FOOD HUNTING : Tempat Wajib CUBA di Hatyai

Kalau bercakap pasal Hatyai memang akan terbayang makanan yang sedap-sedap bakal disajikan. Memang boleh dikatakan rata-rata yang datang pasti akan buat food hunting sambil jalan-jalan tengok keindahan di Hatyai. Hatyai yang terletak di Selatan Thailand, boleh diakses melalui beberapa jenis pengangkutan dari Malaysia. Aku sendiri buat pertama kalinya ‘merentas’ ke bumi Hatyai menggunakan bas via Bukit Kayu Hitam, cop passport dan enjoy bumi Hatyai sepuasnya. 

Tips : Hatyai boleh juga diakses melalui AirAsia flight, train mahupun kenderaan sendiri. 

During trip aku ke Hatyai, aku memang cuba hampir semua main restaurants yang direkemen oleh beberapa ‘senior’ yang dah pernah ke sana. Most of it memang sangat easy to access. Dan aku boleh cakap for FIRST TIMER, please go to kedai/ area yang aku recommend kat bawah ni, memang berbaloi.

Dim Sum Chabura

Kalau sampai di Hatyai pagi-pagi, boleh terus terjah kedai yang sangat famous dikalangan orang-orang Malaysia – Dim Sum Chabura. Boleh order porridge dia yang sedap (sharing portion) and the rest tu pilih dimsum sedap-sedap kat tempat yang disediakan. Ambil dulu, then nanti bagi pada hakak kitchen kat depan tu untuk panaskan. Memang sedappp! Berbaloi tau dengan harga.

Floating Market

Dari bandar Hatyai, nak ke Khong Hae Floating Market boleh naik tuk tuk selama 30-40 minit. Kat sini lagilah macam-macam jenis makanan yang korang sendiri tak pernah tengok sebelum ini, ada dijual di dalam sampan-sampan dan bagi aku sangat unik. Harga pun tak mahal sangat. Yang penting suasana kat sini sangatlah meriah yang mana korang boleh makan sambil layan view & performance yang ada. WAJIB cuba air dalam bamboo tu, kalau ada yang nak mencuba

Songkhla City

Short trip to Songkhla city dari Hatyai hanya ambil masa dalam sejam sahaja. Di sini ada banyak tarikan yang menarik di samping boleh layan makanan-makanan yang awesome lagi yummy. Aku personally prefer datang waktu tengahari yang mana korang boleh cuba makan di tepi pantai Samila. Kedai tepi pantai tu korang boleh order lauk-lauk dengan nasi putih. Tolong cuba tomyam dia, sedapppp!!

Lee Garden Night Market

Tempat paling meriah malam-malam sebab dia sekali dengan Night Market. Memang dipenuhi orang Malaysia saja. Macam-macam makanan yang ada jual kat sini, kalau nak yang HALAL, korang pergi yang depan McDonalds tu. Korang boleh rasa nasi goreng dia. Cuma, bagi aku rasa dia biasa saja, especially nasi goreng depan tu. Maybe time aku pergi ramai sangat kot ummah kat sana. 

Asian Night Market

Last but not least, korang boleh datang ke Asian Night Market yang hanya dibuka pada waktu malam dan ada banyak kedai jual baju, bag segala. Dan di tingkat atas, korang boleh layan makan-makan. Kat sini, pun ada macam-macam makanan yang enak boleh korang cuba. Paling aku suka haruslah Mee Celup dia yang sumpah sedap gile!

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat makan yang korang boleh pergi cuma yang ni antara yang wajib singgah kalau korang FIRST TIME ke Hatyai. Boleh korang jadikan sebagai guideline in case last minute plan nak food hunting. Just bring your passport, budget around RM200-300 (tukar di border pun okay aje) and you are ready to go. 

In case yang tak tahu nak pergi bila and takde travel buddy, korang bolehlah join group Travelkemana yang memang akan ada trip to Hatyai tiap bulan. Kita jalan-jalan pusing Hatyai dan food hunting sama-sama!

Are you ready?


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *