Tips dan Persediaan Untuk Travel dengan Bayi

“Usahlah bawa baby kecik lagi tu nak travel naik kapal terbang?”
“Bahayalah baby bawak jauh-jauh duduk rumah je”.

Itu antara ayat-ayat yang terkeluar tatkala aku nak bawak Esfahan yang baru berusia 5 bulan ke Australia tahun lepas. Sejujurnya, sebagai first time mom, sumpah aku cuak juga nak bawak baby yang makan pun belum pandai inikan pulak nak naik flight. Entah dia okay ke tidak, sejujurnya aku nervous sangat.

 Landed in Melbourne, waiting for flight to Hobart

Tapi, kita tak cuba kita tak tahu. Betul tak? Dalam mencuba pun, persediaan yang rapi sememangnya harus anda lakukan untuk pastikan semuanya baik-baik sahaja untuk trip bayi anda. Dari pengalaman aku sendiri, sebelum bawa anak naik penerbangan lebih daripada 2 jam tu, silalah consult dengan doktor dulu. Minta pandangan mereka especially bila ada perubahan cuaca seperti travel dalam musim sejuk.

Jadi, apakah persediaan yang perlu anda buat sebelum terbang tinggi dengan bayi anda?

 Less than 7kg stroller bila naik AirAsia

1. Packing barang-barang yang WAJIB untuk bayi anda
Packing satu bag khas untuk barang bayi anda. Diapers dan susu antara barang yang perlu korang bawak banyak. Biarlah bag berat sekalipun. Yang penting bawa lebih dari keperluan sebab kita tak tahu apa yang bakal jadi pun. Bukannya tak boleh beli kat sana, tapi harga barang bayi di luar negara mahal ye kawan-kawan.

Untuk Australia yang sangat strict, make sure, korang bawa susu formula yang masih ada dalam packaging. Kalau breast feed, make sure buang dulu susu tu before ke imigresen.

2. Ubat-ubatan (kalau emergency boleh guna)
Waktu Esfahan nak ke Australia, nurse siap bekalkan ubat demam (cecair) untuk dia. Walaupun dia tak demam, tapi nurse cakap, memang kena simpan siap-siap. Mujurlah nurse baik hati untuk bagi kat kami. Sebab bila kat Tasmania, Esfahan demam panas lepas kami bawa dia main snow. Jadi, benda wajib yang korang patut bawa adalah ubat demam dan juga Sterimar (ubat flu for infant)

3. Drive sendiri
Untuk bayi yang bawah 2 tahun, aku sarankan better korang drive sendiri atau pun ambil private tour instead of joined tour. Baby is super unpredictable. Dia nak nangis, nak meragam, poo-poo, wee wee segala tak kira masa.

Jadi, bila kita buat road trip sendiri, kita boleh berhenti di mana sahaja, mahupun rehat-rehat dan lebih flexible. Lagi satu, kalau dah drive sendiri, bila nak book kereta make sure ambil car seat untuk bayi anda.

 Duduk dalam car seat je Esfahan

 Bus ride to Melbourne CBD

4. Kemudahan di tempat penginapan
Sebelum book penginapan anda, selalunya aku sarankan filter yang ‘Family Friendly’ dahulu di laman web pencarian anda. Dah ada anak ni, takkan nak duduk hostel kongsi 8 orang kan, mau berjaga malam secara berjemaah pulak.

Kebanyakkan penginapan ada yang menyediakan baby cot dalam bilik, ada juga yang akan bagi extra bed for baby. Tak lupa juga dengan facilities yang ada seperti playground etc. Kalau di New Zealand ataupun Australia, harus cuba duduk di Holiday Park. Memang best!

5. Itinerary jangan pack sangat
Bila kita travel, semua tempat kita nak cover. Tak kira sempat ke tak, kita mesti pergi. Gitu. Kalau bawa anak, sila rancang perjalanan sewarasnya. Kalau boleh, janganlah too ambitious. Ketahui jarak perjalanan sebelum mulakan perjalanan anda.

Make sure 2-3 jam drive dan berhenti untuk berehat. Dah okay semua, sambung semula perjalanan anda. Perubahan waktu pun kena ambil kira. Waktu tidur si kecil mesti akan berubah, jadi, rancanglah elok-elok perjalanan anda okey?

 Singgah di Eaglehawk, Tasmania

Ada lagi satu tips untuk ibu-ibu dari Cik Pora. Nak senang dan mudah, cari seluar yang banyak poket bila naik flight tu. Macam-macam boleh korang letak dalam poket tu. Lagipun space dalam flight agak limited. Kalau letak dalam bag galas, kena letak bawah kerusi, tak pun atas compartment. Nak capai segala benda, semua jauh-jauh. Jadi, paling senang, pakai je seluar banyak poket. Senang!

Apa-apa pun, travelling with babies ni kena prepare semua benda awal. Yang jenis last minute tu, dah boleh bawa bertaubat sikit. Buat list, prepare barang sikit-sikit dengan harapan takda yang tertinggal especially benda-benda penting. Bear in mind, barang bayi agak mahal di overseas dan tak semestinya ada brand yang sesuai untuk anak anda. Jadilah, ibu bapa yang bertanggungjawab untuk pengalaman travel bersama si comel yang paling bermakna. Ingat, moment dorang kecik ni sekali je. So, manfaatkan. Gituu!

 Lepak di Nando’s Melbourne

Semoga tips ini bermanfaat untuk korang dan selamat mengembara bersama si kecil.

One thought to “Tips dan Persediaan Untuk Travel dengan Bayi”

  1. Cik Pora;

    Betul tuh travelling with kids/baby akan jadi lebih seronok kalau kita prepare … yg penting itinerary tuh biar santai …

    Dan kita alternate jugak … if Cik Pora suka shopping, go shop while husband duduk hotel main main kolam ngan anak anak …. ini lebih seronok for the kids and the parent !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *