, kami terpaksa split kepada 2 group sebab bilik tak boleh muatkan kami berlapan. So, bilik yang pertama, tolong masak nasi. Bilik yang kedua, masak lauk pauk. Ini malam kita makan Kari Kepala Ikan Salmon. Ya amponnnnnn! Terbaik dari ladangggggg. Sumpah sedap sangat. Lebihan salmon yang berkilo-kilo itu, Chef Ayu buat grilled salmon. Kekdahnya malam tu, acara qiqah salmon beramai-ramai.

Our dinner

Seawal jam 6 pagi kami bersiap dan bila langit cerah je terus kami memulakan pemanduan van sekolah Sg. Gadut kami. Cuaca pagi tersebut memang sejuk. Mungkin semakin ke selatan, semakin sejuk katanya. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam. Ini dari Kingston, kalau dari Wanaka, menangis lah. Bila kami mula memasuki Te Anau, bumi mula dibasahi hujan rintik-rintik. Sehinggalah kami melalui highway menuju ke Milford Sound, makin lebat dan jarak penglihatan juga semakin kabur dek kabus yang tebal meliputi suasana.

Nak tengok sheep pagi-pagi

Sang mentari

Hello sunrise!

Ada rainbow kat sana tu

Camper dipandu dengan penuh berhati-hati oleh pilot tegar kami, Kak Mah. Power woooo! Balik Malaysia, confirm boleh bawa van anak-anak ke sekolah. Even kalau sekolah tu terletak kat atas puncak Batu Caves pun, Kak Mah akan pastikan anak-anak semua tiba di sekolah on time. Tak gitu, Jasimah a/p Sirvanakumarlestari? Kami tiba di perkarangan Milford Sound 15 minit sebelum waktu cruise bermula seperti dijadualkan. Asalnya, semua teman-teman kami yang nak naik cruise, akan naik cruise dari Jucy. Akan tetapi, dorang tak buka pulak today.

Nasib baik alternative lain iaitu Real Journeys masih ada. Dan yang bestnya mereka bagi diskaun kencang kepada kawan-kawan weols. Memang murah habis. Rezeki insan-insan lindungan kaabah sangat. An hour 15 minutes adalah durasi yang standard untuk menaiki cruise di Milford Sound. Siap nampak dolphins lagi. Rezeki lagi. Bila tengok gambar-gambar dorang balik, semua memang happy habislah dapat ke Milford Sound yang selalu digelar 8th Wonders of the World.

Bye-bye korang enjoy the cruise ride okay

Milford Sound yang terindah

Piopiotahi – 8th wonders of the world

Group hug

 Dah macam dalam rumah pun ada keadaan van sekolah kiteorang. Siap ada minyak masak sebagai hiasan

Habis berjimba di Milford Sound, tibalah masa pulang ke pangkal jalan. Ada beberapa tourist point yang kami stop sepanjang perjalanan pulang sebab memang cantik sangat view kat sini. Rasa macam dunia lain. Kami pacak tripod and posing sakan kat situ. Korang kalau ke Milford Sound, please singgah sini untuk fefeling habis. View memang takkan boleh lawan dengan tempat lain. Yang penting, kiteorang je yang berenti and buat perangai tepi jalan gitu. Mat saleh semua geleng kepala tengok perangai kiteorang semua. Haih, geng speaker masjid iols ni.

 Dari kami anak-anak perantau 6 hari je

Kami pulang ke pangkal jalan dan check in di Te Anau. My favorite Holiday Park in New Zealand, haruslah Te Anau Holiday Park. Kalau diberi peluang, aku nak sampai awal kat sini and enjoy semua facilities yang ada dalam Holiday park ni, memang berbaloi. Siap ada tempat lompat tinggi-tinggi ye. Ada lah jugak Cik Pora try melompat sampai terpelantin lah anak mat saleh tu. Terus mengadu kat daddy die. Aiyooo, sejenis graviti gajah ke apa ni?

Tips : Kalau nak dapatkan souvenirs yang best, boleh dapatkan di Te Anau. If nak refuel minyak, top up stock barang dapur, korang boleh beli kat supermarket di sini juga.

Dinner kami di Te Anau. Nasi Lemak Sambal Sotong Teloq Meleleh. Jemput jamah mata je

Kami bangun seawal jam 5pagi untuk meneruskan perjalanan ke my Queenstown. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam jugak. So, lepas brekafast, kami semua pack barang, masukkan semua baggage yang semakin memberat ke dalam van. Macam-macam barang geng kami borong untuk bawak pulang ke kampung halaman. Kami tiba di Queenstown jam 8pagi dan terus park kereta di apartment yang kami book siap-siap sebelum tiba di sini. Dari apartment, kami hanya perlu berjalan kaki untuk ke bandar. Mudah, tak perlu pikir pasal parking 🙂

Singgah berehat tepi jalan sat, layan view The Remarkables

Memang strategik. Senang untuk ahli jemaah borong sakan dan juga untuk kami berjimba sign up for any activities yang dah lama jadi idaman kalbu. Before sampai Queenstown, masing-masing semua dah pasang angan-angan nak buat macam-macam aktiviti. Tapi, bila sampai sana, aku lah yang paling onar. Segala angan-angan jadi hauk apabila dapat tahu yang skydiving tu hanya 45 saat sahaja di langit. Bayaran dikenakan pulak adalah RM1600. Pastu, terpikir RM1600 tu kalau belanja umat Islam makan lagi banyak pahala. Danggg! Dilemma.

 Shopping and extreme activities hunting

Sementara semua sudah pun bersedia nak buat segala macam aktiviti, aku dah Shima tak juga decide apa kiteorang nak buat. Last-last, kiteorang ambil keputusan untuk berpecah dan cuba cari kedai HappyMe yang kami pergi 3 tahun dulu, mana tahu dapat nur nak buat aktiviti kan. Akhirnya selepas bincang-bincang dengan promoter kat situ, kami decide untuk buat bungy jumping. Tapi no pick up lah, sebab dah FULL. So, kami berdua kene pergi sendiri ke Kawarau Bridge. Kiteorang punya time untuk lompat adalah pada pukul 1.00pm. Banyak masa lagi. Okay, kite settle buat pembayaran and balik apartment dulu, untuk check in bilik dan ambil kereta.

View dari bilik saya

Selesai urusan di apartment, aku dan Kak Mah terus start engine untuk menuju ke Kawarau Bridge. Hanya ikut GPS sahaja. Silapnya kami ialah tak tanya exact location bridge ni kat mana. Siap call office bungy jumping sebab nak tahu berapa jauh dari bandar Queenstown lagi. Yang paling tak boleh blah adalah bila dia cakap, kalau lambat 5 minute, burn ye. Waklu RM800 burn camtu je if sesat. Eh, ini tak leh jadi. Nak pecut memang tak boleh, kang kena saman pulak. So, dengan kuasa had laju 90km/ j itu kami harus gigih bawak van besar ni dan make sure sampai tepat pada masa.

Alhamdulillah kami tiba 3 minit sebelum waktu terjunan kami. Kak Mah lock van, aku dah siap berlari pecut. Yang tempat ni pulak berlingkar-lingkar bagai. Berlari sambil pusing-pusing. Sumpah rasa jauh. Sampai je terus tunjuk receipt. Perlu timbang berat badan, declare segala jenis penyakit and you’re ready to queue. Kak Mah tiba beberapa minit selepas aku selesai di kaunter utama. Bila semua dah ready, jom kita ke jambatan Kawarau yooooo! Nervous tapi cam seronok. Tapi cam nervous balik. Pastu tak tahu nak buat apa.

Nervous habis ni

Kami dah ready nak terjun!

Yang penting Kak Mah kena terjun dulu. Dia punya nervous macam lah tak pernah buat bungy jumping. Padahal ini adalah terjunan ke-3 beliau. Sis yang fobia dengan ketinggian pun excited habis. Cuma lepas Kak Mah terjun, terus rasa cam eh, lepas ni turn aku lah. Adoi, kenapa tiba-tiba perasaan takut itu menjelma? Tapi, terjun jelah. And I did it! Sumpah best gile. Rasa nak terjun lagi okay. Apa-apa pun, korang yang memang suka adventure activity please try bungy jumping kat sini. Baru terasa roh diangkat setinggi 43m. Ahaks!

Lepas terjun, kami jadi pening dan blur. Duduk sandarkan kepala sementara tunggu gambar kami siap. Bila dah hilang pening, kiteorang gi kat area computer yang disediakan dan masukkan no. giliran untuk tengok koleksi gambar terjunan panas-panas. Melompat riang! Sebab excited tengok gambar kami yang letops-letops. Memang sampai semua staff kat situ, keluar sebab nak tengok apa yang terjadi. Tapi kiteorang just cakap, we were so excited, super excited. That’s it!

Kawarau River babyyy!

Menanti penuh debar ye?

Habis round-round di area Kawarau Bridge kami pulang semula ke Queenstown. Yang bestnya pasal drive sendiri adalah kita ada banyak masa untuk spend dekat Kawarau Bridge. Kalau ada kereta sendiri, try lah datang sini, tak buat bungy jumping pun takpe. Yang penting korang boleh saksikan pelbagai ragam manusia yang duk terjun jambatan setiap 10 minit. Haaaaa…. macam-macam verangai ye. Syok layan.

Sampai di Queenstown, kami balik bilik dan berehat sambil makan tengahari. Terima kasih Kak Ayu yang sudi lepak apartment and sediakan makanan untuk kami. Seronoknya feeling gini. Lepas tu, aku dan Kak Mah keluar semula untuk shopping barang dan jalan-jalan di sekitar Queenstown. Dalam duk jalan tu, tak sedar yang hari dah gelap, kami pun beransur pulang. Tapi, nak singgah DF sounvenirs sat. Dalam duk masuk kedai tu, tetiba dengar suara orang Malaysia duk sahut-sahutan suara petir kami.

Tips : Harga barang dekat DF Souvenirs tetap yang paling murah so far!

Will always be my favorite town

Eh ahli jemaah Farah hahahah! Riuh teruslah kedai souvenirs tu. Mesti orang sini cakap, China mainland pun tak bising camni, ni species planet mana cakap kuad-kuad ni? ahahha! Apa-apa pun, riuh-riuh camtu, beribu jugak menyumbang kat kedai souvenirs ni. So terima jelah kami seadanya, okay? Sebelum pulang, ajak dorang singgah Cookies Time, saja nak merasa ice blended. Apa yang best kat sini, haruslah music dorang yang fun fun fun.

 The best shake ever! Memang tempat ni great place to hang out 

Kami pulang ke apartment dan kali ni Kak Ayu masak Maggie pulak untuk dinner. Geng bungy jumping balik riuh habis rumah duk cerita pengalaman terjun paling mahal di donia. Sambil makan Maggie sambil luah perasaan. Yang tak tahan, cite sambil gelak, expression muka haruslah paling win tapi last-last ada pulak scene menangisssss… Punyalah pikir kalau apa-apa jadi, camanelah orang kat Malaysia nanti. Bila ingat balik sumpah lawak. Geng naik helicopter pun ada ye. Masing-masing share experience macam zaman sekolah tadika dulu. Semua nak bercerita secara jujur. Hahah! Malam tu, kami packing segala barang dan berehat sehabis-habisnya. Sakit badan ye terjun gaya gitu. Walaupun riangggggg!

Kami bersiap seawal jam 8 pagi dan bergerak meninggalkan apartment dengan bekalan makanan tengahari spaghetti carbonara. 1st destination untuk hari tersebut adalah Glenorchy, yang mengambil masa selama 55 minit sahaja dari Queenstown. Habis relax-relax di Glenorchy, kami bergerak pula ke Arrowtown. Bandar Arrowtown ni, kalau musim luruh memang terbaik. View semua jadi kuning je. Sesuai dengan status bandar pengeluar emas suatu ketika dahulu. Terbaik untuk photoshoot ye 🙂

Nothing change

No words can describe Glenorchy

Lunch di Arrowtown

Photoshoot ahli jemaah

Port ni paling tak ramai orang, so apa lagi, strike a pose!

Kami pulang semula ke Queenstown, isi minyak penuh-penuh, shopping kiwi and avocado di Pak N Save, dan terus menuju ke airport. Check in siap-siap have dinner di restaurant and enjoy Queenstown view di airport. Alahai, kejap je dah nak balik. Tak puas rasanya ke New Zealand kali ni. Walaupun baru 7 hari di sini, tapi kami berlapan dah macam selalu sangat travel bersama. Seronokkkkkk! Riuh dan sangat bertolak ansur sesama kami. Memang girang sangat dengan group ni. Rasa cam sayang nak balik. Boleh?

Terjumpa uncle from Malaysia yang kerja di Pak N Save. Die bantu kami pilih avocado yang terbaik untuk bawa pulang ke Malaysia

Penerbangan ke Auckland mengambil masa selama 1 jam sahaja. Sampai di Auckland Domestic airport, kami harus catwalk sejauh 10 minit untuk ke International terminal. Di sini, kami berpisah dengan Ain dan Shima. Mereka ada 1 hari lagi di Auckland. Manakala kami berenam akan naik flight pada jam 2 pagi dan terus pulang ke pangkuan insan tersayang di Kuala Lumpur. 10 jam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, sumpah penat. Long haul flight never excites me . Tido macam-macam gaya pun non hado juga. Tapi makan best. Thanks Malaysia Airlines. Sampai Malaysia, sis terus masuk opis, cam biasa #wanitagigih

So cute! The girl kena tarik dengan steward untuk merasai pengalaman jadi flight attendant bagi gula-gula kat passengers.

Syukur alhamdulillah kerana trip kali ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Terima kasih Allah kerana melindungi kami berlapan sepanjang kami berada di New Zealand. Mempermudahkan segala urusan kami. Bukan itu sahaja, kami juga jadi rapat sangat-sangat seperti teman yang dah lama berkawan, pergi trip dan satu KEPALA! Seronok ye. Semua pun otak masuk air, hahahah! Di kesempatan ini, Cik Pora nak ucapkan terima kasih buat yang sudi join OPEN TRIP Kak Pora ke New Zealand. To all of my sisters :

Shima – Pilot camper kami yang sangat gigih. Sepanjang di sana, dia lah yang drift bawak kami ramai ramai mengelilingi bumi South Island

Kak Ecah – Sis paling awet muda dalam team kami. Tapi awas, siapa yang ada gambar dan video die tapi lupa share, siaplah korang! Dia tanya atas awan ye, Mana Boomerang saya?

Kak Ayu – Chef paling hot di New Zealand. Semua gained weight sebab Kak Ayu masak sedap woiii. Tapi paling epic kalau dia cari gaduh dengan mat saleh. Gangster kot!

Lyn – Retis kami yang memang cool. Relax je, tapi tetap netizen perlu tahu kan? Yang penting CTDK like gambar NZ kiteorang, ahaks!!

Hawa – Sis marathon kami yang steady habis. Tak pernah kenal siapa Aiman Tino, until kami ramai-ramai nyanyi lagu Aiman Tino tangkap leleh kat NZ

Ain – Mak buyung yang memang gigih. Walaupun berbadan dua tapi beliau tetap aktif girang di NZ, semoga baby uols kacuk teruk ok.

Farah – Tak pernah mimpi nak travel ke NZ dengan beliau. Kawan asrama ni tau. Bila sampai NZ, riuh habisss. Farah penceria trip kami. Dia punya ragam, memang best!

Can’t imagine betapa happeningnya trip kali nie. Terima kasih sekali lagi kerana percayakan Cik Pora untuk plan trip korang. To me, it’s not about the destination anymore, it’s all about the journey we went together. The memories we created, is something yang precious lebih daripada harga tiket flight ke NZ. Ya’ amat mahal itu. Namun, pejamkan saja mata demi kebahagiaan yang sampai bila-bila. Till next post, muah!

 Untuk anda yang masih mencari travel buddy dalam menggapai impian mengembara ke New Zealand, yuk kita sama-sama menjadikan ia satu kenyataan November 2017 ini. Hanya ada 2 sahaja kekosongan.

4 thoughts to “Itinerary & Tips ke New Zealand (Open Trip April 2017)”

  1. Assalamualaikum, cantik pemandangan,nice pic,satu hari nanti,sy akn jejakkan kaki ke sini
    Please visit my blog mybeautifuljourney86.blogsport.com

  2. Assalam… nak tanya naik mas ke nz mmg dapat flight yg tiada movie ke? Saya sekarang tengah survey2 tix MAS untuk ke NZ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *