Apa Yang Menarik di Bird Park Kuala Lumpur?

“Ibu…the bird….”
Started from there, terus aku terdetik nak bawa Esfahan ke Bird Park in Kuala Lumpur. Aku ingat lagi last time aku ke Taman Burung (berkicau-kicau itu), rasanya ada dalam few years back. Itu pun sebab aku ikut Fam Trip with Visit Selangor team (media trip).

Nak cakap aku familiar tu tidaklah, sebab banyak dah lupa pun pasal Bird Park ini. Jadi, bila dah pasang niat nak bawa Esfahan, aku pun roger all my sisters and surprisingly Ibu pun follow sekali. Since malas nak bersesak-sesak di hujung minggu dengan anak-anak kecil, kami decide untuk pergi on Monday sahaja. Tak ramai orang and senang aku nak practice vocal, jadi tarzan, kalau ada yang cubit burung ke kan. Kita tak tahu wak, otak anak-anak moden ni berkembang lain macam.

Di pagi Isnin, lepas jalan dah agak clear, kami pun bergegas ke Taman Burung yang terletak di area Masjid Negara. Settlekan SOP semua, beli tiket dan masuklah kami ke dalam taman burung untuk explorasi bersama anak-anak. Okay, one thing untuk korang yang nak pergi, please check dulu weather. Kalau panas, please pakai siap-siap sunblock, wear comfortable shoes, bawa water bottle and bawa stroller (kalau pergi dengan toddlers) . In case ada yang tertido dengar kicauan burung ye.

Ready guys?
All gear up
And our first stop
Main highlight – definitely these two rascals

Apa yang aku suka dengan Taman Burung Kuala Lumpur ni, burung-burung bebas bergerak dalam taman. Jadi, kita akan rasa lebih dekat gitu di samping burung-burung. In terms of the information available for every birds sangat extensive. Senang nak baca. Cleanliness and banyak sangat pokok-pokok yang buatkan suasana jadi redup and just serene. Sangat sesuai untuk korang bawa anak-anak and family.

Korang jugak boleh check schedule feeding time yang berbaloi sangat untuk korang tengok especially burun-burung exotic seperti hornbill ye. Even dah dewasa ni pun, korang pasti excited nak tengok. Selalunya show tu start dalam jam 10 pagi. Waktu breakfast burung tu kot.

Personally I prefer visiting Bird Park compared to National Zoo. The journey direction pun sangat clear. Only one direction that you can follow according to the arrow provided. Info tentang burung-burung pun sangat jelas dan diletakkan di tempat yang pleasant to the eye. In terms of bench/ seating area pun banyak, in case korang dah jalan jauh-jauh and nak rest kejap.

Ada sebuah cafe di tengah-tengah taman burung ni, kat sini bolehlah rehat-rehat makan ice cream ke kan. Harga? Macam biasa, bila masuk tempat-tempat macamni, dia akan auto mahal berbanding di luar sana. So sediakan duit tunai siap-siap ye.

The only thing they excited about – tengok bird sakit 🙂
Mesmerising peacock
Budak takut peacock

Burung-burung pun bergerak bebas dengan pokok-pokok yang merimbun di kiri kanan. Cuaca pada haritu pun sangat mengizinkan kami explore taman burung yang luas lagi menyamankan itu. Bila aku tengok kiraan kilometers yang aku jalan, dekat 6km ye.

Patutlah pipi Esfahan dah merah and malas nak jalan. Siap nak berdukung even dah ada stroller. You don’t know how aku rasa tercabut kaki sambil catwalk and dukung anak ni. Aku ingat zaman backpacking je hazabedah rupanya… Semua itu hanya untuk prepare hidup aku pada masa sekarang ini. Menguji sungguh!

Disebabkan aku rasa penat ya amat, terus decide kita pulanglah ke pangkal jalan. And cari tempat makan yang best, boleh lepak dan wajib ada aircond. So balik tu, kami lepak Chilis. Senang makan kat sini especially bila korang bawa budak-budak baru nak up ni. Semua benda dorang nak explore. Dalam penat, gigihkan juga melayan perangai anak-anak. Mujur time makan, semua pun lapar. Elok!

Before we say adios amigos
Beautiful memories we will cherish together
Cheeky Esfahan
Clever kakak with her drawing
And Esfahan’s drawing.. hmmm not bad my son hahah!
Bon appetit!

What an ah-mazing day we had at Bird Park. Happy yippie sangat. Semua pun enjoy. At least ada memori anak-anak aku ni pergi bird park time kecik. Nanti kalau dah besar nangis-nangis nak tengok burung, aku bawa je pergi kedai binatang, beli sekor, dah jangan macam-macam ye nak! Sebarang informasi berkaitan korang boleh dapatkan seperti di bawah :

Admission

Adult (Standard)                    RM 63.00
Child (Standard)                    RM 42.00

Adult (with MyKad)                RM 25.00
Senior Citizen (with Mykad)  RM 12.00
Child (with MyKid)                 RM 12.00

*Senior Citizen (with Mykad) from 60 years old and above.
*Child from 3 – 11 years old (BORN in 2011 – 2019). 

Open everyday : 9am – 6pm

Address : KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur (Waze Bird Park KL)

One thought to “Apa Yang Menarik di Bird Park Kuala Lumpur?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *