SOLO Trip ke Sapporo, Hokkaido 2017

“Traveling—it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta, The Travels of Ibn Battutah

Setiap dari kita pasti ada impian untuk mengembara ke serata dunia. Masa, wang dan keupayaan yang membezakan kita semua untuk memulakan sesuatu pengembaraan tersebut. Dan itu merupakan antara sebab mengapa setiap dari kita mempunyai cerita yang berbeza. Segala perancangan yang kita lakukan, tips-tips yang kita baca, pengalaman yang kita lalui semasa travel, menjadikan kita semua pencerita mahupun penulis. Tak gitu?

Kalau selama ini, setiap perjalanan yang aku lakukan pastinya dirancang seawal mungkin, research segala tips yang ada, baca review hotel yang terbaik, cari teman yang nak join trip segala, namun kali ini semua yang biasa jadi luar biasa. Tanpa aku sedar, aku sudah pun keluar dari zon selesa itu. Aku tak pernah rancang, hanya selalu catatkan dalam senarai impian terbatas. Benar orang cakap, tak salah berangan, mungkin satu hari pasti jadi kenyataan. Ianya betul-betul jadi pada aku.

Dan apa yang berlaku sebenarnya di sebalik trip ini :

1. Decide beli tiket dalam masa 10 minit je
2. Book tiket ke Sapporo 10 hari sebelum fly
3. Pergi sorang-sorang!

Bertemankan bag dan passport

Selfie 🙂

Hello Sapporo!

Aku tiba di Sapporo iaitu ibu negara Hokkaido (yang terletak paling utara di Japan) jam 8.50pagi dengan pengumuman cuaca yang dikira baik di sana. Aku berjalan sendirian menuju ke train station untuk terus ke bandar Sapporo. Beli tiket dengan harga -1070 yen one way. Urusan pembelian segala macam tiket juga boleh dibuat di Sapporo Chitose Airport. Ada kaunter JR train di situ. Nak beli tiket Lavender Farm train pun di situ jugak. Jadi, plan your trip wisely. Siapkan segala itinerary dan beli tiket yang sesuai dengan program anda sahaja. Harga tiket memang mahal ye. Kalau salah beli, rugi hoi!

Sapporo Chitose – Sapporo = 30 minutes

Tips : Train akan beroperasi dengan frequency 15 minit sekali

Aku tiba di Sapporo station dan cepat-cepat buka direction untuk ke hostel yang aku dah booked. Katanya, berjalan kaki dari station ni hanya beberapa minit sahaja. Cuma sekarang ni, nak kena keluar ikut gate mana. Ada west, north, south semua. Apa yang best di Japan ni, dorang memang invest habis-habisan pada tourism information mereka. Akan ada pekerja, segala booklets, maps dan siap kaunter pertanyaan yang penuh dengan informasi sangat berguna. Selalunya ia terletak di main station. Jadi, jangan lupa singgah jika anda perlukan apa-apa info ya.

Kalau di Osaka, mereka ada ICOCA, kalau di Hokkaido, it’s KITACA. Beli di kaunter JR di stesen Sapporo

Penat face.

Mari kita naik train

Korang yang nak reserve seat, perlu bayar extra 520 yen

Ini compartment untuk reserved seat

Sampai sudah

Japan – inilah antara benda yang aku selalu rindu, their vending machines

Ada di mana-mana, make sure korang bawak buku dan chop sana sini

Ke West gates kita

Mari melintas yaaaw!

Tak perlu pakai pelaris, aku tengok pun tertarik terus

Heloo kota Sapporo!

Lavender, kita akan bertemu nanti 🙂

Selepas mendapatkan direction dari mereka, aku mula berjalan dalam cuaca yang panas lit lit dengan menggendong backpack yang agak berat. Sebenarnya tak jauh mana, tapi bila first time ni, confirm lah akan sesat jugak. Akhirnya lepas jumpa hostel aku tu, aku pun try untuk check in. Tapi nampaknya, waktu check in adalah pada jam 3petang. So, apa aku buat, siapkan diri, tukar baju dan keluar dari hostel untuk explore beberapa tempat yang walking distance.

Amenities 🙂

My travel essentials – Camera, maps and pocket wifi

Since perut pun lapar, aku terus ke Family Mart, convenient store favorite sepanjang zaman. Onigiri adalah teman karib aku sepanjang trip ni. Senang beli, senang bawa, senang nak makan. Nasib baik Family Mart area Sapporo ni siap ada tempat makan, jadi dapatlah aku berehat sekejap dalam aircond. Jalan sikit tadi pon, bahang habis. Memang cuaca summer di sini sama je macam kat Malaysia. Aku advise untuk korang pakai sunblock dan bawak payung.

Van Houten Cocoa, you are the best *hugs*

Ini je mampu haaaa!

Kenyang dan bila ready, aku mulakan perjalanan menuju ke Former Hokkaidō Government Office atau lebih dikenali sebagai Red Bricks. Bangunan ini dibina sekitar 1888 dan ianya mengambil unsur bangunan Massachusetts State House di USA. Melangkah masuk ke dalam bangunan ini, seakan masuk ke dalam bangunan lama-lama yang sangat unik. Ada beberapa bilik yang kini dah jadi tempat display semua barangan sejarah Hokkaido. Aku sarankan korang minta bantuan volunteers di sana untuk berikan penerangan kepada anda. Tiada bayaran dikenakan untuk entrance fee.

Finally made it here!
Cuaca cantik – panas dan cerah

 Kita selfie je lah, nak suruh orang amikkan gambar, Sapporo sunyi je. Walaupun I persis wanita mengandung. Salahkan baju itu.

Dari pelbagai sudut
Mari kita masuk ke dalam

Again, chop dulu sebagai souvenirs diri sendiri

Antara bilik yang aku visit

Ruang meeting zaman dolu-dolu

Keluar dari Red Brick, aku berjalan di sekitar bangunan tersebut yang sangat tenang dan aman. Memang orang Sapporo ni jenis kategori senyap ke? Sebab jarang jumpa yang cakap jerit-jerit. Sepi je di sini. Ada yang makan duduk ngadap tasik, ada yang makan bawah pokok… Sorang ataupun beramai-ramai mereka tetap tenang. Pastu aku termenung, kalau aku jumpa kawan-kawan, kategori gelak ketawa paling pecah dinding selalunya aku yang menang. So, kekdahnya kalau aku duduk sini, aku lah yang paling pelik sekali. Memang kena berubah ni. Haaaa… culture shock tak?

Me + ? = Non hado

Aku berjalan kaki pulang semula ke hostel yang terletak dalam 8 minit sahaja. Ingatkan dah siap lah bilik untuk check in, rupanya tak siap lagi ye. Terpaksalah sis duduk di kafe dan update segala cerita kepada keluarga tercinta. Tepat jam 3petang, mereka panggil aku dan maklumkan bilik dah siap. Actually, few days before aku sampai sini, mereka ada email aku dan bagitahu yang mereka tak bekalkan aircond. Aku cammmm… Seriously. Musim panas camni, tido dalam ketibas lah nampaknya. Nak cari hostel lain, semua dah full. Jadi, tiada pilihan.

Panas sangat dah time ni

My watermelon ice cream

Susun barang-barang atas katil

Masuk je dalam bilik, tetiba ternampak ada mamat Jepun tengah betulkan aircond, aku cam terus tanya, aircond? Dia pun gigih repeat apa aku cakap. Kekdahnya, rezeki aku la dapat bilik ni. Lengkap dengan aircond. Menurut kata roomie aku, bilik lain memang takde aircond, die pun terkejut kenapa bilik ni ada. Takpelah, yang penting aku cepat-cepat mintak tukar katil bawah dekat dengan aircond. Sorrylah korang, aku dari negara yang tak pernah ada salji. So, bagilah aku chance rasa sejuk-sejuk sikit. Korang yang jarang panas-panas, semoga lit lit tau.

 Sempat pergi Family Mart untuk beli air dan juice 🙂

Tiada aktiviti pada hari ini, hanya ada date dengan teman aku di Hokkaido. Beliau ini aku jumpa time #shizukatrip ke Osaka 3 tahun lepas. Seronok dia dapat jumpa aku lagi. Kami dinner di restoran berhampiran hostel kami. Sumpah best! Aku suka betul restoran Jepun. Feeling makan dengan local, order sashimi itu harus. Tried abalone for the first time, sedappp hokey. Banyak yang kami borak dan sempat juga aku belajar beberapa perkataan Jepun dan culture mereka.

Paling enakkkkkkk

Imo-mochi ni sumpah tersedap!

Shizuka cakap hello kat korang semua

Bid farewell to Shizuka dan berjalan terus ke hostel. Jalan dalam gelap tapi Shizuka sempat pesan don’t worry. Here got CCTV dan waktu aku berjalan tu memang ada police dalam kereta yang standby. Terus rasa lega. Masuk hostel, aku siap-siap solat dan tido. Time aku dah get ready masuk dalam reban aku, nak tido, tetiba ada pulak yang selak langsir reban aku. Terkejut habis. Apa lagi, unsur jerit terkezuttt la berlaku. Cepat-cepat orang tu say sorry. Nasib baiklah, aku tak tido lagi. Kalau tertido tu, entahlah apa jadi. Apa-apa pun, tido lena sangat.

 Hadiah dari Shizuka – kata beliau, ini signature Hokkaido, sebab cuaca panas

*to be continued…

10 thoughts to “SOLO Trip ke Sapporo, Hokkaido 2017”

  1. Assalamualaikum. can i have ur phone number.. nak tnya tntang sana. sbb nextweek dah nak pegi tapi xtahu menda lg… tq sis…

  2. hai hai…x sabar nak baca next entry.saya pun nak try bacpack sorang2 ke hokkaido.nanti cerita tempat2 best ye ❤️❤️

  3. Hai nak tanya line kat sana guna line apa ye? Ada jual simcard untuk tourist ke? Boleh beli dekat mana ye kalau ada jual?

  4. Bleh x yg solo travel ni kita join bg ramai..so dat bleh kita kenal2 dan boleh share info..mb bleh plan next trip bersama..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *