Budget Trip ke Kashmir : Pahalgam

Jika semalam, view di Gulmarg semuanya putih bersih. Harini kami ke Pahalgam, sebuah banjaran gunung yang menyajikan keindahan hijau yang amat menyegarkan mata. Fuh, amacam syahdu tak perumpamaan itu? Yang pastinya, siapa suka akan kehijauan flora fauna, anda harus ke Pahalgam.
Morning shikara ride, aktiviti wajib sebelum memulakan perjalanan

 Ladang saffron yang masih dalam proses. View dia letops ye!
 Langit selalu cerah semasa kami di sana
View yang indah buat kami
Waktu on the way ke destinasi kami, ternampak pulak kedai roti, singgah itu wajib. Sampai jemlah jalan sebabkan van berhenti. Yang penting roti die RM0.30 dan RM0.60 seketul. Ya ampun sedap ya’amat!
 
Sepanjang jalan pun korang dah nampak aura-aura cantiknya Pahalgam ini. Paling meriah bila travel bulan April, anda akan dijamah dengan view Mustard Field yang sangat WOW. Padang kuning yang terbentang luas. Kami siap berhenti di tepi jalan semata untuk bergambar.
Walaupun rakyat tempatan duk perati je kelakuan anak-anak Malaysia bermain di ladang biji sawi ini, kami sambut dengan senyum mesra. Jakun woi. Sebab cantik sangat. Ingatkan kami je orang Malaysia yang camtu, rupanya bervan-van pulak yang berhenti sama-sama. Demi mengabadikan memori manis di ladang bijik sawi ini. India merupakan salah sebuah pengeluar mustard terbesar di dunia tau. Memang kalau musim mustard ni, sepanjang jalan memang kuning aja lah.
Semua dah pakat ambil position untuk posing
 Di tengah-tengah ladang biji sawi
Dosh
Husband
Wefie yuk!
Bila dah sampai, bargain hard for the pony ride. Kemudian, barulah kita pun yeehaaa – Bersiap sedia menerokai Pahalgam yang indah lagi mengasyikkan. Yang bestnya, bila pergi dengan travel buddyz camni, tiada had masa yang diberikan, sukahati. Dan insyallah, peratusan untuk kena tourist scam itu adalah sangat rendah kerana kita semua akan diberitahu tentang tips-tips yang amat berguna sebelum tiba di satu-satu attractions itu.
Tips : Kena pandai bargain. Sebab ada Malaysian yang kene charge mahal gile semata untuk naik kuda ke Pahalgam.
Semua dah ready dengan pasukan kuda mereka
Mari kita menerokai Pahalgam
Meriah ke tidak?
Our porter pun follow sekali
Stop untuk ambil gambar
Sambung semula perjalanan indah kami di Pahalgam
Maka dengan itu, dapatlah kami melepak, siap buat video Hindustan, main lari-lari, photoshoot promote diri (yang ini wajib, laku atau tidak, itu belakang cite) berlatarbelakangkan gunung yang masih dilitupi salji. Cantik hokey!
Finally, Baisaraan
Kita mulakan dengan aktiviti shooting. Rombongan kali nie semua artis tau
Habis shooing, retis semua duk rehat makan apa yang ada dalam backpack
Mini Switzerland katakawwww!
Sesi turun bukit ni memang paling kelakar. Macam-macam kerenah kuda-kuda kami terpaksa layan. Memang lawak!
 Selesai berkuda, kami rehat di tepi sungai pulak. Barulah ada gaya!
 Candid satu kali
Sempat singgah beli Kachumber Salad
Kachumber Salad – paling popular kalau di India. Selalunya peniaga nya adalah bukan orang tempatan Kashmir. Kalau ditanya tentang rasa…. Agak unik. After all, ianya adalah kudapan yang boleh korang makan sambil jalan-jalan. Murah jeh pun!

Balik dari Pahalgam, kami singgah pula ke lokasi penggambaran filem Bajrangi Bhaijaan iaitu sebuah shrine yang diberi nama – Sheikh Zain ud Din Wali Shrine. Ianya terletak di perkampungan Aishmuqam, Anantnag. Untuk sampai ke shrine ini, anda harus mendaki tangga yang boleh dikatakan agak tinggi jugak. 560 anak tangga woi!

Kalau boleh, naik pelan-pelan. Chill. Feeling sikit. Di kiri dan kanan anda ada kedai-kedai local people yang boleh korang tengok. Nak beli pun takde masalah. Okay, meh sini aku story sikit pasal Sheikh Zain Ud Din Wali Shrine ini.

Mungkin jika sebut je shrine, ianya agak asing untuk orang kita. Sebab bila kita tengok reka bentuk shrine ini macam masjid, tapi kenapa tetap panggil shrine, kan? Shrine ini jika buat pemahaman orang kita, ianya lebih kepada makam kepada para ilmu agama atau ahli sufi.

Ianya kepada tempat untuk memanjatkan doa dan hajat. Jika anda ada menonton filem Bajrangi Bhaijaan, waktu Salman Khan bawa Shahida ke shrine ini untuk berdoa, korang perasan ada macam tali yang diikat pada besi pagar shrine tersebut. Dan itu sebenarnya bukanlah amalan kita ya.

 Ke sini pulak. Harus mendaki ya.

 Tarik nafas dulu

 Akhirnya tibahhhh juga

 Cantiknya shrine nie, betul-betul macam dalam movie cuma sunyi

 Mari kita masuk dah lihat apa di dalam

 Ianya macam gua dan sekarang tengah tunggu turn untuk masuk bilik rahsia. Dilarang ambil gambar dalam bilik tersebut.

Pakcik ni cakap dia ada berlakon juga dalam Bajrangi Bhaijaan tu. Keles dah jadi artis sekarang

Setiap penjuru harus berderma ya

Okay mari kita turun. Di kiri dan kanan anda akan lihat local people berniaga macam-macam barang. Mur atau mah? Murah juga

 Teh Safura Foundation katanya – Kita buat agihan Choki Choki pada anak-anak Kashmir

 Abam ini pun dapat Choki Choki ye

 Itu baru roti besar tempayan ye

 Haih comelnya anak-anak Kashmir ni. Pandai posing ye yang lelaki ni. Bawak balik baru tau!

Choki Choki for you boy

Balik dari Pahalgam, ada salah seorang buddyz kami yang tak berapa sihat. Satu van dah risau, termasuklah sahabat setia kami, Shabir. Aku minta beliau untuk cari pharmacy dan beliau pun sepantas Hero Hindustan woi, terus cari, ikut wrong way dan berhenti di pharmacy. Nasib baik ini kes emergency, so kami maafkan jelah his crazy driving skill itu. Ternyata ia amat diperlukan saat-saat emergency cenggini.
Tiba di pharmacy, doctor takde time tu, jadi yang tinggal pembantu di situ. Tapi driver kami si Shabir ni, dia tetap caring habis. Dipimpinnya buddyz kami naik sampai ke pharmacy (terletak di tingkat atas). Manissnyaa woi. Nampaknya kawan kami tu demam, jadi solution untuk surutkan demam adalah injection. Kami cam what?? Inject-inject yang buatkan meks rinsek!
Sejujurnya, kalau demam, doctor bagi ubat like paracetamol and antibiotik. Datang pulak pembantu makmal Kashmir, dorang suruh inject je terus. Terus kiteorang risau. Kalau boleh taknak inject. Mujurlah kat kotak injection tu dia tulis nama ubat and details segala. Terus kawan kiteorang, Hady on data untuk Google apakah ubat itu.
Memang betul untuk demam tapi selalunya pakai kat kuda. Biar betik? Takkan baru naik kuda sehari di Pahalgam terus dikudakan sebegini rupa? Tak baik tau buat kawan kami camtu. Apa-apa pun, kami semua berkeras takmau injection. Semua pun dah jadi macam mak-mak anti-vaksin pulak time kat Kashmir. Dah lah language barier teruk jugak. Shabirlah yang menjadi penghubung segalanya. Kalau tidak semua itik ayam kuda masuk dalam conversation.
Shabir ada bisik-bisik. Siap tarik kami untuk bagitahu yang, “She’s down with fever…Injection is good for her”. Ala-ala macam scene doctor bisik pada ahli keluarga sangat untuk bagi penerangan. Tapi kami tetap memilih untuk tak inject. Beliau pun akur. Entah mana datang roh doctor aku, boleh pulak question pembantu makmal tu, kenapa tak guna stethoscope macam doctor kat Malaysia selalu buat?
Dia macam jawab something-something dalam bahasa Kashmir. Aku cam, terus ambil stethoscope, dengar degupan jantung Cik Ta sebab itu yang selalu aku tengok kan. Ya Allah, kuat jugak ye. Aku terus cabut benda alah tu dari telinga aku. Terkejut sebenarnya. Wow! First time dalam hidup aku duk dengar bunyi jantung kuat gitu. Dup dap dup dap. Mujur tak campak je stethoscope tu. Terus pulangkan balik pada mamat tadi secara aman. Malu juga sebenarnya.
Alhamdulillah, akhirnya, pembantu makmal itu lembut hati bagi panadol untuk Cik Ta. Punyalah berkeras nak inject. Kami semua naik van. Cik Ta, diiringi abam hero Hindustan hidung tajam terus masuk ke dalam van. Siap diberikan selimut dan bantal. Anda rasa ada masa untuk sakit kepala ke kalau layanan VIP gini? Apa yang paling aku puji adalah kawan-kawan yang travel sama ke Kashmir kali ini. Walaupun pertama kali kami travel bersama, tapi semangat dan sikap yang tak pentingkan diri tu sangat-sangat aku kagum.
Semua pun terus ada rasa tanggungjawab jagakan kawan-kawan. Alahai, mesti Cik Ta terharu sangat dengan kawan-kawan gini kan? Sebab aku pun rasa seronok bila tengok masing-masing yang susah senang bersama. Susah ye nak dapatkan geng yang camni. Alhamdulillah, Tuhan kurniakan kami untuk bertemu di Kashmir kan. Tak gitu?
Dapatkan bantuan dahulu

Kekdahnya, semuanya aman-aman sahaja. Bila melihatkan keadaan Cik Ta yang makin memberansangkan, kami semua menarik nafas lega. Terus singgah beli dried fruits ye. Dahlah time tu, gelap gelita jalan di Kashmir ni. Lampu jalan pun takde. Nak save time punya pasal, Shabir sekali lagi memandu dalam keadaan yang agak extreme. Slumber die je wrong way terus park masuk kedai dried fruits. Syabas bhaiyya!
We had so much fun shopping for dried fruits and of course saffron. Saffron yang original memang paling susah nak cari. Banyak kali kami diingatkan supaya jangan beli saffron di houseboat. Selalunya non-original. Beli yang betul-betul ori sahaja. Nak tahu bagaimana ori atau tak? Korang try ambil beberapa strips and rasa kat lidah. Jika manis, itu fake. And kalau masuk dalam air dan warna dia bertukar, itu pun fake. Make sure beli saffron yang ori sahaja.
Teh Kahwa pun ada di situ
 Pilih jangan tak pilih
Kami pulang ke houseboat pada malam tersebut dan dinner secara berjemaah. Makanan yang melimpah ruah itu milik kami. Siap pesan dekat owner houseboat untuk masak jangan macam nak lanje satu Dal Lake. Sebab memang banyak. Walaupun group kami ramai, tapi tak pernah licin pun. Sampai kekadang tersentaplah owner ingatkan lauk die tak sedap. Mujurlah PR masing-masing tip top. Kami jaga hati owner sebaik mungkin. Ahaks!

Mari kita tengok apakah di sebalik aluminium foil itu

 Tadaaaaaaa. Tak pernah tak happy tengok makanan yang terhidang. Aummm!
Sebelum aku tutup cerita Pahalgam, terimalah video acara tari-menari dari geng kami untuk anda semua. Layan!

to be continued…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *