Budget Trip ke Kashmir : Kashmir ke Agra (Taj Mahal)

Berjalan di sekitar bandar Srinagar memang umpama kau berjalan dalam movie hindustan. Macam-macam tarikan yang boleh kau lihat hanya dengan berada di sekitar bandar Srinagar. Kami berkesempatan melawat di masjid yang tertua di sana. Kaum wanita tidak dibenarkan masuk ke dalam ruangan solat. Tapi, bertuah jugak aku apabila mereka benarkan aku untuk ambil gambar daripada luar. Wangi dan sangat cantik. Memang luar biasa. Must VISIT!

Masjid tertua & terbesar Jamia Mosque, Srinagar

View dari taman yang ada. Siap dengan taman ye

Ada fountain di belakang Cik Pora tu, seni bina yang sangat menarik

Imagine kalau solat berjemaah, pasti penuh kan. Ianya boleh memuatkan seramai 33,333 jemaah untuk bersolat dan 100,000 untuk keseluruhan masjid. Nampak tak pillar kat dalam gambar tu? Ada 370 jumlah semuanya.

Look at the view, unik sangat suasana dalam masjid ini

Masjid Shah Hamadan – yang tertua di Srinagar. Dibina sejak tahun 1395

Hanya kaum lelaki sahaja yang dibenarkan untuk masuk ke ruang solat. Wanita? No-no.

Tapi penjaga masjid baik sangat, benarkan kami untuk lihat ke ruangan solat. Siap selfie lagi. Sporting.

Since kami belum lagi shopping souvenirs, kami pun pergi cari kedai yang berbaloi-baloi. Memang murah sangat. Tapi lupa nak ambil gambar depan kedai tu. Rasanya kedai ni paling murah! Habis shopping, kami mulakan perjalanan ke airport. Setiap sorang akan dapat lunch box, untuk kami makan sebelum boarding. Why lah so nice one? Service yang paling terbaik so far. Memang nak buatkan kami rindu-rindu Kashmir ke ni?

 Siap ada pastries, rezeki kami 🙂

 Makan jangan tak makan, takde tempat duduk yalls!

Semasa di airport, anda disarankan untuk tidak bawa hand carry. Semuanya kena check in. Dan pemeriksaan yang sangat ketat dilakukan oleh petugas-petugas di sini. Satu je sis perasan, pekerja-pekerja mereka adalah bukan dari bangsa Kashmir ye. Nampak sangat wilayah ini ada masalah dalaman. Sejujurnya, bila kau lihat keadaan camni, kau rasa sedih. Tanahair sendiri yang ditadbir orang lain. Umpama Palestine. Mungkin aku belum sampai di Palestine, tapi aku dapat lihat ianya hampir sama. Doakan yang baik-baik ya.

Kami ucapkan selamat tinggal kepada Shabir, selaku pilot terbaik trip kami. Sebelum itu, kami dah pun cakap bye-bye kepada Dangola. Shabir ni ala-ala gangster kampung dusun sikit tapi anak mak. Mak call suruh balik, dia balik ye. Memang kami salute. Hero Kashmir la kiranya ni. Sempat kami buat sesi makan-makan di tepi airport. Ajak sekali Shabir. Dia pun dah macam kawan-kawan je. Siap cakap, no tips. Friend don’t give tips. Dah friend ye?

Kami settle je makan, masuklah kami ke dalam airport. Habis segala jenis pemeriksaan, kami mulakan langkah untuk scan bagasi pulak. Semua benda diorang check. Siap dengan camera semua kena on. Memang sangat leceh. Kita ikut saja peraturan yang dorang buat. Tapi macam biasalah, ingat korang je ada, sis Pora pun ade juga. Bila korang daah pandai bukak bag tu, silalah kau kemas balik. Dalam senyum sahaja sis Pora berikan tugas itu. Haaaaa… Barulah anak Malaya, eh?

Since semua benda pun kena check in, nampaknya, memang kena repack segala barang la ni. Sumbat sahaja mana yang boleh. Dengan bag guni pun, dorang sumbat jugak. Yang penting sari, buah blueberry walnut dalam guni tu selamat tiba ke destinasi seterusnya. Memang team aci guni beras betul. Yang bestnya, masing-masing riuh duk repack segala macam benda. Bila dah settle, padlock bag and ready to go.

Guni aci mana ni?

Pemilik guni bertuah ini, penuh woiii!

Walaupun kena repack, tetap riang.

Korang perlu isi pulak departure form. Lepas dah isi, baru boleh pergi check in. Memang kalau datang sejam awal, menangis lah tertinggal flight. Jadi, pelajaran untuk anda semua, sila datang awal. Urusan nak naik flight kat sini, umpama korang nak kena gi hantar perang duk barisan depan ye. Segala benda nak check. Bila dah settle check in, sebelum berlepas, korang kena identify bagasi pulak. Korang harus pergi sendiri, macam aku, ada sorang mamat airport die ajet-ajet nak tolong. Last sekali dia minta tip.

Memang kaki pow jugak orang sini. Ingatkan adik aku kat rumah je suka pow ibu aku. Rupanya sini lagi power. Aku cakap je, aku dah habis duit rupee, yang tinggal ringgit. Ambil jelah, jangan judge ye. Sebab dorang ni lepas ambil, suka judge. Itu satu yang aku kurang gemar. Tu yang terkeluar ayat-ayat pencetus ummah semasa di houseboat bila mana butler kami tak terima tip yang kami bagi. Sedikit atau banyak it’s all rezeki. Allah give it to you through me, accept it with Syukur! Libas tudung sikit. Okay tak, memain je.

Menanti penerbangan seterusnya

We’re ready to board! Yuk pulang ke New Delhi

Dalam Jet Airways, harus bergambar kenangan sikit

Selesai sesi pengecaman bagasi, kami terus ke departure area. Kami akan berlepas ke New Delhi menaiki Jet Airways. Perjalanan hanya mengambil masa selama 1jam lebih sahaja. Makanan dalam flight, biasa-biasa aja. Kami tiba di New Delhi pun dah petang. Disambut oleh pemandu di New Delhi airport untuk menyambung perjalanan terus ke Agra. 5 jam weyyyy. Memang lama. Penat pun ada. Tiba je di New Delhi tu, maka bermulalah balik bunyi-bunyi hon yang non-stop.

Alhamdulillah, walaupun harga guni RM1.80, tapi risaunya kami kat guni ni kalah bag Karimor woi

Ditambah pula dengan jalan yang jem habis, mungkin time balik kerja kan. So memang jem lah cite dia. Kami singgah di kedai makan, halal tapi interior restaurant tu umpama kau ada dinner date dengan Saif Ali Khan. Tak mampulah. So, kami keluar balik dan nasib baik aku teringat kedai yang aku pernah makan time visit Delhi dulu. Ada pulak driver tuk tuk muncul time aku discuss and dia kata kedai yang aku nak pergi tu tutup. Ada masalah keluarga.

Aku cam… Seriouslah. Dia siap cakap, yes I don’t know you, but you are visitor to my country, I wont lie to you. Nasib baiklah si Own roaming, jadi dia cepat-cepat search address and contact number kedai tu, ask our pilot to call. Bukak yeeeeeee. Aku serious geram gaklah. Kenapa cakap nak lidah cabang-cabang? Dah lah tiba-tiba muncul macam dalam drama, jadi pelakon pembantu pulak tu. Datang bukan nak bantu pastinya, tapi untuk ching kami. Apooo?

Terus panggil ahli jemaah yang dalam restaurant untuk keluar and mari kita. Nampak tak? Time tu aku dengan Own masuk, memang kami berjalan ala-ala gaya Sivaji, Own angkat spek, aku libas shawl kebelakang. Tak sanggup rasanya tengok ahli jemaah tertindas begitu sahaja. Drama tak? Biasalah tu, Pora kan.Apa-apa pun, nasib baiklah staff restoran mahal itu tak marah kami ye. Dah duduk, siap bukak menu tunggu nak order je. Tapi team Sivaji bertindak lebih laju dari semua. Bergerak ke Chimney kita.

Ternyata pilihan makanan di Chimney memang awesome. Butter Chicken dia memang antara yang terbaik pernah kami makan. Memang kena pada pilihannya. Walaupun Azie, bau-bau bacang kerabat Kelantan daerah Kota Bharu terdiam mual masuk dalam kedai tu, tapi dia berjaya jugak makan. Malam tu, kami buli dia. Selalu mulut dia yang macam peluru. Duduk je dalam Chimney terus behave. Dah tahu kan kelemahan mek-mek Kelantan?

Dinner time di Chimney 🙂

Yang terhebat, memang power. Butter Chicken and Naan

Kenangan di depan Chimney

Selesai je bersantap, kami naik je coaster, kami teruskan perjalanan 5 jam kami ke Agra. Ya ampun, bila dah makan sedap-sedap, coaster kami pun selesa tahap coaster DiRaja, apa lagi… Mari kita buat upacara tido beramai-ramai. Yang kami sedar bila toilet break and dah sampai depan gate guesthouse kami. Tengok je jam, ya ampun dah pukul 2pagi woi. Penattt sampai tak sedar masa berlalu begitu pantas.

Uruskan perihal check in dan bayaran, masuk bilik, kunci jam and tidooooo…Bangun seawal jam 7 pagi untuk bersiap ke 7th Wonder of the World – Taj Mahal. Uish, setelah sekian lama berangan, akhirnya Cik Pora dapat jugak ke Taj Mahal. Tak sangka oh sungguh tak ku sangka. Memang dah lama aku dambakan untuk berada di monumen tersohor dunia ini. Dari kecik lagi duk tertanya, kenapalah ianya disebut-sebut sehingga masuk dalam buku sejarah ye. Tak pasal kena hafal. Eh?

 Sementara guide uruskan tiket, kita posing dulu. Dapatlah air mineral dan sarung kasut. Harga tiket 1000 rupee untuk foreigner.

 Tadaaaaaa

 Yeehaaa, dah sampai di depan pintu. Ada 3 pintu – Southern, Eastern, Western

Sesungguhnya, bila kau dah sampai betul-betul di depan Taj Mahal ni, macam tak percaya. Cantik dan teruja. Ianya dibina sejak tahun 1631 hingga 1648 oleh Shah Jahan dan masih utuh sehingga hari ini. Bayangkan kalau zaman dulu, yang takde bangunan macam KLCC, menara sana sini bagai, tapi kau ada monumen teragung seperti Taj Mahal. Haruslah kekaguman zaman dulu itu lebih lagi banding sekarang. Tapi, dah kalau GEN-Y cam kami ni pun teruja sakan, memang ianya terlalu majestik.

Inilah lambang cinta. Cinta, 5 huruf (PYAAR), tapi kerana perkataan itulah, terbinanya Taj Mahal ini. Cintanya Shah Jahan pada isteri beliau menjadikan idea pembinaan monumen ini satu kenyataan. Emas, mutiara, permata juga turut menghiasi Taj Mahal. Tapi malangnya, pada zaman British, mereka ambil semua hasil lumayan itu jadikan harta mereka. Sehingga kini, tidak dikembalikan. Dasar kapitalis.

Nota : Mengambil masa selama 20 tahun untuk dibina dan melibatkan 20,000 pekerja

Bila dilihat akan keindahan Taj Mahal ini, jangan pernah lupa pada kisah pembinaan yang menelan belanja berpuluh juta pulak. Itu belum masuk lagi kerahan tenaga dan masa yang diambil. Semuanya nampak tidak realistik tapi itulah realitinya. Namun, di sebalik semua itu, ianya juga memberikan gambaran betapa hebatnya empayar India suatu ketika dahulu. Jika mereka masih hebat sehingga sekarang, mungkin ianya bukanlah India yang sekarang. Tak gitu?

 Inilah monumen teragung yang dah lama kami cari – Taj Mahal

 Putih bersih suci murni, memang gambaran yang tepat untuk senibina Taj Mahal

Dari sudut berbeza

Burung-burung yang terbang menghiasi monumen agung

 

Setiap sudut pun cantik

Tinggi nun ke langit

Beautiful mosque next to Taj Mahal

Kena pakai sarung kasut untuk protect Taj Mahal.

Jangan cuba untuk scratch pulak dinding mahupun marmar yang ada. Monumen ini kan monumen lama 🙂 Kita perlu jaga. Yang anak-anak Malaya, ingat jangan conteng-conteng, ‘Nak rempit, contact Roy/ Nak buat pinjaman halal, meh contact saya’ Tak mau buat malu kaum ye.

Korang kena ambil tour guide supaya korang akan lebih fahami tentang sejarah Taj Mahal

Fokus pada marmar yang sangat indah, terpesona

No words to express, serious talk, ini memang lawaaaaa sangat

Lepak dengan geng-geng aci sat. Ambil berkat badan tetap langsing dalam persalinan sari mereka

Balik dari Taj Mahal, kami menaiki kuda untuk ke van. Sebenarnya nak muntah dah duk naik kuda je. Tapi dah bayar, naik sajalah. Cuma beza antara kuda di Kashmir dan Agra, sumpah sedih. Aku lihat kuda kat sini, macam kena dera, luka sana sini then letak iodin. Waklu. Penderaan haiwan sungguh lah depa ni. Then, sebat kuda tu, umpama buruh kasar. Kuda tu luka kot. Okay, bab ini memang aku sedih. Emosi terus bila ingat balik. Kuda tu pun nampak murung je.

Sorry, but no sorry. I just want to share this. Aku pernah tengok dalam InstaStory mat saleh ni, dia pun meluat habis dengan apa yang berlaku pada haiwan di India. Beliau nampak kuda dilanggar kat India, dia nak tolong. Tapi penduduk kat situ ugut dia, kalau tolong, dia kena tangkap. Kuda tu nyawa-nyawa ikan dah, tapi apa orang situ buat, gelakkan kuda tu. Bila mat saleh tu nak tolong, dorang nak tangkap. Jadi, bila aku tengok apa yang berlaku depan mata aku. Aku dapat rasa yang haiwan dekat India (maybe in the cities) ni semua suffering. Anjing, kuda, moo-moo semua pun macam jadi hamba. Haih, semoga Allah berikan mereka hidayah, itu sahaja pinta aku.

Kita alihkan cerita tentang dera mendera. Settle sahaja kisah Taj Mahal, kami shopping sakan Himalaya pulak. Buat souvenirs kawan-kawan. Fridge magnet murah beli kat dorang yang jual-jual tu je. Kau bargain sedaya boleh. Memang murah. Kedai-kedai semua mahal. Usai cerita Agra, kami bergerak pulang ke New Delhi. Disebabkan dorang ni sakan nak raya, jadi jalan mana-mana pun jem dan penuh dengan orang nak shopping raya.

Memang kalah Brickfields ye. Sembah ratu aku tengok jalan jem dorang. Ini kalau lewat sikit, goodbye Malaysia. Nangislah. Tapi mujurlah pilot kami dah dapat predict semua ni. Jadi, memang dia nasihatkan kami supaya bergerak pulang awal dari Agra tadi. Mujurlah sampai airport just nice waktu nak check in. Kemas barang sikit and apa lagi. Check in untuk pulang. Immigration di New Delhi memang agak slow. Jadi, sejam lebih jugak beratur. Mungkin ramai yang dah cuti raya, tak salahkan mereka. Kita judge jelah.

Lepas je daripada immigration, kita terus masuk, naik flight. For the first time in my life, duduk je, pakai seatbelt then aku tido. Yang aku sedar adalah beberapa minit sebelum nak landing. Boleh bayangkan tak, sepanjang 5jam 30minit tu, aku tido sampaikan tak sedar apa-apa. Ini cerita serious. Aku terjaga sebab nak landing and aku mintak flight attendant untuk bagi aku air. Sebab aku dahaga sangat. Mujurlah FA Malindo Air ini baik sangat, dia pun siap tanya, tak makan lah tadi ni? Jap saya tapaukan.

Sumpah baik gile. Dia bagi air dengan foodpack. Siap-siap pack untuk Cik Pora. Then, kapal terbang pun landing dengan selamat. Bila sampai sahaja KLIA, tibalah masa untuk ucapkan selamat tinggal kepada ahli jemaah happening yang lain. Trip kali ini memang lawak gile. Sebab semua pun satu kepala and masing-masing memang keluar je true colors tu. Tak cover langsung. Hahaha!
Apa-apa pun, Cik Pora nak ucapkan ribuan terima kasih sebab percayakan insan yang kerdil ilmu dalam bidang travel ini untuk membawa kalian semua mengembara ke bumi Kashmir. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan terima kasih atas komen-komen anda semua untuk trip yang Cik Pora. Semuanya sudah tertulis yang kita 10 orang, strangers… Akan bersama-sama terjah bumi Kashmir yang penuh warna-warni ini. Macam-macam memori yang kita cipta bersama. Gelak tawa, gurau senda yang seiring menjadikan trip ini gempak habis!

 Travel buddies saya, amacam? Best squad ni 🙂

Kak Waheeda – Orang pertama yang nak join this trip. Tak pernah jumpa, communicate dari Whatsapp dan akhirnyaaaa kami travel together, yeayyy! Best

Kak Era – Pendiam tapi bila ajak borak, Kak Era memang sporting habis. Kak Era and Kak Waheeda suka belanja kiteorang tau. Murah rejeki.

Kak Aya – Menurut anak Kak Aya, beliau first time nak ikut trip backpacking ni. And she made it! She became our mom for the entire trip. Mak yang memang fit dan layankan saja ‘anak-anak gile’ nya hehe..

Ika – Backpacker tegar. Bag dia paling ringan. Our adik tapi paling  ‘Along’ dengan interest rendah. Mana yang shopping nak gile semua pinjam duit kat dia. Kepok-kepok ye.

Yana – Paling digilai kerana mata dia boleh tukar kaler. Terpesona habis orang Kashmir dengan mata beliau hahaha! Lantaklah kome. 

Own – Jejaka Korea yang kalau gelak sampai menangis. Tak tahan duk layan perangai kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Misi ke Ladakh, katanya 10kg in 10months. Yuk kita lihat!

Azrie – Our official photographer, kalau perasan Cik Pora ada upload gambar-gambar beliau dalam blog ni. Letops ye hasil seni beliau. Selalu kena usik, tapi dia punya cool, memang power

Azie – Penglipurlara trip kami. Kalau orang sibuk nak beli Osprey, Karimor segala, headline paling sesuai untuk beliau, ‘Gadis ini travel ke Kashmir dengan bag guni’. Jangan marah naaaa!

Special thanks to Kak Waheeda, Kak Era, Kak Aya, Shima, Yana, Azie, Ika, Azri dan juga Own yang sangat awesome. Sumpah best jalan dengan korang. Semua backpackers tapi at last ada juga yang bawak guni beras pulang sebab bag dah tak muat. Hahahah! Sumpah tu lawak. Anyway, till next trip. Daaa!


Anda nak join trip Kashmir Musim Panas (Julai 2018)? Jom kita! Semua details anda boleh lihat kat bawah sini. Trip ini hanya cover Kashmir je, untuk extend to Agra, harus buat self-arrangement, but I can always help to arrange for you 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *