Cara Mohon Visa India (E-Visa)

Untuk yang ada plan untuk ke India, ini sedikit tips untuk anda apply visa tanpa perlu ke Embassy India di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Melaka, Seremban dan banyak lagi. Untuk pemegang passport dari Malaysia, anda juga boleh apply E-Tourist Visa India di laman web berikut : https://indianvisaonline.gov.in

Sebelum anda teruskan permohonan visa ini, apa yang anda perlu pastikan adalah :

  • International traveler yang bertujuan untuk melancong, melawat keluarga & teman, rawatan perubatan pada jangka masa pendek dan casual meeting.
  • Passport haruslah mempunyai validity tidak kurang daripada 6 bulan
  • Mempunyai return tiket kapal terbang
  • Duit secukupnya untuk travel ke India
  • Single entry ke India
  • Visa hanya valid untuk trip yang tidak sampai sebulan tempohnya. Jika lebih daripada sebulan ataupun anda mahu buat multiple entry, adalah disarankan anda untuk buat permohonan visa ke India di embassy secara manual.
  • Harga untuk warganegara Malaysia adalah USD50 + 2.5%

Dokumen yang diperlukan untuk memohon E-Tourist Visa India :

  • Salinan passport dalam bentuk soft copy (save dalam PDF)
  • Gambar berukuran passport (background gambar putih), pergi kedai gambar dan mintak mereka ambil gambar untuk visa India, minimum 1MB (format JPEG)
  • Bayaran dalam bentuk kredit/ debit kad sahaja (ada surcharge)
  • Setelah diluluskan, anda akan terima e-visa anda melalui email anda
  • Details tentang reference anda di India (Kalau saya haritu, letak nama agent dan details beliau)

Semua document dah siap sedia, anda boleh isikan kesemua details di ruangan e-visa application yang disediakan. Contoh adalah seperti di bawah :


**Make sure National ID tu korang isikan

Untuk payment fee, anda boleh bayar melalui kredit & debit kad sahaja. Setiap transaksi memang ade surcharge yang dikenakan (2.5%).

Selepas semua pembayaran sudah berjaya, anda akan lihat confirmation seperti di atas. Anda boleh save form tersebut untuk rujukan anda. Semua nombor rujukan dan details ada diberikan. Anda juga terima email mengenai confirmation e-Tourist visa anda. Make sure simpan email tersebut andaikata anda masih belum terima apa-apa maklum balas mengenai visa anda dalam masa 3 hari bekerja.

Sekiranya, permohonan visa anda berjaya, anda akan dapat pengesahan melalui email berserta dengan dokumen visa tersebut. Tolong print dan bawa semasa anda dah sampai di lapangan terbang India. Nanti akan ada kaunter khas untuk e-Tourist visa. Selalunya counter tersebut jarang-jarang ada ramai orang. Biometric fingerprint juga turut diambil semasa proses tersebut.

Bagi Cik Pora, untuk mereka yang tidak ada masa untuk ke embassy India, korang boleh gunakan alternatif ini untuk apply visa. Memang mudah. Cuma, kalau anda yang nak extend your stay dan maybe ada buat multiple entry dengan validity yang lebih lama, adalah disarankan untuk apply visa di embassy saja. Harga pon lebih kurang. Apa-apa pun buat pilihan yang bijak sesuai dengan itinerary India anda. Happy travelling!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *