SOLO BUDGET TRIP Sapporo 2017 : Furano

Bangun pagi-pagi untuk kejar train ke tempat paling aku nantikan iaitu FURANO. Ye, sebut betul-betul, FURANO. Walaupun ramai yang prefer untuk ke Hokkaido pada musim sejuk, namun hasrat untuk ke Hokkaido pada musim bunga adalah sesuatu yang aku idamkan sejak dulu lagi. Tak sangka diberikan rezeki untuk sampai juga di sini walaupun semuanya last minute.

Untuk trip ke Furano ni, aku mohon korang study betul-betul. Sebabnya info die agak confusing di sini. Macam-macam train ada. Siap ada temporary train yang dibuka hanya pada certain date dan musim sahaja. Oleh itu, bersilat lah korang semua untuk study pasal Furano ini.

Waktu aku sudah pun berada di Sapporo, aku ada nampak post ex-colleague aku yang turut check in Airport Chintose Sapporo. Try mesej dia and nak jadikan cerita dia pun beli pass Furano Lavender trip pada hari yang sama. Maka, berjanjilah kami bertemu di platform Lavender Train. Teman aku ni pandai cakap dan menulis dalam bahasa Jepun. Jadual train pun die checkkan untuk aku. Baik sungguh!

Bila train tiba (sumpah train dia comel tahappppp gaban), kelibat dia pulak tak sampai-sampai. Jadi, aku masuk dulu. Then aku text dia cakap aku dah chopkan tempat die. Nampak tak perangai budak tadika kemas tu? Bila dia sampai, sumpah rasa macam reunion company lama. Lamanya aku tak jumpa dia. Panjang betul berborak. 2 jam perjalanan ditemani dengan pelbagai cerita tentang pelan kehidupan.

Comel sangat train ini 🙂

Dulu ada berangan dan borak-borak nak travel sesama. Tapi tak pernah jadi. Sebab dia suke buat ad-hoc trip. Solo ye. Tapi sekarang, dapat jugak laksanakan impian tertunggak kami itu. Betul kata orang, cakap itu satu doa. Tengok dah termakbul. Ahaks! Berhenti kerja dan sambung study di London? Itu plan dia lepas balik Sapporo. Aku admire orang macamni. Senyap je. Tapi berisi (bukan ngandung ye, haip!).

My ex-colleague, Hwee Yin (on right)

Dalam tak sedar kami dah pun tiba di stesen Furano. Ramainya manusia. Mujurlah aku tinggalkan sikit barang aku di Sapporo. Kalau tidak, nangislah nak mengangkut ni. Aku turun dari train dan ucapkan selamat tinggal kepada kawan aku tadi. Seronok dapat jumpa beliau walaupun kejap. Bye-bye Hwee Yin. All the best in London.

Aku menaiki local train yang disediakan dengan pass B pulak. Kalau tadi aku guna pass A untuk perjalanan daripada Sapporo ke Furano. Sekarang ni, guna local train pass. Yang boleh turun naik sesuka hati. Sebelum terus ke Tomita Farm di mana letaknya lavender field terbesar, aku turun dulu di Nakafurano. Sebab aku akan stay sini 1 malam dan aku rasa better aku letak barang-barang aku kat locker je dulu. Tak daya nak usung backpack aku ke sana sini.

Mission why I’m here – To cover Furano and Biei

Hanya 300 Yen, aku letak bag dalam locker dan sementara tunggu next train (sila rujuk jadual train waktu nak plan your trip), aku berjalan dulu di sekitar Nakafurano. Ianya macam sebuah perkampungan yang kecik je. Tapi sebenarnya luas gile. Kalau tak stay sini, korang boleh je catwalk dari train station ke Choei Lavender Farm.

Waktu aku sampai, hujan rintik-rintik ye. Tapi aku gigihkan jugak jalan kaki dengan poncho yang ado. Di sepanjang jalan menuju ke Choei tu, kau dah boleh bau aroma lavender yang superb wangi. Walaupun otak kau akan automatic cakap, bau Ambi Pur. Pedulik itu semua. Sebab ini bau original ye.

Aku catwalk sambil ambil gambar and buat video. Bukan sebab excited, tapi sebab takde orang ye. Macam bandar ni aku yang punya. Berpusing-pusing buat video, yang penting gembira ya’amat. Sampai di Choei Lavender Farm, terus nganga. Masyallah, cantiknya tempat ni.

 Di tepi jalan sahaja. My first up & close session with Mr. Lavender.

 Bila kau sorang-sorang di Ghost Town, sebab memang takde orang

 Cool signboard

 200m to go

 

Rasa nak lari laju-laju sebab seronok! Apa yang menarik di Nakafurano adalah chair lift yang tersedia yang bakal membawa anda terus nun jauh di atas lavender farm untuk menyaksikan pemandangan nan indah dari atas bukit. Memang indah.

Tips : Jangan lupa ambil coupon discount kat train station. Nanti boleh beli tiket chair lift dengan harga yang berbaloi.

Waktu aku naik tu, hujan pun mula berhenti. Apa lagi, berlari beratur nak naik chair lift. Walaupun aku sorang je, aku tetap rasa riang sendiri. Nampak tak perangai mudah terhibur tu? Bila naik tu, kau akan lihat betapa luasnya lavender farm di sini. Bila dah sampai di atas bukit, baru kau nampak luasnya bumi Nakafurano ni. Tetiba terpikir, bestnya kalau ada chairlift ni naik terus ke Everest. Eh?

Excited for Nakafurano

Sepanjang 3 minit di atas chair lift, aku ditemani muzik romantik Jepun yang syahdu habis. Memang layan sungguh feeling time tu. Dengan bau wangi lavender. Dengan muzik, pemandangan yang mencengkam jiwa, ya ampun, bahagia jugak hidup begini. Alhamdulillah.

Tadaaaa! I’m here.

Chair-lift to lavender farm

Terus naik, posing and enjoy

Memang nyaman dengan alunan muzik, one of a kind!

Kita toleh belakang sikit

Toleh kiri, eh? Awakkkk!

Aku turun dari chair lift dan mula explore lavender farm di sini. Ala-ala up close with bunga lavender lestari gitu. Baru aku kenal rapat habis dengan lavender ni. Cuma satu je buat aku terpikir, nama dia sangat manis dan manja, tapi bau dia sangat manly. Mungkin itulah keunikkan bunga ini. Okbai.

Apa yang best kat farm di Nakafurano ini, korang boleh cross bunga-bunga tu. Dibenarkan. Kekdahnya kau nak baring, nak bersila tengah-tengah bunga pun boleh. Bebas buat perangai kat sini. Cuma nasihat, janganlah kau buang air besar pulak walaupun itu baja boik punya. Jangan lah buat hal berak merata kat Jepun ni. Buat malu bangsa jelah. Eh?

 Majestic view, subhanallah

 Close up dengan lavender ciked

  Oh Nakafurano people, kau sungguh bertuah! Sg Koyan people like me, so jealous.

 Oleh itu, selfie bersama lavender itu jatuh hukum harus!

 Macam tak percaya betul-betul tengok bunga ni. Serious tau!

 Love this shot! Ada pokok sekeping di situ

Aku turun kembali ke bawah menaiki chair lift selepas alarm clock aku berbunyi kencang satu Nakafurano. Bukan apa, manusia ni mudah lalai. Especially bila kau seorang diri, takde siapa nak remind kau, suh balik kejar next train. Maka diri sendiri buat inisiatif. Inilah bestnya bila kau travel solo, rasa roh-roh bertanggungjawab tu semacam keluar tanpa dipaksa.

Tembok pun warna lavender, kau ghase?

Kembali ke JR station dan kita ke next destination pulak

Aku menuju ke destinasi seterusnya iaitu Tomita Farm. Aku sangat bertuah sebabnya, hari yang aku pergi tu, adalah hari terakhir mereka buat temporary station iaitu Lavender Farm. Kalau tidak, korang kena menapak jauh jugak ye. Elok aku turun dari train jenis tingkap terbukak tu, aku nampak kelibat seorang kakak bertudung. Aku cam terus senyum. Orang Malaysia ni. So, turun tu, terus cari diorang.

Alhamdulillah mereka tak sombong. Then, borak-borak dengan dorang yang mempunyai sama tujuan iaitu ke Farm Tomita. Apa lagi, jom kita. Dorang minta izin untuk join aku sekali. Aku pulak rasa segan, seakan aku yang patut mintak kebenaran sebab mereka ini berdua, aku pulak sorang. Jadi, sama-sama sepakat nak jalan sama-sama. Barulah meriah.

Maka, kami pun berjalan la kat sana. Mereka ini ada kursus dengan tourism dan tinggap selama 2 minggu di Oberano. Yang aku pun tak pernah dengar. Dorang banyak kali tanya, serious ke jalan sorang-sorang semua. Tak takut ke? Tido macamane? Dan macam-macam lagi mereka tanya. Aku tersenyum je. Sebab aku pun tak tahu nak jawab camane. Bagi aku, semua keberanian atau ketakutan ini lahir dari hati yang berhubung kait dengan akal. Selebihnya aku bertawakal.

Tapi Tuhan itu terlalu pemurah. Dia hantar pelbagai teman untuk bersama dengan aku. Tak pernah sekali pun aku rasa sunyi. Kini, beliau hantar 2 gadis Malaysia pulak. Banyak kami berborak, siap aku pulak mengajar dorang, jom gi sana, jom gi sini. Pastu, siap suruh dorang try rock melon Hokkaido yang sumpah sedap gile. Sebab apa yang aku rasa tu, lagi baik jika dikongsi kan? Ya bukan.

Tips : Blooming season – early till mid July / Best season viewing – Mid July. Farm ini bermula sejak tahun 1903, namun tanaman bermula pada tahun 1958. Ianya mula diperkenalkan sebagai tarikan utama pelancong pada tahun 1976.

Kita naik train lama-lama pulak. Memang Jepun ni suka buat kita rasa terharu

Temporary station, tapi tetap meletops ye. Hari yang aku pergi tu, hari last station ni. Esok aku lalu, memang tak ada ye. So, harus berjalan kaki jauh juga.

 Berjalan dari Lavender Station terus ke Farm Tomita

 Dah sampai, mari kita explore apa yang ada

 Kita borong postcard dulu ye.

Berteman tanpa sengaja. Thanks girls 🙂

Farm Tomita, ketibaan kami disambut meriah!

 Poppy, cantik!

 Field of lavender, apa lagi yang anda mahukan? Gitu!

 Enjoying the view and the smell

Bukan sahaja lavender, ada pelbagai lagi bunga-bunga yang mekar di taman sama naik dengan lavender. It’s Irodori Field yang terdiri daripada 7 warna bunga berbeza.

Jika berminat nak beli, ada dijual ye

Semalam aku dah makan, hari ini aku suruh kawan baru aku rasa. Tetap marvelous!

Indoor garden

Auntie and uncle tengah nge-date

They are from Hawaii. Tengok aku duk selfie sorang-sorang, they offered to help. Bila dia tanya aku dari mana, terus dia cakap, I didn’t expect Malaysian can speak English so well. Aku jawab, kat sekolah wajib belajar English. Tapi dalam hati nak cakap, kau tak rasa ke bila kita bergambar bertiga, dah macam family potrait. Cuma aku banyak ke ayah lah. Kalau ikut mak, aku Cik Puan Safura Evans sekarang.

Ladang poppy di tepi bukit

For memories, kita bertiga. Tak tahu bila lagi bakal bertemu kan?

Canola flower field
Aku snap sebab dia je warna putih dekat farm ni

Ada bee 🙂

Lavender di sebalik poppy

Muka dalam hati ada bunga. Walaupun….

Ke ladang lain but still in Farm Tomita. Memang luas tempat ni. Semua kelengkapan ada cuma 1 je yang lacking, susah jumpa tong sampah

To another view yang sangat mempesonakan

Magnolia 🙂

And bermacam lagi bunga-bunga

Disebabkan dah hampir berjam-jam kami lepak di Farm Tomita, aku suruh dorang ke Nakafurano pulak. Biasalah, buat marketing tempat orang ni memang favorite aku. Lagi pun, aku memang nak kena balik Nakafurano, sebab driver hostel aku akan jemput aku pada jam 5.30 petang. Waktu yang ada tu, apa lagi. Kita bawak kawan-kawan kita jalan pulak.

Aku temankan mereka sampai di Nakafurano Farm dan kemudian aku pun ucapkan selamat tinggal pada mereka. Aku berjalan pulang ke train station Nakafurano. Tunggu beberapa minit dan kemudian driver hostel aku tiba dengan signage nama aku dan beberapa guest yang lain. Semuanya perempuan. Aku naik ke dalam van. Berkenalan dengan pengembara dari Singapore yang juga travel solo. Kekdahnya dalam van ni semua pun travel solo jugak.

Tak sampai 10 minit, kami tiba di hostel. Jalan menuju hostel ni sumpah cantik. Penuh dengan scenery sawah padi yang sedang kuning. Lapang. Macam negeri ada UFO. Itu yang dapat aku gambarkan. Bila van berhenti, aku keluar dan dijemput masuk oleh seorang lelaki bernama John. John kenalkan diri dan bagitahu yang jemput kami tu wife dia. Oooooo… Suami isteri berganding bahu ni. Bagus!

To my hostel, jom! *Auntie Taiwan, baju hijau ni manis je*

Hanya 4 guests sahaja yang check in pada petang itu. Kami diberikan briefing dan excited pulak nak duduk sini sebab macam-macam yang ada dalam rumah berkonsepkan onsen di dalam kampung katanya. Memang sengaja aku pilih hostel ni untuk new experience. Aku ditempatkan satu bilik dengan budak Singapore tadi dan juga seorang auntie dari Taiwan. Beliau tak banyak cakap sebab tidak reti berbahasa Inggeris. Kekdahnya bahasa tunjuk langit, senyum-senyum, angguk-angguk jelah jadi penguat relationship kami. Ahaks!

Aku masuk bilik, pilih katil paling hujung. Bila tido reramai ni takdelah takut sangat. Aku bersiap dan mandi.Lepas mandi, semua pun ada dalam bilik. Aku cam borak-borak kejap. Dalam duk borak tu, aku bukak apps kiblat aku. Dah nak masuk Maghrib, jamak Zohor & Asar tak lagi. Nak dijadikan cerita, bila aku bukak je apps tu, kiblat straight dekat ahso Taiwan yang tengah syok berborak chong cheng chong cheng tu. Telan air liur aku.

Camana nak cakap yang aku nak solat. Takkan nak halau dorang. Tak mungkin. Tabaik. Dorang tengah galak duk sembang tu. Aku pun duduk senyum-senyum lagi. Seolah-olah cam aku paham je apa dorang sembang. Tapi, tak boleh jadi ni. Berani kerana Allah. Aku memang tak berani. Cuma aku harus berani. Aku mohon kekuatan. Akhirnya, aku cakap baik-baik. Do you mind, if I pray here? Terus dorang cakap, yes please. And yang paling best, dorang siap cakap, we go down and you can pray in peace. Terus aku ucapkan terima kasih.

Terima kasih ye roommates 🙂

Sumpah lega. Dipermudahkan urusanku. Kalau korang yang pernah duduk hostel, korang mesti akan rasa apa aku rasa. Tapi nasihat Cik Pora, terkadang tu, janganlah kita judge orang bukan Islam ini takde hati perut. Bila pikir balik, ada je orang kita yang tengah kita solat, duk bercakap cita pasal shopping tudung Ariani lah, telekung Siti Khadijah la… Padahal orang sebelah tengah mencari kekusyukkan dalam solat.. Itu semua tanya pada hati. Bukanlah Da’i Sapora nak kecam anda semua. Tapi sekadar berkongsi pengalaman. Eh? Jangan kecam sis ye. Muah!

Aku turun untuk dinner pada malam tu sekadar makan onigiri yang aku tapau dari Sapporo. Itu sahaja yang mampu aku telan. Then, naik balik ke bilik untuk tido. Lena sungguh aku tido malam tu. Seolah-olah macam bilik sendiri. Mungkin penat duk tapau semua ladang lavender di Furano ni yang membuatkan aku lelah habis. Malam tu, hujan turun lebat membasahi perkampungan Nakafurano. Sejuk woi. Nasib baiklah toto Jepun ni power. Kalah toto Langkawi ye.

 

Aku terjaga bila ada cahaya terang mula masuk ke dalam bilik. Tengok phone. Baru jam 4pagi. Keluar sekejap tengok kawasan rumah then aku sambung tido balik. Dalam hati masih berkira-kira, nak check out jam berapa ni. Menurut John, kalau jam 7.40am, isteri dia akan hantar ke bus station, then naik bus untuk ke train station. Kalau jam 9.00am, wife dia akan hantar terus ke train station. Lepas mandi, aku tengok jam, dah pukul 7 pagi. Okay decide now Safura. Aku duk pikir, yang lepas ni nak ke Biei. Alahai, sempat ke nak balik Sapporo awal sikit. Pikir lagi.

 Selamat pagi Nakafurano!

 Teruskan melangkah tapi harus perlahan, hormat yang masih tidor

 Tempat lepak paling cool – Belakang rumah je ye.

 Hostel saya, kecik tapi best!

Duk berpikir-pikir tu, akhirnya aku buat keputusan nak check out 7.40am. Terus kalut John dengan keputusan aku. Nampak tak perangai Sapora? Habis orang Jepun pun pening. Dia terus prepare breakfast aku cepat-cepat. Katanya, 7.30am terus naik van. Ada 10 minit je aku nak makan. Nasib baik dulu kat sekolah jenis kawan dengan geng makan laju. So aku memang terer la bab makan lelaju ni. Ucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan yang lain, aku terus angkut bag. Naik van dengan isteri owner, sekali dengan anak-anak ye. Then, tunggu bus di tepi jalan. Dia siap pesan, bus datang jam 7.53am. Nampak bas, lambai je. Nanti berenti. Bas free. Simple je instruction.

 Breakfast yang sumpah sedap di Jepun. Tapi kena makan laju-laju pulak. Nikmat dunia, memang cenggini!

 Tunggu bus di tepi jalan, mana semua orang?

 Naked face, bangun terus mandi, pakai tudung, breakfast, angkut bag and now di tepi jalan ye.

Simple itulah yang buat aku terpinga-pinga. Penuh keraguan. Tapi yakin je. Keyakinan harus setinggi puncak Kilimanjaro. Nampak je bus, aku terus lambai. Tak lambat tak awal. Memang power timing Japan. Aku rasa nak bow 10x kat dorang. Betapa mereka hormat masa diri sendiri dan orang lain. Ye, kalau masa kau sendiri pun tak reti hargai, masakan kau nak hormat masa insan lain. Tak gitu? Aku masuk ke dalam bus dan hanya aku dengan driver je.

Dia bawak adalah dalam kelajuan 40km/j. Tenang betul. Berhenti di satu stop, ambil sorang budak. Dia nak pi sekolah. Aku terpikir, ni bas apa sebenarnya? Bas budak sekolah ke, bas orang kampung? Sebab takde pulak orang lain duk berebut nak naik. Aku pandang budak tu, budak tu pandang tingkap. Bila sampai sekolah budak tu, dia turun, ucapkan terima kasih pada driver bus. Cikgu budak perempuan tu, sambut dengan hi-five. Huntunglaahhh… Aku dulu, pak guard je sambut, itupun dengan logbook sebab nak tulis nama yang lambat.

 Taknak kawan dengan kita eh?

Cikgu tu terkejut tengok aku, tapi tetap bow. Tanda hormat. Beliau siap tahan budak perempuan tu dari terus masuk. Sebab beliau nak sama-sama berjemaah untuk bow aku. Aku pon anggukkan kepala. Sampailah bus aku bergerak, beliau tetap bow. Ya ampun, rasa dihargainya bila dalam keadaan macamni. Lain macam feeling dia ya. Takpe, I will come back Nakafurano.

 High five, cikgu paling ikhlas jadi cikgu pernah aku jumpa!

Aku tiba di train station tepat pada waktunya dan naik train ke Biei. Untuk korang yang ada beli Lavender Pass, you can combine the Furano and Biei trip. Barulah berbaloi beli pass ni mahal-mahal. Kalau tak, memang rugi. So, ayuh ke Biei kita.

Secangkir bunga lavender di bag travel aku. Barulah aum!

Back to this station, but this time, ke Biei

Tips : Selain dari memilih pass yang sesuai untuk journey anda, korang juga harus print out/ aware dengan timetable train ye. Ini paling penting untuk merancang perjalanan korang. Sebab timing di Japan memang sharp. Jadi, mudah untuk korang plan. Tak rugi masa kalau plan accordingly. Aku tiba di Biei sekitar jam 9 pagi. Untuk ke Blue Pool (main attraction di Biei), aku harus cari station bus yang boleh bawak anda terus ke sana. Tapi timing dia bikin panas ye.

Bus bergerak sekitar jam 9.30am. Dari Biei ke Blue Pool ambil masa dalam 25 minit. Bila dah sampai di Blue Pool, bus yang dari Blue Pool ke station Biei pulak bertolak dalam 20 minit dari time korang tiba tu. Kalau korang sampai Blue Pool jam 10.10am. 10.30am, bus ke Biei akan tiba. Hanya 20minit je korang boleh spend masa kat Blue Pool. Trekking dalam 5 minit belum kira lagi. Terkejar-kejar. Itu belum masuk nak berebut bergambar dengan makcik Mainland lagi ye. Haaa… time tu memang tak menang nafas woi.

Beratur untuk bayar duit tiket bas. Turun baru bayar, sediakan duit secukupnya

Simple instruction, mudah paham

Sejujurnya, kalau korang ada geng, aku sarankan korang drive je ke sini. Kalau sorang-sorang cam aku pergi ni, memang terpaksalah ambil public bus. No choice. Sewa kereta mahal. Jadi, aku hanya sempat beramas mesra di Blue Pool sekejap je. Takpelah, yang penting dah sampai. Lagipun hujan. Nak lama-lama kat situ, bukan ada atap pun. Tapi tempat dia.. Masyallah. Ternganga sekejap time tengok. Ciptaan Tuhan. Hebat.

 Hello blue pool!

Indah sungguh di sini

Look at the view… Masya-Allah, unbelievable!

Di sini baru nampak orang ramai sikit

 I’m ready! Beratur untuk naik bas ke Biei Station pulak

Bus meluncur laju ke train station Biei. Aku tiba pada waktu tengahari. Sunyi je Biei ni. Plan asal nak naik basikal tapi macam malas je nak mengayuh. So, aku pun jalan kaki. Round-round sahaja di sekitar Biei. Pekan nya tak besar sangat. Tapi banyak attractions yang best di sekitar bandar tersebut. Sempat juga aku check jadual train. Train ke Sapporo bertolak pada jam 12.30tengahari. Sampai sekitar 2.30petang. Just nice lah, by the time aku sampai tu, aku dah boleh check in hostel.

 Sambil tunggu train, aku makan ice cream ni. Sedapnya ya’amat. Pejam mata sambil makan. Nikmat di Jepun

 Bye-bye Biei. It was short and sweet moment. I’m lovin’ it!

 Train menuju ke Asahikawa

 Berdiri di belakang garisan kuning, jangan derhaka!

Dalam train, aku duduk sendirian. Bukak buku journal. Macam-macam yang aku tulis. Perjalanan yang aku rasa sangat pendek. Esok dah nak pulang ke Kuala Lumpur. Rasa macam tak percaya, sudah 6 hari aku di bumi Jepun ni. Tak pernah ada dalam plan untuk visit Japan tahun 2017. Seorang diri apatah lagi. In my wildest dream pun belum tentu. Tapi inilah dikatakan, yang tertulis. Aku tiba di Sapporo, beli beberapa souvenirs untuk insan tersayang dan kemudian aku pulang ke hostel.

Almost empty, apa lagi… Rest and relax

Check-in, berehat dulu masuk reban jap, ahaks!

Aku berehat sekejap. Kemudian, keluar semula untuk cari kedai makan Halal for my FAREWELL Dinner. Ramen Chenya – kedai ini terletak di train station Susukino, exit 3, jalan dalam 3 minit. Aku guna Google Maps je. Senang sangat nak jumpa kedai ni. Cuma kedai ni tidak terlalu besar. Kalau dapat time peak hour, anda harus beratur. Tapi percayalah, worth it sangat makan kat sini. Ramen dia sumpah sedap. Panas-panas. Perghh teringat betapa sedapnya ramen dia. Memang power lah chef kat sini.

Please makan sini tau! Janji?

2 tukang masak yang senior, memang padan sangat dengan hasil masakan mereka. Sedap!

Gyoza, pertama kali cuba, balik Malaysia, terus carik. Sebab sedapnyaaa!

Banyaknya Sapora makan, naik mengah cuba habiskan. Tapi, tetap berjaya hokey!

Yang beratur di luar sana, sabar menanti

Habis makan, chow. Jalan-jalan di sekitar Susukino. Tempat ni ala-ala Bukit Bintang. Buat lelaki, kalau ke sini, tolong kuatkan iman. Macam-macam ye 🙂 Aku pulang semula ke hostel, pack barang dan berehat. Esoknya aku memilih untuk menaiki bus ke airport. Maybe sebab hostel aku dekat gile dengan station bus. Bayaran murah sikit. Cuma, aku tak terpikir pun pasal jem ke apa ke. Main naik je. Nasib baiklah aku memang allocate extra time, sebab kekadang tu, jalan jem. So, bus maybe sampai lambat di airport. Kalau korang nak naik bus, please consider semua tu ye.

Tetap ada Hello Kitty

Susukino di waktu malam

Singgah Lawson cari junk food/ jajan yang boleh mengembalikan zaman kerdil saya. Feeling harus ada walaupun sorang-sorang di Jepun

Aku tiba di airport, check in, masuk flight and tido. Flight boleh dikatakan kurang penuh. Mungkin low season. Dapatlah aku duk tido satu row dalam flight selama 8 jam. Sampai Kuala Lumpur, aku bahagia habis. Alhamdulillah, sampai juga di negara tercinta. Propa sikit. Menghela nafas lega and nak bagitahu sikit. Akhirnya, sebelum aku 30 tahun, aku berjaya jugak buat solo trip. Lama dah aku idamkan, kali ini Tuhan rezekikan aku. Syukur sangat.

 Beli souvenirs di airport sajok. Mudah di Chitose, segala benda ada. Siap boleh claim tax.

Dan apa yang aku belajar dari trip ini :
1. You never be alone when you travel alone. Percayalah 🙂
2. Dekat dengan Allah
3. Penggantungan kepada Yang Maha Esa itu lebih tinggi
4. Masih wujud insan yang baik di dunia ini. Ramai sebenarnya!
5. Mula appreciate benda-benda yang nampak biasa tapi sebenarnya luar biasa
6. All decisions at your own risk. Akan rasa lebih bertanggungjawab
7. Kau tak malu untuk mulakan conversation.
8. Kau mula berpikir, negara sendiri pun akan rasa takut compared to jalan malam-malam di Jepun.
9. Differences and uniqueness – Kau mula embrace it, not judge it
10.You will learn to love yourself more than anything else.

Yep, semua ini dan banyak lagi sebenarnya yang aku dapat menerusi trip solo kali ini. Bagi aku, jika korang especially perempuan kat luar sana, jangan takut jika korang pernah ada impian untuk travel solo. Paling drama pun, nangis kat airport or dalam flight je. Dah sampai tu, korang akan lupa semua drama dan mula rasa henjoi tak ingat nak balik. Sounds familiar? Ahaks! Apa-apa pun, banyakkan berdoa, research, study pasal route dan tips keselamatan segala. Restu orang tua paling penting. Insyallah, semuanya selamat. Till then, sayonara!

Sampai Malaysia, Cik Pora terus sign up kelas bahasa Jepun. Apa yang kamu lakukan ke saya itu, pelik! Japan, I’ll be back!

2 thoughts to “SOLO BUDGET TRIP Sapporo 2017 : Furano”

  1. saya start travel solo pada umur 26 tahun dan addicted sangat sekarang.Well done sbb CIk Pora berjaya melakukan.Yeayyy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *