Goodbye and thank you 2018.
All happened just within 365 days of my life. Thank you for everything. And to 2019, let’s rock and roll!
Tik tok tik tok, dah sampai kita semua ke penghujung 2018 yang bagi aku quite challenging. Tapi dalam hati tetap rasa bersyukur kerana diberikan rezeki dan umur yang panjang serta kesihatan yang baik, Alhamdulillah.
Phew! What a year for Teh Safura. Bila ingat balik apa yang jadi 365 hari lepas, aku macam tak percaya yang ini adalah kisah 2018 aku. Banyak yang aku belajar di tahun 2018 sebenarnya.
Antaranya yang paling aku takkan boleh lupa adalah, kita merancang tapi Tuhan Maha Mengetahui. Setiap yang berlaku sudah pun tertulis dan doa untuk diberi kekuatan dalam menerima tu yang paling penting.
Bukanlah ustazah mahupun Daie Sapora, tapi itu yang aku lalui dan membuatkan aku sedar, makin kita meningkat usia, makin besar dugaan dan ujian. Apa yang aku selalu minta adalah supaya diberikan kekuatan supaya hari yang mendatang akan jadi lebih baik, Insyallah. Agituuuu celoteh nak masuk 2019, dah kenapa kan.
Okaylah, tak nak bebel panjang-panjang, jom #throwback 2018 highlights Cik Pora. Zasssss!
Kembali ke Sri Pentas untuk bersiaran katanya… Pembuka tirai 2018 yang indah
Berkongsi tips-tips percutian untuk rancangan Nona TV3
Direzekikan untuk bawa geng UUM ke Aceh bagi menjalin ukhwah dan program amal
Bersama teman-teman gym ke Lombok
Ke Kashmir pulak kita untuk menikmati musim tulip
Berposing sakan geng Agra April 2018
Tak lupa pada team Kashmir July 2018 riang-ria di Sonamarg
Sempat singgah di Bandung bawa team #auntiepermai
Thanks to my beloved family and friends
Dijemput pula berkongsi tentang pengalaman bercuti untuk rancangan Mingguan Wanita Astro
Ke China bersama team asrama puleks
Kelantan trip with family (Ladies ONLY)
Bermain salji di Tasmania. Awesome!
Congrats to my sister and welcome Qaila