Pengalaman Pertama Travel Secara Solo : TEASER

Alhamdulillah I made it!

Sesuatu yang dah lama aku nak buat. Sejak 3 tahun lepas lagi aku memang ada plan.

Itinerary semua dah siap, tetapi Tuhan hantarkan travelmate yang sejati untuk teman aku merantau ke seantero dunia. Maka, impian itu tertanam dalam-dalam tanpa aku re-plan trip yang akan datang.

Tapi, satu hari ketika duduk mengadap laptop, saja-saja survey tiket flight di Skyscanner. Tup tup ada pulak tiket ke Sapporo, Jepun dengan harga RM689/ return trip. Travel date? 10 hari dari tarikh aku tengok tiket tersebut.

Aku terus book tiket tersebut tapi atas nama aku seorang sahaja. Tapi macam… Ala sorang ni, takut parent tak bagi pulak. Okay, kita cuba tanya sahabat sorang ni. Tapi, beliau tak free. So, apa lagi… Aku tetap proceed dengan plan untuk pergi ke Sapporo secara SOLO.

Sampai di airport, selepas ambil pocket wifi, aku terus ke departure gate dan lepas je check semua document, aku masuk sambil mengusung backpack yang tidak lebih daripada 7kg. Aku toleh belakang, berderai juga airmata. Ya ampun, first time aku menangis dekat airport.

Tertanya dalam hati, kenapa menangis ni? Aku kesat air mata cepat-cepat. Sebab lepas ni nak ke arah kastam checking pulak. Aku terus menuju ke ruang departure destinasi Sapporo. Aku mencari sudut yang paling tenang. Aku duduk di situ dan cuba untuk mengisi masa dengan update social media yang ada.

Bila semua selesai, aku cuba cari port lain untuk mula menulis travel journal. Saat tu, berjurai-jurai air mata. Apa yang aku nak cari melalui perjalanan ini? Adakah aku berlari dari sesuatu? Adakah aku ingin menghilangkan diri? Adakah aku inginkan ketenangan? Tapi, bukankah ketenangan itu hanya dengan bersujud 5 waktu sehari?

Me and my backpack

Kalau dulu, aku selalu tengok dalam drama. Kalau sedih je, mereka akan pack barang. Pergi airport dan naik flight untuk ke luar negara. Lepas beberapa tahun, dorang balik, acah-acah mulakan hidup baru. Tapi sekarang, aku bukan dalam drama. Aku tak sedih. Dan tujuan aku bukan pergi bertahun-tahun. Cuma, kenapa aku rasa cam…Alahaiii!

Aku pejamkan mata. Nak patah balik, sempat lagi ni. Angkut bag, keluar dari sini, ambil bas and balik rumah. Aku buka mata dan bernafas panjang-panjang. Kelihatan orang di sekeliling aku semuanya bergembira dan nampak excited sangat. Aku selalunya macamtu. Happy, paling riuh. Tapi sekarang mampu tengok dan termenung je. Cepat decide Sapora. Nak pergi ke tak ni?

Bersediakah?

Belum pun sempat buat keputusan, pramugari AirAsia sudah pun buat pengumuman untuk perlepasan masuk ke dalam pesawat. Aku mengangkat backpack dan melangkah berat menuju ke pintu perlepasan. Keputusan masih belum muktamad. Yang aku sedar aku kini berada di quiet zone dan ketiga-tiga seat di row aku, memang kosong.

Sorang 1 row, boleh?

Takpe Safura, just enjoy the flight, rest and sleep tight. Tak perlu pikir panjang. Aku tutup mata dan yang aku sedar ketika cahaya matahari terang memasuki tingkap kapal terbang. Aku buka tingkap dan dapat lihat awan dan langit yang sangat indah. Aku tersenyum. Good morning Sapporo Chitose. Aku kini lebih bersedia untuk mengembara ke seluruh bumi asing ini.

 

Dah jom tido!

Assalammualaikum dari langit Sapporo

Sebenarnya, bila aku cuba Google tentang pengalaman pertama kali mengembara secara solo. Ramai yang alami pengalaman yang hampir sama dengan aku. Ada yang menangis, macam tak nak pergi. Ada yang give up, tak daya nak pergi seorang diri. Ada yang menangis, tak tahu kenapa, tapi rasa nak patah balik. Okay, itu macam aku je. Ahaks! Pengalaman kami semua hampir sama.

Tapi, itu semuanya mereka alami semasa nak boarding je. Bila dah sampai di destinasi yang dituju, semua itu akan bertukar 360. Alhamdulillah, berani aku katakan, this is the best trip ever. Walaupun pada asalnya, aku dapat target yang aku akan lonely. Paling best pun aktiviti kat Sapporo yang aku buat, buka journal and duduk dalam bilik.

Itulah yang terjadi bila kau terlalu banyak assume, tak pernah yakin dengan sesuatu yang positive. Hidup jangan banyak sangat assume dan judge. Relax, tenangkan diri, yakin dan serahkan segalanya pada Yang Maha Esa. Aku hanya anggap diri aku sebagai seorang kanak-kanak je. Explore everything, tak rasa takut untuk mencuba sesuatu yang baru and appreciate little things in life.

That’s what I did. I enjoyed Sapporo very very much! I love ittttt! Semua orang yang aku jumpa, terserempak, ter-join trip dorang, ter-tumpang makan sama-sama, yang berikan aku makan dan sentiasa menjaga aku sepanjang di sana. Allah hantarkan insan-insan hebat sepanjang perjalanan solo ke Sapporo tempoh hari. Syukur Ya Allah. Perkara yang indah dalam hidup. Tak sangka. Terima kasih buat yang sentiasa mendoakan aku dan mereka yang aku temui semasa berada di sana. Kalian hebat!

Nantikan sambungan travel tale aku sepanjang di Sapporo 🙂

*teng teng teng, muzik Doraemon* Selamat datang ke Sapporo, Saporaaa!

5 thoughts to “Pengalaman Pertama Travel Secara Solo : TEASER”

  1. Idol! Your an inspiration. Tak pernah lagi travel solo, one day i hope i have that courage to travel solo. Maybe ke Sapporo juga hee 🙂 Tak sabar nak tunggu cerita seterusnyaa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *