Budget Backpacking ke New Zealand (Summer) – Finale

Pagi tu sesubuh hening pagi, aku, Shazana, Syawal dan Kak Mah memandu kedua-dua kereta menuju ke airport. Flight Shazana pulang ke Auckland adalah pada hari tersebut. Sepatutnya, aku dan yang lain ikut plan yang sama. Namun, apakan daya, bila flight delay segala, rancangan yang kami plan cantik-cantik terpaksa diubah last minute. Nampaknya hanya Shazana sahaja yang akan menerokai bandar Auckland. Kami ucapkan selamat tinggal pada Shazana. Sedih, macam hantar kawan balik raya woi. Yang tukang hantar pakai baju tido woi. Buat hal kat NZ katanya. Okaylah tu, OOTD airport.

Lepas hantar Shazana, kami cari pam minyak untuk isi tank kereta bagi penuh. Kami kena pulangkan balik kereta ini dan cari kereta sewa lain yang boleh muatkan kami 7 orang. Sebabnya, flight kami pulang ke Kuala Lumpur dapat extend lagi 2 hari. At least dapatlah kami cover balik hari yang kami lose disebabkan flight delay itu. Mujurlah bila last minute gini, Apex Car Rental ada kereta yang boleh kami sewa pada harga berpatutan. At least, bila naik satu kereta mudah untuk kami bergerak sebenarnya. Ke mana ajalah destinasi last minute yang kami bakal terjah ini?

1. Untuk hari yang pertama, kami ke area Fox Glaciers – Arthur’s Pass
2. Hari kedua pulak kami ke Kaikoura. Ternyata pilihan ke Kaikoura adalah pilihan yang terbaik. Memang cantik sugguh tempat ni.

Nak cerita memang panjang, apa kata anda semua layan gambar dari trip kami seperti di bawah :

 Destinasi pertama kami aummmm!

 Apa ajelah dua jejaka ini, adalah tu batu-batu yang lucu

 Terasa diri kerdil bila berada di sini

 Siapa kata mami happy? Mami Simah dah capek tuu

 The troops – Walaupun dah hujung – hujung trip, mood tetap riang sentiasa

 From all of us 🙂

 Wow, bukan Rawang Bypass ye

 Mari kita makan vogel, lapaqqqqqq

  Malam tu kami camping, jadi sila bayar camping fee dengan penuh rasa amanah

 Dinner ketika hujan, fuh tomyam, memang perfect

 Sembang-sembang New Zealand, biasalah 🙂

 Since hujan lebat ya’amat kat luar sana, takut nak masuk khemah, mujurlah ada bangsal yang menjadi tempat kami berteduh

Sambil tu tengok jugak apa yang terjadi di luar sana

 Bila alergi menyerang tangan Tok Siak kami, mujurlah ada yang bawa ubat

To the next adventure, shall we?

  Berpijak atas lumut-lumut yang subur

 Demi menjejakmu wahai seal. Sedap tido ye

Noted

Shadows

 View kat sini sumpah awesome giler. Dahlah takde orang. Inilah yang dikatakan impromptu plan yang terbaik

 Pose bila gigi bongsu tumbuh

 Sebenarnya kiteorang berjalan jauh ke tengah laut jugaklah nak spot seals ni, entah macamane, bila aku dan Kak Ty tengah record video  tak jauh dari kereta je pon, ada bunyi cam rakus-rakus sikit. Rupanyaaaaaa…. Dekat je ha. Mujurlah tak terpijak ye.

 View dari dapur hostel kami, lovely!

 Jom kita check out, bye-bye semua!

 Bila semua pun dah sakan enjoy satu New Zealand, let’s go back to reality gais

 Our ride – Singapore Airlines yang sangat awesome

 10 jam, movie dah layan. Game pun dah main, nasib baik ada abam Bruno Mars

 Surprise! Thank you Singapore Airlines for the anniversary cake. We love it!

Trip New Zealand kali ini memang mengajar kami erti bagaimana nak coop dengan pelbagai jenis kemungkinan yang bakal berlaku bila kau travel ke mana sahaja. Tak semestinya bila kita buat satu-satu plan tu, semuanya akan berlaku seperti yang kita rancang. Kerana Maha Pencipta merancang satu rancangan yang lebih baik daripada kita semua.

And it is!
Alhamdulillah, ternyata ianya lebih baik dari plan kami. Walaupunmula-mula risau, rasa cam alaaaaaaaaa…. Tapi sebenarnya hikmahnyalagi indah dari apa yang dirancang.Kami dapat stay di hotel berpinar-pinar bintangnya :  Crowne Plaza Changi. Dilayan bagaikan menerima all-expenses-paid trip di Singapore. Dapat pulak extend trip for 2 more nights. Tapi yang paling best apabila semua travel buddies trip kali ini jenis yang slumber redah je. Memang semua pun satu kepala je pada segala jenis kemungkinan yang bakal mendatang.

Siapa sangka trip ini jadi lagi gempak dengan new discovery yang Cik Pora rancang dan dapat persetujuan ahli jemaah yang lain. Kekdahnya, sama-sama jadi explorer. Terbaiklah! Anyway, thank you so much buat kalian semua yang sudi join trip ini dan memberikan kepercayaan sepenuhnya buat Cik Pora. Uncle Roslan, Syawal, Kak Ty, Shazana, Hana dan Muni. Terima kasih sangat-sangat. Buat Kak Mah, selaku pilot kereta gegadis K-Pop, thank you sebab bawa kereta dengan penuh berhemah. Can’t wait to explore more places with all of you again 🙂


Buat mereka yang dah lama teringin nak ke New Zealand, moh kite terokai bumi indah ini!

Cik Pora akan ke New Zealand tahun ini pada bulan September dan November 2018. Kita akan pergi dalam 10-12 orang sahaja untuk satu trip. Memandu sendiri, ke seluruh pulau selatan, masak sama-sama, buat pelbagai aktiviti menarik dan posing sakan di setiap tempat yang bombastic cantiknya. Apa tunggu lagi? Jom kita rancang pengembaraan kita ke New Zealand sama -sama.

Anyway, baru-baru ini Cik Pora ada launched new website yang diberi nama Travel Ke Mana untuk Open Trip dan semua info yang korang perlukan dalam merancang trip anda. Semua senarai open trip memang Cik Pora letak dalam website tu. Senang untuk anda refer. Layari www.travelkemanakita.com untuk info lanjut. Muah!

 

2 thoughts to “Budget Backpacking ke New Zealand (Summer) – Finale”

  1. Dear Cik Pora, berapa harga flight Singapore Air tu? lepas baca blog ni, terpasang impian nak try flight lain pulak sbb asik naik lowcost. tgk2 tadi return kl-auckland around RM3K. ok ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *