Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Cik Pora

Pejam celik, pejam celik, kita dah masuk hujung Ramadan. Rasa sedih. Pilu. Sebab Ramadan nie antara bulan yang paling istimewa untuk Cik Pora. Selain dapat melakukan ibadah puasa, part paling best adalah apabila dapat tunaikan terawikh dan juga jadi creative untuk masak macam-macam di saat berbuka. Ada je resepi baru yang dapat Cik Pora belajar. Memang seronoklah moment camtu.

Okay takmau bebel panjang-panjang lagi. Sebenarnya Cik Pora nak ucapkan Selamat Hari Raya sahaja untuk semua pembaca blog kiteeww. Raya mana tahun nie? Dah pack baju ke belum. Yang naik flight tu, jangan lupa boarding pass korang. Yang takde kampung (itu aku yang dulu, bukan yang sekarang), kemana aja pergi bercuti, seronok naaaa.

Ke mana sahaja korang pergi, jangan lupa jaga diri di cuti beraya ini. Syok menggapai langit sekali pun, korang jangan lupa diri ye. Gituu. Untuk Cik Pora, tahun ini adalah tahun yang unik. Pertama kali beraya bersama yang tersayang. Eceh. Apa-apa pun, dikesempatan ini, Cik Pora ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin.

Jika selama ini, ada yang terlanjur bahasa, tersentapkan kalian atau mana-mana pihak, mohon ampun ye. Bukannya aku insan yang sempurna di bumi ini, namun cuba yang terbaik untuk menjadi baik. Insyallah. Dengan ingatan tulus ikhlas, I lava you 🙂

Korang semua dijemput beraya di teratak Cik Pora yang sangat grand lagi vasss! Datang pakai baju letops-letops then posing pinggang kerengga walaupun tidak ye. Muah

2 thoughts to “Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Cik Pora”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *