Budget Trip ke Kashmir : Sonamarg

Buka je mata, terus tanya kemanakah destinasi kita hari ini? Apa-apa pun, kami dikejutkan dengan azan Subuh yang sentiasa memenuhi segenap sudut Tasik Dal. Yuk bangun, lepak layan sunrise depan houseboat, mandi, breakfast ramai-ramai, naik sampan seberang tasik dan naik van. Itulah aktiviti wajib kami setiap pagi. Memang unik dan best gile. Harini kami akan ke Sonamarg. Siap pesan kat kawan-kawan semua, pakai thermal sebab sini sejuk bak hang! Nasib baiklah masing-masing memang dah standby and as predicted memang sejuk ya’amat. Antara tempat paling sejuk kami pergi untuk musim itu.

Pakai kasut pun sesama. Cinta maut ni masing-masing

Kami naik shikara dulu, 2nd round baru ambil korang tau!

Ini kalau mahayam Michael Ang nampak, dia mungkin sekarang hero #mychaiprince. He is Shabir, our pilot yang sumpah baik!

Setiap hari Jumaat, berlumba-lumba nak derma bagi makan kat tepi Tasik Dal. Yang ini adalah Saffron Rice, sempat jugak Cik Pora rasa. Sedappp!

Destinasi pertama adalah menyinggah minum chai dulu. Tapi, kami ni generasi minum milo, nak jadikkan cerita, lagi tertarik dengan view yang ada kat kedai ni. Memang anggun habislah kalau dapat lepak tepi ni, release tension, dengar saja bunyi sungai yang ado. Tenang ya’amat! Tak cukup dengan itu, kami juga sempat borong hazelnut bergoni-goni. Sedap ye, kalau dapat makan dengan muesli and fresh milk. Dengan harapan cantiklah memasing sampai Malaysia nanti, ahaks!

 Lihatlah pemandangan yang lazat ini

Azri dan Kak Aya. Dorang ni best. Sorang pandai ambil gambar, Kak Aya pulak first time join backpacking trip macamni. Memang sempoi Kak Aya!

 Yang sebelah Azri tu, hahahaha! Belum introduce dah memang buat aku gelak. Dia pak lawak untuk trip kali ini.

Kami tiba di sana dan menaiki kuda selama 2 jam sehingga ke glaciers. Semasa on the way ke glaciers, rezeki kami apabila salji turun tanpa kami duga. Subhanallah, best feeling ever. Teriak sakan kami sebab ini pengalaman yang kami tak pernah sangka. Dengan izin-Nya, diturunkan salji untuk kami semua. Bersejuk-sejukan lah kami atas kuda tu. Tiba di glaciers, siap ada yang hidupkan unggun api, belanja chai ditambah pula dengan upcara batal air sembahyang. Memang yang single-single tak lepas peluang duk kenakan jejaka mata hijau Kashmir ni. Aippp siapakah gerangan? What happened in Sonamarg stay in Sonamarg katanya.

 Dah naik kuda uols! Jom dikudakan

 Rombongan berkuda Cik Pora weyyyyy

 Menelesuri lembah Kashmir yang sangat indah

 Dah sampai, kita park kuda sat, jockey ye

Kak Aya dan Kak Era. Kak Era memang pendiam. Tapi dia tetap sporting dan BEST. Layankan je kami yang bising gile.

Yang gadis comel hujung sana tu, nama dia Ika, dia ni paling muda dalam trip kiteorang. Dia lah empunya bag 1.4kg itu. Nasib baik bag dia kosong, untunglah yang beli sari satu Kota Bharu tu. Dapat menumpang, belum lagi blueberry nak sedekah satu Kuala Terengganu pulak. Kak Era, tinggi betul banding dengan pakcik Kashmir tu kan ehehee!

Yang riang ni, Own ye. Dia kata kat kiteorang, dia kacuk Korea. Lepas dia cakap tu, sampailah dah tiba di KLIA, celah mana Korea dia? Ahaks!

Look at the view that we are heading to

 Sis Yana, dalam ramai-ramai katanya dia ni je yang mirip Kashmiri. Sebab mata dia kaler-kaler. So memang orang sana sangat amaze akan keajaiban ituu. Mampu?

 Kedai kopi sebenarnya, hanya di tepi glaciers sahaja

Pembancuh chai kami ketika di sana. Mata diaaaaaa….Lihatlah!

 

 The glaciers overlooking the mountain. Majestic!

Me and Kak Aya, super excited with the view

Jangan pandang belakang woi

 Abam Kore-ak

 The whole troopssss, abam Dangola pun join sekali

Video yang sempat Cik Pora record time snowfall di Sonamarg

 Turun je dari Sonamarg, terus berlari masuk van. Sejuk ya’amat! Sampai ambil selfie pun gigil-gigil ye. Tak tipu!

Habis bermesra sakan dengan alam di glaciers, kami naik semula kuda untuk pulang ke pangkal jalan. Dalam cuaca yang sejuk cenggitu, memang rasa nak terbang pun ada. Sejuk betul woi.Sampai je di van, nak keluarkan duit tips pun gegel habis. Sumpah bukan tak ikhlas nak bagi, tapi sejuk sangat. Tak larat nak pikir berapa nak bagi segala. Mana yang sempat, kita ambil dan bagi. Then berlari sorang-sorang naik van duk nak panaskan badan.

Van pun meluncur laju bawak geng sejuk-sejuk belaka. Singgah di restoran untuk makan sebab baru sedar tak makan langsung seharian di Sonamarg. Turun je van, sambung gegel balik. Masing-masing melompat bintang, buat zumba segala untuk panaskan badan. Siap mintak air panas, tapi tak sampai 2 minit dah sejuk. Memang power lah cuaca kat sini. Makan Maggie, minum chai, settle dan balik houseboat.

Sampai houseboat, masing-masing dapat hilangkan rasa sejuk tu. Dinner berjemaah dan layan minum teh sedap gile. Dalam duk bergelak sakan tu, tiba-tiba kami menerima tetamu. Eh, siapa tetamu sebenarnya. Seorang lelaki Kashmir datang siap bawak barang-barang jualan. Ha kawwww! Patutlah butler kami buat coffee tapi letak kat ruang tamu. Aku ingatkan dia nak jamu kawan-kawan dia ke, ada after party ke. Rupanya untuk kiteorang, sambil sambil tawar menawar duk beli barang tu kan, dapatlah basahkan tekak. Mampu? Memang power strategi dorang ni.Kami sempat tengok-tengok barang yang dorang jual dan borak-borak kosong sebelum terpedaya. Gituuu! Bila dah penat, masuk bilik dan tidoooo. Esok masih ada!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *