Tempat-tempat Menarik di Tasmania, Australia

Tasmania atau Hobart mungkin bukanlah antara pilihan utama dari rata-rata mereka yang ingin travel ke Australia. Kebanyakkannya lebih memilih untuk ke Sydney, Gold Coast mahupun Melbourne. Namun, jangan korang sangka di sebalik ‘underdog’-nya tempat ini, tiada tempat-tempat menarik yang boleh korang terokai dan pastinya tidak kurang hebat ye. Apa kata untuk post kalinie Cik Pora nak bagitahu kat korang antara tempat-tempat yang best korang boleh explore untuk trip Tasmania anda.

  1. Port Arthur

Ini adalah salah satu tempat bersejarah yang sangat penting di Tasmania. Kalau korang pernah kaji sejarah waktu zaman British takluki Australia, kebanyakkan tahanan British dihantar buang negara ke sebuah pulau yang diberi nama Australia. Dan mereka yang dibuang itu dihantar ke Port Arthur, yang dulu merupakan sebuah kampung untuk pusat tahanan atau dalam bahasa mudahnya penjara. Banyaklah sejarah best yang kalau Cik Pora nak cite tak cukup muka web ini, eceh! Korang boleh baca sejarah dia di sini. Jadi, untuk yang ke Port Arthur, wajiblah visit Port Arthur historic site yang dah macam museum ini pun. Tempat menarik lain juga adalah – Tasman Peninsula view (Cape Hauy, Cape Pillar), Lavender Farm, Tasmanian Devil Park Zoo.

          2. Freycinet Peninsula

Kalau ingin ke pantai, korang boleh datang sini sebab kat sini ada National Park yang cantik. Ianya terletak 2 jam setengah sahaja dari bandar Hobart. Kat sinilah korang boleh makan fresh seafood yang yummy! Kalau ke sini, jangan lupa singgah Coles Bay and mendaki ke Wineglass Bay untuk lihat view yang sangat letops. Memang seronoklah kalau korang dapat duduk tepi pantai kat area sini. Damai je sebab memang tak ramai orang. Itulah Tasmania!

        3. Hobart City

Untuk yang nak lihat kemeriahan bandar di Tasmania, bandar Hobart adalah pilihan yang terbaik. Siang dan malamnya hidup dengan gemerlapan lampu yang menerangi bandar ini. Lokasi bandarnya yang terletak di tepi pier, memberikan satu ‘feel’ yang lain dari tempat yang anda lawati di Tasmania. Setiap hari Ahad, anda boleh ke Salamanca Market yang mana produk-produk warga tempatan ada dijual di sini. Memang meriah dengan orang Tasmania dan juga pelancong yang datang.

      4. Launceston

Sebuah bandar kedua yang ada airport di Tasmania selepas Hobart. Ianya terletak di tepi aliran sungai dengan view mountain and hill, dan kepadatan penduduk di sini adalah kurang daripada 100,000 orang. Jika anda singgah di Launceston, anda boleh pergi ke Cataract Gorge yang merupakan tarikan utama di sini. Bolehlah korang naik chairlift yang cukup popular di sini. Pemandangan cukup indah.

        5. Mount Wellington

Apalah istilah travel ke Tasmania tanpa Mount Wellington di dalam itinerary anda. Sebuah gunung yang dapat dilihat setibanya anda mendarat di bumi ini. Ianya kelihatan gah dengan salji membaluti puncaknya. Tersergam umpama sebuah potret saat anda memandu di sekitar bandar Hobart. Hanya 30 minit sahaja dengan laluan yang agak berliku untuk ke gunung ini. Kalau anda pergi dalam musim salji, memang hujan salji akan turun menghiasi bumi. Cantik dan indah. Lagi best, tak crowded langsung bila anda di sini. Macam winter wonderland anda sendiri.

Sejujurnya banyak lagi tarikan yang ada di Tasmania yang boleh anda terokai. Ada tempat tengok Tasmanian Devil, Kangaroo, Koala, mahupun penguin. The only access untuk terbang ke Tasmania adalah transit samada Melbourne, Sydney mahupun Gold Coast – Antara yang convenient dengan rakyat Malaysia khususnya. Sementara belum commercial lagi, bolehlah korang explore Tasmania. Kalau yang takde geng nak ke sana, ada beberapa tarikh untuk open trip ke Tasmania dari team Travelkemana, jom hakak bawak korang pulak jalan-jalan secara budget. Ke Tasmania kita!

Travel ke Tasmania dengan Travelkemana

Date : 1  – 7 Sept 2020 / 15 – 21 September 2020

Limited untuk 10 orang buddies sahaja

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *