Trip Budget Kami Ke Kashmir : Memang MURAH & BERBALOI!

Pagi di Kashmir memang sentiasa akan jadi syahdu tak sudah. Suasana yang amat berbeza jika dibandingkan dengan Malaysia. Buat mereka yang sentiasa berdepan dengan kehidupan di bandar yang sesak, korang mesti akan rasa bahagia sangat bila berada di Kashmir. Semuanya nampak slow tapi setiap saat akan rasa bermakna sebab suasana dia yang nyaman dan syahdu. Pagi tu, aku bangun awal, tup tup ada Ika and Azrie tengah lepak depan houseboat sambil layan sunrise. Sambil duk snap gambar, datang seoarang lelaki dalam usia 40-an. Dari kisah dia nak jual barang pada kami, terus jadi kisah Muslim in Kashmir.

Kami bertiga terpaut betul dengan kisah beliau tentang bagaimana orang-orang Kashmir ni fight untuk kebebasan mereka di tanahair mereka sendiri. Majoriti mereka adalah beragama Islam dan mereka bukanlah pengganas seperti yang sering digembar-gemburkan oleh media. Ada juga aku bertanya tentang pengalaman aku semasa di masjid, dimana aku terlihat main ikat tali. Kalau korang tengok cerita Bajrangi Bhaijaan, memang korang perasan la time mak Muni tu doa then ikat tali kat tembok masjid. Ada kan?

Sebenarnya itu adalah cara orang lama yang illiterate, ramai yang telah pun diberikan ilmu tentang agama Islam secara mendalam, namun ada lagi yang buat cara tu. Kerajaan juga ada bagitahu yang cara itu salah ya. Namun, bila tetap nak buat, apa lagi yang dorang nak lakukan right? Tapi yang tak bestnya bila dalam movie tu, tetap dorang highlightkan benda tu. Propaganda mungkin? Itulah, hati-hati dalam apa yang media beritahu, kita jangan terima bulat-bulat. Discover sendiri dan baru kau akan tahu, kan?

Menurut beliau juga, Kashmir nakkan kebebasan, tidak mahu diiktiraf part of India mahupun Pakistan. Mereka ada bangsa mereka sendiri. Apa yang berlaku di Kashmir amat tegang, tapi mereka tetap teruskan kehidupan seperti biasa. Terkadang, anak-anak mereka diculik dan dibunuh. 150 orang kanak-kanak sehingga saat pakcik tu cerita pada kami, dibunuh membabi buta. Sebab? Orang Islam. Mengingatkan aku tentang apa yang berlaku di Palestine.

Ada askar yang bukan Muslim menyamar, masuk ke kampung dan tangkap mereka. Bukan itu sahaja, buat kaum hawa, mereka ditangkap, dibukak tudung mereka dan dibotakkan. Ada video yang aku tengok, dorang tangkap ye askar yang menyamar tu dan ikat pada kerusi. Sebab kelakuan askar tersebut melampau. Semakin hari semakin ramai askar yang datang ke Kashmir. Tujuan asal haruslah tak lain tak bukan, ingin takluki wilayah tersebut. Mereka ingin singkirkan orang Kashmir itu dari tanahair mereka sendiri.

Tapi mereka tak pernah putus asa. Semangat cintakan tanahair itu sendiri yang buatkan mereka masih kekal di sini walaupun hidup dalam keadaan begitu. Dan bila aku bertanya tentang kenapa dorang nak sangat Kashmir? Tempat lain kan ada. Pakcik tu tersenyum. Look at Kashmir, what we have? Itu juga sebenarnya sudah menjawab persoalan aku. Tanah yang subur dan indah, juga diberkati Yang Maha Esa, pastinya rebutan buat yang rakus. Ternyata, cerita pakcik ini buatkan aku sedar betapa umat Islam di muka bumi ini sentiasa diuji. Aku doakan mereka di Kashmir sentiasa bersemangat dan dilindungi. Kerana satu je yang kita semua percaya, kemenangan itu milik kita. Amin.

Dah Dai’ Pora. Mari kita fokus pula pada cerita post ini. Specialnya post kalini,  Cik Pora nak jamu mata anda semua dengan keindahan Kashmir. Banyak sangat gambar, jadi Cik Pora rasa better upload je banyak-banyak untuk korang tengok. Bukan apa, bila korang jejakkan kaki kat sini, bagaikan berada dalam mimpi sebab semuanya bagaikan melengkapi pengembaraan anda. Ditambah pula dengan geng travel yang bapak best gile. Semua satu kepala, masuk air sikit, bising pun ada, boleh layan sembang dan masing-masing pun macam dah lama kenal. Itu yang buatkan trip ini semakin meriah. Jemaah terbaik! Anyway, meh layan story bergambar khas untuk kalian semua :

 Kita sarapan berjemaah dulu

 Beli la kaka, ini memang cantik, boleh pakai menari nanti

 Shikara datang lagi, rutin inilah yang kami lakukan setiap pagi semasa tinggal di houseboat

View dari houseboat kami, cuaca memang baik

Kak Waheeda and Kak Aya tengah shopping saffron, atas shikara sahaja tau

Singgah di ladang apple yang memang besar habis. Subur tanah Kashmir, siap ada apple. Ha ada tak sapa2 yang nak keja petik apple?

Ini yang siap di-pek dalam kotak bagai

Ini dari pokok, lagi fresh!

Posing je mampu, nak tolong, takut tak sempat puleks

Buat apple juice pakai manual sajok, memang salute!

Awak nak hijau atau merah?

Kita sambung perjalanan ke next destination

Air dari gunung, sejukkk dan sangat bersih

Jenguk jugak tingkap, kot-kot ada yang mandi, tapi nampak tiada

Bargain harga dengan bantuan 3 jejaka ini

Berjaya bargain, jadi kita wefie sikit!

Welcome to Pahalgam babeyhhh!

Semua pun dah excited ni

Masih dengan pasukan berkuda yang sama

Kuda di Pahalgam nampaknya lebih besar dari di Sonamarg

Pakcik ni sumpah pandai ambil gambar, so aku snap gambar dia. Pendiam tapi berbakat.

Squad berkuda dari Malaysia, jangan memain dengan kami!

Peace sikit from Kak Era. Kak Waheeda gigih tuuuu

Okay bhai Azri

Fuh, wakil dari Kota Bharu, memang bergayaaaa ni!

Here we are, mini Switzerland!

Kita wefie beramai-ramai jadi kenangan terindah semua

Team Travelkemana to the world #katakau

Macam-macam aktiviti yang kami lakukan kat sini, ada yang duduk bawah pokok enjoy view letops gini

Yang feeling Kajol pun adoooo

Yang sibuk meniaga walnut sampai habislah kami borong sekotak. Rezeki anak pakcik di bucu kotak itu

Yang sejenis melompat mencanak langit pun ada okay!

Habis berkuda, kita turun semula ke bawah. Tengok air sungai yang mengalir sambil ada beggar yang follow kami. Pakcik tu pun posing

 Traffic jam in Kashmir

Untuk hari berikutnya, kami ucapkan selamat tinggal kepada owner houseboat kami. Bukan main meriah betul houseboat kami sebab bapak ramai peniaga datang seakan mengucapkan selamat tinggal kepada kami secara beramai-ramai. Mampu? Tapi yang membeli hanya beberapa orang je. Meriahnya layanan mereka nilah yang buatkan kami rindu sangat dengan hospitality Kashmiri. Memang terbaik ye!

Adios amigos daripada team trip #puashati

Selfie dengan topi musim sejuk yang dijual, memasing takmau kalah posing!

Kisahnya bila nak check out, semua barang pun kami kemas. Aku siap boleh masuk balik sebab nak tapau pisang. Kantoi pulak aku gi rembat pisang houseboat ni. Kata bayarrr kan, eh? Kiasu Sapora!

Bergegar jantung gegadis dalam trip kami ni tengok jejaka ini

Me and Kak Aya 🙂

Sempat shopping baja bunga atas shikara walaupun rupee dah krik krikTak habis-habis shopping nampaknya

Yang bercinta pun sama jugak nampaknya

Our pilot singgah beli telur goreng untuk makan-makan dalam van. Sorang satu tau!

Kami dah sampai di destinasi terindah

Posing tengah jalan ini WAJIB

Sembang-sembang orang lembah wak, jangan memain

Jom berkuda, tapi kiteorang hiking je

Sungai yang menghiasi pemandangan di sini

Gegadis dan abam kuda

With majestic view

And Mr. Anyeong haseyo

Mr. Dangola yang gagah perkasa

Kashmiri people

Tengah kawtim nak lintas jambatan

Kak Aya tersandar terus

Yang feeling Tianak Sund pon boleh jugak

Kak Waheeda and Kak Era juga steady kan

Adik tu follow kiteorang dari bawah dengan kuda dia sekali, offer kami untuk naik kuda. Tapi kami tolak secara baik

Posing together

Dan posing lagi

Close up sikit

Since takde orang nak naik, dia pun layan rumput

Yang macamni pun boleh, sila jangan pikir bukan-bukan 🙂 Ini cara mereka berkasih sayang.

With anak-anak Kashmiri yang ganteng bangat

Tabah anak-anak Kashmiri cari rezeki di usia muda begini. Demi membantu keluarga

Budak kecik pun dia sapu bersih, Azie oh Azie, nangis anak orang tu

Yang lain behave kecuali yang angkat batu tu dah kenapaaaa? Murung ke?

Bila our guide minta izin untuk tumpangkan sepasang suami isteri naik van kami selama 15 minit camtu. Kami tak kesah pun. Sebab memang takde public transport pun yang masuk jalan tu. Bak kata Dangola, buat benda baik, nanti dibalas baik, Insyallah. Buat yang rasa susah tu, imagine hidup mereka. Masih mampu tersenyum lepas mereka turun dari van kami.

BEST LUNCH EVER! Super sedap briyani dan kebab yang sangat mengancam. Murah pulak tu. Sangat happy dengan restaurant nie.

Nasi yang sedapp ya’amat! Sampai sekarang terasaaaa rempah dia

To be continued….

One thought to “Trip Budget Kami Ke Kashmir : Memang MURAH & BERBALOI!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *