Buka je mata, terus tanya kemanakah destinasi kita hari ini? Apa-apa pun, kami dikejutkan dengan azan Subuh yang sentiasa memenuhi segenap sudut Tasik Dal. Yuk bangun, lepak layan sunrise depan houseboat, mandi, breakfast ramai-ramai, naik sampan seberang tasik dan naik van. Itulah aktiviti wajib kami setiap pagi. Memang unik dan best gile. Harini kami akan ke Sonamarg. […]