HAGIA SOPHIA KEMBALI MENJADI MASJID

Pintu masuk Hagia Sophia
Aya Sofya

Selama 86 tahun Hagia Sophia menjadi muzium yang menempatkan sejarah Kristian dan Islam dalam satu monumen di Turki. Alhamdulillah. Ini adalah sebuah monumen yang paling cantik yang pernah Cik Pora pergi. In fact, di mata hati aku, kemasyuran dan sejarahnya lebih indah daripada Eiffel Tower. Terlalu banyak yang sudah monumen ini lalui sepanjang berdirinya di bandar Istanbul.

Hagia Sophia atau Aya Sofya pada asalnya adalah sebuah gereja masyarakat Kristian Byzantine dan kemudiannya menjadi masjid pada tahun 1453. Di bawah pemerintah Ataturk, ianya diubah status menjadi muzium pada tahun 1934 dan dibuka untuk orang ramai pada ketika itu.

Teragung

Dan sejarah sekali lagi terukir apabila Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan mengusul agar ianya menjadi masjid. Memang banyak sangat tentangan, in fact Russia pun bersuara agar ianya terus-terusan jadi muzium. Namun, pada 11 Julai 2020, sekali lagi sejarah tercipta.

Hagia Sophia kini adalah sebuah masjid yang akan menjadi tempat berkumandangnya azan. Mesti sayu habis kalau dapat dengar dari Hagia Sophia walaupun ianya terletak berhadapan dengan Masjid Sultan Ahmed atau Blue Mosque. Mercu tanda keagungan bandar Istanbul dan selepas ini, sesiapa yang berkunjung ke sini, akan melawatnya sebagai sebuah masjid.

Keindahan yang menggabungkan dua agama dalam satu senibina

Masjid Hagia Sophia akan jadi masjid yang paling eksotik kerana terdapat nama Allah dan Nabi Muhammad s.a.w dan ditengah-tengahnya terdapat ukiran mozek Maryam dan Nabi Isa. Hagia Sophia, indah di setiap sudut yang melihatnya. Senibina yang begitu agung dan mengagumkan.

Berikut adalah 5 fakta menarik tentang Hagia Sophia :

  1. Hagia Sophia asalnya adalah gereja Church of Holy Spirit yang dibina pada abad ke-6
  2. Kejatuhan kerajaan Konstantinopal menjadikan Hagia Sophia bertukar status kepada masjid pada tahun 1453
  3. Pada 1953, kerajaan di bawah pemerintahan Ataturk menukar Hagia Sophia menjadi muzium dan kemudian dibuka untuk pengunjung
  4. Pembinaannya hanya mengambil masa 6 tahun sahaja
  5. Pernah beberapa kali terbakar dan terkesan ddengan gempa bumi
Okay gais, korang masuk dulu. I nak tido

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *