My Hijab Stories – How Travel Changed Me?

Semuanya berlaku ketika aku dalam penerbangan menuju ke Melbourne 3 tahun lepas. Ketika itu aku duduk berasingan dengan teman-teman yang lain. Takkan pernah aku lupa tarikh aku terbang. Hanya sebulan sahaja selepas kes kehilangan pesawat MH370 iaitu pada 8 March 2014.

Sejujurnya, masing-masing masih lagi terkesan dari misteri kehilangan tersebut. Duduk di sebelah aku adalah seorang mat salleh. Flight baru sahaja depart dalam 30 minit. Kelihatan anak-anak kapal sedang mengagihkan borang Visa On Arrival dan penjualan makanan.

Dalam duk sibuk mengisi borang visa, tiba-tiba pesawat bergegar kuat seakan berlanggar dengan benda yang besar. Kemudian kapal terbang tu seolah menjunam ke bawah. Waktu tu, aku panic. Aku hanya ingat Allah dan apa yang terdetik ketika itu adalah – This Is It! Aku akan mati.

Waktu tu, bag aku dah tercampak jauh. Sempat gapai apa yang ada di atas meja sahaja. Seatbelt yang dipakai seakan membantu aku supaya tidak terpelantin jauh dari kerusi. Mat Saleh sebelah aku memang dah huru-hara. Seluruh kapal menjerit.Kelihatan tray cart yang dibawa anak kapal jugak terhuyung-hayang.

Ya Allah, aku takut. Aku pejam mata sejak dari kapal terasa menjunam. Then, aku bukak mata, aku dapat lihat suasana dalam flight agak kelam kabut. Time tu, memang aku rasa nak peluk kawan aku yang duduk terpisah di depan aku. Inilah kalau naik pesawat tambang murah, mesti terpisah. So dalam keadaan camni, semua benda pun rasa nak nangis.

Sepanjang perjalanan 8 jam menuju ke Melbourne, itulah pertama kali dalam hidup aku, aku tak sentuh langsung nasi lemak yang aku beli dan aku tak dapat tutup mata pun. Usah kata nak lelap, tutup pun tak mampu. Hanya istighfar sahaja yang menjadi peneman dan kekuatan untuk aku teruskan perjalanan ini.

Saat tu, sumpah aku fikir, aku tak ready untuk mengakhiri kisah hidup aku dalam keadaan camni. Pakaian yang camtu, dengan ilmu yang cetek gitu. Tapi, siapa aku untuk decide semua tu? Aku hanya seorang hamba yang menumpang di dunia yang sementara. Dahlah semua nikmat dan bakat yang ada hanya pinjaman, lepas tu, aku mintak macam-macam. Hinanya rasa diri ni. 

Yang lebih hina rasa apabila aku sendiri tak tunaikan kewajipan untuk menutup aurat. Waktu tu, aku terus ambil shawl dan sarungkan diri aku untuk tutup apa sahaja yang mampu. What if tadi aku mati, bila mereka jumpa mayat aku, nampak je aku tidak bertudung, mesti mereka ingat aku bukan Islam. Alaaaaaa. Taknakla pergi dalam keadaan camtu.

Dan aku terpikir, jika aku mati harini, keluarga pasti akan buat pengumuman, kenalan pasti mengucapkan takziah.  Dengan zaman social media sekarang, pasti mereka akan menghebahkan tentang perginya aku. Cuma, gambar apakah yang akan mereka post untuk mengenang aku? Aku takde gambar yang menutup aurat. Hmmm! Sumpah time tu aku sedih sangat-sangat. Rasa nak patah balik pun ada. Tapi, tawakal je la. Dah lah nak pergi New Zealand. Ada lagi 1 flight yang harus aku tempuh.

Aku cuba tenangkan diri. Tapi bila dah takut, apa pun tak boleh fikir. Aku punya takut sampaikan aku buka map Australia dan New Zealand. Ya ampun, memang laut semata, takde daratan. Sumpah jadi lagi takut. Time tu, takde pikir nak badan hot macam Beyonce, berapa ramai followers kat Instagram segala.Yang aku perlukan hanya ALLAH. Betapa selama ini perhiasan dunia yang melalaikan memenuhi segenap hidup aku. Astaghfirullah.

Pada saat tu, memang takde benda lain yang aku fikir hanya Allah sahaja. Betapa lemahnya manusia sebenarnya. Aku termenung panjang memandang tingkap pesawat. Di sebelah aku, mat saleh tu pun dah start beli minuman alcohol. Sesekali tu, aku cam jauhkan la jugak tangan aku dari tin minuman beliau, terpercik satgi, mau nangis weyyyy…. Itu adalah moment pertama kali seumur hidup yang aku rasa memang betul-betul nak mati. And it triggered me, bersediakah aku untuk menghadap Ilahi?

Alhamdulillah sampai jugak Melbourne cityyyyy

Terus tak kesampaian hajat nak buat skydiving di NZ. Fobia naik kapal terbang.


Aku melangkah lemah ke dalam pejabat yang dahulunya pernah jadi tempat aku bermain, tempat aku bergelak tawa, tempat aku express all my ideas to ensure that I achieve my annual target. Semua teman-teman yang aku ada, merupakan orang yang paling aku rapat selain keluarga aku. Reason being – Aku spend lebih 8 jam sehari dengan diorang  berbanding dengan orang lain.

Tapi, tempat yang ni dah tak sama macam dulu. Benarlah kawan aku cakap, time change, people change. Aku pun tak tahu nak respond and act camane lagi. Balik dari Osaka, macam-macam rumors aku dengar. Hanya disebabkan aku selalu travel ke sana sini, ada yang panas rupanya. Tak dapat terima seorang kuli bergaji krik-krik tapi bisa menakluki seantero dunia? Aku pelik. Aku tak paham. Tapi aku harus positive atas segala cemuhan yang direka manusia sendiri. Cuma, kalau dah 10 vs 1, apakah itu adil?

Langit di Takayama tersangat cerah, namun di Malaysia?

Antara perkara yang masih aku ingat adalah apabila aku dikeluarkan dari projek dihadapan semua orang. Waktu tu, aku senyum manis pada boss aku. Terima kasih buat aku rasa terhina pada saat kau berada di puncak umpama Tuhan. Tak kau fikir kau asalnya juga dari tanah, tapi bersifat langit. Itulah manusia. Namun, kemuncak kisah aku di tempat kerja adalah apabila aku dapat surat dari HR dan kemudiannya aku diberi masa 3 hari untuk appeal semua tuduhan yang berlaku. Aku diberikan cuti PERCUMA. Dan sekiranya aku gagal mengemukakan bukti, aku mungkin dikenakan tindakan.

Manusia yang melakukan ini semua adalah manusia-manusia yang bergelak sakan bersama-sama, yang upload gambar kemesraan kami di Instagram, yang tasabar nak dengar cerita aku setiap kali aku balik dari travel dan macam-macam lagi. Ya, itulah mereka yang membawa aku ke dalam kisah duka terunggul. Betullah orang kata, sometimes orang yang paling rapat dengan kita adalah orang yang akan lukakan hati kita. Aku kuatkan diri aku untuk buka surat tersebut. Aku dengan tenang membaca setiap perkataan yang ada, tapi umpama air lalu ke daun keladi, aku memang tak dapat hadam surat ni.

Aku terus tanya pada HR, surat ni apa benda. Nak suruh buat apa. Dia terus cakap, you diberikan tempoh masa selama 3 hari untuk kemukakan bukti dalam bentuk surat. Aku keluar dari bilik tersebut dan menangis. Sumpah ini adalah benda paling sedeh sepanjang aku bekerja. Apalah dosa aku sampai kau nak tuduh aku benda yang aku tak buat?Aku cuba fight dan tunjuk bukti, namun mereka ketepikan bukti aku demi mengangkat mereka yang salah. Saat tu, direct manager aku cuba tenangkan aku, tapi sumpah aku cam lantak lah. Aku nangis je. Yang penting aku tak guna seurat benang kau untuk kesat air mata okay. Biarlah orang tengok, aku dah tak kisah, bagi aku ini adalah satu penganiayaan.

Aku bercuti selama 3 hari dan aku ingat lagi ketika itu aku bentangkan semua kertas kerja di Starbucks Solaris. Dari pagi sampaikan tengahari, aku tutup phone aku, keluarkan semua bukti, taip surat dengan bahasa-bahasa lawyer aku. Dan aku juga cukupkan semua bukti yang ada. Bersyukur kerana pada saat itu, rakan-rakan aku yang susah senang bersama hadir membantu. Ada yang lawyer, ada yang dari HR department, ada yang pakar grammar, ada yang gangster IG, ada yang jadi teman menangis dan ada juga yang tak putus mendoakan yang terbaik untukku. Kalau boleh buat collage gambar-gambar dorang ni, sumpah sweet habis.

Selepas 3 hari, aku hadir ke pejabat umpama feeling hadir ke mahkamah. Dalam hati, inilah perasaan paling bahagia dalam hidup, bukan sebab aku suka kena fitnah, tapi aku rasa lega sangat. Lega kerana aku hampir ke garisan penutup kisah ni. Sewaktu aku hantar surat tersebut, aku hadir memakai baju kurung. Tak tahu kenapa, seakan ada perasaan nak bagitahu mereka yang anak Melayu takkan mudah kalah. Percayalah. Bila kau tak bersalah, kau akan ada satu perasaan yang berani especially bila berhadapan dengan mereka yang menuduh.

Aku serahkan surat tersebut di atas meja HR personnel tersebut. Aku berlalu pergi dan dibenarkan untuk sambung cuti tak perlu masuk office sampai esok pagi. Saat aku melangkah tu, aku menerima panggilan telefon dari PA boss aku. Beliau banyak berikan kata-kata semangat. Aku masih ingat lagi setiap bait-bait yang beliau tuturkan kepada aku. Andai kata aku memang bersalah, aku harus kuat lalui ujian ini. Aku perlu yakin yang ini semua ketentuan Ilahi, mungkin ini bukan rezeki aku dan jangan sesekali give up untuk mencuba di tempat lain.

Beliau sempat beritahu aku, tolong buat tahajjud, itu adalah medium untuk aku mengadu terus kepada Allah. Insyallah segala doa akan termakbul. Sejak dari malam tu, aku mula kenal apa itu keajaiban tahajjud. Aku mula kenal, perasaan di mana aku lega dan tenang apabila dapat mengadu segala cerita kepada Maha Pencipta. Lain sungguh perasaan jika dibandingkan kau bercerita kepada manusia. Itulah keajaiban tahajjud. Bila kau teraniaya sebegini, jangan sesekali doa buruk-buruk untuk orang yang menganiaya kau. Cukup kau serahkan segalanya kepada Allah. Itu sudah memadai.

Selama 3 minggu aku menanti keputusan hasil tuduhan aku tapi nampaknya tiada khabar berita. Senyap seribu bahasa. Sampaikan kawan HR aku cakap (outsider), ada sesuatu yang tak kena pada kes aku. Aku dipinggirkan tanpa lagi gelak tawa dari suara-suara yang biasa bagi aku. Pergi office, bukak latop, tapi takde keja. Sebab aku tak dibenarkan untuk buat kerja. Di sebalik keperitan aku, Allah kurniakan aku teman-teman baharu yang lebih memahami susah senang aku. Pada merekalah aku berkongsi semua kegembiraan dan kesedihan.

Berminggu-minggu jugak aku duk follow up tentang kes aku. Sepatutnya, dalam 2 hari dari tarikh aku submit tu dah boleh settle. Aku siap hubungi mamat HR tu untuk tanya updates. Jawapan beliau, masih dalam siasatan. Kau ingat aku bunuh orang ke apa? Nak siasat berminggu-minggu. Bengang juga. Time kau nak hulur surat ni, siap hantar calendar 10 minit sebelum masa meeting, bila kau dah dapat surat aku, kau diam jeee eh. Bijak permainan.

Akhirnya hari yang aku tunggu-tunggu tiba. Boss besar aku panggil masuk dalam bilik meeting. Segala persediaan untuk mengadap beliau sudah aku siapkan atas nasihat lawyer dan kawan HR aku. In case kalau die ugut aku ke apa, so, ke mahkamahlah kita. Mana tahu, ke Europe secara PERCUMA ke… Dalam meeting tu dia cakap putar belit yang aku memang tak dapat nak digest langsung. Dia macam nak cakap aku tak salah, tapi at the same time dia warning aku, tapi dia suruh aku comment, then aku blur. Putar belit kaum kau ini memang dari zaman dulu sampai sekarang memang tak pernah berubah. Dasar Ular oh ular.

Aku mengangguk geram saat dia cakap yang sebenarnya aku hanya diberikan warning sahaja. Apa berita yang dia terima, dia perlu siasat. Dan ternyata aku berjaya terangi kebuntuan department aku selama ini. Aku pandang tajam-tajam mata beliau dan aku jawab setiap soalan beliau dengan nada sinis. Kalau kau nak warning perlu ke sampai kau buat procedure umpama aku ketuk kepala CEO kat sini? Tak langsung dia sebut yang aku tak salah. Malah duk sibuk pongpang cakap dia yang hire aku dulu, so please jangan buat lagi. Aku tanya, buat apa?? Aku nak tahu benda simple je, apa yang aku buat? Dan apa kesalahan aku? Kalau betul aku memang pesalah, cepat buang aku. Sebab aku dah standby lawyer untuk saman malu kau. Tapi, tak pulak dia jawab. Play safe.

Akhirnya, dia berikan aku masa 20 minit untuk reply satu form. Bila dah reply, please call him and letak atas meja dia. Aku cam… Apa aku nak tulis? Aku ni salah ke tak? Tapi dalam form tu cakap, aku memang kena warning sahaja. Aku cam alahai, benda simple tapi kau cuba untuk pusing sana sini. Warning untuk apa. Mungkin mereka confirm-confirm ingat aku salah, tapi rupanya tidak. Aku dibiarkan di dalam bilik meeting tersebut seorang diri. Aku menangis. Otak blank. Tak tahu nak tulis apa.

Aku panggil kawan aku. Beliau pun sedih tengok situasi aku. Dah lepas seksa pun, still kena comment benda bodoh ni. Padahal result-nya tak diberitahu secara details. Aku tak tahu nak tulis apa, yang aku tulis, Alhamdulillah. Thanks for this. What you did to me is so unfair. *drama tak*…. Biarlah nak cakap aku ni paham ke tidak soalan dalam form tu, yang penting itu apa yang aku rasa ketika itu. So, aku luahkan sahaja. Aku sempat jugak bawakan hal ini kepada Jabatan HR Selangor dan mereka bagitahu sebenarnya aku adalah orang yang tidak bersalah. Tapi nampaknya ego selangit-selangit bos aku tak nak mengatakan yang aku tidak bersalah. Terima kasih sekali lagi kerana kau membuktikan kredibiliti kepimpinan yang gemilang.

Keesokan harinya, so called- immediate manager mula mengagihkan tugas seperti sedia ada. Manager besar sudah mula invite aku masuk meeting. Surprisingly, project yang mereka keluarkan aku dulu, tak boleh nak jalan pun. Sebab person in charge yang ganti tempat aku tak boleh nak buat task tersebut. Jadi, pada haritu, mereka kembalikan semula project tersebut kepada aku. Benarlah orang cakap, jika itu dah jadi rezeki kau, tetap akan jadi rezeki kau biar pun kau harus lalui pelbagai rintangan.

Mereka yang bergelak ketawa, yang meminggirkan aku, kini mula berteka-teki, apa status Safura di sini? Siap tanya, bila dia last? Kenapa dia ada kat sini? Waktu aku dengar tu, aku rasa sakit hati tapi aku senyum je. Positive, rupanya selama ni ada spesis terancam yang menagih spotlight. Biarkanlah. Kejutan demi kejutan kau nantikan dari Safura okay. Soon baby soon.

Aku mula bekerja seperti biasa. Aku mula kembali aktif menghubungi semua vendor untuk meeting. Aku mula tersenyum tanpa perlu memikirkan apa yang orang akan cakap. Aku mula beraksi di pentas dunia pencarian rezeki seperti biasa. Namun, jauh di dalam sudut hati, aku amat terluka. Aku mungkin nampak kuat di luar, tapi dalam hati ni, sumpah rasa nak terbang jauh-jauh dari mereka yang dah sedap kenakan aku, boleh act macam nothing happened.

Tatkala mereka sudah mula selesa menerima aku untuk bertanggungjawab ke atas segala project, time tu jugaklah aku akhirnya buat keputusan untuk berhenti. Bagi aku, tiada siapa yang perlu tetapkan apa yang kau mahu dalam hidup ni. Tiada siapa yang rasa bila kau bangun tido, tarik selimut balik, then duduk and arghhhh! Why am I still stuck in this story?  If you hate your job, leave. Even the whole world tell you not, you’re allowed to search for something you look forward to wake up in the morning and the rest of your life. Cukuplah sampai di sini sahaja aku menyumbang bakat, masa dan tenaga. Tak kuasalah nak menghadap wajah-wajah pelakon drama NTV7 dan VAAN ni. I may forgive but I will never forget. Dan aku sentiasa percaya, rezeki aku di sini cukup takat mana yang aku mampu.

Aku hulurkan surat perletakan jawatan aku dan mingu depannya, aku masuk contest ke Los Angeles untuk rancangan Nasi Lemak Kopi O. Pagi yang aku nak masuk TV untuk tentukan siapakah pemenang tu, aku mintak untuk pergi sendirian. Walaupun sahabat-sahabat tersayang aku nak teman, tapi aku tak bagi. Aku lebih selesa seorang diri. Tapi ungkapan ibu aku sebelum keluar rumah adalah satu ungkapan yang takkan pernah aku lupa. Beliau pesan, andai kata kau tak bersalah dan memang dianiaya, ini mungkin hikmah terbesar untuk kau. Jaga diri elok-elok dan jangan lupa baca ayat kursi.

Aku memandu tenang dan tiba di Persiaran Bandar Utama pada pagi Ahad yang cerah indah. Bila tiba slot untuk kami menjawab semua soalan, aku jadi macam seakan bersemangat, aku pejamkan mata dan aku ingat setiap perkara dan ujian yang aku lalui. Ya Allah permudahkan urusan aku. Aku pernah lalui perkara yang lebih teruk daripada ini. Permudahkan Ya Allah.

Yang aku sedar, Faizal Ismail sudah pun mengumumkan nama aku secara LIVE di TV9 sebagai pemenang tiket ke Los Angeles menyaksikan Premier Fast & Furious 7. Sekali lagi…..Yang aku, Teh Safura akan ditaja sepenuhnya untuk terbang ke USA, selama seminggu berjumpa dengan Vin Diesel weyyyyy! Alhamdulillah, seakan tak percaya. Aku masuk ke dalam kereta, aku tak tengok phone, kat parking TV3 tu, aku menangisssssss paling lamaaa yang aku boleh. Nangisssssssss happyyy ye.

Syukur Ya Allah

Ya Allah, syukur Ya Allah… Indahnya. Indahnyaaaaaaa. Sumpah aku tak pernah sangka, di sebalik penderitaan tak tido malam, hilang selera makan, ke kelas kickboxing setiap petang untuk lepas geram, nangis lepas balik kerja. Semua itu Allah gantikan dengan nikmat yang terindah di dunia. Kalau aku kerja 10 tahun pun, belum tentu gaji yang aku terima tu boleh bawak aku merasai pengalaman ini . Betapa Allah itu hebat. Buatkan aku rasa besar mana pun kau, tiada yang lebih agung dari-Mu Ya Allah.

Aku berlepas ke Los Angeles tatkala aku sudahpun cuci tangan dari segala drama. Aku diraikan dengan pelbagai hadiah yang mereka berikan, bersyukur kerana pengakhiran kisah aku di sini tidak seperti yang aku idamkan. Aku inginkan keadilan ditegakkan di atas penganiayaan ini. Aku tidak mahu kaum aku sendiri dianiaya di bumi sendiri. Aku tak mahu kita dianggap sebagai bangsa yang ‘redha’ sahaja. Aku nak fight supaya tidak ada lagi yang terima nasib seperti aku, tapi pengakhiran kisah aku jauh lebih indah. Tiada siapa sangka, perancangan Allah untuk Teh Safura lebih hebat daripada perancangan mereka yang ingin jatuhkan aku. Just because of my passion for travel. Kau salah anggap tentang diri aku and for those who asked, that’s the main reason behind my hashtag #akuyangtravelkoyangpanas

Thanks for the farewell presents. Appreciate sangat. Untuk kaki-kaki di atas tu, you know who you are. Who always witness everything. I love you girls!

                                                                                        Los Angeles, I’m coming

 Alhamdulillah. Rezeki datang berguling-guling bila dapat pulak upgrade Business Class.

Sajian dalam flight yang memang ada class

I’m ready for LA babeyhhh!

 Landed in Los Angeles, limousine datang jemput. Dushhhh! Menangis dalam riang. Syukur!

Fine, let me be honest. Before fly siap check the rate for 1 night. It will cost you RM2,407/ night.

 And yes, our room has Hollywood sign view. Dang!

Premiere filem Fast & Furious 7 in LA hanya bawah hotel kami sajok

Dapat selfie dengan Luke Evans, sebab dia je dapat dengar suara jeritan Sapora

#epicmoment : Dapat tengok wayang bersama dengan Vin Diesel

#epicmoment : Walaupun muka matahari, tapi tetap dapat selfie dengan Toretto

Kisah perjalanan aku ke Hollywood direkodkan untuk tatapan seluruh Malaysia. Sebuah kisah yang akan aku ceritakan kepada anak cucu kelak

Driver siap datang naik BMW jemput kami di hotel (guna last name ye) untuk hantar kami pulang, terima kasih uncle bersuara merdu

Sampai Malaysia, dijemput pula untuk dinner bersama dengan TV9, di sini video promo Hollywood Girl dimainkan di hadapan semua tetamu VIP dan artis. Kemudian, masuk pula newspaper. Syukur dengan pengalaman yang sangat indah bagi aku.

Aku berhenti kerja dengan penuh gaya. Itu yang mereka beritahu. Ke Los Angeles seminggu, kemudian bulan depan ke Europe sebulan. Time aku pergi tu, duit Euro tengah jatuh teruk (3.98). Sekali lagi rezeki. Bila aku balik, duit Euro memang naik, tak pernah turun sampailah ke hari ini. Kawan aku siap sound, ada yang siap cakap, kau makai ilmu penunduk apa sampai duit Euro pun tunduk. Huntunglahhhh!

Bye bye Malaysia, kite jumpa next month

My travel journal and planner. Berbulan-bulan aku simpan plan aku dalam journal ni, segala cerita turut aku catatkan dalam buku ni. Akhirnya sampai juga di Europe

Sebulan duk hangkut backpack ke sana sini, penatttt!

Tapi berbaloi lah jugak, akhirnya dapat lihat Eiffel Tower yang dilabel sebagai ikon cinta

Bunga tulip terbentang indah di hadapan mata

View air terjun dan gunung ganang di sekeliling anda. Tido di dalam kampung orang Swiss, memang nyaman

Reward myself to sleep in the cave in Cappadocia. Heaven!

  To my Hot Air Balloon in Cappadocia, cheers!

 Magnificent view like this?

Bergambar kenangan di dalam Blue Mosque, Istanbul. Hanya Muslim sahaja dibenarkan masuk semasa waktu solat. Non-Muslim tunggu luar dulu ya.

Balik dari Europe, aku mulakan aktiviti mencari kerja baru. Untuk survive sepanjang Ramadan dan Syawal, aku jual blueberry tart yang memang dah lama aku tak buat. Dulu time ada kerja, if orang order, paling tak rajin nak buat. Tapi, bila dalam keadaan camni, terus bukak balik oven ye. Alhamdulillah, lebih daripada 80 balang terjual. Tak sangka, rezeki. Pada awalnya, aku mintak maaf pada parents sebab this year, rasanya cam tak dapat nak bagi duit raya. Namun, apabila segalanya dipermudahkan, cukup terus duit untuk isi dalam sampul. Syukur Ya Allah.

Di situ aku belajar, tak semestinya duduk menghadap laptop, dengar arahan boss sahaja, kau akan dapat duit. That’s when I realized I could do more than anything I thought. Yang penting aku tetap bahagia. Bila kau decide untuk quit dari normal days kau, it allows you to change directions and start over. Dan the best part ialah, bila aku tak kerja tu, aku banyak habiskan masa dengan keluarga aku. Ya ampun, seronoknya perasaan. Bangun pagi, duduk dengan ibu ayah opah, borak-borak, tolong buat kerja rumah, malam baking. Setiap saat tu aku manfaatkan tanpa rasa stress. Tenang.

Yup, apa yang terjadi pada aku, benar-benar memberikan seribu makna terindah : Terkadang Allah menutup satu pintu di hadapan kita untuk membuka pintu yang lebih baik. Dan aku nampak itu semua dalam kisah kehidupan aku. Yang aku anggap dunia aku dahulu glamor, penuh dengan nikmat ke sana ke sini, jumpa retis-retis, itu semuanya bukan yang terbaik untukku. Tuhan tutup pintu itu dan Dia bukakan satu pintu yang lebih baik dan lebih bahagia untuk diri yang kerdil ini. Alhamdulillah, perancangan-Mu terlalu indah dan sempurna. Aku lupakan kisah silamku tanpa sedikit dendam. Kerana itu bukan yang diajar oleh agama kita pun.

 Meet and greet with Linkin Park. Hi Chester!

Fast forward, few months later, aku ambil keputusan untuk berhijab setelah aku dapat kerja di tempat baru. Aku nak mulakan semuanya dengan azam baru dan Safura yang baru. Mula-mula pakai tudung tu, aku pakai waktu keluar dengan family, then kalau ke pasar, pergi tengok-tengok barang… Lama-lama jadi selesa, apa lagi…. teruskan sahaja benda yang baik. Alhamdulillah till today, rasa better and feel empower. In fact, sewaktu aku ke Aceh, aku mengenakan hijab. Time pakai tu, automatik rasa nak jaga kelakuan dan cuba duduk jauh-jauh dengan lelaki. Yang paling aku perasan, mereka yang bukan muhrim juga mula menghormati kau sebagai muslimah. Itulah hakikatnya!

Beli barang dapur, time ni mula-mula belajar lilit tudung

Ketika buat kenduri kesyukuran di rumah, sarung tudung sebab nak bergambar dengan seorang sahabat datang memeriahkan majlis. Don’t know why tetiba selesa bila nak bergambar, kena pakai tudung

Bila kawan minta tolong untuk jadi model tudung, kita sarung dan terus posing

Walaupun azam untuk pakai tudung tu terdetik selepas beberapa kejadian yang somehow related dengan minat aku pada travel, aku tahu, akhirnya aku mengambil pagi Jumaat, 5 Ogos 2016 untuk mulakannya. Sebelum aku mula pakai tudung, setiap hari aku takkan pernah terlepas doa aku memohon hidayah dari-Nya, diberikan kekuatan untuk aku menutup aurat. Mungkin bukan sempurna, namun first step itu adalah perkara paling penting dalam kisah hidup aku. Sarung je dulu, lilit senget sana sini pun takpe. Sebab aku perlu nekad untuk berhijab. 

Aku juga turut memohon supaya aku dipimpin ke jalan yang benar dan lurus. Aku tak mahu terus alpa. Sejauh mana aku mengejar dunia, sejujurnya, tiada kebahagiaan sebenar yang aku temui. Namun, sejauh mana aku mengembara, sedikit sebanyak membawa aku ke destinasi yang indah untuk bekalan di sana kelak. Kejadian-kejadian yang berlaku ini telah membuka mata aku, yang aku kejar ini sebenarnya bukan yang hakiki.

Memuja mereka di dunia, tidak menjamin kebahagiaan. Namun, bila kau dalam kesedihan, yang kau lupakan sebenarnya adalah tempat mengadu yang teragung. Personally, aku sebenarnya suka sangat naik flight, bukan sahaja sebab view ataupun feeling lebih, akan tetapi, setiap saat itu merupakan moment di mana aku akan sentiasa mengingati-Nya dan terasa lebih dekat. Sebab kita mula sedar yang kita hanya bergantung kepada Yang Maha Esa sahaja. Tiada perkara lain yang berada di minda, hanya Allah.

Aku mulakan destinasi pertama dengan memakai hijab adalah sewaktu aku ke Kuching, Sarawak untuk festival muzik. Kemudian ke Yogyakarta. Dan beberapa lagi negara yang lain. Layanan berbeza? Sejujurnya, tiada double standard pun traveler bertudung. Semuanya memberikan layanan yang sama rata sahaja. In fact, kalau kita terserempak dengan Muslim yang lain, pastinya layanan mesra yang akan aku terima. Malah, ketika di Bario, Sarawak, host guesthouse kami siap tukar semua utensil, untuk make sure semuanya tidak bercampur dengan non-halal. Alhamdulillah, travelling the world in hijab is not an issue. Yes, Islamophobia memang wujud di beberapa negara dan aku juga pernah experience semua tu ketika di New Zealand. Tapi, kita ignore je orang macamtu. Jauhkan diri dan let go.

5 August 2016, Jumaat

Ke Kuching Sarawak

First day pakai tudung masuk office, actually turun je flight dari Kuching, terus ke kantor. Gigih!

Sewaktu di Yogyakarta

Berposing di airport Adisucipto, Yogyakarta

Ke Ladakh yang majoriti dari mereka beragama Buddha. I’ve learned that Buddha tak mencuri dan menipu. Nak ambil duit tip daripada kita pun mereka tak berani

With the Kelabit people. Oh my, they are so lovely and friendly. Despite of their remoteness, they are the high achievers tribe in Malaysia. Dan mereka sangat baik!

Hiking the Prayer Mountain in Bario. Mula-mula belajar buat outdoor activity dengan memakai hijab. 

I did it! Bungy jumping yawwww…. Tapi before terjun tu, duk kalut pikir pasal tudung. Ni kalau tertanggal time terjun, mau cerita sampai 7 keturunan pun tak habis. Alhamdulillah, sis masih berhijab :p

Sejujurnya, beberapa kali aku cuba menaip post kali ni, padam, taip, padam, taip balik. Berat sangat aku nak bercerita tentang sesuatu yang amat personal bagi aku. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan pengalaman aku. Aku cuba audit semula apakah tujuan aku berkongsi? Semestinya bukanlah untuk mengaibkan sesiapa namun perkara ini dah berlalu beberapa tahun yang lepas. Sekadar ingin berkongsi ceritera kehidupan. Kalau kau tanya aku sekarang, aku sebenarnya bersyukur kerana aku diberikan peluang merasa kesakitan ujian yang hanyalah sedikit sahaja dan masih diberi kesempatan untuk ‘memandu’ kembali ke jalan yang diredhai.

Berbanding mereka yang dianiaya, diseksa di Syria dan Palestin, kisah aku ini, hanyalah picisan kehidupan sahaja. Jika aku tidak ‘dicuit’ sebegini, mungkin aku masih terus alpa. Selesa dengan kisah dunia yang tidak berkesudahan. Terima kasih Allah atas pengajaran terindah ini. Kau bawa aku ke satu jalan yang sangat bermakna. Terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, insan yang istimewa, teman-teman yang tak pernah tinggalkan aku sendirian ketika aku benar-benar perlukan kalian semua. Terima kasih atas doa dan kesudian kalian untuk mendengar kisah aku pada ketika itu. Buat yang membaca, terima kasih. Doakan saya terus istiqamah. Dan saya doakan anda semua di luar sana, akan sentiasa dilindungi-Nya dan dipelihara imanmu. Amin.

 Insyallah, I will always inspire you to travel the world. Amen. 

Xo,

Cik Pora

21 thoughts on “My Hijab Stories – How Travel Changed Me?

  1. Salam sis,, touching sgt bila kita baca setiap inci perkataan tuh.. semoga cik pora kuat dan lebih berzemangat utk travel! ‘harini lebih baik dr semalam dan besok laaaagi baik dr harini ok’! mybe kita boleh jd team travel soon..=)

  2. Assalamualaikum…moga ujian yang k.pora lalui jadikan k.pora lebih kuat.Dan ayu doakan k.pora terus istiqamah dalam segala hijrah yang k.pora buat..ermm bila nak travel sama-sama nih.

  3. so inspiration. more lesson that we can learn. Allah always with us and hikmah itu memang ada dn perlu percaya. Keep writing. I love your travel writing😊💪🏻

  4. Baca sampai habis. Banyak hikmah disebalik kejadian yang berlaku dalam hidup. salut dengan perjalanan hidup awak. So inspiring.

  5. kadang-kadang Allah nak bagi kita hidayah bila-bila masa je kan? dia sentuh hati kita ni sikit je dan alhamdulilah, hingga kini u bertudung. teruskan! rezeki makin luas bila kita semakin dekat dengan dia, insyaAllah. 🙂

  6. sangat menyentuh hati…
    semoga istiqamah, teringin nk bercuti juga mcm pora…
    Tea Lady kat office saya ni, tinggal satu kawasan dengan awak..hehehehhe..die cakap awak mmg suke travel!

  7. Cik pora…kak boleh baca entry hang smpai habis.. Kak doakan Allah lindungi hang dimana saja hang berada..pi mana pun tawakall na.insyaallah ameen.

  8. Alhamdulillah…. Allah jentik hati kita sikit je.. itu tanda kasih sayangNya… tinggal lagi samaada kita nk ambil tindakan dari situ atau tidak, semua terpulang pd diri sendiri… dan Alhamdulillah… cik Pora pilih jalan yg betul, dan sesungguhNya janji Allah itu pasti.. rezeki kita Dia yg tentukan… usah gundah … selagi kita berada di atas landasanNya, in shaa Allah payung lindunganNya sentiasa bersama kita hambaNya… aaamiinn…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *