WAJIB Singgah Calanthe Art Cafe – Malaysia’s 13 States Coffee, Melaka

Hello, hello!
Bersua kembali setelah berkurun di poobritney.com hahaha. Ya ampon, sawang pun dah pandai quarantine tunggu Cik Pora update.

Sejak COVID-19 melanda ummah bumi tercinta, memang kita tak dibenarkan untuk travel kemana-mana. Duduk sahaja di dalam negara mahupun rumahku syurgaku.

Beberapa minggu sebelum masuk ke tahun 2020, Cik Pora sempat merentas negeri sebentar. Hanya ke Melaka untuk cuba cari tempat makan yang sedap lagi mengancam.

As recommended by my colleague, I went to Calanthe Art Cafe yang terletak di Jonker Walk. In fact, that’s the first shop yang Cik Pora jumpa sebab dekat pulak dengan carpark kan.

Tapi dah lepas jalan-jalan nak balik baru singgah untuk makan di 13 States Coffee. Kedai ni berkonsepkan coffee shop yang sangat unik dengan hiasan barang-barang antik.

Inilah kedainya, mari kita!
Antara interior yang ada
Esfahan teruja habis tengok fish pond. Baby, jangan terjun dahlah!
Siap ada outdoor section yang macam close to nature sangat

Melangkah masuk je, rasa macam dalam rimba dan akan ada satu section dorang letak barang-barang antik. Kerusi dan meja juga akan membawa anda ke zaman dolu-dolu sangat.

Memang klasik betul
Tak habis-habis dengan fish dia đŸ™‚

Cafe die ni tidak terlalu besar. Tapi boleh memuatkan ramai pengunjung sebab ruang dia memanjang. Okay, apa yang bagi aku menarik tentang kedai ini adalah… jeng jeng!

Claypot Curry Laksa dia. Aku order ni dengan Seafood Dumpling Noodle Soup dan Coffee. Personally dan sejujurnya Claypot Curry Laksa dia memang da bomb. The best ever. Sedapppp yang kau cam kena pejam mata. Dah kenapa pejam mata kan..

The best ever

Sebab dia sedap ya amat. Aku memang peminat laksa but with curry a bit off sikit. Tapi this one memang mencengkam jiwa betul. Sedap. The soup, condiments dia, memang sangat on point.

Palin ayu dah ni aku rasa. Semoga istiqamah lah Pora

Match pulak dengan coffee yang sememangnya menjadi signature cafe ini. Coffee yang disajikan sangat aumm! Nama-nama menu kopi ikut nama negeri. So, bagi aku, this is the main highlight of this trip lah. Korang yang plan nak ke sini I hope you could squeeze your time and lepak sini. Memang berbaloi!

Dah jom kita, pakai mask and let’s balik.

The ambiance, service and the food sangat ngam bagi aku. Samada dengan kawan mahupun keluarga, cafe ini memang untuk anda. Okaylah, sampai sini je review makan-makan Cik Pora. Aku review jujur dan Insyallah SIRIM aku okay. Haha!

Address :

Jalan Hang Kasturi, 75200 Melaka, Malaysia


Operating hours :

9am to 11pm (Closed Thursdays)

Anyway, since kite masih lagi dalam suasana pandemik ini, aku harapkan korang please stay safe and jagalah diri sebaiknya. Virus ini semakin mengganas dan tidak kenal darjat mahupun usia. Please take care and stay tuned for next update!

But, first posing dulu. Okbai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *