TRAVEL TIPS : Backpacking ke Kashmir

Untuk post kali ini, Cik Pora nak share tentang tips-tips yang berguna sebagai panduan anda yang tengah plan untuk ke Kashmir. Setiap tips yang aku share ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri semasa aku berlibur di Kashmir pada musim luruh. Diharapkan tips ini berguna dalam perancangan anda ke Kashmir.

1. Kashmir terletak di negara India, jadi untuk semua tourist dari Malaysia, visa adalah wajib. Anda boleh apply visa apabila tiket kapal terbang, hotel semua dah booked. Visa India boleh buat melalui 2 cara iaitu – Walk in dan e-Visa. Pilih sahaja mana yang mudah untuk anda.

BEWARE : Untuk e-visa application, make sure korang bayar tidak melebihi USD50. Lebih daripada tu adalah scam. Kawan kami hampir kena. Memang website sama sahaja, cuma bayaran mahal sangat. Don’t proceed! Visit this website – https://indianvisaonline.gov.in/visa/

2. Mata wang yang digunakan adalah India Rupee

3. Untuk transit di New Delhi, korang boleh ambil taxi dekat Prepaid Taxi counter di luar airport. Murah!

 Taxi dah beratur

4. Penerbangan terus ke Srinagar dari Malaysia memang takde. At least kena transit di New Delhi atau Mumbai. Dari situ, korang boleh ambil domestik flight untuk ke Srinagar. Antara domestik flight yang boleh korang ambil : Vistara, IndiGo, Jet Airways atau Air India.

 Untuk trip Cik Pora, kami memilih Vistara kerana timing yang perfect untuk kami

5. WAJIB print tiket flight atau boarding pass korang dan simpan. Sebab nak masuk airport kat India ni, dorang hanya benarkan yang ada tiket sahaja. No ticket, no enter.

6. Tiba di airport, anda harus isi borang pendaftaran pelancong dengan details sekali. Siap dengan details guide korang kat sana, nama houseboat segala.

 Isi borang ini before anda keluar dari airport

7. TIP – Harus korang paham yang pendapatan mereka di sana amat rendah. Jadi, kebanyakkan mereka ada yang bergantung pada tip yang pelancong berikan. Dan sila jangan terkejut pulak, kalau ada yang rajin tolong korang angkat bag segala, tetiba mintak tips. Usahlah dimaki kata tak ikhlas ye, bagi sikit pun takpe. Seikhlas hatimu. Adalah disarankan korang asingkan je siap-siap duit untuk tips. Mana tahu lari budget, eh?

8. Kalau nak shopping, aku sarankan korang shopping saja di Old Town City ataupun Srinagar area. Kat situ korang boleh bargain. Selalunya yang dekat Dal Lake tu, harga memang double tapi jika skill bargain korang power tahap dewa, adalah dipersilakan 🙂

9. Untuk yang stay di houseboat, ianya dikategorikan secara kelas. Kelas A, B dan C. Kalau nak yang cantik umpama istana, korang bolehlah ambil kelas A. Ikut budget masing-masing, yang penting korang happy.

 Mewah, rezeki dapat bermalam di houseboat umpama anak raja

10. Majoriti orang di sini adalah yang beragama Islam. Dan mereka ini sangatlah suka kalau sesama Muslim datang mengembara jauh-jauh datang Kashmir. Selalunya ayat untuk elak ditipu, kami cakaplah kami pun Muslim macam you, so tak baiklah tipu ke apa ke. Gituuu. Penunggang agama ke camtu? Alaaaa, harapnya tidak tau.

11. Untuk yang nak naik kuda, selalunya harga adalah dalam lingkungan 800 ke 1000 rupees. Standard price.

Moh kita naik kuda di Pahalgam

12. Best time to visit : Anytime. Tapi favorite haruslah dari March ke October.

13. Makanan yang wajib korang cuba : Samosa, Kebab, Briyani, Mutton Curry. Semua sedappp!

14. Semasa berada di sana, korang akan nampak ramai askar-askar yang pegang senapang segala, di merata-rata tempat. Sampaikan dalam tempat solat di masjid pun ada jugak. Adalah disarankan korang jangan rasa takut pulak. Mereka ini hanya jalankan tugas. Biasalah kawasan konflik memang camtu.

15. Kalau datang musim apple, korang jangan lupa singgah ladang apple. WAJIB cuba super fresh juice yang dorang buat secara manual. Sumpah sedappppp! Tatipuuu tau.

Fresh apples, anyone?

16. Untuk yang perempuan, siap-siap bawak telekung/ pakai pakaian yang bersesuaian untuk solat sebab dalam masjid ataupun surau mereka takde disediakan.

Berada di Jamia Masjid Srinagar

17. Semasa di sana, susah juga nak nampak kaum wanita yang berniaga, rata-ratanya adalah lelaki. Selalunya jarang tourist dibenarkan untuk selfie dengan wanita Kashmiri. Kalau nak ambil gambar mereka, tolong minta kebenaran ye. Mereka sangat protect kaum wanita mereka.

Kami minta izin untuk ambil gambar anak mereka, tapi dorang terus ajak kami untuk ambil gambar sama-sama. Thanks colorful ladies!

18. Hand carry adalah tidak dibenarkan untuk penerbangan dari Srinagar ke mana-mana destinasi. Jadi, semuanya harus check in ye. Yang dibenarkan hanyalah wallet, passport, camera sahaja. Yang lain semua kena check in. PENTING ni tau!

 Yang belakang tungkus lumus, depan riang kena repack bag segala

19. Souvenirs yang korang boleh beli bawa balik Malaysia – Sari, pashmina, karpet, saffron, walnut dan Kahwa Tea.
20. Kawalan ketat kat airport Srinagar memang kaw-kaw. Adalah aku sarankan korang sampai at least 3 jam awal kat airport. Bayangkan siap kena turun kat satu checkpoint ni, korang kena turunkan bag untuk scan, siap dengan van checking sekali tau. Then, naik balik van untuk teruskan perjalanan ke airport.

Banyak lagi tips ke Kashmir yang sebenarnya Cik Pora nak kongsikan pada anda semua. Mungkin nanti bila kita dapat travel sama-sama kita dapatlah berkongsi ilmu ye. Jika anda nak join trip Cik Pora ke Kashmir pada musim panas, korang boleh contact Cik Pora. Tapi untuk trip ni, kita akan cover bahagian Kashmir sahaja. Untuk yang nak extend ke Agra ataupun Delhi, we can always plan ya.

15 thoughts to “TRAVEL TIPS : Backpacking ke Kashmir”

  1. Salam. Hi, thank you for your very informative post. I have a query, so did u go using evisa? And u enter india through Mumbai/New delhi, was there any concern about your visa when u arrive at Srinagar airport?

  2. assalamualikum kak pora. nak tanya akak pi travel kashmir ni ikut agency atau sendiri? agak2 berapa kos pergi sana kalau pergi tanpa travel agency? thanks kak pora 🙂

  3. cantiknyer u nyer houseboat tuh agent carikan ker u cari sendiri?…..jalan sana ader agent ker @ u jalan sendiri erk Cik Pora?…..u rase ok ke kalu jalan sendiri x yah amik agent ??

  4. Assalamualaikom…nak tanya…tiket flight dr Delhi ke Srinagar mesti beli kat airport je ke…atau boleh booking awal secara online..?

  5. salam,
    Saya planning nak pegi kashmir dalam bulan 1 pertengahan. Berapa lama yang sesuai untuk pergi semua tempat pelancongan di kashmir.

  6. Salam kak pora mcm best je utk tahun 2019 cuti skolah bulan 9 or 12 xde trip ke? Kalau ada sy 5 dewasa 2 kanak2 nk join in sha allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *