Budget Backpacking ke New Zealand (Summer) – Part 3

Bangun pagi, prepare brekafast & lunchbox untuk ahli jemaah sekalian, check out and mulakan perjalanan kami menuju ke tepi pantai. Pantai bukan sebarang pantai. Jika ke Dunedin, memang wajib singgah sini. Loading barang dan kami terus drive to Tunnel Beach yang hanya terletak beberapa minit sahaja dari hostel kami. Sebelum tu, sempat lagi beli cake di Pak N Save.

 Our favorite groceries shop in NZ

Yang bestnya kat NZ ni, cake dah siap tu ada je jual dekat chiller butter and margerine. So senang nak beli.Sampai je di Tunnel Beach, kami semua dah excited, tak sabar nak tengok apa lagi yang New Zealand nak hidangkan pada kami. Sambil bawak segala jenis bekalan, kami pun trekking selama BEBERAPA minit dalam keadaan mentari yang memancar habis.

Tiba di tunnel beach, peluh-peluh pengkid memang dah keluar habis. Ambil gambar, terus bentang segala juadah yang kami pikul dari parking tadi. Makan aja apa yang ada sambil menyaksikan view yang letops. Dengan bayu laut yang meniup, pemandangan laut terbentang luas dan angin bunyi kicauan burung di sana sini, memang membuatkan kami rasa HEAVEN on earth sangat! Bila semua dari kami dah ready, apa lagi, mari kita tiup lilin birthday untuk Uncle Roslan yang ke-xx.

Nampaknya surprise kami memang menjadi. Lagi best rupanya celebrate birthday di tepi pantai dengan view yang letops gini dari celebrate di restaurant. View letops PERCUMA sahaja. Siap bawak bekal spaghetti dan nasi lauk kari ikan semalam. Gelak tawa kami memang paling meriah satu beach, lepak-lepak macam dah kenal puluh tahun. Yes, itu semua kenangan terindah okay!

 Finally!

 Panas tapi time nilah lighting letops

 Tunnel yang bakal membawa anda turun ke bawah

 Tadaaaaaaa, this is the view

Happy birthday Uncle Roslan!

Birthday card dari kami semua, kenangan untuk Uncle Roslan yang celebrate birthday kat NZ ye

Saya orang kedua yang sampai di kereta, yeah! Penat hiking woii, peluh kicap semua ada.

Habis explore Tunnel Beach kami teruskan perjalanan ke Milford Sound atau nama glamernya, Piopiotahi. Memang jauh. Tapi bila roadtrip yang berbekalkan junk foods (ahaks), lagu-lagu dangdut dan gossip-gossip panas Mak Jemah, memang journey yang berjam-jam terus jadi journey yang paling bermakna.

Malam tu, kami memilih untuk pacak khemah sebab betul-betul nak nikmati keindahan alam semulajadi. Ternyata pilihan campsite kali ini antara yang terbaik. Sebab bila bangun sahaja dari tidur, fuh! Memang rasa macam dalam filem. Tak caya? Nanti korang tengoklah video kat bawah.

 Khemah dah siap sedia, view pun dah menanti. Let’s!

Macam dalam mimpi

 Tido dalam sleeping bag and muka bangun pagi be like…..

Bangun je, mandi, solat dan bersilat di dapur bagi menyediakan sajian road trip ke Piopiotahi

Apa yang penting kerjasama, suke sangat dengan teamwork travel buddies kami 🙂

Bergegas mengejar cruise terawal, akhirinya travel buddies kami dapat naik cruise paling awal dan haruslah MURAH gile. Siap dengan makanan sebab it’s a SUMMER PROMO. Settle bab Milford Sound, kami pun mulakan perjalanan pulang terus ke my favorite city on earth. Apa lagi kalau bukan QUEENSTOWN.

Bila anda memandu di New Zealand, tak pernah tak WOW!

My ahli jemaah dah tiba di Milford Sound

 #followmeto 8th Wonders

Hello Milford Sound, bertemu lagi kita.

The girls dah ready untuk ber-cruise

The view will always be the same, tak makan dek zaman kata kawwww

 

Sumpah kat sini banyak gile sandflies, gatal ya’amat bila terkena gigitan manja.

Berhenti sat, view cam letops je

Tok Siak kami, Muni namanya 🙂

Jejaka-jejaka yang menjadi tunggak kekuatan, gitcheww!

Play with the ‘lumut’. Sumpah lembut cam carpet

Majestic view, takkan boleh lepas peluang, kita stop, bagi travel buddies enjoy the view 🙂

Ya ampun lupinssss, cantik angat.

 

Kelesss Syawal dengan hamparan bunga lupins

Kita berhenti di so called RnR untuk makan tengahari

Dapur ada. Brahims ada. Nasi pun ada. Apa lagi? Picnic with the view secara jemaah, memang riuh sangat.

Entering Queenstown, wohoooo!

Lake Wakatipu yang tak tipu cantik

Di sana, kami akan lepak danjalan-jalan di sekitar bandarnya yang sangat meriah. Beli souvenirs murah-murah, makan kebab, lepak layan sunset di Lake Wakatipu dan haruslah berjalan untuk mencari aktiviti yang BEST di sini. Kami pulang ke hostel untuk makan malam bersama ala-ala keluarga bahagia. Aku selaku chef malam tu, siap-siap lauk pauk atas meja dan terus hidangkan kepada ahli jemaah. Memang muhibah habis.

Tapi sedar tak sedar, sebenarnya time kami makan tu, jam dah pun menunjukkan pukul 12 tengah malam. Mana taknya dah kalau gelap pun pukul 9malam, memang sekejap jelah dah tengah malam kan. Since aku penat gile, aku masuk tido awal dan time sedar pagi tu, hari dah terang benderang. Actually, malam tu aku and Kak Mah tidor bilik depan dan ada dengar orang kejutkan Subuh tepi tingkap. Aku mati-mati ingat mimpi tau.

Yelah logically, mat saleh mana pulak lah yang kejut subuh siap dalam Bahasa Melayu tuuuu. Jadi, bila dah pikir itu hanya mimpi, apa lagi, sambung tido balik dengan lenanya. Yang sebenarnya, itu adalah wake up call dari Uncle Roslan untuk aku dan Kak Mah. Bila sedar apa lagiii… Berlarilah basuh muka segala and terus masak breakfast dan lunch sekali. At least nanti boleh stop memana untuk singgah makan kan?

Pagi tu, Kak Mah bertanggungjawab untuk menghantar teman-teman kami ke city untuk lakukan aktiviti-aktiviti yang mereka sudah book semalam. Aku di hostel, kemas-kemas dan pack segala benda untuk proceed dengan check out. Harus aku ingatkan korang juga, bila nak check out tu, mohon kemas macamane korang check in ye. Segala utensils, perlu korang cuci, lapkan sampai kering dan kemas letak balik pada tempat yang korang ambil tadi. Kalau ketegaq sangat, siaplah kau akan didenda oleh pihak hostel. So, please bear in mind.

Wow, view ni kat hostel je tau, tapi wow!

Siap kemas hostel, aku kemas pulak kereta. Bagi keselesaan kepada pilot dan penumpang juga. Bila kereta kau dah guna 2-3 hari, mesti sampah, chips yang bersepah kat carpet kereta mahupun tisu-tisu bersepah kat dalam kereta. Jadi, aku dan Kak Mah buat sesi spring cleaning kaw-kaw. Siap basuh cermin depan kereta lagi. Saja nak bagi geng-geng kiteorang rasa special sikit 🙂

Aku dan Kak Mah memandu kereta masing-masing terus ke bandar Queenstown. Dapat cari parking, kami pun inform team kami untuk bertemu di parking yang sama semalam kami park. Aku sempat berjalan-jalan lepaskan rindu dendam pada Queenstown. Haih, lebih mengancam nampaknya Queenstown ini bila di musim panas. Nasib baik summer body kiteorang semua tak ready lagi, kalau tak bikini body lah masing-masing berjalan kat tengah bandar ni.

Parking kereta sat

Anyway, semasa lepak-lepak tunggu ahli jemaah pulang dari berjimba, aku dan Kak Mah lepak minum-minum. Terserempaklah dengan orang Malaysia satu family. Kami macam biasalah, excited habis jumpa dorang, tetiba jelingan yang dia bagi. Alaaa. Itu jeke balasan yang kami dapat bila kami senyum. Sentap juga kekdahnya. Bukan itu sahaja kejadian geng orang Malaysia yang sombong-sombing ini.

Masa aku masuk kedai souvenirs, nak beli barang, aku terserempak dengan seorang pakcik Malaysia. Aku terus cakap = Hai! Sambil senyum mesra habis. Dia pandang aku then jeling lagi sekali macam ala-ala anak murid jumpa pengetua ye. Garang nauuu. Garang-garang kat Queenstown tak baik tau. Terus cam aku malu, so aku pun okay fine. Ingatkan aku je kena, Kak Mah pun sama. Takpelah. Mungkin dorang nampak kita cam Tok Ti Nurhalija kot, so dalam diam ajak kita duet lagu “Menjeling-menjeling ku berdenta, mata kita sama memandang”. Dah, bye!

Kita move on dari kisah rakyat Malaysia yang nyombong-nyombong tu. Biarlah mereka bahagia dalam kepompong mereka. Yang penting, kita yang biasa-biasa ini, yuk teruskan hidup. Tibalah masa untuk kami ucapkan selamat tinggal pada Queenstown. Mari kita menerokai bumi Christchurch dengan perjalanan sejauh berkilo-kilo meter. Since kami semua akan stay beberapa hari lagi di New Zealand, kami harus stick juga dengan itinerary yang lama untuk tujuan hantar Shazana (travel buddy yang naik MAS) ke Christchurch.

 Singgah di bawah pokok untuk picnic makan spaghetti pulak. Semuanya khas untuk ahli jemaah 🙂

 View yang berbeza

 Lindis Pass – my favorite

 Yes, definitely

Kami tiba di Christchurch dan terus check in hostel. Kami stay a bit jauh sedikit dari city centre dan tak sempat pun nak jalan-jalan sebab time kami sampai hari pun dah gelap. Al-kisahnya, kemas-kemas barang dan terus pergi kitchen untuk masak-masak. Untuk haritu, kami masak dengan auntie-auntie Siam uols. Tengok lauk-pauk dorang memang nampak sedap sokmo. Masak ramai-ramai tapi senyap je dorang. Yang kiteorang, bising memang dah macam sekampung duk rewang dalam kitchen tu. Tapi, bukan makcik bawang yeeeee. Makcik Kiwi okay!

 Sajian simple sebagai santapan malam kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *