Trip to Ho Chi Minh, Vietnam Day 3

Yay! Finally Mekong Tour for Day 3. Memang excited sangat nak pergi sini. Still ingat lagi time belajar dulu, cikgu Geografi banyak kali sebut pasal Mekong Delta ni. Mana taknya, ia adalah sungai yang terpanjang di Asia Tenggara (4,350 km). Air di sungai ni melalui beberapa buah negara seperti Burma (Myanmar), Cambodia, Laos, China, Thailand dan Vietnam.Ha gitulah sedikit sebanyak tentang Mekong river ni. Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah tanya Cik Google. So jom sambung dengan journey pulak.

                                     

Tour receipt from hotel

Woke up around 6.45am and breakfast at Hjh Basiroh restaurant. As expected, memang  ramai sangat orang Malaysia dah siap2 beratur untuk beli foods. After breakfast, we waited for Tuan Travel to fetch us at hotel from 7.30 till 8am. Thanks for ur on time service, Tuan Travel. If ikut tour ni, kita kenalah prepare if ada delay, since diorang kene stop few places nak fetch yang lain pulak. Then barulah bergerak ke Mekong delta di mana perjalanan mengambil masa selama 2 jam.

Tuan Travel office

Kakak-kakak ni nak pergi Chu Chi. So kene tunggu bus lain as we dropped them at Tuan travel office

Haa nampak tak apa mat saleh tu kena. Itu trick polish kasut yang BIL kena… Hati2 lah eh

We booked this tour from our hotel. The receptionist said Muslim food will be included in this tour. We’re okay with that. But, when our tourist guide, Tom, said only pork will be served for lunch, we quite confused. Time dia ckp tu, die cam tengah buat lawak untuk bagi abang-abang Saleh kat dalam bas ni gelak. So kiteorang just ignore jelah apa dia cakap. Baik enjoy scenery all the way from city to Mekong kan. Sepanjang perjalanan, all passengers dijamu dengan permandangan yang seakan kampung2 gitu. Actually, sama je macam scenery kat kampung2 di Malaysia.



Ini macam kapal. Tapi lalu kat sungai je

About an hour, kiteorang pun stop kat satu tempat yang ada washroom. For my gentle reader’s info, trip ni hanya ada 2 group orang Muslim which were us and 1 husband + wife couple. So bila my sister nampak couple tu beli banyak foods untuk bekalan, she asked me to double check with Tom. Then I asked him again, he said how many times I want to tell you, no muslim food will be served. Bukan ke baru sekali die bagitau, tanye je terus nak marah. Hello hello! Muka je can do tapi perangai langsung cannot go! Memang orang sini ada masalah tekanan yang melampau.

I told my sister what Tom said. Then, mungkin sebab rasa bersalah agaknya kan, Tom panggil balik. He said, if I’m okay, he can ask the chef to wash his hand and cook vegetables or eggs for our lunch. Oh ho! Untunglah berkongsi kuali dengan pakPORK kan? Absolutely no for me. Then I said to him, it’s okay Tom. We’ll buy junk foods later. Since lama sangat lepak kat so called R&R ni, kiteorang berehat dekat hammock yang ada disediakan. Kat sini ada jual air kelapa and ice coffee. Few minutes later, Tom pun ajak kami semua naik bus untuk sambung balik journey to Mekong.


Relax on hammock

Around 11.30am, kami pun sampailah ke destinasi yang ditunggu2. Panasnya tak terkata. Teruslah pakai topi Vietnam yang memang beli untuk trip ni. Murah. Hanya 1500VND je. Nak pakai pun, kat sini jelah, kalau kat Malaysia, confirm kena daring nanti. Tom asked everybody to stay in group as we need to take a boat. Boat yang akan bawak kami berjalan sekeliling Mekong sudah pun menunggu kami semua. Bila naik je boat, barulah nampak betapa besarnya sungai ni. Color air dia ala-ala ice tea gitu. So kalau air terpercik2 kat muka, terus keluar sanitizer lah kan.

Abang Saleh dah turun bus dah. Jom ke jetty

Greetings

Ini map sungai Mekong

No. 1 ready cepat

Selca di cuaca panas

Our boat to Mekong 

Our driver

Lihatlah permandangan yang terbentang luas


Time cruising in Mekong area ni, Tom tu adalah explain sikit2 pasal sungai ni. Tapi tak berapa clear sangat sebab angin kuat sangat time tu.Cuma dapat dengar pun bila dia cakap yang air sungai ni dari Tibet jauhnya. Pastu, terus tak dengar apa- apa dah. Tak lama lepas tu, Tom pun cakap yang kita akan stop kat Coconut Candy workshop. Sampai je kat tempat tu, kiteorang pun diberi penerangan tentang cara pembuatan coconut candy ni. Takdelah nak focus sangat since benda ni kat our country pun ada jugak.

1st stop : Coconut Candy Workshop

On my way to the workshop 


The process of making candy

Dah macam buat dodol dah ni

One step closer nak siap


Tadaaaa… Tester ni

Taste good

And finally, sapa nak beli? (inilah Tom)

 
Beli jangan tak beli ya…

Muka malas nak beli apa-apa dah




Dalam tour kiteorang ada 4 beranak dari Beijing tau. Everytime Tom explain apa benda pun, diorang mesti tak nak dengar sangat. Diorang lagi suka buat hal sendiri dari dengar benda2 yang Tom bagitau. Cool sebab mak dia umur pun dah macam my baby tapi still kuat ikutkan anak2 dia yang tak suka dengar arahan sangat. Huhu… Dia memang layankan je anak2 dia even anak2 dia mungkin dah berumur 25 tahun ke atas.

Sambung balik ke tour kat coconut workshop ni. Biasalah if ikut tour2 macamni, intention dia adalah untuk beli barang2 kan. Kami tak beli apa-apa pun since coconut candy ni dah biasa makan pun. Takde masalah if tak beli. Then kiteorang berjalan area situ sampailah nampak pokok buah mata kucing. Besarnya buah mata kucing dia. Then, Tom nampak yang kiteorang tengok2 pokok tu. Dia terus cakap, if you want to taste, just take one person each. Okay? Apa lagi… Amiklah kann. Tak penah rasa petik- petik terus makan. Selalunya beli kat pasar yang dah siap pack2. So ni memang fresh dari pokok! Memang manis sangat… Thanks Tom. Baik jugak awak ni eh…



Picking buah mata kucing

Here it is

While waiting for the rest, lepak at hammock dulu

Kampung Mekong


Lepas je habis round kat situ, kiteorang naik boat balik and stop dekat Cho Phung untuk lunch, minum air kelapa and naik basikal round2 kampung. Sampai kat sini, terasa sangat2 panas. Mungkin dah tengah hari kan… Since kiteorang tak lunch, Tom asked us to cycle and rest at Coconut shop. Cuaca yang panas sangat tu, better berehat minum air kelapa dari berbasikal. Bagi penat and panas hilang barulah kiteorang naik basikal. Harga minum air kelapa kat situ adalah USD2. Time dah habis minum baru nampak yang cup-cup air tu, dia akan basuh balik instead of buang terus after customer habis minum. Aiyoooo. Basuh pun jirus-jirus je. Apalah kedekut sangat!



Confused boat mana nak naik. Nasib ingat number

Almost there

Here it is Con Phung… Let’s lunch

Layan air kelapa kat kedai ni

Lepas dah sedia nak gi cycle, kiteorang pergi dekat tempat basikal and pilih yang okay untuk teruskan aktiviti tu. Tapi jangan la expect basikal yang dia bagi guna tu in good condition. Semuanya memang bergegar if naik. Dengan kegigihan balancekan basikal tu, kiteorang pun menelusuri kampong- kampong kat area situ. Jalan sehala je ada. Rumah2 dorang pun lebih kurang aje macam rumah kat Malaysia. Ada satu nenek dalam rumah ni scary tau. Dia macam mintak tolong kiteorang berhenti since die macam lumpuh. Bila tengok die, tetiba teringat cerita Long Khong, terus kayuh basikal laju2.

Pilih bike mana2 pun, condition tetap sama

Before start, posing dulu

Dah kayuh sikit, then stop untuk posing lagi

                                  

Kampung oh kampung

Tengoklah rumah-rumah diorang, lebih kurang je ngn kita

Meow, move aside

Dog sedang berehat


Kiteorang jalan pun tak jauh sebab cuaca yang panas sangat. Kat kampung2 ni, adalah dorang jual buah2 tempatan, souvenirs and macam2 lagi. Takdela berhenti pun sebab confirm kalau beli kena amput dulu. Then baru dapat bargain. Tak sampai 15 minit pun naik basikal terus balik ke tempat basikal tu. Time lalu rumah nenek tu, dia tengah tido. Fuh nasib! Bila kami balik, semua geng yang makan lunch pulak berbasikal. Kiteorang just duduk kat tempat jual air kelapa tu sementara tunggu dorang balik.

Tak lama lepas tu, kiteorang pun naik boat. Tapi yang peliknya, boat ni tak gerak2 pon. Semua dah ada dalam boat termasuk driver. Ingatkan kejap je lah… Sampailah Tom datang dalam keadaan panic cakap, Anyone seen Chinese family with one women and 3 boys? Oh baru perasan yang 4 beranak from Beijing tu tak ada. Tom cakap dia dah merayap semua kawasan kat sini tapi still tak nampak dorang. Even suruh orang kampung cari pun, still failed to locate them. Haaaaa… Our prediction at that time, mesti dorang ni dah naik boat lain.


                                                       
Panas sungguh! Now patah balik 

Dekat setengah jam jugak Tom mencari sampai berpeluh-peluh tu. Then, kiteorang nampak kelibat 4 beranak tu bawa barang banyak gilaaaa. Tom naik boat and said sorry guys. If I don’t stop them from shopping, they will go futher. Waaaaa…. Memang tour ni nak tunggu korang beli buah nangka, rambutan, cempedak sampai malam. Memang meriahlah. Nasiblah abang2 saleh tu diam je sambil senyum tanda mereka sabar menanti. Kalau kena dengan orang Malaysia, dah lama dah dorang tu kenaaa. Hehe

Kami sambung perjalanan kami ke Bee Farm pulak. Untunglah kan, bee farm negara sendiri tak penah pergi. Tau- tau pergi kat Mekong punye. Kat sini die cerita sikit- sikit pasal bee ni. Even Tom ada mentioned, kat Malaysia pun banyak bee sambil pointing kat kami.  Ada jugak tengok2 muka 4 beranak Beijing tu kot-kot ada rasa bersalah ke kan pasal lambat tadi. Tapi dorang buat dek je. Haha memang takde perasaan la dorang ni. Sambil Tom explained pasal bee ni, semua boleh pegang bee nest tu. Takut jugak kalau ada orang yang pegang, then terjatuh ke, abislahhhh. Tapi dengan keberanian, saya pegang jugak benda tu even takut sangat2.

Kat bee farm ni, anda akan diberi minum teh free dengan honey. Lepas dah minum tu, paham2 jelah intention dorang… Ajak membeli royal jelly yang mampu membuatkan anda berseri dan muda dari usia asal. Sorang pun tak beli. Then dah tak tahu aktiviti apa nak buat lagi, dorang pun bawa keluar ular sawa. Haaaaa ini yang tak suke ni. Mana- mana yang takut semua dah lari, tapi anak2 abang Saleh semua berani. Pegang ular siap buat video bagai.

Tibalah sudah di bee farm

Fuh! Bersampan siap pakai ao dai tau

Tak takut sengat ke abang Saleh?

Tom doing his presentation

And I feel bored

Cool kids

Nak jugak

Honey + Tea

Tea time

Can you spot typo error : It is helped to get old. Mampu?

Ular sawa… Larik!

Lepas je habis minum teh, Tom pun ajak naik sampan beramai-ramai. Akhirnya, aktiviti yang ditunggu- tunggu sudah tiba. Since satu boat kena 4 orang, ada abang Saleh tu kene naik sekali ngn kiteorang. Sebab terlalu excited, baru perasan yang kiteorang adalah boat pertama yang berlepas untuk lalu laluan kecil Delta Mekong. Scenery memang terbaik. Siap ada ray lagi. Memang cantik sangat. Tenang je time lalu kat area sini. Even my sister paling banyak bergerak sebab dia takut tetiba ada ular muncul kat tepi pokok kelapa. Choi la!

Time to bersampan

Gigih uncle ni kayuh

Semua dah pakai topi ni

Sempat jugak

Style nye 

1st canal to arrive

Scary jugak bila tengok ni

Few mins later, kiteorang pun naik ke jeti yang kecil untuk ke tempat makan buah2an tempatan. Kat situ, ada jual2 hasil jahitan orang- orang Vietnam. Tapi lalu jelah, tak larat dah nak  tengok. Kang kene tarik pulak. Sampai je, Tom dah ada kat situ untuk segregate tempat makan kiteorang. Kiteorang pun duduk tempat2 yang die dah bagi. Buah- buahan semua memang dah dihidangkan. Same je buah2an die dengan apa yang ada kat Malaysia. So takde la macam excited pun. Sambil makan, ada pulak performance kebudayaan. Time tu memang macam nak gelak sebab suara penyanyi tu cam nyaring sangat. I mean nyaring yang agak rare. And ala- ala tak sampai gitu. But the show was entertaining.

At the jetty waiting for my group to arrive

Congested in Mekong

Terhidang sudah segala buah- buahan

It’s showtime

Kelas kakak ni nyanyi. Nyaring!

Antara yang terhibur menonton

Persembahan penutup bersama kanak2 dan ada bakul bunga untuk tips ya

Since my bro-in law berjalan2 seorang diri di sekitar tempat tu, Tom terus tempatkan 4 beranak Beijing tu kat tempat duduk kiteorang. Orang dah nak habis makan, diorang baru sampai. Manalah dorang ni gi… Nasib la lepas makan buah ni, terus balik town, kalau berjalan lagi, mau suh Tom tolong jaga je dorang ni jgn bagi lambat lagi. After semua dah habis, kiteorang pun pergi jetty and naik bus. Kali ni, I went to toilet and buy Saigon cap for my daddy. Time dah habis beli, Tom datang cari, alamak, kutuk2 4 beranak tu sekali diri sendiri yang lambat. Tapi takde la lambat sampai setengah jam. Dorang tu tetap legend.

Bye bye Mekong

Tetiba ada macam rumah kat tengah2 ni

Perjalanan balik ambil masa lebih kurang 2 jam jugak. Tapi time balik die lalu area sawah padi. Terasa macam nak g Perlis sudah. Sambil berangan tu, terus tertido sebab penat sangat. Menyesal jugakla duduk belakang sekali sebab banyak pulak bumper bila dah masuk town. Terloncat2 la kami yang tengah tido ni. Botol2 air habis jatuh. Time tu semua dalam bus still tido lagi. Sebabkan penat yang amat sangat, sambung balik tido. Lantaklah loncat2 pon. Sedar2 dah sampai Ben Thanh market. Oh kembali semula ke bandar yang ditinggalkan hampir setengah hari.

Balik terus ke Hjh Basiroh sebab lapar yang teramat sangat. Bila tanya apa lagi lauk tengahari yang tinggal,tinggal sayur je. Alaaa sedehnya… Tapi auntie tu cakap kalau kueh teow soup ada lah. Order je lah apa yang ada. Tapi bukanlah order2 terus dapat kan… Terpaksalah tunggu 15 minit menunggu RM10 punye kueh teow soup. Portion dia biasa je. Since lapar sangat, rasa pun dah tak kisah dah sebab bersyukur ada jugak makanan halal kan.

Balik je hotel, terus mandi and kemas barang2 untuk packing. Esok pagi dah nak balik dah, so nanti takdelah kelam kabut nak kemas. Semua barang dah siap-siap pack. Lepas packing tu baring kejap while my sister and BIL pergi jalan kat Ben Thanh market. Beli apa- apa yang patut sebab nak habiskan duit Dong. Kejap je pun dorang pergi then balik hotel  balik sebab tak larat dah nak jalan. Kami pon rest sampai pukul 8.30pm kiteorang keluar pergi night market.

Before pergi tu, awal-awal dah beli mineral water kat kedai 24 hours depan hotel. Bekalan untuk masuk night market. Kalau dalam pasar tu, mineral botol kecik die jual 10,000VND. Mahal tu. So buat apa nak membazir kepada mereka. Bila minta tawar kedekut, so kami pun kenelah kedekut ngn dorang. Mula- mula pergi beli coffee then cari baju I Love Vietnam utk kenang- kenangan. Kalau nak pakai pun, kena pikir banyak kali tu, love ke? Haaaa kannn. Dapatlah harga USD3 per pc. Oklah tu.

Kat sini boleh buat baju siap in 1 day. Tak pergi pun sebab macam tak menarik

Beli pulut

In front of Ben Thanh market

Baju kurung cotton RM50/pc


Busy as usual

My sister tengah beli cincin batu

What’s your size?

Jalan-jalan ke night market ni sampailah jumpa satu kakak jual Halal spring roll and curry puff. Time tanya harga die USD2 untuk semua jenis kuih. Then masa kami dah nak beli tu, ada ramai pulak yang nak beli kuih die. Kami pun pilih lah kuih2 and nak bayar. Bila dah nak bayar tu, ada ke die boleh cakap, oh untuk karipap ni harga die USD3 sebab saya letak daging. Aik… Tadi cakap USD2, ni USD3 pulak. Mana satu ni? Die terus cakap, tidak kakak, karipap ni harga USD3. Oh sebab ramai orang nak beli terus kau up harga.

Dengan rasa xbersalahnya, saya pun letak balik karipap tu. Takkanlah karipap naik harga sebab letak daging. Kau letak daging time kau tengah masak… Bukannya letak daging time kiteorang nak bayar. Apa yang saya perasan, memang peniaga2 kat sini suka naikkan harga bila time kita nak bayar and bila tengok orang ramai beli. Kalau confuse harga pun, apa kata letak je harga tu besar2 kat signboard. Manalah tahu kan, peniaga tu sendiri lupa harga yang die letak. Boleh tengok balik. Kan senang.

Since kiteorang ambil spring roll je, USD2 jelah pun kakak tu dapat. Kiteorang pun pergi ke kedai Hjh Basiroh sebab dia ada jual air kelapa malam-malam. Memang teringin sangat minum air kelapa sebab tetiba teringat night market kat Bangkok. Ha tetiba je tau! Harga air kelapa die USD3. Bila dah bayar korang boleh take away or minum kat Hjh Basiroh tu. Before air tu sampai, my sis letaklah mineral water bottle  atas meja sebab dah kata nak minum kat situ je kan. Lepak2 sambil minum air kelapa, tetiba pekerja Hjh Basiroh datang ambil gelas and minum je water bottle tu.

Teruslah aku menjerit dengan nada yang agak sopan. Excuse me, that’s my water bottle. Terus dia cakap, oh really. I thought it’s from our shop. Obviously no lah brother! Air tu pon dah tinggal setengah kot. Takkanlah kedai kau ni jual air setengah botol je. Ada pulak kilang produce macamtu. Then, makcik2 Hjh Basiroh semua gelakkan dia. Aku pun nak tergelak jugak sebabnya, ada jugak yang minum air orang selamba camtu je kan.

Dahlah amik gelas customer, then minum pulak air orang! Yakin je. Since die pun macam bersalah kan, dia ganti dengan botol kecil. Haaa… Kalau tak ganti, sila bayarlaaa air tu. Ingat kau je bisnes, aku pun! And time kau nak byr, aku nak ubah2 harga jugak. Mampu tak camtu… Tapi dia baik. Dia ganti yang baru siap dari freezer lagi. Lepas je lepak kat situ, kiteorang terus naik hotel and final packing before tido. Memang penat harini lain macam compare to last 2 days. Since esok pun kena bangun awal, apa lagi set alarm awal2 and tido terus. 


Thank you sebab ganti air saya ya


Bangun je pagi, terus ke Hjh Basiroh untuk take away nasi goreng. Tapi dia baru bukak sebab time tu baru pukul 7am. Bila tanye bile boleh start order, dia pon terus nak marah2. Takpe… Think positive Safura. Only few hours and you will chow from this place. Since kakak ni pun sungguh bersopan santun dalam membuka kedai, memasak dan jugak membungkus, kiteorang tunggu until 7.45am. Dapat je nasi goreng, terus amik taxi and heading to airport. It took about 20 minutes from hotel to the airport. Fuh! Nasib tak jam sangat.Ingatkan dah lambat since flight kiteorang pukul 10.40am.

Nasi goreng Hjh Basiroh 

Besar ni je pun…

Settle with ticketing and check ins, terus cari tempat duduk and makan nasi goreng Basiroh tu. Ingatkan kiteorang je yang macamtu, rupanya ada jugak group yang makan nasi goreng sama. Memang terkenallah Basiroh ni. Kalau nak cakap pasal taste dia, like I said earlier, it will bring you back to memory lane hehehe… Dalam pukul 10.40am, kiteorang pun take off  and around 1.40pm sampailah ke bumi tercinta, oh my baby Kuala Lumpur. Honestly, I don’t want to come back to Ho Chi Minh. Takde rasa nak repeat pun. Ini adalah berdasarkan pengalaman sepanjang berada di sana. Mungkin lain orang, lain pengalamannya.


Took only 1hour &55mins to reach KL. Lonely planet and iPod to kill time

Fridge magnets from Saigon

For me, go first and judge by yourself. Mungkin pengalaman anda akan berbeza. Tetapi apa yang ditulis di sini, adalah untuk berkongsi pengalaman sahaja. Telling something truth about travel story is my style. If you want to know any tips before flying to this country, feel free to drop a comment here. I will try my best to help you. Hope this story finds you well!

0 thoughts to “Trip to Ho Chi Minh, Vietnam Day 3”

  1. hai safura. saya pun baru pegi ho chi minh bulan April hari tu. Tak nak repeat jugak! kecuali kalau nak beli untuk bisnes pakaian ok kot.
    Suka baca ur blog 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *