TRAVELKEMANA KITA? OPEN TRIP 2019

2018 bakal menutup tirai kisah-kisah travel anda dan 2019, anda akan tiba dengan penuh keterujaan! Tak gitu? Korang yang dah beli tiket untuk tahun depan, ke manakah destinasi anda untuk 2019 nanti? Buat yang dah ada destinasi idaman tapi takde pulak travel buddies, korang jangan risau, Cik Pora ada penyelesaian untuk itu.

Kalau yang ada FOLLOW Instagram Cik Pora, korang akan perasan hashtag #travelkemana yang akan Cik Pora letak untuk setiap post. TRAVELKEMANA sebenarnya adalah sebuah community untuk travel buddies mengembara ke seluruh pelosok negara bersama dengan teman-teman baru.

Idea untuk Cik Pora wujudkan komuniti gini adalah lahir waktu Cik Pora travel ke sana-ke sini dan terima banyak email, kalau nak travel, please ajak. Ada yang siap buat luahan perasaan, bila ada teman travel dorang yang cancel last minute. Ha… Oleh yang demikian, aku come up dengan Open Trip yang mengumpulkan semua travel buddies (samada solo ataupun tidak) untuk kita travel sama-sama.

Dan Alhamdulillah, until today, kebanyakkan daripada kami yang asalnya tak pernah jumpa, tapi mempunyai minat yang sama, bila travel sekali. Ya ampun, memang meriah. Siap jadi kawan rapat habis lah memasing. That’s the beauty of our travel buddies concept. Siap ada tu, belum habis trip dah plan awal-awal nak ke mana lepas nie. Ahaks. Jadi, untuk tahun 2019 (diharapkan lebih gemilang untuk setiap dari kita), TRAVELKEMANA sekali lagi membawakan destinasi-destinasi menarik untuk anda terokai bersama. Jom kita ke Switzerland, Tasmania, New Zealand, Pakistan, Ladakh, Kashmir mahupun Agra!

Jadi, apa tunggu lagi, kalau ada orang tanya Travel Ke Mana lagi 2019 ini, korang pun dah ada jawapannya kan. Cepat-cepat contact Cik Pora okay – email : poo.britney@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *