Resepi Cinnamon Rolls Yang Mudah dan Sedap. WAJIB CUBA!

  1. Bahan-bahan (saya ikut resepi Chef Safura) :
    400 gm tepung High protein / tepung gandum
    50 gm Butter
    150 ml Susu segar
    7 gm Yis
    125 ml Air suam
    50 gm Gula
    1 1/2 tsp Garam
    1 biji Telur
    1 biji Telur kuning
    1 tsp Bread softerner/ ovelet ( jika ada)

2. Untuk filling, since ini adalah cinnamon roll, Cik Pora akan campurkan bahan-bahan berikut :

1 cup Gula perang
3 tsp Serbuk Cinnamon
1/2 tsp Garam
Butter (untuk Sapu atas doh)

*Adunkan gula perang, serbuk cinnamon dan garam.

3. Untuk spread you put on top of the rolls pulak, bahan-bahannya :
Cream cheese
Icing sugar
Butter
Fresh Milk

Cara-caranya :

1.Panaskan susu segar dan butter dengan api kecil untuk cairkan butter sahaja dan sejukkan. Pastikan tak panas bila diadun nanti . Make sure sejuk atau suam ye.

2.Campurkan air, yis dan sedikit gula dalam cawan supaya senang nampak yis mengembang dan berbuih. Biarkan dalam 5 hingga 10 minit

3.Dalam mangkuk campurkan tepung, garam, dan gula. Selepas itu masukkan campuran yis, campuran milk butter dan telur. Kalau doh terlalu lembut boleh tambah sedikit tepung. Cik Pora guna tangan je. Kalau ada mixer lagi better.

4.Uli adunan di atas meja sehingga lembut dalam 10 hingga 15 minit. Doh yang dah siap, bila korang tarik dia akan rasa kenyal dan tak koyak

5.Peram doh selama 45 minit sehingga satu jam terpulang pada suhu tempat masing-masing. Biarkan sehingga kembang dua kali ganda.

6.Setelah peram, letak tepung supaya tak melekat sebelum roll empat segi memanjang. Sapu butter di semua permukaan doh dan tabur campuran filling dan gulung doh.

7.Setelah itu, potong doh 12 bahagian. Guna floss lebih mudah

8.Sapu butter dalam loyang dan tabur campuran filling sikit. Susun cinnamon roll jarak-jarak skit kerana nanti akan mengembang. Sekali lagi peram seketika sehingga kembang sekali ganda dalam 45 minit sehingga satu jam terpulang pada suhu tempat masing-masing sebelum bakar

9.Panaskan oven 180 c dan bakar selama 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing.

10.Apabila siap masak, sapu campuran butter spread di atas cinnamon roll untuk lebih moist, sedap dan menyelerakan. InshaAllah.

Memang sedap!

Anda semua patut cuba, memang ini resepi Cinnamon Rolls yang sedap. Cik Pora first time buat pun jadi. Selamat mencuba! Jangan lupa untuk FOLLOW my social media :

Youtube : https://www.youtube.com/user/poobritney/

Instagram : @poobritney

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *