Budget Trip ke Kashmir : Srinagar

Bila sebut pasal Kashmir, pasti aku akan terbayang, gunung-ganang, banjaran yang terbentang indah, padang menghijau dipenuhi bunga dan kuda-kuda yang hidup liar di bumi Kashmir, betul tak? Sebenarnya, setiap gambaran aku tentang Kashmir sememangnya benar-benar belaka. In fact, bila dah sampai tu, rasa taknak balik. Rasa nak duduk je kat sana.

Bukan itu sahaja, sepanjang tido di dalam houseboat di Dal Lake, setiap kali aku akan dikejutkan dengan azan Subuh yang sangat mendamaikan. Diikuti pula dengan zikir yang berlanjutan sehingga jam 7 pagi. Dan selepas je habis berzikir, baru kau akan lihat ramai yang keluar dari rumah mulakan aktiviti seperti mencari rejeki, berjogging, bersidai mahupun kerja-kerja mengemas rumah. Perasaan time tu memang unik habis. Serious, Kashmir memang lain daripada yang lain.

Dan berkesempatan Cik Pora ke Kashmir pada Oktober yang lepas, banyak yang sebenarnya aku belajar dari trip ni. Tak lupa juga banyak tempat-tempat indah yang sempat aku visit sepanjang di sana. Memang banyak dan nyaman, namun yang paling penting adalah pengalaman bersama dengan team OPEN TRIP kami yang awesome habis! Mereka adalah :

1. Kak Waheeda
2. Kak Era
3. Kak Aya
4. Own
5. Azri
6. Yana
7. Ika
8. Azie

Semuanya adalah pertama kali travel bersama. Mampu tak, bila pertama kali jumpa adalah di KLIA time nak terbang sesama-sama? All this while semua communicate dalam Whatsapp sahaja. Look at the power of digital communication nowadays? Terus manyatukan kami semua untuk mengibaskan kepak-kepak kehidupan di bumi Kashmir. Okay, tak mau bebel panjang, jom ikuti slot Bolly Bolly in Kashmir & Agra versi Cik Pora and the jemaahhhhhh!

Malindo Air, setia membawa Jemaah Sapora terus ke New Delhi. Tiba di Delhi, kami check in dulu hotel, berehat dan tido. Yang aku perasan, dari aku keluar airport sampailah aku bangun semula pagi tu untuk catch next flight to Srinagar, memang bunyi hon dorang ni tak pernah berhenti ke apa? Sampaikan duduk dalam bilik pun, dah nak tido, bunyi hon tu siap masuk dalam mimpi dan bangun pun masih bertemankan bunyi hon. Kejam tau siapa yang duk main hon 24 jam tu, terampas nikmat tidur aku. Mencik!

 Berat bag paling ringan kami check in 🙂

 Makanan ruji dalam flight by Malindo Air

Kami check out dari hotel dan tinggalkan debu-debu cinta Delhi kami di hotel. Yes, selain hon yang mencanak tu, kawasan di sini jugak berdebu. Terkadang tu aku pikir, apa hotel ni takde orang duduk ke? Tapi tidak. Setelah tengok kereta dorang, even lantai mereka pun berdebu, memang inilah NEW DEBU. Kami terima you seadanya, gitu!

Menaiki Vistara Airlines buat pertama kalinya, rezeki Tuhan bagi adalah dapat FREE UPGRADE ke Premium Economy. Alhamdulillah, merasalah makan sedap. Makan jelah, nak gi toilet kongsi dengan pilot. So, kau kena bagi laluan pada beliau dulu. The rest, memang terbaiklah Vistara ni, food sumpah sedap gile. Flight attendance baik dan sangat peramah. Cuma, food sampai lambat compared to Economy Class. Itu sahaja! The rest memang tip top.

  Oh hi from Premium Economy Vistara!

Tiba sahaja di Srinagar airport, kami harus mengisi borang ketibaan. Agak leceh sikit. Siap kene mintak tips. Padahal tulis pakai tangan sendiri, kenapa kena bagi tips pun tak paham. Yes, itulah permulaan kepada aktiviti TIPS kami. Untuk yang nak ke Kashmir, anda harus allocate sedikit duit untuk berikan tips kepada yang membantu anda. Satu yang aku pelajari, not everything is free unless kau kawan baik dorang. Apa yang anda perlu tahu, gaji mereka di sana agak kecil, jadi tips ini lah yang jadi duit tambahan mereka. Ala-ala side income untuk menampung keperluan mereka di sini.

Moh isi borang arrival

Jadi, bila berdepan dengan keadaan gitu, ikut pada budget & keikhlasan anda sebenarnya. Whether nak bagi atau tak, up to you 🙂 Kami disambut mesra oleh my friend’s brother, Nazir. Siap tagline, Malaysia Truly Asia, memang terasa dihargai, siap Google gamaknya sebelum aku sampai. Terkadang, kita harus hargai usaha ikhlas umat kita sendiri, tak gitu? Seorang pemandu bersama dengan seorang travel guide akan menemani kami sepanjang berada di Kashmir. Aku harap dorang ni kena tahan jelah telinga sebab masing-masing kalau bercakap macam nak perang. Dan aku harap mereka tak culture shock dengan kiteorang hahaha!

Sejurus naik sahaja van, kami semua ambil tempat duduk masing-masing dan perhatikan sahaja persekitaran Srinagar nie. Memang amat berbeza jika dibandingkan dengan New Delhi. Kurang sesak tapi bunyi hon tetapppppp ye. Takkan boleh hilang, memang sebati dengan negara dorang kot. Dangola, nama guide kami, beliau siap singgah kedai untuk belikan samosa sebagai welcome meal untuk kami semua. Memang sedap ya’amat. Mutton Samosa uols, memang power habislah!

 Vroom vroom, ini yang membawa kami sepanjang berada di Kashmir, amacam?Sexy tak?

Bersama tour guide anda, Cik Pora dan mic-nya

Mutton samosa

Destinasi pertama adalah Dal Lake. Di sini letaknya houseboat, iaitu signature utama Kashmir. Tak sah kalau datang sini dan anda stay di houseboat, feeling dia memang lain dari yang lain. Umpama raja dan permaisuri ye. Perhiasan dalam houseboat saling tak tumpah macam dalam rancangan Kak Nita, siap dengan butler yang berdiri standby sepanjang masa untuk buat segala kerja rumah, makanan yang terhidang dan sampan kerdil yang menanti kehadiran kami memecah kenyamanan Tasik Dal. Ya ampun, indahnya tasik ni. Semuanya sempurna untuk traveler marhaen seperti kami.

Welcome to Dal Lake people!

Teruskan mengayuh bang

Damai sungguh Dal Lake ni

Letak bag, makan sarapan dan terus keluar untuk explorasi bumi Kashmir di hari pertama. Cik Pora memang tak sabar habis weyyyy… Ini memang jadi impian ye lepas 3x duk ulang tayang filem Bajrangi Bhaijaan. Jadi, untuk hari pertama di Kashmir, kami round-round dulu di sekitar bandar. Di sini letaknya taman-taman bunga yang pelbagai. Macam-macam version ada. Kau nak Kaho Naa Pyaar Hai, nak ber-Tumpase air mahupun nak Memori Daun Pishanggg…adalah dipersilakan. Memang sesuai sangat. Sebab kat sinilah korang boleh feeling bagai nak rak!

Our breakfast, APPY tu apple juice yang sedap gile

 Pemandangan Kashmir dari atas bukit

 The troops, semua gile-gile, memang BEST!

Pluk pun paham je kan?

The gadis

Seorang bunga je untuk kami? Ahaks!

Tadaaaaaa, taman bunga yang sumpah indah

Ini bunga apa anak?

Since boarding school time, berpuluh tahun kenal dorang, first time dapat travel together. Yang penting, semua bunga di atas, masih belum dipetik orang, eh?

Bunga apa pulak yang ini?

Segar bugar ye

Geng pandang bawah

Family portrait sangat

Ice cream saffron

Mari kita try goal gapy, sejenis keropok bebola, makan dengan air herba

 Rasa dia camana Cik Pora? hahaha! No comment, korang cuba la dulu

Lepas dah feeling sakan, kita pergi pulak shopping carpet, kain sari mahupun shawl yang diperbuat dari fabrik kelas ado-ado dari Kashmir. Memang lain ye kualiti pashmina di sini. Dah memang asal pashmina pun dari sini, jadi merasalah pegang kain dari bahan original. Biarlah mahal, tapi bila kau pakai, selesa dan kita akan diri ni mahal teruk. Itulah yang Cik Pora rasa, tak tahulah korang yang dah biasa pakai barang mahal, sis pakai mur mur je. Ahaks!

Hanya ratus-ratus je ni, nak tak?

Posing sikit!

Usai cerita habiskan duit, kita sambung pulak lepak di kedai DOSA sokmo. Bukan buat DOSA, tapi ianya sejenis makanan. Iaitu TOSAI, di sini dorang panggil DOSA. Kau nak DOSA yang mana satu ni? gitu cara ordernya. I nak dosa BESAR boleh? Okay, ching! Actually, korang kena rasa semua yang dorang jual kat sini, sumpah sedapppp. Makan petang-petang dengan chai, pejam mata sikit, then bukak sebab nak gelak-gelak dengan kawan, nikmat woi! Wajib cuba okay.

 Orang kata Maggi India sedap bak ang, toi ka?

 Dosa dan jemput-jemput serta chai sebagai hi-tea in Kashmir

Geng minum petang kami

Habis gelak-gelak, yuk kita ke masjid, mintak ampun. Yelah dalam kita diberikan nikmat donia ni, jangan kita lupa kutip bekalan. Kami singgah di Hazratbal Mosque yang terletak berdekatan dengan sebuah pasar orang ramai. Melihatkan bangunan yang putih suci tegak berdiri di hadapan kami, perasaan tenang itu hadir tanpa kami duga. Kami memulakan langkah masuk ke dalam kawasan masjid, solat Jamak beramai-ramai. Untuk ambil air wudhu, anda harus berjalan jauh sedikit. Kasut tak boleh pakai, jadi pegang lah ye. Elok kalau bawak bag spare, telekung dan sejadah. Siap untuk solat.

 Singgah sebentar lihat Dal Lake di waktu senja

 Mintak Dangola stop-kan van, lintas jalan and posingggg laaaa

Cuma satu je Cik Pora nak habaq awal-awal, di Kashmir ni, merata-rata korang tengok askar Hindu duk jaga kawasan Kashmir ni. Katanya dekat 1juta askar mereka dah bermastautin di seluruh Kashmir ini. Di mana sahaja, pasti korang akan terserempak dengan badan uniform siap senjata di sisi. Tak terlepas juga di dalam ruang solat masjid, mereka tetap ada. Tak tahu apa function mereka di dalam masjid tersebut cuma kurang selesa la jugak. Tapi aku hanya doa, dah dorang duduk lama-lama dalam masjid, moga Allah turunkan hidayah buat mereka. Siapa sangka kan, dari duk jadi musuh, mungkin jadi saudara baru? Tak mustahil.

 Masjid Hazratbal Srinagar

 Ukiran yang sangat cantik

Berjalan di tepi masjid

Tepi market katanya

Abam bomba, lava you

Habis bersolat, aku duk cari cermin nak betulkan tudung. Aku duk perasan ada perempuan yang baru masuk duk tatap dinding. Aku pun apa lagi, follow lah… Kot-kot ada cermin sangkut kat dinding, dapatlah sis tutorial tudung sekejap. Dalam duk ikut-ikut tu, rupanyaaaa bukan cermin ye… Minah ni sebenarnya duk hantuk kepala dia kat dinding sambil berdoa. Allahu. Mujur cepat aku patah balik. Terkejut sebenarnya. Aku terus cam betulkan tudung mana yang sempat then ajak geng jemaah keluar masjid. Tulah, tadi nak sangat feeling Bajrangi Bhaijaan, tapi tak sangka pulak ter-experience shot bila Mak Si Muni berdoa siap ikat tali kat tepi masjid. Itulah yang kami lihat di sini. Nanti sis cerita kemudian ye.

 Sedikit sejarah tentang masjid ini

 Warna-warni kehidupan di luar masjid

 Dalam masjid siap salam-salam raya, kau ghase?

 Beautiful little girl, sumpah dia cantik. Even masih kecik lagi, cantik manis and sopan

 Portrait of an uncle outside the masjid

Beredar dari masjid, kami teruskan perjalanan pulang ke houseboat kerana tibalah masa untuk naik shikara keliling Tasik Dal. Cuma, yang tak bestnya, kami sampai bila hari dah gelap gulita, tak merasa sunset. Satu shikara, boleh naik 4 orang. Bhaiyya yang mendayung akan bawak korang keliling Tasik Dal yang sangat tenang. Di Tasik Dal ini, memang rata-ratanya rumah mereka adalah houseboat. Kerajaan mereka memang jaga habis houseboat yang mereka bina di Tasik Dal ini. Siap ada star ye.

 Honeymoon sangat kan?

 Senja di Tasik Dal

 Shikara yang membawa kami keliling Tasik Dal. Gelap gulita pun janji enjoy

 Newly married ke ni? Persis je lah!

Mereka kelaskan ia sebagai Kelas A,B dan C. Kebanyakkan dari houseboat di sini adalah dibina sebagai salah satu tarikan pelancong. Namun, dalam duk kayuh tu, ada je terserempak dengan local yang tinggal di sekitar sini. Siap ada yang pergi dating bawak shikara sendiri. Memang bagai dalam filem lama-lama. Dating naik sampan bagai. Tak payah gaduh boyfriend kau bawak BMW ke Mazda 6 ke… Kat sini bawak shikara pun dah berjaya memenangi hati gadis Kashmir yang rata-ratanya cantik belaka weyyy!

Korang juga boleh singgah di kedai-kedai yang ada menjual baju, kain, pashmina, kacang-kacang segala. Pesan sahaja pada ‘abang yang mendayung’, minta dia berhenti di mana anda ingin dan selamat tawar menawar. Gunakan kuasa bargain anda semaunya. Namun, harus diingatkan bila kau pergi tourist spot camni, memang susah nak dapatkan harga yang murah. That’s why kena pandai tawar even kat sekolah cikgu tak ajar. Cukuplah Cik Pora sajok yang pesan ye.

Habis tawaf satu Tasik Dal, kami pulang ke houseboat agam kami untuk sesi bersantap beramai-ramai. Malam tu, kami dihidangkan dengan kari ayam yang aummmmm! Sumpah sedappp… Pandai tukang masak tackle hati beta, eh? Kau mampu feeling camtu. Ha, takdelah mahal mana nak rasa feeling camtu, hanya 2x flight je ahhaha. Anyway, musim luruh di Tasik Dal ni pun boleh tahan ye.

 Dinner time!

Nampak je cam suam-suam kuku, tapi bila malam tiba, 11c ye. Masing-masing pun terpaksalah keluarkan Koleksi Pakaian Musim Luruh masing-masing. Yelah selama ni kat Malaysia, terperuk sahaja dalam almari. Ini tibalah masa untuk bergaya sakan di Kashmir. Tapi, sumpah malam tu sejuk gile, takde heater, jadi mengharapkan sweater yang ada sahaja untuk panaskan badan. Goodnight!

One thought to “Budget Trip ke Kashmir : Srinagar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *