Trip Paling BEST Sepanjang Hidup (so far)

5 tahun berlalu begitu pantas.
Tak semua orang lalui apa yang aku lalui. Betul kata seseorang pada aku, hargailah yang susah senang bersama kerana itu limited edition. Aku resign dari satu company idaman ramai (katanya) dan travel ke LA & Europe. Sebulan lamanya aku ke Europe.

Itulah impian aku sejak aku bergaji. Dan itu jugalah perkara yang terbaik pernah aku buat dalam hidup aku. In fact, until today, it was the best thing ever happened. Everyday I pray that I could repeat the same moment. Exactly the same.

I lava you Lauterbrunnen

Jadi, sempena mengenang 5 tahun moment terbaik dalam hidup aku. Aku nak buat special POST. Harap korang enjoy setiap yang aku ceritakan dan yang pasti belum aku highlight dalam mana-mana cerita sebelum ini. Let’s roll it!

PARIS
Kota cinta. Aku pilih Paris sebab tiket murah. Itu je reason aku. Nak tengok Eiffel Tower itu hanyalah sampingan sahaja. Yang lain, apa yang aku ingat, badan aku gatal-gatal lepas mandi kat hostel. Ingatkan dekat Malaysia je ada gatal mata ikan tu.

My first PAUL in Paris

BELGIUM
Semangat ke sini sebab aku nak ke Bruge. Cantik bangat tempat ini. Siap ada satu bench tepi tasik. Aku terpana sekejap. Bestnya kalau dapat datang sini time kau dah takde commitment dengan orang yang kau sayang.

Syahdu sangat tempat ni

AMSTERDAM
Houseboat and canal yang ada di mana-mana. Waktu tu, Instagram tak ramai lagi guna. So gambar pun tak banyak aku ambil sebab nak nikmati moment tu walaupun aku hanya berada 2hari 1malam. Orang di sini tidak mesra tourist. Tapi Keukenhof, beratus tourist. Kena dengan musim bunga tulip yang paling popular di dunia.

Cantiklah pulak gambar ni, tak sangka aku boleh amik gambar camni eceh!

PRAGUE
Penuh dengan architecture bangunan yang unik. Jambatan yang sangat cantik menuju ke sebuah istana lama. Bandar lama yang aku tak sangka aku jatuh cinta. Tapi, host Airbnb kiteorang cam Islamophobia sikit. So, aku menyampah jugaklah cara dorang treat kiteorang.

Antara view yang cantik di Prague

SALZBURG
Tiba di sini tatkala hujan renyai. Cari hostel malam-malam. Semuanya sebab strike yang berlaku di Munich, Germany. Habis kena reroute timing and train kami. Jadi, perjalanan sangat jauh. Gendong jelah bag yang ada.

Salzburg ini dia macam di tengah-tengah antara Europe maju & Europe indah. Kau macam masuk sebelah kaki ke bumi Switzerland. Hallstat paling aku suka. Journey ke seberang tasik tu buatkan kau akan rasa, weh teruja teruk. Siap naik ferry kecil di jetty yang masih mengekalkan cara lama. Indah!

Love you Hallstat

SWITZERLAND
Terlalu banyak kenangan di sini. Air mata pasti mengalir bila terkenangkan Switzerland. In fact, waktu tulis ni pun. big girl don’t cry katanya. Waktu aku ke sini, Lauterbrunnen ini sangat asing buat segelintir pengembara. Tapi, aku memang plan nak spend more time di sini. Mahal macamana sekalipun. Aku redha.

Nak sampai ke sini, bukan senang. Hampir tertinggal train. Masuk bilik orang lain, siap feeling kau mampu rupanya. Ke Jungfrau. Melopong tengok Lauterbrunnen, perkampungan umpama surga. Cinta dan sayang aku pada Lauterbrunnen tidak pernah pudar. Setiap moment di situ tidak pernah lupus.

Perasaan ketika itu juga masih tersemat di hati. Masih ada tempat yang indah di dunia ini rupanya. Apa yang terjadi di Malaysia, biarlah. Aku nak cipta memori indah lepasni, aku taknak sedih-sedih, aku nekad nak berjaya dalam apa jua yang aku buat, aku malas nak layan negativiti dan aku nak hargai orang yang susah senang bersama.

That’s twenty-something me in drafting my resolution in Swiss. Di sini juga, aku berjalan masuk ke kampung-kampung, sempat ke Lucerne dan bermalam di favorite hostel aku. Macam-macam aktiviti yang aku buat di sini. Enjoying my life to the max. I’m in love and forever in LAVA!

Lauterbrunnen, super special in my heart

VENICE
I was surprised with Venice. Thought I’m gonna say – just another touristy country. But I was totally wrong. I LOVE Venice so much. Everything about it!
Domodossola.
The conversation.
The stripes shirt same like gondola guy.
Promise not to lost in Venice.
Roses.
Ice cream. A lot of ice creams.
Carbonara pasta.
The fart.
The snores.
and Ciao Venezia.

SLOVENIA
I put it on my plan sebab nak ke Lake Bled je. Tapi terjalan-jalan di Ljubljana pulak. Di sini, aku belajar supaya jangan takut untuk mencuba dan juga kerjasama. Kalau ada yang masak, ada juga yang akan cuci kemas barang.

Moment tepi tasik di Ljubljana sambil tengok orang tengah paddling petang-petang. Penuh dengan magika. Tentang dunia. Tentang indah.

Overlooking this view and awesome weather, perfect moment in Ljubljana

SARAJEVO
Took the longest train ride to Sarajevo. But the beauty of arriving here, we were welcome with the best hospitality in the world. People were so friendly and nice. Burek and Chevapi. Always taste better with plenty of chilli sauce.

Longest train and it was epic. Biasalah went crazy in the train with karaoke session

TURKEY
Penutup itinerary #eurotrip. Baru sampai dah kena scam. Boring. Tapi bila sampai di Sultanahamed, rasa macam duduk dalam buku cerita kisah-kisah Nabi. Memang indah Istanbul. Tapi aku sukakan Cappadocia. Bangun pagi-pagi untuk naik hot air baloon, terlalu magikal untuk aku hadam sehingga hari ini. Aku ingin kembali pada memori manis itu. Tak kira!

Jelaga ya tangan sebulan mengembara

Dan itu adalah memori 5 tahun lepas yang masih aku ingat sampai saat ini. Tidak pernah luput walau seketika. Ianya tersemat pada satu sudut paling istimewa dalam hati. Setiap kali bulan Mei, pasti aku tak sabar untuk tunggu memories yang akan keluar di Facebook. Seluruh perasaan pasti menuju ke satu dunia ciptaan sendiri – OUR WORLD.

Biarlah masa berlalu berpuluh tahun sekalipun, tapi aku akan kenang peristiwa ini sebagai satu chapter paling penting dalam hidup aku. Setiap moment, pengalaman, mereka yang aku jumpa, yang memudahkan perjalanan, yang sentiasa berdoa, yang menemani, yang menghiburkan dan menjadikan trip ini, trip yang sempurna. You made who am I today.

Walaupun tatkala ini, #covid19 sedang habis-habisan melanda dan industri pelancongan agak ‘terpukul’ dengan pandemik, marilah kita doakan agar semua ini berlalu secepat mungkin dan kita semua dapat jadi lebih menghargai. Okay? Alright, apa-apa pun, please stay safe and #kitajagakita

2 thoughts to “Trip Paling BEST Sepanjang Hidup (so far)”

  1. baca post ini pun rasa tertarik dah mata ni, kalau dapay pergi tempat-tempat macam ini, indahnya duniaaaa. lagi lagi kalau dapat duduk kat kerusi hijau tepi sungai tu. cantik betul view dia! semoga dapat peluang join mengembara suatu hari nanti, insyaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *